Anda di halaman 1dari 4

Hari Yang Indah Penuh Ceria Hari Yang Berbahagia Penuh Bermakna Kami Bawakan Kepada Anda Majlis

Jasamu Dikenang Dan Sambutan Hari Lahir Cikgu Suhaimi b Mustafa Bissmillahirrahmanirahim Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Nyanyian Lagu Negaraku Yang Berusaha Norminah Bt Haji Abdul Aji Guru Besar SK Kerukan Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Penolong Kanan, Rakan-Rakan Guru , Kakitangan Sk Kerukan. Murid-murid Yang Dikasihi Sekalian Bagi Pihak Jawatankuasa Pelaksana Mengucapkan Selamat Datang Ke Majlis Jasamu Dikenang Dan Sambutan Hari Lahir Cikgu Suhaimi SK Kerukan..Alhamdulillah Kita Bertemu Pada Hari Yang Cukup Bermakna. Kerana Kita Dipertemukan Kembali dengan Cikgu Suhaimi Yang Banyak Menabur Jasa Dan Budi Di Sk Kerukan . Kuning Emas Masaknya Padi Mawar Merah Dahannya Berduri Terima Kasih Daun Keladi Kerana Sudi Menghadirkan Diri. Pastinya Meriah Majlis Ini Bersama Insan Yang Pernah Menabur Budi SememangnyaJasamu Dikenang Budimu Tak Terbilang. Bacaan Doa Hadirin Yang Dihormati, Menandah Tangan Tanda Kerendahan Lafaz Bismillah Memperkukuhkan Tautan Doa Dipohon Penuh Pengharapan Agar Majlis Mendapat Keberkatan Bagi Menambah Keberkatan Majlis Kita Di Malam Yang Penuh Bermakna Ini,Marilah SamaSama Kita Menadah Tangan Mengaminkan Bacaan Doa Yang Akan Dilafazkan Oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Fudhail Bin Azemy. Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Atas Bacaan Doa Itu Tadi. Ucapan guru Besar Bukan Keris Tanpa Ulunya Bukan Majlis Kalau Tanpa Ucapannya Sebagai Pembuka Persada Ucapan.Majlis Dengan Hormatnya Mempersilakan Cikgu Norminah Bt Haji Abdul Aji ,Guru Besar Sk Kerukan Untuk Menyampaikan Ucapan.Majlis Dengan Hormatnya Mempersilakan. Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada Puan Guru Besar. Ucapan Cikgu Suhaimi Hadirin Yang Dihormati, Sedikit info ringkas berkenaan dengan cikgu suhaimi yang kita kasihi ini, beliau dilahirkan pada 11 april 1955. Beliau merupakan pelajar di SM St Johns Beaufort pada tahun 1974 dan meneruskan pengajian beliau ke maktab perguruan kent sehingga tahun 1977. Penempatan pertama beliau sebagai guru di SK Bakapit Lahad Datu pada tahun 01.01.1978 dan sebanyak 5 buah sekolah beliau telah berkhidmat sehingga di Sk kerukan sebagai sekolah dan destinasi terakhir sebagai seorang guru. Sudah Biasa Kita Dengari Patah Tumbuh Hilang Berganti Namun Tak Sama Guru Yang Ini Tak Mungkin Ada Galang Ganti. Seterusnya Majlis Mempersilakan Cikgu Suhaimi Bin Mustapha Untuk Memberikan Sepatah Dua Kata .Majlis Dengan Segala Hormatnya Menjemput Dan Mempersilakan. Majlis Merakamkan Setinggi-Tinggi Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Cikgu Suhaimi Atas Ucapan Itu Tadi. Banyak Duri Perkara Duri Tidak Sama Duri Mengkuang Banyak Budi Perkara Budi Tidak Sama Budimu Seorang Kain Songket Cantik Kilauan Ditenun Oleh Orang Kemaman Tak Terbalas Budimu Tuan Kami Merakam Setinggi-Tinggi Penghargaan.

