Anda di halaman 1dari 50

TAJUK PBS PENGAJIAN AM : KELEBIHAN DAN PERMASALAHAN YANG TERDAPAT DI PASAR RAYA BESAR GIANT KEPADA PENGGUNA.

2.0 BIL. 1.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 11.0

KANDUNGAN PERKARA Sinopsis Penghargaan Pengenalan Objektif Kajian Lokasi Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian dan Perbincangan Kesimpulan Rujukan Lampiran HALAMAN 1 2 3-4 5 6 7-10 11-35 36 37 38-44

1.0

SINOPSIS Kajian yang bertajuk- Kepentingan dan Permasalahan Pasar Raya Besar Giant kepada

pengunjung/pelanggan, ini bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan serta permasalahan yang terdapat di Pasar Raya Besar Giant terhadap pengguna. Pasar Raya Giant ini terletak ditengahtengah pusat bandar yang menjadi tumpuan orang ramai iaitu di Lot 273 & Lot 3569 Jalan Langgar, Mukim Alor Malai, 05350 Alor Setar, Kedah. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi responden dan Bahagian B mengenai respon responden terhadap aspek persoalan kajian. Terdapat dua persoalan kajian yang

diutarakan dalam kajian ini iaitu faktor kepentingan dan permasalahan yang berlaku ketika pengguna berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant. Selain itu, saya juga menggunakan kaedah temubual untuk mendapat jawapan yang spontan. Seramai 30 orang pengguna dipilih sebagai sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan kepentingan paling mempengaruhi pengguna berbanding permasalahan dalam kajian ini. Walaubagaimanapun, analisis mendapati kepentingan dan permasalahan berada dalam kedudukan yang seimbang dalam kajian yang saya lakukan ini. Akhir sekali, beberapa implikasi kajian terhadap kepentingan dan permasalahan dicadangkan serta beberapa cadangan untuk kajian lanjutan juga turut dikemukakan.

3.0

PENGHARGAAN Assalammualaikum, syukur Alhamdulillah dan saya mengucapkan ribuan terima kasih

kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya kerja kursus saya mengenai permasalah dan kelebihan yang terdapat Pasar Raya Besar Giant kepada pengguna. Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada pihak sekolah yang memberi pelbagai bantuan dan kebenaran menjalankan kajian.Setinggi-tinggi penghargaan kepada Razuwan Bin Ramli dan Mohd Zaini Bin Ismail, guru Pengajian Am saya yang telah memberi panduan, nasihat serta bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang masa kajian ini dijalankan. Dan yang paling utama ucapan ribuan terima kasihi juga ditujukan kepada ibu bapa tersayang kerana telah memberi banyak perhatian dan semangat kepada saya bagi menyempurnakan kajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi kerjasama serta sumbangan yang ikhlas yang dihulurkan semasa kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada semua pengunjung Pasar Raya Besar Giant yang telah memberikan kerjasama yang baik semasa temubual dan soal selidik dijalankan. Wassalam

4.0

PENGENALAN Pasar raya ialah sejenis kedai layan diri serbaneka yang menawarkan beraneka

produkmakanan dan keperluan rumah. Pasar raya lazimnya lebih besar dan banyak pilihannya berbanding kedai runcit dan lebih kecil berbanding pasar raya besar , Richard T. De George (1995) berpendapat bahawa pasar raya besar merupakan satu bentuk peruncitan besar yang menyediakan pelbagai pilihan barangan plastik, pakaian, peralatan, perkakasan automobil dan peralatan pertanian. Hill, Charles W.L (1994) mengatakan pasar raya besar juga boleh didefinisikan sebagai sebuah pasar raya yang mempunyai keluasan sangat besar daripada biasa, gudang pelbagai jenis perkhidmatan dan bangunan yang menempatkan pasar raya dan pasar borong di bawah satu bumbung. Biasanya ia menjual item-item yang terdiri daripada makanan dan bukan makanan pada harga sepuluh peratus hingga lima belas peratus lebih rendah daripada harga biasa. Ia juga menyediakan barang-barang jualan dalam kuantiti yang banyak dalam satusatu ruang niaga. Pasar Raya Besar Giant ialah sebuah rangkaian pasar raya dan peruncit yang utama di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, dan UAE. Ia adalah anak syarikat Dairy Farm International Holdings (DFI). Pasar Raya Besar Giant telah ditubuhkan oleh keluarga Teng sebagai sebuah kedai runcit kecil dalam salah satu kawasan pinggir bandar di Kuala Lumpur pada tahun 1944. Misinya ialah untuk menawarkan pelbagai produk pada harga yang serendah mampu. Selepas berpuluhpuluh tahun berniaga, terdapat sebuah syarikat bertaraf antarabangsa berniat untuk membeli Giant kerana kebolehan Giant ialah menawarkan produk yang nilainya setimpal dengan harga yang dikenakan. Dairy Farm International Holding yang telah membeli Giant terus mengekalkan prinsip itu sehingga dapat mengubah wajah Giant menjadi jenama terkenal . Setelah enam tahun berusaha , akhirnya telah berjaya mereka bentuk gedungnya pengenalan produk bukan makanan dalam Pasar Raya Besar Giant , pelaksanaan piawaian runcit antarabangsa yang merangkumi keselamatan, kebersihan, latihan berstruktur, dan persekitaran beli-belah yang bertenaga serta juga fungsi pembelian berpusat dan peningkatan mutu operasi, Dairy Farm telah menjadikan Giant sebagai peneraju yang tidak tercabar dalam sektor peruncitan Malaysia. Pasar raya besar Giant menawarkan selingkungan luas barangan tempatan, seperti buahbuahan, sayur-sayuran dan hasil laut yang segar dalam persekitaran pasar basah. Namun begitu masih terdapat pelbagai masalah yang terdapat di pasar raya ini.

