Anda di halaman 1dari 11

PENDIDIKAN JASMANI AKADEMIK I (TMK)

PJ 2311P

Dalam bidang pendidikan tradiosional, biasanya seorang guru atau pensyarah menggunakan buku teks, papan hitam atau putih, kapur putih atau yang berwarnawarni, peta, gambar dan suaranya sendiri untuk mengajar dengan mencapai kejayaan yang tidak dipertikaikan. Namun, sistem pendidikan pada masa ini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Perkembangan kurikulum yang semakin kompleks memerlukan kemahiran pemikiran yang lebih tinggi yang dapat diproses dengan teknologi multimedia merentasi pelbagai disiplin ilmu dalam pendidikan. Perisian komputer atau multimedia merupakan teknologi maklumat terkini yang membolehkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi. Multimedia merangkumi pelbagai media dalam satu perisian sehingga memudahkan guru untuk menyampaikan bahan pembelajaran dan pelajar berasa terlibat dalam proses pembelajaran kerana teknologi multimedia membolehkan berlakunya

interaktiviti. Sebagai contoh, guru PJ boleh memasukkan elemen video semasa mengajarkan aktiviti- aktiviti memanaskan badan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Penggunaan video merupakan satu media dinamik hasil jalinan pelbagai media seperti audio, animasi, grafik dan sebagainya. Elemen video mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para murid dan meningkatkan keberkesanan proses pengjaran dan pembelajaran di samping menguasai kemahiran dengan lebih pantas.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

PENDIDIKAN JASMANI AKADEMIK I (TMK) Selain itu, multimedia digunakan sebagai perantara dalam sesebuah penyampaian atau pesembahan maklumat kepada para pelajar. Nota yang panjang lebar amat membosankan, tetapi jika nota tersebut dipersembahkan dalam bentuk animasi dan audio dapat menghasilkan persekitaran pembelajaran yang merangsang dan

PJ 2311P

menyeronokkan. Misalnya, teks isi pelajaran yang panjang lebar boleh diringkaskan atau dipersembahkan dengan semula menggunakan elemen animasi yang lebih menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke dalam realiti dan bersifat lebih dinamik. Hal ini demikian bukan sahaja dapat menarik perhatian pelajar dalam proses pengajaran bahkan juga dapat menjimatkan masa guru melukis, mewarna atau menyalin nota pada papan hitam. Oleh itu, multimedia memang haruslah digunakan dalam pendidikan pada ledakan zaman ini. Sesetengah mata pelajaran seperti Matematik, merupakan suatu mata pelajaran yang mencabar bagi kebanyakan pelajar. Penggunaan perisian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat menarik minat pelajar kepada subjek berkenaan. Dalam menyelesaikan suatu masalah matematik lebih menyeronokan dengan adanya keratan yang berwarna- warni serta berterbangan di skrin komputer daripada sehelai kertas putih yang statik sifatnya. Misalnya, para guru boleh mendapatkan maklumat daripada laman-laman web matematik yang ada dan menggabungkannya dengan konsep yang diberikan dalam buku teks dan buku rujukan dalam membina bahan pengajaran sendiri dengan Multimedia memudahkan

menggunakan perisian GSP dan MS- Powerpoint.

pemahaman-pemahaman idea-idea yang abstrak dan menyampaikan suatu konsep yang kompleks secara visual dan dinamik. Ekoran itu, ia dapat mempercepat proses pemahaman serta mengekalkan maklumat tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama dalam ingatan di samping melatih pelajar berfikir dengan kritis dan kreatif. Pembangunan teknologi multimedia yang menekankan kepada unsur- unsur pembelajaran interaktif juga telah membawa persepsi baru dalam era penggunaan komputer dalam pendidikan. Dalam pengajaran tadisi, komunikasi sehala banyak
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

PENDIDIKAN JASMANI AKADEMIK I (TMK)

