Anda di halaman 1dari 8

TEORI KRITIKAN SENI Kritik seni sudah lama dikenali dalam dunia seni mahupun sastera.

Dalam dunia pendidikan mahupun penelitian sudah banyak diterapkan. Walaupun semula, seperti sifatnya yang evaluatif, pendekatan kritik seni digunakan untuk penelitian evaluatif, namun dalam perkembangannya dapat digunakan untuk jenis penelitian lainnya baik penelitian dasar maupun terapan karena sebenarnya dalam pendekatan ini ada aspek deskriptif, interpretatif, dan aspek evaluatif. Kritikan seni ini biasanya digunakan oleh seseorang atau penilai sesebuah karya seni untuk mengkritik karya seni.

Pendekatan kritikan seni yang dalam analisisnya menggunakan tiga faktor seperti faktor genetik, objektif, dan afektif dapat memecahkan masalah penelitian secara komprehensif seperti sifat penelitian kualitatif yang fenomenologis dan hermeneutik. Sifatnya yang lentur, pendekatan ini dirasai sangat aplikasi untuk penelitian-penelitian pada umumnya lebih khusus lagi untuk penelitian dalam cabang ilmu humaniora. Apabila membicarakan bidang kritikan seni, kita perlu mengetahui jenis-jenis kritikan yang tersedia ada. Kritikan boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang utama iaitu, kritikan teori (Theoretical criticism), teori amali (practical criticism), teori terapan (applied criticism).

Banyak definisi yang berhubungan dengan kritikan seni teori yang dikemukakan oleh para ahli. Wikipedia (2006) mendefinisikan secara umum bahawa art criticism is the written discussion or evaluation of visual art. Art criticism usually criticize art in the context of aesthetics or the theory of beauty. Kritikan seni merupakan diskusi tertulis atau evaluasi tentang seni visual. Kritikan seni biasanya mengkritik seni dalam konteks keindahan atau teori tentang keindahan. Menurut Wikipedia, kritikan seni ini sudah menjadi genre tersendiri yang merujuk pada sebuah pembelajaran seni yang sistematik yang diciptakan oleh para ahli. Definisi yang lebih teperinci juga dikemukakan oleh Swarts (2001) yang menjelaskan bahawa art criticism is the process of analyzing, and interpreting works of art in terms of form, content, and context. Kritikan seni adalah sebuah proses menganalisa dan menginterpretasi karya seni dalam hal bentuk (form), isi (content), dan konteks (konteks). Bentuk (form) dapat didefinisikan sebagai elemen karya seni yang bebas dari maknanya (misalnya warna, komposisi, atau ukuran pada sebuah bendera). Bentuk ini lepas dari emosi mahupun simbol yang melekat pada bendera tersebut.

Kritikan teori menyokong keterbukaan, yang secara terus menerus berproses sendiri, dan akhirnya memberi kontraversi pada reformasi sosial. Jelaslah bahawa jika kritikan seni mengajak persepsi, pemikiran, perasaan, dan imaginasi, sementara kritikan tersebut menyokong sebuah keterbukaan, dan dengan sendirinya terus menerus berproses, maka perkara ini dapat menjadi formula yang baik untuk sebuah pengalaman belajar. Dalam sejarah kritikan, terjadi perbezaan pandangan mengenai sumber nilai yang paling penting. Dalam menyingkapi pandangan atau teori-teori seperti di atas setelah mengkaji hal tersebut, Sutopo (1988, 1989) membagi tiga aliran utama iaitu kelompok kritikan genetik, kelompok kritikan fomalistik atau kritik intrinsik, dan kelompok kritikan emosional.

Pendekatan Kritikan Seni (Kritikan Teori) -Kritikan Teori (Theoretical criticism)

Kritikan teori lebih menumpukan kepada aspek teori dan metodologi. Prinsip-prinsip teori akan dikemukakan dengan lebih jelas dan terperinci. Penguasaan ilmu teori bukan sahaja kepada pemahaman tentang unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan struktur rekaan semata-mata tetapi lebih jauh daripada itu. Pengkritik seni mestilah menguasai sebanyak mungkin ilmu bantu seperti pendidikan asas senilukis dan senireka, sosiologi, psikologi, falsafah seni, metodologi seni, perkembangan seni pra-sejarah, perkembangan seni eropah dan asia, seni islam selain perkembangan seni tempatan. Malahan pengkritik seni sewajarnya melengkapi ilmu teori ini selari dengan perkembangan seni semasa sama ada berlaku di luar atau dalam negara.

