Anda di halaman 1dari 14

1 2

PEMARKAHAN TUGASAN 1 TUGASAN 2 JUMLAH

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS

KAE3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK


TAJUK TUGASAN 1 Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterimasejak awal usia. Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan contoh aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.

KUMPULAN B. PAHAT 05 (A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA LEE LAY HOON NO. ID D20112055760 NO. TELEFON 013-7288918

NAMA TUTOR E-LEARNING : Dr. Nordin bin Mamat TARIKH SERAH : 03.05.2013

LAMPIRAN 2

ISI KANDUNGAN
Halaman 1.0 2.0 Pendahuluan Topik perbincangan 2.1 2.2 3.0 4.0 5.0 Subtopik Subtopik

Topik perbincangan Topik perbincangan Penutup

RUJUKAN LAMPIRAN

LAMPIRAN 3

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Page 2

1.0

PENDAHULUAN

Pemikiran kreatif merupakan kebolehan kanak-kanak untuk mencerna, berimaginasi, menghasilkan idea dan mempelbagaikan idea masing-masing. Pemikiran kreatif dapat meningkatkan inovasi, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak menerusi aktiviti seni. Pemikiran kreatif kanak-kanak dalam aktiviti seni merupakan satu pemikiran yang berupaya untuk merangsang kanak-kanak menghasilkan idea baru serta menyelesaikan masalah yang wujud sepanjang proses aktiviti seni secara kreatif. Proses ini akan membantu kanak-kanak berfikir, menghasilkan karya seni yang unik dan mencungkil bakat seni seseorang kanak-kanak. Menurut Mok Soon Sang (2011), kreatif membawa maksud penghasilan idea, aktiviti dan benda yang baru. Pemikiran kreatif merupakan pemikiran yang berupaya memikir apa yang belum difikir oleh orang lain untuk menyelesaikan masalah. Ia juga adalah kebolehan mengeluarkan pelbagai penyelesaian yang luas terhadap sesuatu masalah. Hasil pemikiran mempunyai sifat yang tersendiri dan prosedur pemikiran tidak tetap serta tidak dapat diramalkan. Pemikiran kreatif juga sebagai operasi berfikir yang dapat mengembangkan idea, hasil, metafora, analogi dan definisi atau merekacipta sesuatu yang baru. Oleh itu, melalui pemikiran kreatif, pelbagai kemungkinan penyelesaian dapat dihasilkan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Menurut Jones (1972), semua manusia dilahirkan dengan potensi untuk bersifat kreatif dan dengan adanya persekitaran dan teknik-teknik yang sesuai, maka potensi ini boleh dikenali, dipupuk dan diukur (Mazlan Mohamad, 1994). Schirmacher (1998) menyatakan perkembangan kreativiti kanak-kanak boleh dikategori menerusi aktiviti seni dan aktiviti harian mengikut umur. Mengikut Viktor Lowenfeld (1975) pula, kreativiti adalah naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap insan. Naluri itu merupakan faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang itu berupaya menyelidikan dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak. Terdapat empat cirri utama pemikiran kreatif yang dapat ditunjukkan, iaitu imaginatif, keberanian, perkembangan idea dan mereka cipta. Imaginatif meliputi imaginasi yang mencapah berdasarkan pengalaman dan kemahiran sintesis cantuman idea-idea yang sedia ada agar menjadi idea atau hasilan yang baru. Keberanian ini KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK Page 3

adalah untuk menjanakan idea yang pelbagai dan baru tanpa dikongkong oleh idea lama. Oleh demikian, seseorang yang mempunyai pemikiran kreatif juga berfikiran terbuka dan sanggup menanggung risiko dan kritikan orang lain atas keputusan yang dibuat. Biasanya, seperti usahawa, peniaga yang mempunyai ciri keberaniaan dalam menceburi bidang perniagaan mereka. Di samping itu, perkembangan idea dan mereka cipta pula membawa makna kebolehan seseorang mengeluarkan pelbagai jenis idea dan berpandangan jauh serta sentiasa melangkah ke hadapan. Orang yang mempunyai pemikiran kreatif juga akan dapat mengembangkan idea dengan cepat dan berkesan. Oleh itu, perkembangan idea ini dapat menyediakan pelbagai alternatif yang baru terutamanya dalam menyelesaiakan sesuatu masalah. Kebolehan dalam meninjau sesuatu masalah dari beberapa sudut dan tidak tetap pada satu cara penyelesaian sahaja. Menurut Wallas G (1962), pemikiran kreatif berlaku dalam beberapa proses mental dan dapat dibahagikan kepada empat peringkat iaitu penyediaan, pengeraman, ilham dan pengesahan. Dalam peringkat penyediaan, ia bermula dari masa Proses ini perlu melakukan hingga hasil permulaan pemikiran yang sebenar.