PJ 2311P

berlaku di mana seseorang guru berperanan penting sebagai penyalur maklumat manakala pelajar pula hanya perlu duduk dan dengar dan menyalin. Namun, dengan bantuan multimedia mampu menggalakan penglibatan murid dalam proses P&P. Interaksi antara guru dan pelajar mampu dibina kerana komunikasi dua hala amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Multimedia mewujudkan interaksi antara pelajar dan guru. Hal ini demikian kerana perisian komputer mampu menghubungkaitkan ilmu dengan pelajar dan guru. Contohnya, pelajar dilibatkan secara aktif dengan cara memilih berbagai- bagai menu yang disediakan atau menjawab soalan-soalan tertentu. Dalam pada itu, penggunaan multimedia dapat membantu pelajar lebih memahami konsep dan isi mata pelajaran tersebut dengan lebih mudah. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat sesetengah ilmu yang bersifat abstrak dan kompleks serta sukar difahami hanya melalui penyebaran guru tetapi memerlukan pemikiran yang lebih tinggi arasnya. Dengan adanya gabungan teks, grafik, audio, video dan animasi, pelajar lebih mudah memahami konsep yang ingin disampaikan oleh guru. Elemen- elemen tersebut juga mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian pelajar dapat difokuskan. Kesan grafik dan animasi mampu menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih tepat dan berkesan Sebagai contoh, dalam mengajar Sistem Pencernaan Manusia, guru boleh menggunakan teks, grafik dan animasi bagi menunjukkan apa yang berlaku kepada makanan yang dimakan oleh seseorang bermula daripada makanan itu dimasukkan ke dalam mulut sehinggalah ia diserap ke dinding usus dan bahan buangan dikeluarkan dari badan sebagai najis. Unsur grafik merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi penekanan dalam suatu proses penyampaian pengetahuan kepada murid. Hal ini demikian kerana penggunaan grafik mampu menyampaikan sesuatu ilmu dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani, guru boleh menerangkan amalan pemakanan yang baik dengan menunjukkan gambar piramid makanan dan makanan yang tidak berkhasiat. Melalui gambar, murid lebih mudah menguasai ilmu tersebut dan mengingat dengan lebih lama
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

PENDIDIKAN JASMANI AKADEMIK I (TMK)

PJ 2311P

Tidak dapat menafikan bahawa penerapan multimedia dalam pendidikan dapat membantu

memotivasikan pelajar untuk belajar secara lebih menyeronokan. Hal ini demikian kerana elemenelemen yang terdapat mutimedia seperti audio, video, grafik, animasi dapat meceriakan proses pengajaran dan mewujudkan keadaan pembelajaran yang lebih kondusif. Kaedah pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan amat penting dalam memberikan kefahaman kepada pelajar. Contohnya, teknologi animasi dan multimedia dengan penggunaan perkasasan yang betul dalam mata pelajaran Geografi akan membolehkan murid merasakan seolah-olah berada di negara tersebut. Sudah tentu pengalaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan memberikan tanggapan yang dapat mengekalkan minat murid terhadap mata pelajaran tersebut walaupun yang dikaji adalah tidak mungkin dapat dikunjungi sendiri. Perisian komputer yang digunakan juga mampu membantu pelajar terutamanya pelajar yang lebih lemah dalam menguasai ilmu pengetahuan. Pengajaran melalui multimedia adalah berdasarkan kebolehan pelajar dan mereka akan diutamakan. Tamsilannya, penggunaan kesan audio merupakan kesan daya penarik berkesan kerana audio mampu meningkatkan motivasi dalam kalagan pelajar yang lemah agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian pengetahuan. Di samping iru, kesan audio mampu menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan secara tidak langsungnya menghasilkan tumpuan yang lebih. Tambahan pula, pelajar berpeluang untuk mengulangi sesuatu konsep atau isi pada bila-bila masa atau sebanyak mana sekalipun, tanpa perlu merasa bimbang komputer akan merasa jemu untuk melayannya di samping penggunaan multimedia yang menarik menyebabkan pelajar tidak merasa bosan. Proses pengulangan menerusi video dapat membentuk kefahaman yang lebih mendalam apabila diperlukan dan membantu murid memahami tahap penguasaan diri sendiri. Konklusinya, perkembangan dalam teknologi multimedia merupakan satu fenomena yang tidak dapat disangkal lagi kepentingannya. Teknologi ini semakin
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

PENDIDIKAN JASMANI AKADEMIK I (TMK)