Kritikan jenis ini banyak tertumpu kepada aspek-aspek teori sahaja. Terutamanya ia banyak tertumpu kepada teori-teori seni dan prinsip rekaan. Penguasaan pengkritik terhadap aspek teori mliputi kaedah formalistik. Oleh itu, seseorang pengkarya sepenuhnya menumpukan perhatian terhadap teori-teori seni yang hendak diterapkannya dalam karya seninya. Antaranya ialah unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan organisasi rekaan. Dalam unsur-unsur seni kita dapat lihat beberapa elemen penting yang harus diterapkan dalam karya tersebut seperti garisan, ruang, rupa, jalinan, warna dan bentuk. Manakala dalam prinsip rekaan juga, elemen yang harus ada seperti harmoni, kepelbagaian, kesatuan, pencahayaan, imbangan, kontra dan pergerakan. Selain itu, dalam organisasi rekaan juga merujuk kepada perkembangan seni kraf dan warisan serta perkembangan persatuan, institusi dan galeri-galeri seni.

Konsep dan Kaedah Sejarah Seni Visual i. Maksud Sejarah Seni Visual Keluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang Sejarah Seni Visual juga muncul sebagai suatu disiplin ilmu mempunyai skop, peranan, dan cabang-cabang yang luas. Sejarah Seni Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan atau pengkajian tentang bentuk-bentuk seni, malahan melibatkan apa-apa jua yang berkaitan dengan kerja seni itu sendiri, termasuklah tentang pengkarya: pelukis dan pereka, bentuk, stail atau gaya, proses, teknik, bahan, makna, pemilik, penaung, persepsi, tanggapan, peranan, dan kemungkinan-kemungkinan yang terhasil akibat daripada kewujudan karya seni itu. Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai pengalaman yang merentasi ruang dan jarak waktu yang tertentu. Dalam konteks ini, Sejarah Seni Visual pada dasarnya menerokai akan apakah faktor-faktor pencetus terhasilnya karya, akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai, makna, serta persepsi masyarakat terhadap sesuatu karya. Oleh kerana penghasilan karya seni itu turut berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan kebudayaan yang luas, justeru itu bidang Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan bidang-bidang ilmu dan profesion lain. Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu disiplin kemanusiaan yang menerangkan peranan seni dalam kehidupan manusia (Zakaria Ali, 1989; Muliyadi Mahamood, 1993; Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).

ii.

Tujuan Sejarah Seni Visual Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui peristiwa masa lalu sebagai

asas untuk memahami situasi masa kini. Jika sejarawan memahami masa lalu dengan mengkaji faktafakta peristiwa, sejarawan seni visual pula berusaha untuk memahami masa lalu menerusi karya-karya seni. Dalam konteks ini, karya seni visual menjadi dokumen-dokumen sejarah yang merakamkan akan masa atau era yang menghasilkannya, sementara apresiasi atau penghayatan seni yang menjadi dasar bidang Sejarah Seni Visual bertindak sebagai asas untuk memahaminya. Selain daripada

memperjelaskan akan bentuk, makna, dan fungsi sesuatu karya, Sejarah Seni Visual juga melihat akan perubahan-perubahan persepsi, fungsi, mahupun makna yang berlaku ke atas sesuatu karya itu, contohnya dengan mengkaji faktor-faktor yang mewujudkan sesuatu perubahan (Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).

iii.

Kaedah Sejarah Seni Visual Dalam bidang Sejarah Seni Visual, karya seni merupakan dokumen sejarah atau sumber primer

yang penting, sementara apresiasi atau penghayatan seni menjadi asasnya. Kaedah mendekati atau menganalisis karya seni boleh dilakukan dengan mengajukan beberapa soalan asas tentang karya yang sedang dikaji ataupun dihayati. Misalnya, ia boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu?; untuk siapa ia dibuat?; ia dibuat daripada apa?; bagaimana keadaannya sekarang?; adakah ia satu-satunya objek sedemikian?; apakah maksudnya?; apakah yang cuba disampaikan?; bagaimanakah ia dipersembahkan?; dan siapakah yang menghayatinya?. Atau, ia boleh dimulakan dengan soalan siapakah pembuatnya?; di mana ia sekarang?; bagaimana ia berada di tempatnya kini?; bila ia sampai di tempatnya kini?; siapa yang mendapatkannya?; mengapa?; berapakah harganya?; siapa pemilik asalnya?; siapa yang menghayatinya? (Pointon, 1994: 61). Persoalan-persoalan asas ini menjadi dasar dalam mengenali serta memahami sesebuah karya seni itu dengan lebih dekat dan bermakna. Ini yang ditegaskan oleh Hauser dalam tulisannya, bahawa dalam usaha memahami karya seni, kita tidak terus menerangkannya, tetapi cuba menyesuaikan diri kita dengannya. Berbicara tentang karya seni, Hauser menulis: "We do not go straight towards them, but circle around them. Each generation sees them from a different point of view and with a fresh eye; nor is it to be assumed that a later point of view is more apt than an earlier one. Each aspect comes into sight in its own time, which cannot be anticipated or prolonged; and yet its significance is not lost, for the meaning that a work assumes for a later generation is the result of the whole range of previous interpretations." (Hauser, 1959 in Fernie, 2001: 205). Secara umumnya, pengkajian terhadap karya seni perlu mengambilkira aspek-aspek bentuk (aspek-aspek formal, termasuklah pengolahan karya dan gaya penampilan) dan makna (ikonografi: tersurat dan tersirat). Penelitian terhadap bentuk dan makna ini pula dihubungkan dengan konteks penghasilan sesuatu karya, misalnya aspek-aspek period atau masa: sejarah dan kebudayaan.

Konsep dan Kaedah Kritikan Seni Visual a. Pengertian Kritikan Seni Visual Kritikan seni bermaksud wacana tentang sesuatu karya seni sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan (Feldman, 1994). Kritikan seni dilakukan daripada pelbagai sudut berasaskan satu sistem

atau strategi yang teratur, merangkumi aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Kritikan seni penting dalam perkembangan seni visual kerana ia mempengaruhi profesion karyawan, persepsi dan daya apresiasi khalayak, cita rasa dan strategi pengumpul seni, pemilik galeri serta promoter seni. Justeru itu, kritikan seni yang baik boleh dianggap sebagai suatu alat terbaik menentukan arah perkembangan seni pengkarya dan seni visual secara umumnya.

b. Tujuan Kritikan Seni Visual Kritikan seni memainkan peranan penting dalam perkembangan seni visual baik bagi pengkarya mahupun khalayak secara umumnya. Bagi pengkarya, kritikan boleh membantu mereka

mempertingkatkan profesion menerusi penambahbaikan dalam proses pengkaryaan dengan mengambil kira reaksi serta maklum balas dari pengkritik mahupun khalayak. Bagi penghayat pula, kritikan seni boleh mempertingkatkan tahap apresiasi serta persepsi mereka terhadap seni visual secara umumnya. Kritikan seni merangkumi pelbagai persoalan asas dan ruang litup seni visual, seperti bentuk, makna dan konteksnya. Dalam kritikan seni, pengkritik perlu mengambil kira aspek hal benda, komposisi, dan kandungan karya menerusi strategi terancang yang melibatkan aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Sesebuah karya kritikan seni boleh terhasil dalam bentuk jurnalistik mahupun ilmiah, diterbitkan serta disebarkan untuk pengetahuan pengkarya dan khalayak. Dalam kritikan, pengkritik seni menyentuh persoalan-persoalan yang meliputi aspek perasaan, idea, serta pelbagai perkara lain yang diungkapkan pengkarya melalui karyanya, sama ada dalam bentuk catan, lukisan, arca, periklanan, kartun, komik, reka bentuk laman web, poster dan seumpamanya. Pengkritik berperanan sebagai penghubung antara pengkarya dan khalayak menerusi hasil kritikannya yang mengupas kepelbagaian nilai serta makna. Dengan kata lain, pengkritik juga berupaya mengupas serta memperjelaskan nilai-nilai yang tersurat dan tersirat dalam sesebuah karya seni untuk makluman khalayak dan pengkarya itu sendiri. Menurut Feldman (1994), pengkritik mempunyai dua peranan besar, iaitu mengulas organisasi estetik dan pengolahan teknik karya, di samping menyentuh persoalanpersoalan minat serta nilai yang disimbolkan dalam sesebuah karya seni. Oleh kerana kritikan seni mengulas, menganalisis, menginterpretasi, dan menilai karya seni visual yang juga merupakan objek budaya, maka ia pada dasarnya berhubungan dengan hal ehwal kebudayaan. Dalam konteks ini, kritikan seni sebenarnya turut berperanan dalam menentukan arah perkembangan sesebuah kebudayaan. Karya seni adalah cerminan masyarakat dan budaya yang terungkap melalui pengucapan tatabahasa visual pengkarya. Pengkritik mengupas persoalan-persoalan tersebut, justeru memaklumkan kepada khalayak tentang kedudukan pengkarya dan kebudayaan secara umumnya. Pertimbangan serta penilaian pengkritik boleh dijadikan landasan serta panduan

