Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN BIG FASA 3 2012 Pengenalan Program Bina Insan Guru ini adalah merupakan satu keperluan kursus

bagi semua guru yang mengambil Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah( PGSR ). Program ini dilaksanakan bagi semua guru PGSR ini demi memuliakan profesian perguruan di kalangan masyarakat, terutamanya masyarakat yang mementingkan khidmat guru dalam kehidupan mereka. Guru sebagai Pembina Negara juga menambahkan lagi keperluan untuk mengadakan program ini sebagai medan latihan berkomunikasi dalam masyarakat yang berbeza latar belakang dan pelbagai taraf sosio ekonomi. Oleh yang demikian program ini dapat menghasilkan dua matlamat serampang dua mata iaitu memperkenalkan guru kepada masyarakat di samping guru dapat mengenali masyarakat kampung khususnya dengan lebih mendalam. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta Perancangan i. Objektif: a. Meningkatkan kualiti keperibadian dan profesionalisme seorang guru. b. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan atau amalan. c. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi berkebolehan, berdikari dan penampilan diri yang sesuai. d. Memberi kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. e. Menunjukkan kesedaran tentang kepentingan hubungan komuniti dan perkhidmatan sosial. f. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggung jawab dalam melaksanakan tugas yang diberi dalam bentuk kumpulan. ii. Tugasan yang diberikan Selepas pembentukan jawatankuasa saya ditugaskan untuk menyediakan siaraya dan teknikal . Ketua saya Abd. Jalil bin Mon telah meminta saya menyenaraikan alatan yang diperlukan. Setelah perbincangan kami telah menetapkan alatan yang perlu disediakan ialah sebuah LCD, pembesar suara dan dua mikrofon dalam sesi ceramah yang akan diadakan pada hari Jumaat. Setelah kesemua alatan disenaraikan, kami secara bersama telah berusaha membuat tempahan melalui beberapa pensyarah yang telah sedia dikenali. Setelah kesemua alatan telah

ditempah maka kami telah menyediakan dan memasangnya di bilik yang telah ditempah oleh AJK tempat. Dalam sesi kedua iaitu khidmat sosial di sekolah kebangsaan Kota Aur saya ditugaskan sebagai AJK dalam bahagian persediaan penginapan bagi 27 orang peserta dan satu bilik untuk pensyarah. Melalui telefon penginapan telah di tempah di Muda Resort selama dua hari satu malam. Bayaran yang dikenakan ialah RM60 sebilik dalam tempoh semalam. Ketua saya Mohd. Firli telah berbincang dengan kami dalam menentukan harga yang mampu dibayar dan kami semua bersetuju dengan harga yang ditawarkan.

Perlaksanaan 1. Sesi ceramah ( 8.00 pagi 11.00 pagi / 3 jam )

Ceramah yang telah kami hadiri ialah pengucapan awam yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdullah dari unit bahasa IPG Kampus Darul Aman. Berdasarkan tajuk yang diberi saya dapat membayangkan betapa saya dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kerana bidang yang akan disampaikan ialah bidang yang sering saya libatkan diri di sekolah. Saya adalah seorang pengacara majlis yang sering diminta untuk mengacarakan majlis majlis rasmi di sekolah. Oleh yang demikian saya tidak melepaskan peluang keemasan ini dalam meningkatkan kualiti pengucapan awam bagi diri saya. Bak kata p epatah orang mengantuk disorongkan bantal. Ceramah telah dimulakan seawal jam 8.00 pagi seperti yang dijadualkan. Tuan Haji Abdullah adalah seorang pensyarah yang menepati masa. Melalui pengenalan di awal ceramah saya dapat merasakan bahawa penceramah ini amat menarik dalam penyampaiannya. Memang benar apa yang saya sangkakan. Penyampaian yang diselang-seli dengan gurauan dan isi-isi yang padat tetapi santai membuatkan langsung tidak saya terasa jemu dan mengantuk. Antara pengalaman dan pengetahuan baru yang saya peroleh ialah penggunaan 4 suara dalam membuat pengucapan awam. Seorang pengacara , pemidato yang baik boleh mengaplikasikan empat jenis suara berlainan dalam pengucapannya. Penggunaan intonasi dan nada suara berbeza mengikut keperluan adalah satu nilai kreatif bagi seorang pengacara atau pemidato. Latar belakang pendidikan beliau dalam bidang ini juga amat menarik. Beliau mendedahkan bahawa beliau pernah belajar teknik pengucapan awam ini bersama golongan teater termasuklah Marlia Musa seorang artis yang terkenal.

