Anda di halaman 1dari 10

[KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB] KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB (( KEMAHIRAN MENDENGAR ( ISTIMA ) ))

BAM 3102

Pengenalan Perlaksanaan pengajaran bahasa arab di sekolah rendah telah bermula sejak program j-qaf dilaksanakan pada tahun 2005. Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini adalah sebagai mata pelajaran bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya. Antara kemahiran yang diterapkan dan ditekankan bagi mata pelajaran ini ialah kemahiran mendengar, membaca, menutur dan menulis. Keempat-empat kemahiran tersebut adalah merupakan elemen yang sangat penting untuk dicapai sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Gabungan keempat-empat kemahiran ini akan memperkasakan lagi kebolehan penguasaan terhadap bahasa arab. Salah satu kemahiran yang terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa arab ialah kemahiran mendengar. Pada hakikatnya, aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Menurut Nik Rahimi (2005) kemahiran mendengar adalah salah satu daripada komponen pembelajaran bahasa bersama dengan kemahiran bertutur, membaca dan menulis. Walaupun begitu, dalam konteks pengajaran, kemahiran mendengar tidak begitu diberi penekanan hingga menyebabkan murid-murid tidak menyedari kepentingan kemahiran mendengar kepada mereka. Implikasinya, murid-murid tidak begitu berkeyakinan untuk berinteraksi dalam bahasa arab sesama mereka, mahupun dengan guru mereka. Sesuatu komunikasi lisan melibatkan dua proses iaitu proses penghasilan dan penerimaan mesej. Menguasai kemahiran mendengar dengan baik biasanya harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta membuat tafsiran daripada apa yang didengar.

[KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB] Konsep Kemahiran Mendengar

BAM 3102

Konsep Kemahiran Mendengar dalam pembelajaran bahasa ialah mendengar secara aktif terhadap apa yang di pelajari serta berusaha memahami sebutan dan maknanya dengan jelas. Proses pemahaman di kalangan kanak-kanak bermula daripada kemahiran mendengar pertuturan orang di sekitarnya. Kemudian kalimah-kalimah / bahasa itu akan mereka kuasai secara beransur-ansur dan seterusnya mengucapkan semula kalimahkalimah tersebut menjadi pertuturan yang mereka fahami(Abdullah Hassan,1984:290). Oleh itu, pembelajaran bahasa Asing seperti bahasa arab dikalangan murid-murid adalah sangat digalakkan untuk pengembangan kemampuan murid tersebut dalam menggunakan bahasa itu, baik lisan mahupun menulis. Kemampuan menggunakan bahasa dalam dunia pengajaran bahasa disebut kemahiran berbahas (maharat al-lughah). Kemahiran tersebut terbahagi kepada empat kemahiran iaitu mendengar (maharat alistima / listening skill), bertutur (maharat al-muhadathah / speaking skill), membaca (maharat al-qiraah/reading skill) dan menulis (maharat al-kitabah / writting skill). Kemahiran mendengar dan membaca dikategorikan ke dalam kemahiran reseptif (al-maharat alistiqbaliyyah / receptive skills) sementra kemahiran bertutur dan menulis dikategorikan ke dalam kemahiran produktif (al-maharat al-intajiyyah/productive skills) (Chaedar 2011) . Kenneth Beare (2009) berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mendengar merupakan salah satu tugas yang paling berat kepada para pendidik atau guru. Ini adalah kerana kemahiran mendengar yang berjaya adalah memerlukan masa dan penumpuan serta latihan yang banyak. Ini agak mengecewakan para pelajar kerana mempelajari kemahiran mendengar tidak sama dengan mempelajari tatabahasa. Berbeza dengan kemahiran bertutur dan menulis yang mempunyai latihan tertentu boleh membantu meningkatkan kemahiran. Namun demikian, terdapat cara atau teknik untuk meningkatkan kemahiran mendengar walaupun terdapat kesukaran. Oleh itu, teknik pengajaran kemahiran mendengar yang berkesan adalah yang meliputi pelbagai aktiviti yang interaktif dari sumber multimedia. Ia bermula dengan mendengar teks yang mudah, pelbagai aktiviti menarik yang mana penumpuan lebih utama kepada proses pembelajaran dari hasil produk. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan 2

[KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB]