Kadar keburukan yang terdapat di pasar raya telah di hadapi oleh pengguna dapat di lihat melalui borang soal selidik yang telah di tandakan oleh pengguna telah saya gunakan sebagai responden bagi mengkaji masalah atau keburukan yang terdapat di Pasar Raya Besar Giant. Kajian mendapati terdapat banyak masalah yang ada di pasar raya ini. Oleh itu, saya akan mengkaji dan mengenal pasti kadar peratusan pengguna yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang di sediakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 86.7% bersamaan 26 orang pelanggan yang datang ke Pasar Raya Besar Giant bersetuju menyatakan bahawa pekerja di sini tidak begitu mesra dengan pelanggan yang datang, selain itu, seramai 80% atau 24 orang pelanggan bersetuju bahawa terlalu banyak kaunter pembayaran di tutup, seterusnya pekerja-pekerja di sini terlalu mengambil mudah tentang kehabisan bekalan barangan di rak pula sebanyak 93.4% atau 28 orang pelanggan dan 93.3% atau 28 orang pelanggan juga terpaksa beratur panjang ketika ingin membayar barangan yang telah di beli. Daripada butiran yang yang terdapat pada borang soal selidik, jelas menunjukkan bahawa masalah yang terdapat di Pasar Raya Besar Giant bukanlah hal yang boleh dipandang remeh. Oleh itu, semua pihak Pasar Raya Besar Giant harus memainkan peranan dan bekerjasama membuang sikap kurang mesra dan membuat pembaharuan bagi memperbaiki permasalahan yang di hadapi oleh pelanggan.

5.0

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang telah dilakukan oleh institut teknologi mara pada november, 1990 membuktikan bahawa "Pasar raya sebagai tempat yang popular dikalangan masyarakat masa kini". Terdapat dua objektif utama kajian ini dijalankan. Pertama adalah untuk mengenalpasti permasalahan dari semua golongan dari segi umur , bangsa dan jantina ketika berkunjung ke Pasar Raya. Seterusnya kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan penggunapengguna ketika berada di Pasaraya tersebut. Kaedah methodologi yang digunakan dalam kajiselidik ini ialah dengan menggunakan borang soal kajiselidik melalui kaedah temuduga secara bersemuka, seterusnya pengamatan dan ulasan dari kajian-kajian yang lepas. Didalam kajian ini pensampelan yang digunakan ialah pensampelan tidak berkemungkinan iaitu pensampelan kuota yang mengandungi 30 responden yang mengikut bangsa Melayu, Cina dan India.

Objektif kajian ini ialah:


1. Mengenalpasti permasalahan yang berlaku ketika pengguna berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant. 2. Mengenalpasti kelebihan Pasar Raya Besar Giant kepada pengguna.

6.0

LOKASI KAJIAN Kajian ini telah dijalankan di Pasar Raya Besar Giant yang terletak di berhampiran

dengan pusat bandar. Lokasi tempat kajian ini terletak bersebelahan dengan Masjid Al-Bukhary dan pasar.(sila rujuk gambar dan peta yang dilampirkan) Alamat : Lot 273 & Lot 3569 Jalan Langgar, Mukim Alor Malai, 05350 Alor Setar, Kedah. Tel:04-7335909 Fax: 04-7336125

7.0

KAEDAH KAJIAN (METOD) Kajian ini ialah berbentuk destriptif iaitu meggunakan kaedah soal selidik untuk

mendapatkan kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui permasalahan dan kepentingan Pasar Raya Besar Giant kepada pengguna/pelanggan. Terbahagi kepada dua aspek iaitu mengenalpasti berlaku ketika pengguna berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant dan mengenalpasti kepentingan Pasar Raya Besar Giant kepada pengguna. Dapatan kajian ini perolehi melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada responden iaitu pengunjung di pasar raya tersebut. Manakala maklumat yang diterima akan dianalisis secara kuantitatif. Data jenis kuantitatif ialah berdasarkan kategori kuantiti yang menggunakan kekerapan, angka dan peratusan. Ini ialah kerana data jenis kuantitatif sesuai bagi penyelidikan yang menggunakan instrument soal selidik , temubual, serta kaedah perpustakaan untuk mendapatkan maklumat kajian.

7.1 Skop Kajian Skop kajian ini hanya memberi fokus kepada kelebihan dan permasalahan yang terdapat di Pasar Raya Besar Giant dengan mengikut sebab kajian di lakukan iaitu kelebihan dan permasalahan yang terdapat di tempat kajian saya. 7.2 Populasi dan Sampel Kajian Populasi dalam kajian ini merupakan jumlah pelanggan/pengunjung yang datang ke Pasar Raya Besar Giant. Manakala jumlah sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah seramai 30 orang responden. 7.3 Instrumen Kajian Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik dan temubual sebagai instrumen kajian yang merangkumi item berdasarkan objektif kajian. Soal selidik dan temubual yang disediakan oleh saya terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Pada bahagian A, responden dikehendaki menjawab beberapa soalan mengenai demografi responden. Skala empat mata telah digunakan dalam bahagian B di mana responden di kehendaki

10

menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan. Manakala temubual pula mengenai jawapan spontan yang di berikan oleh responden.

7.3.1

Kaedah Soal Selidik

Dengan kaedah soal selidik yang dijalankan ialah untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Selain itu, melalui kaedah ini juga dapat memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Saya telah menyediakan soal selidik yang sesuai untuk memenuhi objektif kajian. Borang itu saya edarkan secara rawak kepada pengunjung Pasar Raya Besar Giant untuk dijadikan responden dalam kajian ini.

7.3.2

Kaedah Temubual

Kaedah temubual saya ialah menggunakan kaedah tidak formal, berdasarkan temubual dengan pengunjung secara persendirian. Sebagai contoh , saya telah melakukan temubual ini dengan beberapa orang pengguna yang kerap berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant serta tujuan kunjungan ke pasar raya tersebut. Temubual yang dilakukan ini sedikit sebanyak membantu dalam memberi matlumat terhadap kajian yang dibuat. Saya telah menggunakan alat perakam suara untuk merakan perbualan dan kemudiannya digunakan untuk menganalisis temubual tersebut. 7.3.4 Kaedah perpustakaan

Kaedah perpustakaan saya ialah menggunakan internet untuk membuat carian tentang pasar raya yang saya telah membuat kajian. Selain itu, saya menggunakan internet juga untuk membuat carian tentang kajian saya melalui Wikipedia dan google.

11

Bahagian A: Mengenai demografi responden seperti jantina, umur dan bangsa. Seramai 30 orang responden dijadikan bahan kajian kami.

Bahagian B: Bahagian ini mempunyai 27 soalan bagi mendapatkan dan mengenal pasti objektif kajian. Pecahan item terbahagi kepada dua bahagian iaitu: 1. Kepentingan di Pasar Raya Besar Giant. 2. Permasalahan yang berlaku di Pasar Raya Besar Giant Penyelidik menyediakan item-item soalan dengan menggunakan skala empat mata untuk memperoleh jawapan daripada responden. Skala empat mata ini terdiri daripada pemberat yang berlainan iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Ianya seperti mana yang ditunjukkan pada Jadual 1.