mengambil masa yang lama sekiranya terdapat halangan sebaliknya tidak mengambil masa yang panjang jika berlaku lonjakan kreatif. Walaubagaimanapun, peringkat ini akan melibatkan sikap ingin tahu, minat, pengaruh peristiwa persekitaran dan kemudahan fizikal serta aktiviti seperti eksperimen dan percubaan. Pada peringkat pengeraman, apabila menghadapi masalah yang rumit, biasanya penyelesaian hanya dapat diperolehi dengan berfikir dan menaakul selepas satu jangka masa yang lama. Maka dalam tempoh itu, seseorang tidak akan memikirkan secara sedar tetapi ia tetap berfikir dan memerhati. Jangka masa berfikir di luar kesedaran ini disebut tempoh pengeraman (Mok Soon Sang, 2009). Peringkat yang ketiga adalah ilham yang membawa maksud inspirasi. Peringkat ini berlaku setelah berfikir dan cuba berkali-kali, idea atau penyelesaian kreatif akan terhasil pada masa itu. Kemungkinan ilham akan terhasil secara spontan serta diiringi dengan semangat yang berkobar-kobar dan perasaan gembira. Biasanya, idea yang diperolehi itu mungkin hanya sebahagian ataupun menyeluruh tetapi tidak tersusun dan perlu diubahsuai supaya menjadi lebih bermakna. Peringkat yang terakhir pula adalah pengesahan. diterima dengan munasabah. Proses mental akan menentukan sama ada idea atau penyelesaian yang diperolehi itu logik dan dapat Jikalau idea atau penyelesaian itu bertepatan, ia Page 4 KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

mungkin diperincikan. Idea abstrak pula ditonjolkan dengan simbol dalam bentuk yang konkrit. Dalam mencari pengesahan ke atas idea untuk penyelesaian, idea sampingan atau tambahan mungkin dihasilkan bagi menyempurnakan penyelesaian. Justeru itu, peranan guru dalam menyemai kemahiran berfikir secara kreatif juga amat penting. Pelbagai cara dapat dijalankan untuk menggalakkan murid-murid berfikir secara kreatif. Seperti, guru boleh menyediakan soalan-soalan lisan secara spontan mengikut keperluan murid. Pada masa yang sama, guru juga perlu pandai mengubah dan meningkatkan darjah kesukaran soalan. Soalan yang dikemukakan mesti dari soalan yang senang kepada yang sukar. Soalan yang disediakan juga mesti mengikut tahap dan kematangan murid. Guru perlu memupuk sifat ingin tahu dengan soalan-soalan unik dan yang tidak dijangka. Selain itu, guru boleh memberi ganjaran dan galakan kepada murid yang meluahkan idea yang kreatif. Guru juga perlu memastikan murid tidak bersifat terlalu introvert dan dikongkong. Guru perlu menggunakan strategi pengajaran yang sesuai untuk merangsang pemikiran kreatif di kalangan murid seperti sumbangsaran, teknik bercerita, perbincangan, main peranan, bercerita dan sebagainya yang sesuai dalam pembelajaran dan pengajaran. Bahkan, guru harus menggalakan murid melibatkan diri dalam lawatan-lawatan sambil belajar untuk memberi pendedahan terhadap kreativiti. Menurut Gardner (1993), sains, penerokaan dan muzium kanak-kanak menawarkan peluang-peluang untuk merangsang kreativiti. Kreativiti merupakan kebolehan atau keupayaan untuk mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baharu melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan keupayaan berfikir yang dapat melahirkan sesuatu idea baharu. Kamus Dewan (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan. Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh pakar-pakar berhubung kreativiti. Pfeiffer (dalam Goetz, 19981:297) mendefinisikan kreativiti sebagai kebolehan mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan. Ahli psikologi yang paling banyak memberi sumbangan terhadap bidang kreativiti ialah Ellis Paul Torrance. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat, manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK Page 5

memenuhi.

Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu Manakala kreatif pula sebaai

kemampuan dan kebolehan mencipta daya kreatif.

mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. sebelumnya. Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk di kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan. Guru adalah pemangkin kepada kelas yang kreatif. Anda yang tetapkan tahap atau fasa dan sediakan sesuatu yang menarik akan berlaku ditempat di mana kanakkanak bebas untuk melahirkan sesuatu yang menarik, melahirkan kebolehan kendiri dan merasa selesa untuk membuat atau mereka cipta sesuatu setiap hari. Dalam penghasilan kreativiti, terdapat empat ciri kreativiti yang perlu diambil tahu, iaitu pengurusan imaginasi. Aktiviti yang bersifat imaginatif adalah proses atau menjanakan sesuatu yang asli. Ia hanya memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti ini melibatkan proses perbuatan dan berfikir. Ia juga boleh dikatakan sebagai permainan mental yang diarahkan terhadap sesuatu objektif yang kreatif di mana ia memfokuskan terhadap memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan digabungkan dan diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan ke dalam bidang yang baru. membuat hubungan yang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea dan objek yang sebelum ini belum pernah dilihat. Kedua ialah mempunyai tujuan, iaitu imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi biasanya berlaku secara kebetulan. Kebiasaannya ia berlaku apabila seseorang sedang dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif yang KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK Page 6 Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada

lain. Objektif ini pada awalnya tidak berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan, tetapi disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru, maka objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama sekali. Ini menunjukkan bahawa kreativiti adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan tujuan. Contohnya, bot yang dinaiki oleh Samad tenggelam dan Samad cuba sedaya upaya memikirkan kaedah lain untuk menyelamatkan diri. Ketiga pula ialah bersifat asli, iaitu menjalankan sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini bermaksud ia merupakan suatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh individu atau pun berkumpulan. Maka, keaslian boleh dikategorikan kepada tiga iaitu, hasil kerja seorang individu mungkin asli apabila dibandingkan dengan hasil kerjanya sendiri yang terdahulu. Ianya boleh dikatakan asli apabila dibandingkan dengan hasil-hasil kerja rakan-rakannya dan paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan sebelum ini oleh manamana pihak dalam mana-mana bidang. Oleh sebab demikian, kategori keaslian pertama dan kedua lebih memfokuskan kepada perkembangan individu, manakala kategori ketiga penting untuk perkembangan masyarakat secara global. Terakhir sekali ialah bernilai. Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada tujuan atau objektif asal. Kemudian, terpulanglah kepada individu yang terlibat untuk menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu idea menyumbang kepada pencapaian objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai berguna dikekalkan dan idea yang kurang berguna digugurkan. Kriteria penilaian sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti berkenaan. Contohnya, penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan, kegunaan praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok. Seni membawa maksud sesuatu yang halus. Seni untuk kanak-kanak dapat meningkatkan daya imaginasi mereka serta menimbulkan rasa kecantikan yang berkaitan dengan estetika dalam seni. Seni untuk kanak-kanak terbahagi kepada seni visual dan seni persembahan. Seni visual untuk kanak-kanak meliputi aktiviti melukis dan mewarna, aktiviti kraf yang mengaplikasikan teknik menggambar, teknik mereka corak dan rekaan serta teknik bentuk. Secara umumnya, tujuan pendidikan seni visual ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk melahirkan idea mereka