penambahbaikan mahupun penentuan arah seni dan budaya. Dalam konteks ini, tujuan-tujuan kritikan seni adalah untuk membimbing, memberi kefahaman dan penjelasan kepada khalayak mengenai sesuatu karya yang dikupas. Menerusi pertimbangan serta penilaian yang dilakukan, pengkritik berupaya memperjelaskan ataupun menyelesaikan isu-isu berkenaan estetik dan kebudayaan. Justeru itu, kritikan seni pada dasarnya tidak terpisah daripada konteks kebudayaan pengkarya, masyarakat mahupun tamadun. Kritikan seni boleh mempengaruhi profesion pengkarya kerana ia merupakan suatu bentuk reaksi, maklum balas, pengesahan malahan pengiktirafan terhadap sesuatu produk seni yang dihasilkan. Menerusi maklum balas itu, pengkarya boleh menambahbaik mutu atau gaya karya mereka secara berterusan. Proses penambahbaikan ini boleh menyentuh persoalan idea, konsep, teknik, tema, hal benda, atau gaya persembahan secara umumnya. Hal ini demikian kerana kritikan seni lazimnya menyentuh kepelbagaian aspek itu, berdasarkan kemampuan serta pendekatan yang diambil oleh pengkritik. Bagi pemilik galeri dan promoter seni, kritikan boleh membantu mereka mempromosi serta menjual karya seseorang pelukis. Ia boleh mewujudkan suatu bentuk komunikasi antara pemilik galeri atau promoter seni dengan pembeli atau khalayak. Kritikan membolehkan pemilik galeri dan promoter seni mengenalpasti bakat-bakat baru di samping terus mempromosikan pelukis-pelukis sedia ada. Meskipun dalam etika kritikan, seseorang pengkritik tidak seharusnya secara langsung bekerjasama dengan pemilik galeri ataupun promoter seni bagi menaikkan seseorang pengkarya ataupun sesuatu produk, tulisannya yang neutral itu boleh mempengaruhi khalayak secara umumnya. Bagi pengumpul karya seni, kritikan boleh mempertingkatkan nilai sesuatu karya yang mereka miliki. Sesebuah karya seni akan menjadi lebih terkenal jika ia diperkatakan serta dibicarakan secara meluas, justeru itu memungkinkan ia dikenali lebih ramai dan menjadi popular. Kepopularan karya boleh mempertingkatkan nilai komersilnya. Di samping itu, kritikan juga berupaya mengesahkan atau membenarkan persepsi atau tanggapan pengumpul seni terhadap sesuatu karya yang mereka miliki atau berhajat untuk dibeli. Bagi muzium, galeri seni awam dan swasta, serta yayasan kesenian yang mengumpul seni, kritikan seni berupaya memperkayakan dokumentasi serta bahan rujukan koleksi, di samping memberi mereka panduan bagi membeli karya-karya yang baru, baik dan berpotensi. Penulisan sejarah serta kritikan seni merupakan dokumen-dokumen penting bagi pengkaji dan khalayak untuk mengenali sesebuah karya itu dengan lebih berkesan dan bermakna. Hal ini memungkinkan mereka mempertingkatkan kefahaman, persepsi dan daya apresiasi tentang seni secara umumnya. Menerusi kritikan seni, khalayak boleh memahami dengan lebih lanjut akan sesebuah karya itu, misalnya dari sudut tema, teknik, gaya dan makna. Khalayak memahami aspek bentuk dan makna karya secara tersurat dan tersirat, bukan melihat secara luaran sahaja kerana kritikan seni menampilkan

diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan yang membolehkan mereka meletakkan seni pada konteks ruang dan masanya. Bagi sejarawan dan pengkaji seni, kritikan seni boleh membantu usaha mereka meletakkan kedudukan seseorang pengkarya mahupun produk seni itu dalam peta perkembangan seni yang lebih luas. Hal ini menunjukkan bahawa, selain daripada menjadi wadah pendidikan, kritikan seni juga boleh menjadi dokumen-dokumen sejarah yang penting lagi berharga.