Jadual 1: Skala Tahap Persetujuan Skor 1 2 3 4 Tahap Persetujuan Sangat tidak setuju (STS) Tidak setuju (TS) Setuju (S) Sangat setuju (SS)

12

Membina item soalan kajian

mendapatkan kebenaran daripada pihak Pasar Raya Besar Giant

mengedar soal selidik kepada responden

menganalisis data

mentafsir data

membuat rumusan kajian

Rajah 1: Carta Alir Proses Penyelidikan Berdasarkan Rajah 1, kajian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prosedur kajian yang telah ditetapkan supaya objektif kajian dapat dicapai. Prosedur kajian dimulakan dengan perbincangan bersama penyelia mengenai masalah yang ingin dikaji. Perbincangan melibatkan perkara-perkara seperti mengenal pasti masalah, tajuk dan objektif kajian. Selain itu, perbincangan juga mengumpul maklumat berkaitan masalah yang telah dibincangkan, mengenal pasti responden dan kaedah yang digunakan untuk menganalisis data. Penyelidikan menyerahkan borang soal selidik kepada responden dan menerangkan caracara untuk menjawab. Setelah borang selesai dijawab, penyelidik membuat penganalisisan data bagi mendapatkan dapatan kajian tentang borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden yang terlibat dan kesimpulan untuk mengenalpasti dan menyelidik tentang maklumat yang di peroleh melalui dapatan kajian yang diperoleh.
13

8.0

Dapatan Kajian dan Perbincangan 8.1 Dapatan Kajian 8.1.1 Analisis Bahagian A i. Taburan Responden Berdasarkan Jantina Jadual 2: Taburan Responden Berdasarkan Jantina Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Frenkuensi 6 24 30 Peratusan 20% 80% 100%

20%

lelaki perempuan 80%

Carta Pai 1 Menunjukkan Taburan Responden Mengikut Jantina Jadual 2 menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina. Analisis menunjukkan responden yang berjantina perempuan seramai 24 orang (80%) dan diikuti dengan responden berjantina lelaki seramai enam orang (20%).

14

ii.

Taburan Responden Berdasarkan Umur

Jadual 3: Taburan Responden Berdasarkan Umur Umur 20-25 26-30 31-35 36-40 41-45 46-50 Frenkuensi 2 3 4 9 6 6 Peratusan % 7 10 13 30 20 20

Jumlah

30

100

7% 20% 10% 20-25 26-30 13% 20% 31-35 36-40 41-45 46-50

30%

Carta Pai 2 Taburan Responden Berdasarkan Umur Jadual 3 menunjukkan taburan responden berdasarkan umur. Didapati responden yang berumur 36 hingga 40 tahun merupakan majoriti dalam kajian ini dengan bilangan seramai
15

sembilan orang (30%) diikuti dengan responden yang berumur 41 hingga 45 tahun dan 46 hingga 50 tahun seramai enam orang (20%) , responden yang berumur 31 hingga 35 tahun seramai empat orang (13%) manakala responden yang berumur 25 hingga 30 tahun seramai tiga orang (10%) dan 20 hingga 25 tahun hanya seramai dua orang (7%).

16

iii.

Taburan Responden Berdasarkan Bangsa/Kaum

Jadual 4: Taburan Responden Berdasarkan Bangsa/Kaum Bangsa/Kaum Melayu Cina India Jumlah Frenkuensi 17 7 6 30 Peratusan% 57 23 20 100

20%

23%

57%

Melayu Cina India

Carta Pai 3 Menunjukkan Taburan Responden Berdasarkan Bangsa/Kaum Jadual 4 menerangkan tentang taburan responden berdasarkan bangsa. Hasil kajian

menunjukkan bilangan pelanggan yang berbangsa Melayu seramai 17 orang dengan peratus sebanyak 57% dan diikuti oleh responden yang berbangsa Cina seramai 7 orang dengan peratus sebanyak 23%. Manakala responden yang berbangsa India seramai 6 orang dengan peratusan sebanyak 20%.

17

8.1.2 Analisis Bahagian B Untuk mengetahui maklumat mengenai kepentingan dan permasalahan yang terdapat di Pasar Raya Besar Giant kepada pelanggan, penyelidik telah membahagikan empat tahap persetujuan bagi setiap item kepada dua bahagian iaitu setuju dan tidak setuju. Bahagian setuju merangkumi mereka yang setuju (S) dan sangat setuju (SS) dengan kenyataan yang saya berikan. Manakala bahagian tidak setuju pula merangkumi mereka yang tidak setuju (TS) dan sangat tidak setuju (STS) dengan kenyataan yang di kemukakan. i. Kelebihan Pasar Raya Besar Giant terhadap pengguna.

Jadual 5: menunjukkan Taburan Frekuensi dan Peratusan Bagi Kelebihan yang Terdapat di Pasar Raya Besar Giant. Bil Item-item soal selidik TIDAK SETUJU (TS) 1 (STS) f 1. Pasar raya ini menyediakan khidmat fast food. 5 % 16.7 20% 2. Mudah untuk pelanggan mencari barang kerana terdapat papan tanda jenis barangan yang disediakan. Penduduk sekitar dapat menambah pendapatan dengan bekerja di Pasar Raya Besar Giant. Pasar raya ini dapat menjimatkan masa pelanggan yang tinggal berdekatan kerana tidak perlu ke tempat yang berlainan kerana terdapat banyak barangan di sana. 2 6.7 20% 9 30 70% 1 3.3 6.6% 1 3.3 8 12 40 5 4 13.3 6 20 80% 16.7 30% 26.7 20 66.7 4 13.3 f 1 2 (TS) % 3.3 f 9 3 (S) % 30 80% 18 60 F 15 Jawapan SETUJU (S) 4 (SS) % 50

3.

4.

93.4%

18

5.

Tahap keselamatan yang terjamin disediakan.

10 20%

10

26.7 80%

16

53.3

6.

7.

Pelanggan yang pulang bekerja dan tidak sempat memasak dan sebagainya boleh membeli makanan di food court yang disediakan. Terdapat pelbagai makanan tradisional yang dipasarkan di Pasar Raya Besar Giant. Terdapat pelbagai pilihan barangan keperluan seperti barang basah, barang kering dan keperluan harian.

3.3

10

30

17

56.7

13.3% 4 13.3 30% 9 30 1 3.3 15 5 16.7 9

86.7% 30 70% 50 5 16.7 12 40

8.

33.3% 3 10 10% 0 0 6.7% 0 0 10% 4 13.3 26.6% 4 13.3 10 3 10 8 2 6.7 3 0 0 25

66.7% 83.3 90% 10 25 83.3 2 6.7

9.

10.

11.

12.

Pasar raya ini sering mengadakan hari tanpa beg plastik iaitu green day. Pasar raya ini sering mengadakan promosi yang menarik dan harga yang menjimatkan. Pasar raya ini mudah dan terletak di tengah-tengah bandar. Pelanggan boleh mencuba makanan luar seperti sushi, takoyaki dan sebagainya.

93.3% 26.7 90% 33.4 12 40 19 63.3

73.4%

19

80 70 60 50 40 30 20 10 0 S1 S2 S3 S4 S5 S6 Sangat Tidak setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 S7 S8 S9 S10 S11 S12 Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

20

Analisis kajian mendapati bahawa pelanggan yang berpuas hati dengan kelebihan yang terdapat di Pasar Raya Besar Giant. ,Seramai 80% iaitu 24 orang pelanggan bersetuju bahawa Pasar Raya Besar Giant ini menyediakan khidmat fast food. Hal ini mungkin kerana pelanggan lebih suka makan makanan diluar. Oleh itu, mereka bersetuju dengan khidmat yang disediakan ini. Walau bagaimanapun, 20% iaitu enam orang pelanggan lagi tidak bersetuju dengan penyataan ini. Kajian mendapati seramai 24 orang pelanggan bersamaan 80% pelanggan bersetuju bahawa mereka mudah mencari barang kerana terdapat papan tanda jenis barangan yang disediakan di setiap rak. Hanya segelintir yang tidak bersetuju dengan penyataan ini iaitu seramai 20% atau enam orang pelanggan. Seramai 70% atau 21 orang pelanggan tidak bersetuju bahawa penduduk sekitar dapat menambah pendapatan dengan pekerja di Pasar Raya Besar Giant. Walau bagaimanapun, seramai 30% iaitu sembilan orang pelanggan bersetuju dengan kenyataan tersebut. Selain itu, seramai 93.4% bersamaan 28 orang pelanggan bersetuju bahawa Pasar Raya Besar Giant ini dapat menjimatkan masa pelanggan yang tinggal berdekatan kerana tidak perlu ke tempat yang berlainan kerana terdapat pelbagai pilihan barangan terdapat disitu. Walau bagaimanapun, hanya dua orang pelanggan iaitu 6.6% tidak bersetuju dengan penyataan ini. Aspek keselamatan juga merupakan kelebihan yang terdapat di Pasar Raya Giant ini. Ini dibuktikan apabila seramai 80% atau 24 orang pelanggan bersetuju dengan tahap keselamatan di Pasar Raya Besar Giant ini. Namun begitu, masih ada yang tidak bersetuju dengan perkara ini iaitu seramai 20% atau enam orang pelanggan. Pelanggan yang pulang bekerja dan tidak sempat untuk memasak dan sebagainya boleh membeli makanan di food court yang disediakan tidak mendapat persetujuan sepenuhnya apabila hanya seramai 86.7% iaitu 26 orang pelanggan bersetuju dengan penyataan ini. Hanya 13.3% atau empat orang pelanggan sahaja yang dikaji tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Pelanggan-pelanggan dalam kajian ini juga bersetuju bahawa terdapat pelbagai makanan tradisional dipasarkan oleh Pasar Raya Besar Giant ini. Hal ini dibuktikan apabila seramai 70% atau 21 orang pelanggan bersetuju dengan pendapat ini. Walaupun peratusan aspek ini berada
21

pada tahap yang tinggi, namun terdapat juga pelanggan yang tidak bersetuju. Dapatan kajian ini dibuktikan hanya sembilan orang atau 30% pelanggan tidak bersetuju dengan penyataan ini. Berdasarkan peninjauan, didapati terdapat pelbagai pilihan barang yang terdapat di Pasar Raya Besar Giant seperti barang basah, barang kering dan keperluan lain lagi. Ini dapat dibuktikan apabila seramai 66,7% atau 20 orang pelanggan bersetuju dengan pendapat ini. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan pelanggan iaitu 33.3% bersamaan 10 orang pelanggan yang tidak bersetuju dengan penyataan yang dibuat. Kajian mendapati bahawa Pasar Raya Besar Giant ini menyediakan khidmat green day iaitu hari sedunia tanpa plastik. Seramai 27 orang pelanggan bersamaan 90% menyatakan setuju dengan aspek ini. Terdapat juga sebilangan kecil pelanggan yang tidak bersetuju dengan aspek ini iaitu seramai tiga orang pelanggan iaitu10% sahaja. Sementara itu, seramai 28 orang pengunjung atau 93.3% dalam kajian ini pula bersetuju dengan pihak Pasar Raya Besar Giant kerana sering mengadakan promosi yang menarik dan yang menjimatkan. Aspek ini adalah antara sebab mereka sering berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant. Walaupun begitu, hanya sebilangan pelanggan iaitu dua orang sahaja atau 6.7% pula dilihat tidak bersetuju dengan penyataan ini. Pelanggan-pelanggan dalam kajian ini juga amat gemar mengunjungi Pasar Raya Besar Giant ini mudah dan kedudukannya amat strategik kerana terletak di tengah-tengah bandar. Ini dibuktikan dengan seramai 90% iaitu 27 orang pelanggan mengatakan setuju terhadap aspek ini. Walaupun peratusan aspek ini berada pada tahap yang tinggi, namun begitu terdapat juga pelanggan yang tidak bersetuju. Dapatan kajian ini dibuktikan hanya 10% iaitu 3 orang pelanggan tidak bersetuju bahawa lokasi Pasar Raya Besar Giant berada pada kedudukan yang strategik. Dapatan kajian juga mendapati bahawa pelanggan boleh mencuba makanan luar sepeti sushi, takoyaki dan pelbagai lagi. Seramai 23 orang iaitu 73.4% pelanggan bersetuju dengan pendapat ini. Namun begitu, seramai tujuh orang sahaja atau 26.6% pelanggan tidak bersetuju kerana berkemungkinan kerana mereka tidak gemar dengan makanan luar yang disediakan.