PJ 2311P

popular dan digunakan dalam kebanyakan aspek kehidupan manusia sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Dunia pendidikan tidak terkecuali dari merasai bahang dari teknologi tersebut dan ianya semakin ketara sejak akhir- akhir ini. Oleh yang demikian, setiap pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan sama ada sebagai pendidik, pentadbir, pelajar dan sebagainya haruslah bersedia untuk bergerak seiring dengan arus perkembangan teknologi tersebut. Hal ini demikian dapat memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan tidak ketinggalan dan seterusnya tidak lagi relevan dengan keperluan masyarakat semasa.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

PENDIDIKAN JASMANI AKADEMIK I (TMK)

PJ 2311P

PENGHARGAAN
Assalamualaikum. Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpahi kurniaNya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Pendidikan Jasmani Akademik 1. Ribuan terima kasih saya rakamkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan kerja kursus saya ini. Pertama sekali, kepada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Puan Salmah kerana beliau telah banyak memberikan semangat dan bimbingan kepada semua pelajar. Sekalung penghargaan untuk pensyarah saya, Encik Muhd Rasul bin Ali kerana beliau sudi memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menyempurnakan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga amat menghargai jasa pensyarah saya kerana memberikan bimbingan, sokongan dan nasihat yang amat berguna untuk kerja kursus serta membantu saya dari semasa susah dan senang. Jasa beliau akan saya kenang ke akhir hayat. Seterusnya, saya juga ingin mengucapakn jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana mereka banyak memberikan dorongan dan sokongan kepada saya sepanjang kerja kursus disempurnakan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi moral dan kewangan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan kerja kursus masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai kerja kursus amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan. Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang kerja kursus saya dijalankan dan dibentangkan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

PENDIDIKAN JASMANI AKADEMIK I (TMK) SENARAI KANDUNGAN

PJ 2311P

NO

TAJUK

MUKA HALAMAN

Soalan Tugasan

Penghargaan

ii

Esei Bincangkan bagaimana aplikasi perisian komputer yang dibina dapat membantu menyampaikan pengetahuan secara menarik dan menyeronokkan murid

Refleksi

Bibliografi

Lampiran

10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

PENDIDIKAN JASMANI AKADEMIK I (TMK) REFLEKSI

PJ 2311P

Saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus yang berkod PJ 2311P ini. Saya telah menghantar tugasan ini tepat pada masanya tanpa sebarang masalah. Saya berasa amat gembira kerana ditugaskan oleh pensyarah saya, Encik Muhd Rasul bin Ali untuk menyiapkan kerja kursus ini. Setelah menerima kerja kursus ini, saya beranggapan tugasan ini agak sukar dan berasa keliru tentang tugasan ini pada mulanya tetapi pensyarah, En Rasul telah menerangkan secara terperinci mengenai tugasan ini. Setelah tugasan kerja kursus ini diterangkan oleh pensyarah, saya mendapati bahawa sebenarnya tugasan ini tidaklah begitu sukar seperti yang saya jangkakan. Saya mula mengorak langkah menyempurnakan tugasan ini dengan

menghabiskan masa mencari bahan rujukan di perpustakaan dan juga mencari informasi tentang tajuk kerja kursus ini melalui internet. Hal ini demikian telah memudahkan kami untuk menyempurnakan tugasan ini. Saya juga berbincang dengan rakan-rakan agar memperoleh informasi dan pendapat yang bernas serta berguna terhadap kerja kursus ini. Dalam proses pelaksanaan kerja kursus ini, saya juga menghadapi beberapa masalah. Saya telah mengalami kesulitan dalam mendapatkan bahan saya kerana sumber dari internet kurang tepat dan juga sumber dari perpustakaan telah banyak dipinjam oleh pelajar yang lain. Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat saya tetapi membuatkan saya semakin bersemangat dan bersungguh sungguh untuk meyempurnakannya. Segala ujian yang terpaksa ditempuhi dalam usaha

pelaksanaannya saya hadapi dengan tabah dan sabar. Syukurlah saya mempunyai rakan sekelas yang begitu ambil berat dan pensyarah yang murah hati sudi menghulurkan bantuan kepada saya. Melalui kerja kursus ini, saya telah mendapat sedikit sebanyak pendedahan dan pengetahuan. Dengan kata lain, tugasan ini telah membantu saya memahami kepentingan peranan multimedia dalam pendidikan. Dengan kehadiran multimedia
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

PENDIDIKAN JASMANI AKADEMIK I (TMK)