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Page 7

melalui seni. Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan mereka menerusi hasil karya seni mereka. Guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk kreativiti kanakkanak. Kanak-kanak juga diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan memperkembangan daya kreativiti mereka mengikut kreativiti masing-masing. Penglibatan aktif kanak-kanak juga akan menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor mereka , di samping memupuk nilai estetika. Selain itu, kreativiti kanak-kanak juga mendorong kanak-kanak memahami hasil pembelajaran mereka dengan lebih mudah untuk mencapai tahap pencapaian yang semakin meningkat. Dalam kerja khusus ini, saya akan membincang dan menghuraikan bagaimana aktiviti seni boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak. Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, didalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif. Menurut Herbert Read, seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menggembirakan, menyenangkan. Selain itu, seni juga telah diberi banyak definisi oleh pelbagai pihak. Antaranya, seni adalah Pernyataan sesuatu perasaan dan melahirkan apa yang dirasakan. Definisi ini telah diberi oleh Emerson. Seni juga sesuatu yang dihasilkan melalui daya imaginasi, ciptaan, atau apa yang terlintas dan terfikir melalui pemikiran kreatif. Seni juga adalah sesuatu yang berunsur indah, halus dan penuhbermakna. Seni juga adalah sesuatu yang memiliki lebih dari sifat-sifat yang biasa,secara melahirkan apa yang dirasai melalui apa yang dilihat, didengar dan juga berdasarkan pengalaman yang lalu. Melalui melukis dapat meningkatkan kreatif kanak-kanak. Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Latihan dan projek yang bersifat terbuka juga dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Justerus itu, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK Page 8

Dengan demikian, penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap imaginasi kanak-kanak dapat dipertingktkan selain mewujudkan rasa 9ensitive kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya, kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek kognitif, fizikal, kreativiti, persepsi,social dan emosi. Melalui aspek kognitif, penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputasan. Aspek fizikal pula sebagai penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psikomotor) dan koordinasi tangan serta mata. Maka aspek kreativiti member latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek imaginasi mereka. Aktiviti projek di dalam Pendidikan Seni Visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu, aktiviti Pendidikan Seni Visual menggalakkan eksplorasi dan eksperementasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya. Dari aspek persepsi, ia melalui mata pelajaran Seni Visual, murid boleh mempertingkatkan dan menjaminkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan Seni Visual menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Seterusnya, aspek sosial dan emosi pula membolehkan murid berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentul. Selain itu, ia juga merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK Page 9

adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran kreatif. Akhirnya, kesenian juga menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang. Aktiviti tarian juga dapat mempertingkatkan dan membantu perkembangan kinestetik dan kreativiti kanak-kanak. Tarian merupakan suatu pergerakan. Pergerakan adalah sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan perubahan kedudukan atau kekal di tempat asal. Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif. masing-masing. Kanak-kanak menggunakan pergerakan kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan melahirkan perasaan Pergerakan kreatif adalah salah satu kaedah pembelajaran yang boleh membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Aktiviti tarian kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bergerak mengikut rentak dan irama muzik. Maka, pergerakan yang berirama dan mempunyai sifat-sifat kreatif yang semulajadi. Tarian memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berkreatif. Aktiviti tarian memberi peluang kepadarian yang terdiri daripada pelbagai budaya Malaysia. Aktiviti kreatif ini juga memberi peluang kepada kanak-kanak bergerak secara kreatif untuk menunjukkan tubuh badan, ruang, masa dan tenaga dalam persembahan. Disebabkan demikian, kanak-kanak dapat berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam pergerakan dan mencari kepuasan dalam persembahan.

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Page 10

Menurut toeri Emile Jaques Dalcroze (1950), pergerakan adalah asas kepada kreativiti. Pergerakan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mengungkapkan perasaan melalui muzik. Kesemua aspek muzik perlu dimulai dengan gerakan tubuh badan. Tubuh badan adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan Kanak-kanak akan mengembangkan daya komunikasi yang pergerakan.

mengintegrasikan telinga, mata dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik. Walaupun kanak-kanak tidak boleh bertepuk tangan dan menyanyi mengikut rentak irama, tetapi mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Pergerakan adalah perlakuan atau aksi kanak-kanak yang boleh dilakukan secara automatik, spontan dan terancang. Drama juga boleh digunakan untuk merangsang kemahiran berfikir, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Drama ialah melakukan pergerakkan dan melakonkan aksi. Drama mampu membantu perkembangan keseluruhan bagi kanak-kanak. Drama juga merupakan aktiviti yang penting sebagai memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan atau mengekspresi diri mereka. Drama menceritakan kehidupan yang dilakonkan dengan berdasarkan pengalaman kanak-kanak. Aktiviti drama yang melibatkan gerakan, dialog dan pemikiran yang menyeluruh penting untuk perkembangan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak dapat menunujukkan ekspresi masing-masing menerusi aktiviti-aktiviti drama yang dilaksanakan oleh guru. Melalui drama, kanak-kanak Kanak-kanak berkeupayaan untuk membuat pernyataan diri menerusi pelbagai aktiviti. Drama merupakan salah satu bentuk aktiviti yang boleh digunakan oleh kanak-kanak untuk meluahkan perasaan mereka secara terkawal dan sistematik. Perasaan ialah melahirkan luahan daripada hati yang merangkumi perasaan sedih, gembira, marah, takut dan benci. Antara jenis-jenis drama kanak-kanak dalam pendidikan merangkumi aktiviti improvisasi, pentomin, memos, main peranan, simulasi, boneka, teater membaca dan teater bercerita. Drama improvisasi merupakan lakonan secara spontan yang mengisahkan berkaitan kejadian, keadaan atau situasi dalam kehidupan harian. Pergerakkan yang terlibat termasuklah gerak balas, isyarat tangan, gerakkan badan, mimik muka dan isyarat-isyarat lain. Pantomin merupakan lakonan tanpa dialog, iaitu skrip dibaca oleh kanak-kanak dan mengiringi lakonan tersebut. Pantomin ini dapat KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK Page 11