22

Sebagai rumusan, antara ciri-ciri yang menunjukkan pengaruh yang tinggi terhadap kelebihan Pasar Raya Besar Giant terhadap pengguna adalah pelanggan mudah mencari barang kerana terdapat papan tanda jenis barangan yang disediakan, perkhidmatan green day dan pelbagai makanan tradisional dipasarkan. Pelanggan-pelanggan ini juga gemar berkunjung ke sini kerana penduduk sekitar dapat menambah pendapatan dengan bekerja di pasar raya ini.

23

ii.

Permasalahan yang terdapat di Pasar Raya Giant terhadap pengguna.

Jadual 6: Taburan Frekuensi dan Peratusan Bagi Permasalahan yang Terdapat di Pasar Raya Giant. Bil. Item-item soal selidik TIDAK SETUJU (TS) 1 (STS) f 1. Layanan yang diberikan oleh pekerja di pasar raya ini tidak memuaskan. 2 % 6.7 20% 2. Kaunter pembayaran yang disediakan banyak namun hanya beberapa sahaja yang dibuka. Banyak troli di sini rosak. 0 0 6.7% 5 16.7 20% 4. Pekerja tidak menjalankan kerja apabila barangan di rak kehabisan. Susunan barangan yang tidak teratur. 2 6.7 20% 9 30 70% 6. Tandas yang terdapat disini tidak bersih. 1 3.3 1 3.3 8 12 40 5 4 13.3 6 20 80% 16.7 30% 26.7 20 66.7 4 13.3 1 3.3 9 2 6.7 3 10 f 4 2 (TS) % 13.3 f 6 3 (S) % 20 80% 25 83.3 f 18 Jawapan SETUJU (S) 4 (SS) % 60

93.3% 30 80% 18 60 15 50

3.

5.

6.6% 7. Kekurangan tempat simpanan barang bagi barangan yang dibeli. 9 30 33.3% 1 3.3 15

93.3% 50 66.7% 5 16.7

24

8.

Pelanggan terpaksa beratur panjang untuk membuat pembayaran kerana kaunter yang dibuka terhad.

10

25

83.3

6.7

10% 9. Pasar raya ini menjejaskan peruncit-peruncit yang berdekatan. Pembeli terpaksa membeli barang-barang yang banyak untuk mendapat lebih banyak potongan harga. Berlaku kekurangan tempat letak kereta. Berlaku kesesakan ketika tibanya hujung minggu. Barang jenama sendiri kurang berkualiti dan cepat rosak. Kekurangan pekerja di pasar raya. Terlalu banyak pekerja asing di pasar raya ini. 3 10 20% 1 3.3 13.3% 3 10 9 30 3 10 8

90% 26.7 80% 17 56.7 16 53.3

10.

86.7%

11.

13.3 20%

16.7

30 80%

12

40

12.

30 33.3%

3.3

15

50 66.7%

16.7

13.

10 10%

25

83.3 90%

6.7

14.

3.3 6.6%

3.3

26.7 93.4%

20

66.7

15.

30 6.6%

12

40

16.7 93.4%

13.3

25

90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 S1 S2 S3 S4 S5 Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

90 80 70 60 Sangat Tidak Setuju 50 40 30 20 10 0 S6 S7 S8 S9 S10 Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

26

90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 S11 S12 S13 S14 S15 Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

27

Analisis kajian mendapati bahawa layanan pekerja di Pasar Raya Besar Giant tidak memuaskan. Ada pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju atas soalan yang kami sediakan. Oleh itu, sebanyak 24 orang pelanggan iaitu 80% pelanggan yang datang bersetuju bahawa pekerja di sini tidak mesra dan 20% atau enam orang lagi tidak bersetuju dengan soalan yang saya kemukakan. Kajian mendapati bahawa` terlalu banyak kaunter sering di tutup di Pasar Raya Besar Giant. Seramai 28 orang atau 93.3% pelanggan bersetuju dengan soalan yang dinyatakan. Terdapat sebilangan sahaja iaitu hanya dua orang sahaja atau 6.7% pelanggan tidak bersetuju dengan soalan ini. Pihak-pihak Pasar Raya Besar Giant seperti tidak ambil peduli dengan masalah troli rosak. Terdapat sebilangan besar pelanggan bersetuju dengan masalah yang perlu mereka hadapi iaitu sebanyak 80% atau 24 orang pelanggan dan hanya sebahagian kecil sahaja tidak bersetuju dengan soalan yang disediakan iaitu hanya enam orang atau 20% sahaja. Selain itu, pekerja-pekerja di pasar raya ini terlalu mengambil remeh tentang kehabisan bekalan barangan di rak. Seramai 80% atau 24 orang pelanggan bersetuju dengan soalan ini dan terdapat 20% iaitu enam orang pelanggan tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Walaupun ramai pelanggan yang datang ke pasar raya ini, terdapat 70% atau 21 orang pelanggan tidak bersetuju bahawa susunan barangan di pasar raya ini tidak teratur. Sebilangan sahaja bersetuju iaitu sebanyak 30% iaitu sembilan orang pelanggan sahaja. Keadaan Pasar Raya Besar Giant ini yang besar pasti terdapat juga kekurangan, walaupun hanya masalah kecil. Hampir 93.3% iaitu 28 orang pelanggan tidak berpuas hati dengan kebersihan tandas di pasar raya ini. Hanya 6.7% iaitu dua orang pelanggan tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Sementara itu, kekurangan tempat simpan barang juga menyusahkan para pelanggan yang berkunjung ke sini. Terdapat 66.7% iaitu 20 orang pelanggan bersetuju dengan kenyataan ini dan sebanyak 33.3% atau 10 orang lagi pelanggan tidak bersetuju. Kajian mendapati bahawa sebanyak 90% iaitu 27 orang pelanggan bersetuju dengan kenyataan ini yang menunjukkan bahawa pelanggan terpaksa beratur panjang ketika ingin
28