PJ 2311P

dalam bidang pendidikan, segala kesusahan dan kekangan dapat diringankan. Perkembangan dalam teknologi multimedia menjanjikan potensi yang besar dalam mengubah cara pembelajaran dan pengajaran. Di samping itu, kerja kursus ini jga mengajarkan saya multimedia juga menyediakan pelbagai peluang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai pembelajaran dan pelajar pula diberi peluang menentukan teknik pembelajaran yang bersesuaian dengan mereka serta membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masing- masing serta memahami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Tambahan pula, saya juga disedarkan dengan adanya multimedia meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang bermanfaat kepada guru. Multimedia sesuai digunakan dalam penyebaran ilmu kepada mana- mana subjek seperti Pendidikan Jasmani, Sejarah, Matematik dan sebagainya. Sebagai seorang bakal guru, saya mampu mengaplikasikan ilmu tentang penggunaan multimedia dalam kehidupan nanti. Tuntasnya, penggunaan pelbagai media dalam proses penyampaian maklumat juga melahirkan persembahan yang lebih menarik serta mampu

merangsangkan minda pelajar. Kerja kursus ini juga mendedahkan saya peranan teknologi maklumat dan multimedia dalam kehidupan masa kini, tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Sistem pendidikan negara juga tidak terkecuali dalam arus perubahan ini bagi memastikan negara mampu bersaing dalam era ledakan maklumat ini. Perkembangan multimedia telah memberi nafas dalam dunia pendidikan yang semakin menggantikan cara pengajaran secara tradisional. Pendidikan multimedia juga mengutamakan keperluan dan kehendak pelajar dan guru patutlah melaksanakannya dengan kemampuan pelajar. Oleh itu, sikap mengutamakan pelajar patutlah saya pupuk dan aplikasikan dalam kehidupan kelak. Tambahan pula, kemahiran- kemahiran yang saya pelajari daripada Encik Muhd Rasul dan tugasan ini telah membantu saya dalam usaha menghasilkan satu persembahan yang menarik dengan menggunakan mana- mana perisian seperti Power Point, Webnote, Movie Maker dan sebagainya Teknik- teknik seperti menyelitkan unsur video, menghasilkan movie dan sebagainya amat bermanaat kepada saya. Oleh itu,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

PENDIDIKAN JASMANI AKADEMIK I (TMK)

PJ 2311P

kemahiran- kemahiran tersebut dapat saya aplikasikan dalam kehidupan saya sebagai seorang bakal guru. Tegasnya, dengan melaksanakan kerja kursus ini, saya telah menimba ilmu yang baharu dan mendalami ilmu tentang teknologi maklumat dan multimedia dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

PENDIDIKAN JASMANI AKADEMIK I (TMK) BIBLIOGRAFI

PJ 2311P

Zainuddin Abu Bakar, Mohd Ali Ibrahim (2010). Kemahiran ICT di Kalangan Guru Pelatih IPTA Malaysia. Kuala Lumpur : Arah Publications. Zoraini Wati Abas. (2011). Komputer dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Chin Yoon Poh (2009). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Goh Boon Cheng (2004). Pengurusan Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Halimah Badioze Zaman (1998). Model Pakej Multimedia dalam Pendidikan (MEL): Kiterasi dan Model Pendekan Kesusateraan: Bercerita dalam Perkembangan Literasi.IRPA 04-02-02-0008. Ee Ah Meng (1997). Pedagogi I : Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (Semester II) , Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti. Muhd Zuki Pileh, Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan: Guru Masih Terkial -kial, Massa Oktober 1997. Noraini Abdul Razak,Mengenali Sistem Pendidikan Tech Prep, Utusan Malaysia 24 September 1997. Sezali din,Komputer Membuka Era baru Dalam Kehidupan`, Akademik Februari 1995. Munir. (1997). Pakej galakan membaca melalui multimedia. Tesis: SarjanaTeknologi Maklumat, Univiersiti kebangsaan Malaysia. Munir dan Halimah Badioze Zaman. (1998). Menggalakkan Kanak-kanak Belajar Membaca Berbantukan Multimedia, dlm.Jurnal Dewan Bahasa 43:4 April 1999. Kuala Lumpur. Jamalluh Harun, Zaidatun Tasir (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Pahang : PTS Publications. Jamalluh Harun, Zaidatun Tasir (2000). Pengenalan kepada Multimedia. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU