Anda di halaman 1dari 3

Sistem pentadbiran Penguasaan semula belanda di Indonesia selepas perang napoleon telah membawa kepada pengekalan pemerintahan kolonial

iaitu sistem birokrasi kolonial belanda. Tahun-tahun sebelum tahun 1816 telah memperlihatkan Indonesia telah di jajah oleh belanda, diganti sebentar oleh british semasa belanda menghadapi peperangan dengan perancis dan selepas itu belanda mengambil alih kembali Indonesia atas kesan perjanjian british belanda. Cengkaman politik belanda bermula di beberapa wilayah Indonesia, terutama di Jawa. Hal ini kerana Jawa merupakan pusat dari wilayah kekuasaan pemerintah Hindia Belanda, terutama di kawasan ibu kota kerajaan dan sekitarnya. Pada mulanya pemerintahan ini merupakan pemerintahan kolektif yang terdiri dari tiga orang, yaitu Flout, Buyskess dan Van Der Capellen. Mereka berpangkat komisaris General. Pada tahun 1816 hingga tahun 1819 rombakkan sistem pentadbiran telah berlaku sehingga mengubah struktur organisasi pemerintahan di Indonesia pada masa itu. Pada tahun 1819, pemerintahan tertinggi mula dipegang oleh seorang Gabernor Jeneral iaitu Gabenor General Van Der Capellen (1816-1824). Sebelum perlembagaan belanda di gubal kembali pada tahun 1849 kedudukan raja di Indonesia masih diiktiraf sebagai kuasa tertinggi. Fasal 60 menetapkan bahawa pada tiap-tiap tahun raja mesti melaporkan hal ehwal tanah jajahan.1 Hal ini kerana, hubungan antara ibu pejabat belanda dengan tanah jajahan adalah penting untuk menentukan hala tuju syarikat hindi belanda. Raja pula akan dibantu oleh pembesar-pembesar yang diletakkan disetiap wilayah jajahannya. Belanda sebenarnya amat bimbang terhadap raja-raja yang suka membangga diri, suka berperang dan melakukan perdagangan hamba. Contohnya raja-raja bali yang bersifat bangga, berjiwa merdeka dengan peperangan yang membawa kepada kebinasaan dan perdagangan hamba abdi yang berjalan tanpa sekatan.2 Bagi belanda pentadbiran tanah jajahannya di Indonesia ini di tadbir oleh pegawaipegawai yang mempunyai pandangan lama dan mempunyai pengetahuan yang sedikit. Pada tahun 1856 perlembagaan yang digubal oleh belanda telah membuat suatu perubahan yang penting dalam pentadbiran tanah jajahan dengan menyerahkan kuasa utama di hindi timur kepada Gabenor jeneral dan majlis. Peranan majlis telah dimansuhkan dimana peranan majlis
1 2

telah dikurangkan kepada taraf badan penasihat sahaja. hal ini menyebabkan peranan raja seperti boneka yang hanya berperanan didalam adat dan agama dan para pembesar tempatan kehilangan kedudukan, malah keistimewaan dan hak mereka juga hilang. Contohnya pada tahun 1823, gabenor jeneral G.A.G.Ph. Van der Capellen mengambil keputusan untuk mengakhiri penyelewengan-penyelewengan terhadap penyewaan tanah swasta. Beliau memerintahkan agar sistem penyewaan tanah itu dihapuskan dan para pembesar yang menyewakan tanahnya kehilangan sumber pendapatan dn harus membayar kembali wang pendahuluan yang dibayar oleh penyewa china dan eropah. Oleh itu, pemberontakan banyak dipimpian oleh golongan atasan tempatan seperti raja dan para pembesar atas dasar tidak puas hati dengan dasar belanda. Ketegangan didalam pentadbiran tempatan secara tidak langsung telah melibatkan belanda. Ketegangan yang berlaku didalam pentadbiran tempatan kebanyakannya adalah disebabkan oleh perebutan tahta. Ada dikalangan pemerintah tempatan yang tidak mahu belanda mencampuri urusan mereka dan ada juga yang terpaksa mengunakan khidmat belanda untuk menyelesaikan masalah mereka. Dimata pentadbir tempatan penglibatan belanda ini adalah satu tindakan yang tepat, manakala dimata belanda ini adalah satu peluang untuk menguasai keseluruhan tanah jajahannya. Didalam penguasaan pentadbiran, belanda juga membuat dasar berbaik-baik golongan pentadbiran tempatan. Dasar berbaik-baik ini adalah untuk mendapat sokongan tempatan dan mengukuhkan lagi kedudukan mereka ditanah jajahan. Selain itu juga dasar berbaik-baik ini juga dapat membantutkan tindakan mereka untuk membuat pemberontakan terhadap belanda. Contohnya pada tahun 1892, colonel deykerhoff melakukan dasar berbik-baik dengan pembesar, dengan cara menyebelahi dan memberikan bekalan yang diperlukan oleh pembesar dengan tujuan untuk menewaskan pemberontakan mereka. Pada tahun 1893 teuku umar, telah mengaku kalah dan menerima gaji daripada kerajaan belanda serta ia dibenarkan membentuk pasukan askar yang dilengkapi dengan senjata tersendiri.3 Penguasaan belanda di Indonesia ini juga telah menyebabkan terbentuknya undangundang kolonial belanda. Undang-undang kolonial belanda ini kebanyaknya adalah berdasarkan ekonomi. Selepas peperangan napoleon, belanda terpaksa menangung hutang dan menangung

kerugian yang banyak, oleh itu untuk menampung kerugian itu pihak belanda sedaya upaya mengexploitasi kekayaan sumber di Indonesia. Penubuhan undang-undang ini juga adalah untuk memperbaiki keadaan tanah jajahan. Sistem ekonomi yang silih berganti banyak memberikan penderitaan kepada rakyat. Namu begitu, kebanyakan undang-undang yang diperkenalkan memberikan penderitaan kepada rakyat.. Contohnya undang-undang gula de Waal tahun 1870, undang-undang ini menegaskan bahawa kerajaan mestilah menarik balik penanaman tebu dalam tempoh dua belas peringkat dan membenarkan penjualan bebas gula di Indonesia.4 Begitu juga dengan undang-undang pertanian De Waal tahun 1870 yang bertujuan memberi kebebasan dan keselamatan yang meluas kepada perusahaan sendirian dengan membolehkan pemodal-pemodal memiliki hak menyewa tanah dari tuan-tuan tanah tempatan.5

4 5

Anda mungkin juga menyukai