membayar barang yang hendak dibeli. Masalah ini sering dihadapi ketika tiba hari minggu. Hanya 10% iaitu tiga orang sahaja jumlah pelanggan tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Kebanyakan masyarakat menganggap bahawa pembukaan pasar raya besar ini menjejaskan peruncit-peruncit kecil. Apabila soalan ini diberikan kepada pelanggan seramai 24 orang iaitu 80 % pelanggan bersetuju dengan kenyataan ini dan hanya 20% atau enam orang pelanggan sahaja tidak bersetuju. Ramai pembeli bersetuju sebanyak 86.7% iaitu 26 orang pelanggan bahawa mereka terpaksa membeli barangan yang banyak untuk mendapat potongan harga yang mereka inginkan. Terdapat 13.3% atau empat orang pelanggan sahaja yang tidak bersetuju. Kajian ini mendapati bahawa tempat letak kereta di sini kurang dan akan menjadi masalah ketika tiba musim perayaan dan hari cuti. Seramai 21 orang atau 80% pelanggan bersetuju dengan masalah yang diutarakan ini dan terdapat sembilan orang atau 20% lagi tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Dengan keadaan pasar raya terletak di kawasan pusat bandar, para pengguna terpaksa menghadapi masalah kesesakan lalu lintas apabila tiba waktu puncak. Hampir 66.7% bersamaan 20 orang pelanggan pasar raya ini tidak bersetuju dengan masalah ini, hanya 33.3% atau 10 orang sahaja bersetuju dengan kenyataan ini. Seperti mana yang diketahui, setiap pasar raya besar mengeluarkan barang jenama sendiri. Sebilangan besar pelanggan beranggapan bahawa barangan jenama sendiri cepat rosak. Oleh itu, sebanyak 90% atau 27 orang pelanggan bersetuju dengan kenyataan ini dan 10% tiga orang pelanggan lagi tidak bersetuju. Masalah kekurangan bilangan pekerja juga dihadapi oleh pihak pelanggan yang datang. Sebanyak 93.4% atau 28 orang pelanggan bersetuju dan 6.6% atau dua orang lagi pelanggan tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Kajian mendapati bahawa terlalu ramai pekerja asing yang bekerja di pasar raya ini. Hal ini telah memberi masalah kepada rakyat di negara ini untuk bekerja di sini. Seramai 28 orang pelanggan atau 93.4% bersetuju dengan kenyataan ini dan 6.6% atau dua orang pelangganlagi tidak bersetuju.
29

Sebagai rumusan, penyelia di pasar raya ini haruslah mengatasi masalah yang telah berlaku di Pasar Raya Besar Giant ini seperti kerosakkan troli, sering berlaku kesesakan lalu lintas apabila tiba waktu puncak dan pelbagai lagi. Jika masalah ini cepat diatasi, mungkin jumlah pelanggan yang datang ke Pasar Raya Besar Giant akan bertambah.

30

8.1.3 Temubual Kepentingan/kebaikkan pengguna terhadap Pasar Raya Besar Giant. Temubual telah dibuat berdasarkan persoalan kelebihan yang disediakan kepada pengguna. Seramai 10 orang pengunjung telah ditemubual dalam kajian ini. Respon yang diberikan oleh responden amat memuaskan, ringkas dan mudah untuk difahami. No 1 Soalan Adakah lokasi Pasar Raya Giant strategik dengan tempat tinggal anda ? Jawapan pengguna/pelanggan Sangat strategik 5 Boleh tahan jauhnya 3 Tidak strategik 2

50% 2 Adakah Pasar Raya Giant ini sering mengadakan promosi? Selalu mengadakan promosi 6

30% Kurang mengadakan promosi 4

20% Tidak mengadakan promosi 0

60% 3 Bagaimanakah layanan pekerja kepada anda? Amat mesra 1

40% Kurang mesra 5

0% Tidak mesra 4

10% Mudah untuk cari tempat letak 4. Adakah tempat letak kereta disini banyak? kereta 8

50% Kurang tempat letak kereta

40% Susah untuk mencari tempat letak kereta

80%
31

10%

10%

Graf Temubual
Kelebihan Pasar Raya Besar Giant kepada pengguna

1. Adakah lokasi Pasar Raya Besar Giant strategik dengan tempat tinggal anda?

20%

30% sangat strategik 50% boleh tahan jauhnya tidak strategik

Carta pai 1 menunjukkan temubual lokasi Pasar Raya Besar Giant strategik dengan tempat tinggal pengguna. Terdapat skala tiga mata yang diberikan oleh saya kepada pelanggan pasar raya tersebut iaitu sangat strategik, boleh tahan jauhnya serta tidak strategik. Majoriti graf ini menunjukkan bahawa sebanyak 5 orang (50%) menyatakan kedudukkan Pasar Raya Besar Giant ini berada di kawasan yang strategik. Hanya tiga orang (30%) menyatakan boleh tahan jauhnya. Manakala tidak strategik hanya dua orang (20%) sahaja.

32

2.Adakah Pasar Raya Besar Giant ini sering mengadakan promosi?


0%

40% Selalu mengadakan promosi 60% Kurang mengadakan promosi Tidak mengadakan promosi

Carta pai 2 menganalisiskan tentang promosi yang diadakan oleh Pasar Raya BesarGiant. 6 orang pengguna iaitu 60% mengatakan bahawa Pasar Raya Besar Giant ini sering mengadakan promosi , manakala sebanyak 4 orang (40%) setuju bahawa Pasar Raya Besar Giant kurang mengadakan promosi. Tiada responden menyatakan bahawa pasar raya ini tidak mengadakan promosi.

33

3.Bagaimanakah layanan pekerja di sini kepada pelanggan yang datang?


10% 40% Amat mesra 50% Kurang mesra Tidak mesra

Carta pai 3 menyatakan tentang layanan pekerja kepada pelanggan ketika berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant. Sebanyak 4 orang (40%) menyatakan bahawa sikap pekerja kepada pelanggan tidak mesra, manakala sebanyak seorang (10%) mengatakan bahawa amat mesra layanan pekerja Pasar Raya Besar Giant ini terhadap pelanggan. Namun ada menyetujui sebanyak 5 orang (50%) bahawa pekerja disitu kurang mesra apabila melayan karenah pelanggan.

34

4.Adakah tempat meletakkan kereta di sini mencukupi?


10% 10% Mudah untuk mencari tempat meletak kereta 80% Kurang tempat meletak kereta Susah untuk mencari tempat letak kereta

Carta pai 4 menunjukkan analisis adakah tempat letak kereta disini banyak. Seramai 8 orang (80%) menyatakan mudah untuk cari tempat letak kereta ketika berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant. Manakala seorang (10%) menyetujui bahawa kurang tempat letak kereta dan susah untuk mencari tempat letak kereta iaitu hanya seorang sahaja(10%).