Kaedah latihan dalam melontarkan suara yang berkesan dalam pengucapan awam juga disampaikan oleh penceramah. Beliau telah meminta setiap peserta untuk membuat latihan secara bergilir sehingga semua peserta terpaksa untuk mengambil bahagian. Kaedah bercakap tanpa gerakan lidah telah menimbulkan gelak ketawa berderai dari dalam kelas. Atas sikap sporting semua peserta telah mencuba kaedah ini dan pelbagai suara pelik yang timbul. Selain itu , Tuan Haji Abdullah juga menerangkan mengenai protokol kedudukan VVIP di pentas. Kekananan dalam jawatan menjadi penentu kedudukan VVIP di pentas. Pelbagai persoalan ditimbulkan oleh peserta berdasarkan pengalaman masing-masing. Saya sendiri banyak belajar perkara baharu dan saya juga lebih jelas tentang protokol dalam majlis rasmi melalui sesi ini. Penceramah juga memberi beberapa tips dalam menentukan isi percakapan dalam satu ucapan. Antara tips yang saya dapati ialah menentukan jenis majlis untuk penyediaan ucapan yang mampu memberi impak besar kepada pendengar. Kesimpulannya, ceramah ini telah memberi banyak manfaat terutama bagi kami semua sebagai seorang guru. Guru dan pengucapan awam bagai irama dan lagu. Tidak ada guru yang boleh mengelakkan diri dari memberi pengucapan awam. Cuma mungkin khalayaknya sahaja berbeza. Ceramah berakhir sekitar pukul 11.00 pagi. Terbayang kepuasan di riak wajah semua peserta. Saya pula ditugaskan untuk menemani tuan penceramah untuk menikmati kudapan yang disediakan. Saya tidak menolak tawaran ini dan mengambil peluang ini untuk mengenali lebih dekat dengan Tuan Haji Abdullah , penceramah jemputan bagi sesi BIG Fasa 3 pada kali ini. Perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Kota Aur ( bermula 11.30 pagi ) Lebih kurang pukul 11.30 pagi , kami telah berhimpun di kawasan tempat letak kereta di kawasan hadapan IPG untuk meneruskan sesi BIG kami kali ini ke Sekolah kebangsaan Kota Aur di Sik. Kami telah menetapkan kami akan bergerak menggunakan kereta masing-masing. Dalam perjalanan ini 25 buah kereta akan bergerak secara serentak. Untuk itu idea daripada seorang daripada peserta kumpulan kami ialah menandakan konvoi kami dengan riben di kereta masingmasing. Jadi kami akan bergerak secara berkonvoi untuk meneruskan sesi BIG kami selama 7 jam di sana. Perjalanan diketuai oleh En. Zambri bin Che Pa dan turut dibantu oleh peserta yang telah biasa di kawasan tersebut. Kebanyakan daripada kami adalah merupakan orang yang pertama kali ke situ. Oleh itu, perjalanan ini banayk memerlukan bantuan En. Mohd Zambri yang amat biasa dengan tempat tersebut. Perjalanan ke SK kota Aur berjalan lancer. Semua peserta dapat memandu dengan tenang dan dalam

keadaan yang amat selesa. Perjalanan yang agak lama itu berakhir setelah sejam setengah melalui jalan yang baru kepada kebanyakan dari kami. Lebih kurang pukul 12.30 tengah hari kami sampai di Muda Resort dan urusan mendapatkan kunci dan bilik telah diuruskan oleh En. Mohd. Firli. Kami mendapatkan 9 bilik iaitu 8 untuk peserta dan satu untuk Penyelaras kami iaitu En Mohd. Shafie. Setelah selesai urusan penempatan maka peserta wanita mengambil peluang untuk berehat manakali bagi peserta lelaki mempersiapkan diri untuk bersolat Jumaat di masjid berdekatan. Pada petang berkenaan kami mengambil peluang berehat , sambil ada di antara kami yang mandi di kolam yang terdapat di situ. Memandangkan perjalanan yang agak jauh, dan aktiviti yang amat padat sepanjang seminggu di IPG, kami gunakan waktu ini untuk berehat dan bersantai. Saya dan kawan-kawan mengambil peluang untuk baring sekejap untuk melepaskan kepenatan yang telah lama. Pada malam tersebut , AJK bahagian makanan pula bersedia untuk menyediakan makan malam. Menu yang kami cadangkan ialah ikan bakar dan ayam bakar di makan bersama nasi. Rupanya tomyam pun disediakan. Bersama En. Mohd Shafie kami mula menjamu selera pada pukul 9.00 malam. Makanan yang agak banyak menyebabkan kami kekenyangan. Jagung bakar juga terdapat dalam menu yang telah disediakan . Jelas sekali kemeriahan di kalangan kami dan sesi fotografi juga dibuat untuk kenang-kenangan. Selepas itu semua kami mengambil keputusan sendiri samada untuk berehat atau terus berbual. Saya mengambil keputusan untuk berehat dan kembali ke bilik yang ditempah untuk tidur. 2. Khidmat Masyarakat ( 7 jam ) Pukul 7.30 pagi semua peserta berkumpul di hadapan dewan makan di Muda resort. Kami semua mendapat taklimat dari pengarah Program BIG fasa 3 ini iaitu Encik Idham nasri. Taklimat disampaikan berkenaan bagaimana sesi Khidmat ini akan dilaksanakan. Peserta dibahagikan kepada 12 kumpulan di mana kebanyakan kumpulan terdiri daripada dua orang kecuali beberapa kumpulan terdiri daripada 3 orang.saya diminta untuk menjalankan aktiviti mengecat mural bersama Pn. Normazita. Mural tersebut merupakan dinding bagi Pusat Sumber sekolah ini. Mural yang dibuat ialah tulisan dan sedikit gambar buku. Mural tersebut telah dilukis oleh guru-guru di sekolah ini dan kami hanya diminta untuk mengecat grafik yang telah dilukiskan. Terdapat 12 mural yang telah dilukis dan diamanahkan kepada kami untuk diwarnakan. Encik Idham memberikan kami sekeping kertas yang menunjukkan lokasi untuk kami warnakan. Pada pukul 8.00 pagi kami bertolak ke sekolah kebangsaan Kota Aur untuk memulakan khidmat sosial kepada komuniti setempat. Perjalanan hanya mengambil masa kurang 5 minit dengan menaiki kereta. Sekolah tersebut ialah model sekolah

