Anda di halaman 1dari 3

Bidang: Alam Sekitar Tajuk: Gotong-royong membersihkan kawasan halaman rumah

Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan halaman rumah dijalankan pada 2 Mac 2013 iaitu pada hari Jumaat dari jam 2.00pm hingga 5.00pm. Saya bersama-sama adik saya telah dipertanggungjawab untuk membantu ibubapa untuk membersihkan kawasan halaman rumah.

Saya telah meluangkan masa untuk menolong ibu bapa saya melaksanakan kerja rumah. Hal ini kerana saya mendapati bahawa ibu perlu bekerja pada waktu siang dan menjaga saya dan adik saya pada waktu malam adalah amat letih.Oleh itu, saya, sebagai anak ibu bapa saya bertanggungjawab untuk melakukan pembersihan dan pengemasan rumah untuk mengurangkan beban dan tanggungan yang dipikul oleh ibu saya. Yang pertama, saya menyumbang tenaga untuk menyiram pokok dan bunga di rumah saya. Di samping itu, saya telah menyumbang idea untuk mengajar adik saya teknik untuk menanam pokok dan bunga supaya dia dapat membantu ibu bapa serta memupuk sikap berdikari agar dapat melakukan kerja tanpa suruhan orang lain. Semasa menjalankan aktiviti ini, saya telah melakukan kerja tersebut dengan rajin.Saya juga telah bekerjasama dengan adik saya sehingga kerja diselesaikan. Selain itu, aktiviti ini telah memupuk sifat kepimpinan saya kerana telah mengawal gerak geri adik saya. Di samping itu, saya bertanggungjawab untuk mengawal keadaan dan menyelesaikan aktiviti tepat pada masa yang ditetapkan. Melalui aktiviti ini,saya berpendapat bahawa ibu telah mengorbankan dirinya untuk menjaga taman bunga dan saya telah sedar bahawa saya harus lebih banyak membantu ibu saya untuk mengurangkan bebannya. Aktiviti tersebut akan menjadi pengajaran bagi saya supaya saya dapat lebih mengambil berat terhadap ahli keluarga saya. Saya turut akan berubah sikap untuk menolong ibu dalam melaksanakan kerja rumah untuk mengurangkan beban yang dipikulnya.

Bidang: Perkembangan diri Tajuk: Membantu menjaga anak jiran

Aktiviti membantu menjaga anak jiran dijalankan pada 23 April 2010 iaitu pada hari J umaat dari jam 2.00pm hingga 5.00pm. Saya seorang telah dipertanggungjawab untuk membantu jiran,iaitu Puan Malinee untuk menjaga anaknya selepas sekolah pada hari tersebut. Sebelum memulakan aktiviti tersebut, saya berbincang dengan jiran bahawa membantu beliau menjaga anaknya yang masih kecil semasa beliau keluar untuk menguruskan perkara bank.Saya telah membawa anaknya ke rumah sendiri sepanjang masa beliau tidak berada di rumah.Semasa perjalanan aktiviti, saya telah menjaga anak jiran dengan sebaik-baiknya. Saya bertanggungjawab untuk memastikan bayi jiran meminum susu pada tepat masa berasaskan kuantiti kesederhanaan. Saya juga prihatin terhadap ketidakselesaan bayi tersebut dan rajinmemenuhinya tanpa mengenal penat lelah. Sikap amanah dalam menlaksanakan aktiviti membantu menjaga anak jiran dapat diterapkan. Saya juga telah mematuhi segala arahan diberi oleh jiran supaya kerja akan berjalan lancar. Tepat pada waktu 5.00pm, bayi telah dipulangkan kepada jiran. Jiran saya, Puan Malinee amat berpuas hati dengan tugas yang telah saya jalankan. Semasa aktiviti membantu menjaga anak jiran dilancarkan, saya memastikan tugas yan gdiberi dapat dilaksanakan dengan baik dan penuh bertanggungjawab. Saya tidak merungut atau tidak berpuas hati apabila diamanah untuk menjaga bayi jiran malah mengamalkan tugas itu dengan penuh toleransi. Saya telah memberi makanan dan minuman kepada bayi mengikut arahan jiran pada masa tertentu. Saya turut berprihatin dengan keadaan dan keperluan bayi. Aktiviti kerja amal iaitu membantu menjaga anak jiran telah membuatkan saya bersay a insaf tentang kepentingan menjalin hubungan yang erat dengan jiran. Saya dapat memahami bahawa jikalau hubungan dengan jiran kurang aman, maka kehidupan kita tidak dapat mencapaikesejahteraan dan keharmonian. Hal ini juga memberi kesedaran kepada saya bahawa sikap tolong-menolong harus diamalkan apabila manamana pihak diperlukan bantuan. Pengajaran yang saya dapat ialah kita patut mengamalkan nilai bertanggungjawab apabila sesuatu tugas dilaksanakan. Akhirnya, saya juga bersyukur kerana aktiviti kerja amal ini telah mengubah sikap saya supaya sentiasa menjalin hubungan yang erat dengan jiran.