35

Permasalahan yang ada di Pasar Raya Besar Giant Temubual telah dibuat berdasarkan soalan permasalahan terhadap pengguna yang disediakan. Seramai 10 orang pengunjung telah ditemubual dalam kajian ini. Respon yang diberikan oleh responden amat memuaskan, ringkas dan mudah difahami. No Soalan Jawapan pengguna/pelanggan

1.

Ketika tuan/puan mengunjungi Pasar Raya Besar Giant, adakah mudah untuk mencari barangan keperluan ?

Tiada / kurang papan tanda

Tulisan papan tanda terlalu kecil

Barangan tidak teratur serta susah hendak cari

30% 2. Pada pendapat tuan/puan , adakah patut pekerja asing bekerja di Pasar Raya Besar Giant ini ? Amat tidak setuju 3

50% Kurang setuju

20% Tidak patut

30%

20%

50%

36

GRAF TEMUBUAL Permasalahan yang berlaku di Pasar Raya Besar Giant terhadap pengguna

1.Ketika tuan/puan mengunjungi Pasar Raya Besar Giant, adakah mudah untuk mencari barangan keperluan?

30%

20% Tiada papan tanda Tulisan dipapan tanda terlalu kecil 50% Barangan tidak teratur dan susah untuk mencari barang

Terdapat juga beberapa masalah yang berlaku kepada pelanggan ketika berkunjung ke Pasar Raya Besar Giant. Carta pai ini menunjukkan adakah mudah untuk mencari barangan keperluan di pasar raya tersebut. Sebanyak 3 orang (30%) menyatakan bahawa barangan tidak teratur serta susah hendak cari manakala seramai 2 orang (20%) menyatakan bahawa kurang papan tanda di pasar raya ini. 5 orang (50%) pula menyatakan tulisan di papan tanda terlalu kecil dan sukar untuk pelanggan membaca.

37

2. Pada pendapat tuan / puan adakah patut pekerja asing bekerja di Pasar Raya Besar Giant ini?
20% 50% 30%

Amat tidak setuju Kurang setuju Tidak patut

Carta pai ini menunjukkan pendapat pelanggan Pasar Raya Besar Giant tentang jumlah pekerja asing yang bekerja di pasar raya ini. Majoriti iaitu seramai 5 orang (50%) menyatakan tidak patut dengan soalan yang di kemukakan. Manakala 3 orang (30%) tidak bersetuju dan dua orang (20%) menyatakan amat tidak setuju.

38

8.2

PERBINCANGAN Adakah dengan adanya pasar raya besar, ia menjejaskan peruncit-peruncit kecil

yang berdekatan? Berdasarkan pada analisis yang saya lakukan melalui borang soal selidik yang di berikan kepada pengunjung mencatatkan peratusan sebanyak 80% bersamaan dengan 24 orang responden menyatakan setuju dengan soalan ini. Menurut Encik Muhammad Bin Yusuf, seorang peniaga ayam di pasar yang berhampiran dengan Pasar Raya Giant ini menyatakan bahawa pelanggan beliau semakin berkurangan kerana pihak pasar raya mungkin mengadakan pelbagai promosi berbanding dengan tempat perniagaannya. Di samping itu, bagi peratus yang tidak bersetuju mempunyai pendapat lain berbanding peniaga tadi. Kebanyakkan peniaga-peniaga untuk pasar sehari menyatakan bahawa mereka boleh menambahkan pendapatan melalui perniagaan di dalam kawasan pasar raya ini kerana pasar raya ini merupakan tempat yang sering dikunjungi. Melalui kertas kerja yang di sediakan oleh Haidi bin Mohd Ali (1990) menyatakan bahawa pasar raya adalah tempat untuk penduduk setempat bersiar-siar bukannya tempat untuk membeli barangan seperti yang semua ketahui. Manakala kertas kerja yang di sediakan oleh Mohd Rizki bin Razali (2002) menyatakan bahawa pasar raya ini menjatuhkan peruncit-peruncit kecil yang berdekatan. Selain itu, menurut kajian yang sama menyatakan bahawa pasar raya memerlukan pengguna membeli barangan secara pukal untuk mendapatkan potongan harga seperti yang di janjikan. Oleh itu, peruncit-peruncit tetap menjadi pilihan pengguna, kerana harga barangan yang di jual lebih murah dari pasar raya, pelanggan terpaksa membeli barangan yang banyak untuk mendapat potongan harga yang disediakan. Akhir sekali, dapatan kajian mendapati, walaupun pasar raya tumbuh bak cendawan, peruncit-peruncit kecil tetap menjadi pilihan penduduk di sekitar sini. Tetapi,industri peruncitan merupakan sumber terpenting dalam ekonomi negara, tanpa industri peruncitan tidak majulah pengeluar-pengeluar produk yang hanya bergantung kepada pasar raya untuk menarik para pelanggan membeli.
39

Adakah dengan adanya pekerja warga asing yang bekerja dalam industri peruncitan memudaratkan warga tempatan,? Berdasarkan analisa temubual yang telah saya lakukan kepada pengunjung Pasar Raya Besar Giant sebanyak 100% bersamaan dengan 10 orang responden bersetuju dengan soalan yang telah saya kemukakan. Seperti yang diketahui, pekerja warga asing hanya di tempatkan bekerja dalam sektor perindustrian sahaja, berlakunya perkara seperti ini menyebabkan pemuda dan remaja tidak mendapat pekerjaan sementara menunggu keputusan peperiksaan serta musim cuti. Melalui kajian luar Mustaffa bin Abdul Majid (1990) mendapati bahawa jumlah penganggur dalam negara ini semakin meningkat kerana jumlah kemasukkan warga asing semakin meningkat sehingga menjejaskan penduduk negara. Menurut kajian Mohd Zulfee bin Zakaria (1995) menyatakan bahawa jumlah warga asing dalam keadaan yang membimbangkan sehingga menimbul rasa kebimbangan para penduduk sekitar. Selain itu ia turut menyatakan bahawa kebanyakkan penduduk di Malaysia bergantung kepada pekerjaan seperti di pasar raya, dengan kebanjiran warga asing telah menutup pintu rezeki kebanyakkan penduduk di sini. Di samping itu, Muaz bin Ramli antara pengunjung pasar raya ini menyatakan bahawa kebanyakkan pasar raya dalam negara seperti berada di negara luar kerana jumlah warga asing semakin hari semakin bertambah. Kadangkala masalah ini boleh mengurangkan jumlah pengunjung untuk datang membeli belah. Akhir sekali, langkah awal perlu diambil oleh pengurus di pasar raya ini dengan hanya mengambil warga kerja tempatan, kerana dapat mengurangkan jumlah penganggur dalam negara.