BAM 3102

mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut. Dalam pengajaran bahasa Arab, kemahiran mendengar ini amat penting. Dengan kemahiran mendengar, pelajar dapat memahami sesuatu yang didengar dengan betul dan jelas. Kemampuan mendengar yang baik akan membantu mereka menghasilkan pertuturan yang baik. Proses pengajaran untuk mendapatkan kemahiran mendengar ini lazimnya melalui suara guru di dalam kelas. Justeru, kemahiran mendengar merupakan kemahiran asas dalam proses mempelajari bahasa yang diwajibkan ke atas para pelajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar bahasa Arab sebagai bahasa kedua memerlukan usaha, tenaga dan masa yang jitu dari guru dan pelajar. Penyelidikan tentang proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar sudah banyak dijalankan dan pelbagai teknik juga telah dibincangkan. Kebanyakan pelajar yang mempelajari kemahiran mendengar menghadapi pelbagai masalah dan kesukaran ketika proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dijalankan terutamanya dalam bahasa Arab. Wan Izzuddin dan Wan Hasni (1991) memberikan pandangan bahawa ramai pelajar tidak mempunyai kemahiran mendengar yang baik disebabkan mreka tidak memberikan daya tumpuan yang jitu terhadap guru yang sedang mengajar di dalam kelas. Kadangkadang pelajar gagal memberikan perhatian kepada guru mereka menjalankan aktiviti lain semasa mendengar seperti menulis, mencatat nota dan ada pula yang cuba membaca buku. Sementara Weiten dan Lloyd (1994) pula menyatakan bahawa latihan kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang kurang diberi perhatian dlam latihan komunikasi, sedangkan seseorang itu menggunakan asa yang jauh lebih banyak untuk mendengar berbanding bertutur. Sementara itu, dalam pengajaran bahasa kedua, Nunan (1999) juga mendapati kemahiran mendengar diabaikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua di mana ia lebih banyak tertumpu kepada penguasaan kemahiran bertutur.

[KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB] Proses Kemahiran Mendengar

BAM 3102

Pada dasarnya komunikasi lisan melibatkan dua proses iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Dalam proses mendengar, pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bebas yang pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat iaitu empat peringkat (Chaedar 2011) : 1. Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa. Individu mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu. 2. Memahami bunyi bahasa tersebut. Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. 3. Menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan. Di peringkat ini pendengar menguasai makna beberapa deretan bunyi, dapat memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang lain dalam bahasa yang sama. 4. Bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut. Peringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat tadi.

Jenis-jenis Kemahiran Mendengar Terdapat dua bahagian jenis kemahiran mendengar iaitu mendengar secara intensif dan mendengar secara ekstensif. Kemahiran mendengar secara intensif adalah kemahiran mendengar yang dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang biasanya dilaksanakan bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama ia menekankan kepada latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci. Kedua, ia menekankan kepada latihan 4

[KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB]

BAM 3102

mendengar bahasa yang dituturkan. Latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci boleh dijalankan dalam pelbagai cara seperti berikut (Chaedar 2011): 1. Mendengar arahan. Para pelajar mendengar arahan yang diberi dan bertindak balas terhadapnya. 2. Menjawab soalan kefahaman. Para pelajar mendengar soalan yang dikemukan dan kemudian diminta mengenal pasti jawapan yang diperlukan. 3. Mendengar untuk mendapatkan maklumat. Dalam latihan ini para pelajar menumpukan perhatian kepada bahagian-bahagian tertentu daripada apa yang mereka dengar. 4. Membuat ringkasan. Para pelajar mendengar sesuatu petikan dan kemudian membuat ringkasan tentang apa yang telah didengari. 5. Menyelesaikan masalah. Para pelajar mendengar sesuatu masalah dan kemudian diminta berbincang bersama-sama rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Sementara mendengar secara eksentif pula merupakan latihan yang dijalankan setelah para pelajar dapat menguasai kemahiran mendengar secara intensif. Mendengar secara ekstensif ini bertujuan untuk meluaskan penguasaan bahasa secara keseluruhan dan tidak lagi tertumpu kepada pengukuhan struktur tatabahasa atau yang seumpamanya. Latihan ini juga menekankan aktiviti mendengar secara kritis dan logik. Para pelajar boleh menggunakan buah fikiran mereka untuk memperdebatkan apa yang didengarnya itu. Latihan ini juga membantu para pelajar boleh memberikan pandangan dan pendapat serta hujah dengan baik.