Pastinya Kami Warga SK kerukan Tidak Akan Lupa Dengan Jasa Dan Pengorbanan Cikgu Suhaimi. Persembahan Terbang Bebas Si Rama-Rama Teratai Mekar Di Tengah Lembah Jamuan Malam Diiringi Irama Persembahan Nyanyian Turut Dipersembah.. Hadirin Yang Dihormati Sekalian, Sambil Menikmati Hidangan Majlis Dihangatkan Lagi Dengan Persembahan Dari wakil tahun 5 dan 6. Majlis mempersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan tadi. Potong Kek Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan cikgu suhaimi diringi oleh Puan guru besar bersama guru-guru untuk acara memotong kek. Majlis mempersilakan. Persembahan Kedua Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Cikgu Suhaimi untuk mengimpresikan bakat yang yang terpendam selama ini yang belum kita pernah ketahui disaat kita bersama beliau selama ini. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan. Seterusnya Dijemput Pula Kumpulan Kedua Untuk Membuat Persembahan.Dipersilakan. Persembahan Ketiga Seterusnya Kita Nikmati Pula Persembahan Ketiga daripada wakil guru SK Kerukan. Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan . Terima Kasih Atas Persembahan Itu Tadi. Penyampaian Cenderamata Hadirin Dan Hadirat Sekalian,Majlis Seterusnya Adalah Penyampaian Cenderamata Sebagai Tanda Kenang-Kenangan Buat Insan Yang Kita Raikan Pada Hari Ini. Sebelum Itu ,Majlis Dengan Segala Hormatnya Ingin Menjemput Dan Mempersilakan Pn Norminah Haji Abdul Aji Untuk menyampaikan cenderahati Kepada Cikgu Suhaimi Bin Mustapha Yang Baru Menamatkan Perkhidmatan kelmarin. Begitulah Tadi ,Upacara Penyampaian Cenderamata Kenang-Kenangan Khusus Untuk En Suhaimi Bin Mustpha. Terima Kasih Diucapkan Kepada Puan Norminah Atas Kesudian Menyampaikan Hadiah.

Penutup Tiba Waktunya Untuk Menyusun Jemari Membuang Segala Kerikil Bersalut Dihati Maafkan Kami Andai Ada Salah Silap Tanpa Disedari Agar Saat Perpisahan Ini Indah Berbunga Mesra Dalam Jambangan Ingatan. Pada Cikgu Suhaimi Yang Bakal Pergi Meninggalkan Kami Di SK kerukan Ini.. Jelinglah Kami Jika Rindu Masih Bertamu Sapalah Kami Andai Mesra Akrab Berpadu Selamat Menjalani Kehidupan yang baru Selamat Bersara Menjadi Guru Semoga Allah Sentiasa Memberkati Majlis Mengucapkan Terima Kasih Sekali Lagi Kepada Semua Tetamu Dan Hadirin Yang Sudi Meluangkan Masa Bersama-Sama Memeriahkan Majlis Jasamu Dikenang Dari Mana Asalnya Usah Diusul Molek Budinya Menambat Hati Dua Tiga Bicara Salah Tersasul Jangan Disimpam Di Dalam Hati Ubi Manis Ubi Keladi Kalau Ada Ditambah Lagi Sekiranya Umur Panjang Direstui Kita Pasti Berjumpa Lagi Kembang Harum Sibunga Seroja Buat Hiasan Penyambut Tetamu Terhidang Sudah Jamuan Dimeja Dipersilakan Semua Hadirin Menjamu. Untuk Itu Dipersilakan Hadirin Dan Hadirat Sekalian Untuk Menjamu Selera. Sekian Sahaja ,Salam Hormat, Wabillahi Taufik Wahidayah.Wassalamualaikum Wbt.

Anda mungkin juga menyukai