40

9.0

KESIMPULAN Membangunnya sesebuah pasar raya dalam negara mestilah mempunyai permasalahan

serta kepentingan yang terdapat dalam pasar raya tersebut. Segala masalah serta kepentingan ini telah melibatkan pengunjung atau pelanggan yang datang ke pasar raya ini. Dapatan kajian mendapati bahawa permasalahan yang berlaku di Pasar Raya Besar Giant merupakan faktor yang pihak pasar raya perlu membaiki untuk menambahkan lagi jumlah pelanggan untuk datang. Justeru itu, pihak pengurusan pasar raya sendiri harus mencari jalan untuk mengatasi segala masalah yang ada di Pasar Raya Besar Giant ini. Sesungguhnya dengan semua masalah ini dapat di atasi, mungkin dapat meningkatkan jumlah pendapatan pihak pasar raya ini sendiri.

41

10.0

RUJUKAN

Giant Hypermarket-Alor Setar,Kedah, diakses pada Februari 23, 2013, sumber dari: https://foursquare.com/v/giant-hypermarket/4d58de9d23e0a093ab6a3e49/photos Hill, Charles W.L, 1994. International Business: Competing in the Global Marketplace, Irwin, Boston, USA. Haidi bin Mohd Ali dan Mustaffa bin Abdul Majid (1990) Pasar Raya Merupakan Tempat Yang Popular Untuk Masyarakat Masa Kini: Universiti Teknologi Mara. Mohd Rizki bin Razali (2002) Kertas Kerja Tesco dan Carrefour : Universiti Malaya. Mohd Zulfee bin Zakaria (1995) Pertambahahan Jumlah Pendatang Asing : Universiti Teknologi Mara. Pasar Raya- Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, diakses pada Februari 26, 2013, sumber dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasar_raya Pusat Rujukan Persuratan Melayu@DBP, diakses pada Februari 26, 2013,sumber dari: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pasar+raya ` Richard T. De George (1995), Business Ethics : New Jersey, Parential Hall. Store Location Giant, diakses pada Februari 23, 2013, sumber dari:

http://www.giant.com.my/stores?q=Alor%20Setar

42

11.0 LAMPIRAN

PETA :

Peta 1: Peta Pasar Raya Besar Giant, Alor Setar.

43

GAMBAR:

Gambar 1: Pasar Raya Besar Giant, Alor Setar, Kedah.

Gambar 2 : Kawasan tempat letak kereta di Pasar Raya Besar Giant

44

Gambar 3 dan 4: Menunjukkan keadaan di dalam Pasar Raya Besar Giant.

45

Gambar 5 dan 6 : barangan makanan yang ada di Pasar Raya Besar Giant.
46

Gambar 7 dan 8: barangan keperluan harian yang terdapat di Pasar Raya Besar Giant.
47

BORANG SOAL SELIDIK Umur: 20-25( Bangsa: Melayu( Jantina: Lelaki( ) 26-30( ) Cina( ) Perempuan( ) 31-35( ) India( ) ) 36-40( ) ) 41-45( ) 45-50( )

Tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan. Bil 1. 2. Soalan Pasar raya ini menyediakan khidmat fast food. Mudah untuk pelanggan mencari barang kerana terdapat papan tanda jenis barangan yang disediakan. Penduduk sekitar dapat menambah pendapatan dengan bekerja di pasaraya. Pasar raya ini dapat menjimatkan masa pelanggan yang tinggal berdekatan kerana tidak perlu ke tempat yang berlainan kerana terdapat banyak barangan disitu. Tahap keselamatan yang terjamin disediakan. Pelanggan yang pulang bekerja dan tidak sempat memasak dan sebagainya boleh membeli makanan di food court yang disediakan. Terdapat pelbagai makanan tradisional yang dipasarkan di pasar raya ini. Terdapat pelbagai pilihan barangan keperluan seperti barang basah, barang kering dan keperluan harian. Pasar raya ini sering mengadakan hari tanpa beg plastik iaitu green day. 10. Pasar raya ini sering mengadakan promosi yang menarik dan harga yang menjimatkan. 9. 11. Pasar raya ini mudah dan terletak di tengah-tengah bandar. 12. Pasar raya ini dapat menjimatkan masa pelanggan yang tinggal berdekatan kerana tidak perlu ke tempat yang berlainan kerana terdapat pelbagai barangan di sini. STS TS S SS

3.

4.

5. 6.

7.

8.

48

BORANG SOAL SELIDIK Umur: 20-25( Bangsa: Melayu( Jantina: Lelaki( ) 26-30( ) Cina( ) Perempuan( ) 31-35( ) India( ) ) 36-40( ) ) 41-45( ) 45-50( )

Tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan. Bil 1. Soalan Layanan yang diberikan oleh pekerja di pasar raya ini tidak memuaskan. 2. Kaunter pembayaran yang disediakan banyak namun hanya beberapa sahaja yang dibuka. 3. 4. Banyak troli di sini rosak. Pekerja tidak menjalankan kerja apabila barangan di rak kehabisan. 5. 6. 7. Susunan barangan yang tidak teratur. Tandas yang terdapat disini tidak bersih. Kekurangan tempat simpanan barang bagi barangan yang dibeli. 8. Pelanggan terpaksa beratur panjang untuk membuat STS TS S SS

pembayaran kerana kaunter yang dibuka terhad. 9. Pasar raya ini menjejaskan peruncit-peruncit yang berdekatan.

10. Pembeli terpaksa membeli barang-barang yang banyak untuk mendapat lebih banyak potongan harga. 11. Berlaku kekurangan tempat letak kereta. 12. Berlaku kesesakan ketika tibanya hujung minggu. 13. Barang jenama sendiri kurang berkualiti dan cepat rosak. 14. Kekurangan pekerja di pasar raya. 15. Terlalu banyak pekerja asing di pasar raya ini.

49

50

Anda mungkin juga menyukai