Anda di halaman 1dari 5

Tarikh / Hari : 16 April 2013 Kelas : 6 Gemilang Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tajuk : Kata Ganda Subtopik : Kata

Ganda Berima Fakta : Kata Ganda Berima :

Masa : 9.30 10.30 pg Bil. Murid : 17 Orang

Kata ganda berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) pada pangkal, pada hujung, atau seluruhnya apabila digandakan. Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : a) Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima kata ganda berima dengan tepat. b) Membina tiga ayat menggunakan kata ganda berima dengan betul. Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menggunakan perkataan kata ganda dalam pertuturan seharian mereka.

Bahan Bantu Mengajar : Kertas sebak, lembaran petikan, lembaran permainan bahasa, nota , pelekat, kad perkataan dan alat tulis. Pendekatan / Strategi : Kaedah : Nilai : Berpusatkan guru dan murid

Sumbang saran , perbincangan, pembentangan, main peranan Bekerjasama, kejujuran, hormat-menghormati , keberanian dan berdikari

KBKK : Menjana idea, kemahiran menghubung kait, menyenarai, menilai, mendefinisi Kemahiran : 4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain. Memberikan komen dan cadangan balas yang membina tentang sesuatu perkara berdasarkan pengalaman secara bersopan Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. Menulis pelbagai jenis ayat.

Aras 3 (i)

8.1 Aras 1 (i)

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Strategi/ Kaedah/ BBM/Nilai/ KBKK Strategi: Berpusatkan guru dan murid Kaedah: Main Peranan Sumbang saran BBM: Petikan berita Kad perkataan KBKK: Menjana idea dan hubung kait Nilai: Kejujuran

Set Induksi (5 minit)

Berita mengenai Pembukaan Sebuah Pasar Malam

1).Guru meminta seorang murid melakonkan watak seorang penyampai berita di hadapan kelas. 2).Guru meminta murid-murid mendengar dengan teliti. 3)..Guru bersoal jawab dengan murid tentang isi berita yang disampaikan dan pengalaman murid mengunjungi pasar malam. Soalan: a).Berita tentang apa yang kamu dengar tadi? b).Kamu pernah ke pasar malam? c). Apakah jenis jualan yang ada di pasar malam? 4).Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran hari ini, iaitu kata ganda berima.

Kata ganda berima

Sampah-sarap

1).Seorang murid tampil ke hadapan kelas untuk melakonkan watak sebagai pembaca berita dan menyampaikan berita berdasarkan teks yang disediakan. 2).Murid-murid mendengar isi berita yang disampaikan. 3).Murid bersoal jawab mengenai isi berita yang didengar dan menceritakan pengalaman mereka yang pernah mengunjungi pasar malam.

Kuih-muih

Sayur-mayur

Lauk-pauk

Langkah 1 (10 minit)

Menyenaraikan perkataan Kata Ganda Berima.

1).Guru menyediakan peta bulatan berdasarkan program i-Think untuk meransang minda murid . 2).Guru meminta murid menulis jawapan pada peta bulatan yang ditampal pada papan putih.

1).Murid tampil ke hadapan kelas untuk menulis jawapan pada peta bulatan yang disediakan. 2).Murid bersoal jawab tentang perkataan kata ganda yang ditulis oleh rakanrakan mereka pada peta bulatan.

Strategi: Berpusatkan murid Kaedah: Perbincangan BBM: Kertas sebak Alat tulis Pelekat KBKK: Menjana idea dan menghubung kait Nilai: Menghormati

Jawapan

Tajuk

3).Guru meminta murid menyenaraikan kata ganda berima yang ditulis pada peta bulatan. 4).Guru bersoal jawab tentang hasil kerja murid.

Langkah 2 (25 minit) 1.Maksud dan contoh-contoh Kata Ganda Berima

1).Guru mengedarkan nota tentang maksud serta contoh-contoh kata ganda berima kepada murid . 2).Guru menerangkan maksud kata ganda berima berdasarkan nota. 3).Guru meminta semua murid mendengar arahan guru sebelum membentuk empat kumpuan kecil.

1).Murid membaca nota secara senyap dan mendengar penerangan guru dengan teliti. 2).Murid bergerak mencari kumpulan masing-masing. 3).Murid berbincang dalam kumpulan kecil untuk membina tiga ayat menggunakan kata ganda berima.

Strategi: Berpusatkan guru dan murid Kaedah: Perbincangan BBM: Kertas sebak Alat tulis Pelekat Nota KBKK: Menjana idea dan menghubungkait Nilai: Kerjasama

2.Perbincangan dalam kumpulan

a). murid dikehendaki membentuk empat kumpulan kecil dan melantik seorang pencatat dan pembentang. b). setiap kumpulan diminta membina lima ayat menggunakan kata ganda berima. 3).Guru memberi arahan kepada murid-murid untuk berbincang dalam kumpulan.

Langkah 3 (15 minit)

Pembentangan hasil kerja kumpulan

1).Guru menilai hasil kerja setiap kumpulan melalui pembentangan dan berlaku sesi bersoal jawab.

1).Murid membuat pembentangan dan bersoal jawab.

Strategi: Berpusatkan murid Kaedah: Pembentangan BBM: Kertas sebak Alat tulis pelekat KBKK: Menjana idea dan menghubungkait Nilai: Keberanian

Penutup (5 minit)

Permainan Carian Kata

1). Guru mengedarkan lembaran permainan carian kata kepada murid. 2).Guru memberi ganjaran kepada murid pertama yang berjaya

1).Murid mencari jawapan berdasarkan lembaran permainan carian kata dengan membulatkan jawapan yang betul. 2).Murid mencari

Strategi: Berpusatkan murid Kaedah: perrtandingan BBM: Lembaran permainan carian kata Sagu hati

mencari jawapan dengan tepat. 3).Guru merumuskan isi pelajaran.

kata ganda berima yang terdapat dalam lembaran yang disediakan.

KBKK: Mengingat kembali Nilai: Berdikari