Kaedah Kritikan Seni Visual Pendekatan Kritikan Seni Secara umumnya, kritikan seni terbahagi kepada dua pendekatan asas, iaitu ilmiah, dan jurnalistik. Pendekatan ilmiah adalah bentuk penulisan yang terperinci lagi sistematik dan lazimnya terbit dalam jurnal, majalah dan buku. Pendekatan ilmiah selalunya disokong oleh fakta serta sumber-sumber rujukan dan kajian lain yang menyokong serta memperkukuhkan sesuatu hujahan. Penulisan seperti ini lazimnya dilakukan oleh sarjana seni, misalnya profesor, kurator muzium, penyelidik, dan penulis. Pendekatan jurnalistik pula berbentuk laporan, penerangan dan penulisan diskriptif yang terbit dalam surat khabar dan majalah, atau disiarkan melalui radio dan televisyen untuk tatapan umum. Strategi Kritikan Seni Kritikan seni amat berkait rapat dengan apresiasi seni yang terbentuk menerusi kefahaman terhadap aspek-aspek asas karya seperti hal benda, komposisi dan kandungan. Kebolehan menangani serta menghuraikan ketiga-tiga aspek ini akan memberi laluan kepada penghasilan kritikan yang lebih bermakna lagi berkesan. Dalam strategi pertama iaitu diskripsi, seseorang pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya, seperti pengolahan formal dan mengenal pasti imejan. Dia perlu mengumpul data-data asas atau data-data visual karya dan fakta-fakta pengkarya seperti biodata, tajuk, medium, dan tarikh: jelasnya, menyediakan suatu inventori akan perkara-perkara utama itu. Pada tahap analisis karya, pengkritik perlu menganalisis fakta-fakta visual, contohnya dari sudut pengolahan komposisi, garis, cahaya, bentuk, warna, permukaan, dan jalinan. Ini dihubungkan dengan persoalan proses dan teknik serta mencari pertaliannya dengan persoalan idea dan perasaan misalnya.

Menerusi strategi ini, pengkritik seharusnya berupaya mengenal pasti kepelbagaian hal benda dalam karya yang antara lain merangkumi figura, alam semula jadi, alam persekitaran dan objek buatan manusia. Keupayaan mengenal pasti ini seharusnya diiringi dengan kebolehan membaca bentuk penampilan imejan yang mungkin berkaitan dengan pelbagai aliran dan gaya seni, baik yang bersifat tradisi, moden, pascamoden mahupun kontemporari. Pengetahuan ini memungkinkan pengkritik membuat perbandingan serta perhubungan di antara satu karya dengan karya-karya yang lain, ataupun satu gaya dengan gaya-gaya yang lain. Hal ini amat penting bagi membentuk pandangan dan pertimbangan kendiri oleh pengkritik. Komposisi merangkumi aspek-aspek asas seni reka, media dan teknik. Pengkritik sewajarnya berupaya menganalisis pengolahan komposisi karya dengan memberi tumpuan kepada prinsip dan unsur seni serta memahami kepelbagaian bentuk tatabahasa visual seperti abstrak, realistik, naturalistik, dan separuh abstrak yang digunakan pengkarya bagi mengungkapkan bentuk dan makna karyanya. Pengetahuan pengkritik mengenai penggunaan media dan teknik akan mempertajamkan kritikannya kerana dia berupaya menyelami kaedah-kaedah pembentukan sesebuah karya dengan lebih mendalam. Berdasarkan analisis hal benda dan komposisi, seseorang pengkritik berupaya melakukan interpretasi iaitu

mengenal pasti kandungan sesebuah karya yang mengungkapkan sesuatu tema, makna, dan fungsi. Dalam hal ini, pengkritik berusaha meletakkan bentuk dan makna karya pada konteksnya. Rangkuman ketiga-tiga proses mengenal pasti dan menghuraikan aspek-aspek asas ini memungkinkan pengkritik membuat pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya. Kritikan seni memerlukan daya kefahaman individu yang baik terhadap pelbagai aspek karya seni visual yang dibicarakan. Justeru itu, untuk menjadi seorang pengkritik yang baik, seseorang individu itu sewajarnya mempunyai pendidikan formal dalam bidang seni serta berpengetahuan luas. Dia seharusnya berupaya berkomunikasi dengan baik dan jelas, sama ada secara lisan ataupun tulisan. Dia juga sewajarnya bersifat terbuka, bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan khalayak, serta mempunyai kejelasan pemikiran dan ekspresi. Aspek-aspek ini amat perlu bagi seseorang pengkritik dalam menghasilkan pertimbangan dan penilaian yang berbentuk "formalisme, ekspresivisme, mahupun instrumentalisme" (Feldman, 1994). Pertimbangan dari sudut formalisme adalah pertimbangan berasaskan aspek-aspek keindahan dan harmoni; ekspresivisme ialah pertimbangan berdasarkan keupayaan menyampaikan perasaan dan idea; sementara instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai suatu wadah atau alat, contohnya dalam konteks sesuatu institusi, masyarakat dan negara.