baru yang cantik dan mempunyai kumudahan yang boleh dikatakan lengkap berbanding sekolah saya di Kodiang. Kami disambut oleh guru-guru sekolah tersebut yang secara sukarela sanggup menemani kami dalam melaksanakan khidmat sosial ini. Kami dibawa ke kantin untuk mengambil sarapan. Saya makan nasi lemak bersama minuman iaitu teh panas. Bersama rakan-rakan lain kami mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk menjamah sarapan disediakan Tugasan kami dimulakan serentak pada pukul 8.15 pagi. Peralatan disediakan diambil mengikut keperluan masing-masing. Saya dan Pn. Normazita berbincang untuk menentukan cat yang akan diambil. Lalu apabila cat dipilih saya pun berterusterang dengan Pn. Normazita bahawa saya tidak pandai untuk membuat kerja sebegina. Lalu saya tawarkan diri untuk membantu beliau perkara lain dari mengecat tersebut. Kerja diteruskan sehingga pukul 12.30 tengah hari. Selepas itu pengarah program kami En. Idham , memberi isyarat untuk berehat. Sekali lagi kami dihidangkan dengan makanan iaitu makan tengah hari. Menu bagi makan tengah hari ini ialah gulai, ikan goreng dan sedikit pekasam juga dihidangkan. Semua peserta termasuk saya menjamah makanan tersebut dengan penuh selera. Selepas berehat lebih kurang 30 minit kami pun memulakan semula kerja yang telah kami tinggalkan untuk makan tengah hari tadi. Kami cuba membuat kemasan terakhir pada mural tadi. Pemerhatian dengan lebih teliti dibuat untuk memerhati dan mengesan mana-mana kecacatan yang terdapat dalam mural tersebut. Seterusnya, lebih kurang pukul 3.00 petang kami pun berhenti dan mural kami telah siap. Ada peserta yang telah siap lebih awal membantu kumpulan lain yang belum menyiapkan mural mereka. Kerjasama diantara peserta amat baik dan sikap saling tolong menolong di antara satu sama lain amat terserlah. Kami membersihkan semua peralatan mengecat dan menyimpannya semula di tempat yang telah diberitahu oleh pengarah program ini.Tugas kami siap sepenuhnya lebih kurang pada pukul 3.30 petang. Majlis Penutup Majlis penutup kami bermula pada pukul 3.45 minit petang. Ianya dirasmikan oleh En. Mohd. Sofi penyelia BIG bagi Institut perguruan Malaysia Kampus darul aman. Turut hadir dalam majlis penutup ialah mentor kami iaitu Pn. Rodziah, Yang di Pertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Aur dan juga penolong kanan Ko- Kurikulum sekolah tersebut. Majlis dikendalikan oleh Pn . Rozita. Pesanan dari En. Mohd Soffi ialah ucapan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menerima pelajar IPG kampus darul Aman dalam menyiapkan Program Bina Insan Guru bagi Fasa 3 ini. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta khususnya Ahli

jawatankuasa yang Berjaya merancang dan melaksanakan program ini. Bagi pihak sekolah pula turut mengucapkan terima kasih kepada kumpulan kami. Ini disebabkan sekolah mereka kembali ceria seperti mana ketika sekolah itu mula dibuka dahulu. Oleh yang demikian beliau mengucapkan terima kasih atas sumbangan kami. Manjlis penutup berakhir lebih kurang pukul 4.30 petang. Kami berkumpul semual di hadapan sekolah untuk taklimat untuk pulang. Oleh kerana ramai peserta yang terus pulang ke rumah masing-masing , maka kami hanya berkumpul untuk mengucapkan salam perpisahan buat sementara di antara satu sama lain. Kami mula bertolakj pulang dari SK Kota Aur pada pukul 4.45 minit petang. Maka selesailah program Khidmat masyarakat BIG Fasa 3 bagi kumpulan PGSR sains IPG kampus Darul Aman.

Refleksi Program Bina Insan Guru Fasa 3 adalah satu daripada program BIG yang diwajibkan kepada semua pelajar terutamanya kumpulan PGSR seperti saya. BIG fasa 1 dan 2 telah kami lalui. Kini BIG Fasa 3 juga telah selesai. Berdasarkan objektif yang disasarkan, saya boleh katakan program BIG ini telah berjaya mengorek dan mengesan kekuatan dan kelemahan setiap peserta dalam kehidupan secara keseluruhan. Kalau kerja kursus menguji keupayaan mencari dan memproses maklumat, peperiksaan pula mengesan keupayaan menterjemahkan maklumat, manakala BIG pula bertujuan mengesan keupayaan guru dalam mengurus ilmu, sikap dan akhlak seorang guru, supaya dia dapat memberi manfaat maksimum kepada seluruh warga negara kita hari ni dalam membentuk insan yang mempunyai kekuatan dan hala tuju yang positif dalam mengejar kemajuan.

Melaui BIG pada kali ini ( Fasa 3 ) , saya berpendapat kumpulan kami semakin menguasai keupayan untuk merancang dan melaksana program sebagai bekal kami apabila pulang ke sekolah masing-masing. Bagi saya kekuatan yang ada pada saya ialah ringan tulang. Melalui program sebegini , saya dapat rasakan saya semakin berubah iaitu dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan sesama ahli kumpuan dan juga masyarakat setempat. Ini dapat dibuktikan dengan cara saya mengatasi ketidakupayaan saya mengecat dengan baik. Untuk itu saya sedia menawarkan diri untuk menjadi kuli dalam menyiapkan kerja atau tugasan kami .Kerjasama yang semakin erat antara ahli kumpulan dapat melancarkan program kami ini dengan tersusun dan kemas. Dalam melaksanakan program kali ini , saya rasa amat berpuashati di atas kejayaannya. Perjalanan yang jauh, padat dan pelbagai kesulitan dalam masa menyiapkan tugasan ini dapat kami selesaikan dengan berjaya atas kesedaran semua ahli kumpulan bahawa kerjasama adalah kaedah terbaik dalam menyiapkan kerja samada ringan atau berat. Dalam kumpulan ini juga terdapat beberapa orang peserta yang mampu menjadi pemimpin dan sentiasa bersedia menyumbangkan buah fikiran, pendapat dan sebagainya, demi menrealisasikan Malaysia Negara Maju pada tahun 2020 akan datang. Namun demikian saya juga sedar kelemahan diri saya dalam beberapa hal. Saya akan mempertingkatkan keupayaan diri dalam menyahut seruan kerajaan menjadi guru yang mampu melahirkan masyarakat Malaysia berminda kelas pertama. Antara kelemahan saya yang dapat di kesan dalam program ini ialah tidak pandai mengecat terutamanya mengecat huruf yang memerlukan tangan yang kreatif dalam menghasilkan hasiil seni yang berkualiti tinggi. Namun apabila dikaji, saya sedar banyak sumbangan lain yang dapat saya berikan dalam menyiapkan tugasan ini. Contohnya saya dapat bekerja menggunakan tenaga dan kawan yang lain dapat menyumbangkan hasil tangan yang kreatif. Dalam dunia global hari ini, saya berpendapat falsafah yang patut di pegang ialah: Sumbanglah apa yang kamu dapat ,bukan bicarakan apa yang tidak dapat kamu berikan. Kekuatan diri perlu ditonjolkan ,dengan cara tersebut kelemahan diri dapt diatasi. Semangat kerjasama merupakan semangat yang penting dalam membentuk masyarakat yang mapan dan mampu mengharungi dunia global hari ini. Melalui program BIG fasa 3 ini, segalanya dapat direalisasikan. Daripada awal perancangan di dalam kekalutan dan kekangan masa, semua ahli dapat menyumbangkan buah fikiran dalam merealisasikan perlaksanaannya. Ini berterusan dan berjalan lancar atas kewibawaan pengarah program yang jelas mempunyai kepimpinan yang tinggi dalam mengatur, melaksana, mengarah dan berkomunikasi dengan berkesan dalam menetapkan tugasan setiap ahli jawatankuasa dan kesemua peserta program ini.

Kepelbagaian kemahiran dari pelbagai latar belakang amat membantu dalam menjayakan program ini. Yang penting, sikap mahu bekerjasama dan bersedia mendengar pendapat orang lain dan menjana idea dengan berkesan berserta pemikiran yang kritis dan kreatif yang tergabung kesemuanya mampu membentuk kumpulan yang kuat dalam melaksanakan tugasan sukar sekalipun. Kesimpulannya , program BIG fasa 3 ini dapat menjadi satu medan mengesan kelemahan dan kekuatan di samping menca rialternatif dalam menyelesaikan basalah berbangkit. Ianya juga dapat menyemai dan menyuburkan sikap kerjasama seperti kata mantan perdana menteri kita Tun Abdullah haji Ahmad badawi: marilah kita bekerja bersama-sama dalam menjadikan negara Malaysia kita yang maju, aman dan makmur.harapan saya biarlah sedikit pengalaman yang dikutip pada BIG Fasa 3 ini dapat disuburkan dan disebarkan untuk anak Malaysia keseluruhannya.

Anda mungkin juga menyukai