Aktiviti-aktiviti Kemahiran Mendengar Aktiviti adalah salah satu perkara yang penting untuk memastikan murid-murid telah dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa dengan baik. Dalam kemahiran mendengar juga terdapat beberapa aktiviti untuk menguji atau meningkatkan tahap kemahiran mendengar setiap pelajar. Antara contoh aktiviti yang dilakukan ialah mendengar dan menyebut perkataan. Pelajar mendengar guru menyebut perkataan. Seterusnya pelajar dikehendaki mengulangi perkataan yang disebut oleh guru berulang kali. Misalnya jika guru menyebut perkataan maktabah, madrasah, majunul asnan, fursyatul asnan, yasara, yamina, pelajar juga perlu 5

[KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB]

BAM 3102

mengulang dan menyebut perkataan yang sama dengan guru. Hanya pelajar yang menguasai kemahiran mendengar dengan baik dapat mengulangi perkataan yang disebut oleh guru. Aktiviti latih tubi pemintal lidah juga boleh dilakukan kepada para pelajar. Pelajar diuji untuk menyebut perkataan yang hampir sama sebutannya berulang-ulang kali. Ayat yang dibentuk berasaskan perkataan tersebut mestilah bermakna untuk memaksimumkan kesannya. Aktiviti yang lain ialah memadankan perkataan dengan gambar. Murid diberi kertas edaran yang mengandungi beberapa set perkataan yang mempunyai sedikit perbezaan bunyi dalam suatu set perkataan. Guru menyebut perkataan itu dan murid diminta memadankannya dengan gambar berkenaan.

Bentuk - Bentuk Kemahiran Mendengar Menurut Kamarudin Haji Husin di dalam buku Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa menyatakan bahawa kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Biasanya ia boleh dibahagikan kepada sembilan kategori. Antaranya adalah mendengar Secara pasif. Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. Pada peringkat ini pendengar biasanya tidak berupaya memahami makna keseluruhan yang diucapkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarinya. Pendengar juga kurang memahami dan mengingati serta menyebutkan semula perkataan yang didengar itu. Banyak perkara yang dapat mendorong kanak-kanak mendengar secara pasif. Antaranya adalah mungkin bahan yang diperdengar itu kurang menarik minat mereka atau mungkin kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak bermakna kepada mereka. Kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran mendengar dalam sesuatu bahasa tentu tidak dapat memahami sepenuhnya pertuturan bahasa tersebut. Keadaan menjadi lebih buruk lagi jika mereka diganggu oleh pengaruh bahasa ibunda, dialek, terhadnya perbendaharaan kata atau sebagainya. Yang kedua adalah mendengar secara Bertelau-telau. Mendengar secara bertelau-telau ini biasanya berlaku dalam kalangan pelajar bahasa kedua atau mereka yang 6

[KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB]

BAM 3102

mempelajari bahasa asing. Kemahiran ini lebih tinggi tarafnya berbanding dengan kemahiran mendengar secara pasif. Dalam kemahiran ini, pendengar biasanya kurang mampu mendengar bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan. Mereka tidak berjaya untuk membentuk konsep dan gagal memahami ujaran yang diperdengarkan kepada mereka itu. Keadaan ini biasanya berlaku kerana pelajar tersebut masih lemah dalam bahasa yang dipelajari. Mereka kurang didedahkan dengan suasana berbahasa dalam bahasa tersebut serta kurang biasa mendengar dan bertutur serta berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Seterusnya adalah mendengar tanpa tindak balas. Mendengar tanpa tindak balas bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak membuat sebarang tindakan selepas itu. Hal ini berlaku kerana pendengar tidak peka terhadap kata-kata yang diucapkan itu. Mungkin pendengar tidak memahami sepenuhnya hubungan makna antara perkataan yang diucapkan dalam ayat. Dengan kata lain, mereka tidak memberi sebarang reaksi sama ada marah, sedih, gembira, simpati dan sebagainya. Seterusnya adalah mendengar dengan beremosi. Pada peringkat ini, pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa yang dituturkannya. Pendengar sudah dapat merasakan sesuatu sehingga memberangsangkan emosinya. Mereka sudah mula mendengar, memahami dan bertindak terhadap ujaran yang didengarinya itu. Mendengar secara beremosi ini berlaku kerana perkataan yang dilafazkan membawa makna yang berbeza-beza. Kemungkinan orang yang menuturkannya tidak tahu atau faham adat resam, tradisi dan budaya orang yang mendengarnya. Perkataan yang dilafazkan secara tidak berhati-hati dan tidak mengambil kira lingkungan geografis dan budaya boleh menimbulkan salah faham apabila pendengar tersilap membuat tafsiran. Seterusnya adalah mendengar secara berhati-hati. Mendengar pada peringkat ini memerlukan seseorang itu mendengar dengan teliti dan secara bersungguh-sungguh. Dia harus menumpukan pendengarannya terhadap kata demi kata, rangkai kata demi rangkai kata dan ayat demi ayat dalam sesuatu pengucapan itu. Tujuan mendengar setiap ujaran yang dilafazkan dengan teliti adalah untuk menentukan supaya setiap butiran yang dituturkan dapat difahami dengan tepat dan betul.

[KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB]

BAM 3102

Kemahiran mendengar secara berhati-hati ini boleh dicapai dengan memberikan banyak latihan mendengar kepada pelajar. Mereka dilatih untuk mempelajari bahasa lisan secara formal lebih berkesan daripada pembelajaran yang dilakukan secara tidak formal. Seterusnya adalah mendengar secara kritikal. Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Pada peringkat ini kemahiran mendengar telah mencapai tahap yang tinggi. Pendengar bukan sahaja dapat memahami sesuatu pertuturan dengan baik, bahkan berupaya memilih dan menentukan perkara-perkara yang benar dan yang palsu. Seseorang dapat menentukan kesahihan sesuatu faktor yang didengarnya dan menyedari akan sesuatu kelemahan yang terdapat dalam pertuturan dan sebagainya. Mendengar secara kritikal memerlukan seseorang itu berfikir secara kritis dan analitis. Untuk mencapai ke peringkat ini, pelajar harus diberi latihan mendengar dan berfikir secara intensif. Kemahiran ini boleh dilakukan melalui proses pembelajaran secara tidak sengaja. Juga adalah mendengar dengan pengamatan. Kemahiran mendengar jenis ini biasanya berlaku dalam kalangan pelajar yang sudah boleh berfikir secara kritikal. Mendengar cara ini akan lebih bermakna apabila proses mendengar itu berdasarkan kepada pengalaman pendengar. Hal ini bermakna, pendengar akan lebih mudah memahami sesuatu ujaran yang dilafazkan apabila ujaran-ujaran itu ada pertalian dengan pengalamannya. Yang seterusnya adalah mendengar secara kreatif. Kemahiran mendengar secara kreatif ini pula merupakan kemahiran yang paling tinggi dan ia menjadi matlamat pengajaran dan pembelajaran lisan di peringkat mendengar. Pada peringkat ini, pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu setelah dia dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan itu. Hal ini bermakna dia dapat memahami ujaran-ujaran yang dikemukakan kepadanya dengan baik. Seseorang itu juga dapat membuat tafsiran, mengkritik, menganalisis, membuat ulasan dan komen yang bernas dan jitu. Biasanya pelajar yang mampu mendengar secara kreatif adalah yang terdiri daripada mereka yang boleh berfikir dengan baik, cekap dan bijak. Mereka itu telah mempelajari dan menguasai bahasa yang hendak digunakan itu dengan baik.

[KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB] Penutup

BAM 3102

Kemahiran mendengar merupakan elemen terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa arab. Dengan penggunaan kemahiran ini secara betul, proses mengingati, memahami, menilai dan mengkritik dapat berlaku dengan baik. Ini kerana kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang aktif yang tidak tertumpu hanya pada telinga, tetapi kepada semua pancaindera terutama penglihatan, iaitu menerusi komunikasi tidak verbal. Dengan kemahiran mendengar, pelajar dapat memahami sesuatu yang didengar dengan betul dan jelas disamping penggunaan alat bantu mengajar di dalam kelas.

RUJUKAN A Chaedar Alwasilah. 2011. Metodologi Pembelajaran Bahasa Arab. Bandung: PT Remaja Rosdakarya.

[KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB]

BAM 3102

Kenneth Beare. 2009. The Challenge of Teaching Listening Skills . Diambil pada 26 Mac 2013 daripada http://esl.about.com/cs/teachlistening/a/a-tlisten.htm. Muhammad Aizat. 2010. Kemahiran Mendengar. Diambil pada 27 Mac 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/24984628/siap-KEMAHIRAN-MENDENGAR Nik Mohd Rahimi.2005. Penilaian Kemahiran Mendengar Dalam Kurikulum Bahasa Arab Komunikasi. Tesis Doktor Falsafah Fakulti Pendidikan, Bangi UKM. Nunnan, D. 1999. Second Language: Teaching And Learning. Boston: Heinle & Heinle Publishers. 2011. Kemahiran Mendengar. Diambil pada 27 Mac 2013 daripada

http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/kemahiran-mendengar.html. Wan Izzuddin Wan Sulaiman & Wan Hasni Wan Sulaiman. 1991. Strategi Belajar Yang Berkesan. Kuala Lumpur: Sabha DTP Services. Weiten, W. & Lloyd, M.A. 1994. Psychology Applied To Modern Life. 4th. Edition. California: Brooks/Cole Publishing Com.

10

Anda mungkin juga menyukai