melatih kanak-kanak berlakon dengan yakin tanpa memikirkan masalah untuk menghafal dialog. Memos pula merupakan lakonan bisu dan hanya menggunakan pergerakkan badan tanpa bahasa atau percakapan. Setiap pelakon menyampaikan mesej melalui mimik muka dan pergerakkan badan masing-masing. Aktiviti main peranan ini pula merujuk kepada sesuatu situasi atau masalah yang timbul. Pemain atau pelakon perlu membayangkan bagaimana situasi tersebut, kemudian melakokannya mengikut kehendak situasi tersebut. Selain itu, melalui simulasi, bakat kanak-kanak dapat di cungkil dan di asuh dengan baik. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dikehendaki berlakon dengan gaya dan cara yang betul dan berkesan. Teater pula terbahagi kepada 2, iaitu teater membaca. Ia melalui aktiviti skrip yang sesuai, ia perlu disediakan dan mempunyai dialog. Di sini ia juga terdapat dua cara untuk menjalankan aktiviti ini iaitu, penceritan berada dalam kelompok cerita, dan pembaca membaca skrip sambil berjalan-jalan ke arah tempat pelakon yang wataknya dibaca. Pelakon akan berdiri apabila wataknya dibacakan. Kedua ialah, pencerita diluar kelompok cerita, iaitu pembaca membacakan cerita di suatu tempat lain yang telah di sediakan dan pelakon akan bertindak balas terhadap cerita itu dengan berdiri dan berlakon apabila skrip mengenai wataknya dibaca oleh pencerita tersebut. Akhirnya ialah teater boneka, ia memainkan alatan mainan seperti boneka. Ia sangat selamat untuk diguna oleh kanak-kanak. Penghasilan boneka begitu serasi dan sesuai terhadap diri kanak-kanak kerana mereka masih lagi berfikiran animism dan sangat suka terhadap boneka. Terater ini juga disesuaikan dengan aspek kemahiran bahasa terhadap kanak-kanak. Melalui teater boneka, pelbagai bentuk dan gaya bahasa dapat diperkenalkan kepada kanak-kanak. Maka, perlaksanaan teater boneka dapat memberi pengalaman belajar yang sangat seronok kepada diri kanak-kanak. Sebagai contoh, apabila watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara misteri dan kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak mula menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama ketika menjadi penonton. Dengan demikian, kanak-kanak akan mula merasai keseronokan ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak. Melalui keadaan yang dilihat di dalam persembahan ini, ia jelas menunjukkan bahawa setiap emosi yang dipamerkan menerusi pergerakan akan membantu kanakkanak dalam mengekspresikan perasaan mereka. Mereka mula mengetahui mengenai KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK Page 12

emosi yang wujud dalam diri mereka, iaitu seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih. Melalui pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan telah dapat memberi banyak perangsang dan peluang kepada kanak-kanak di dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi mereka kerana melalui emosi yang lahir dari dalam diri kanak-kanak tersebut telah memudahkan guru-guru untuk mengenal pasti kehendaknya, seterusnya membimbing setiap perlakuan kanak-kanak tersebut. Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk penyataan kendiri yang unit. Dengan lain perkataan setiap peserta mengggunakan pergerakan berirama untuk melahirkan pemikiran, idea atau perasaannya. Komponem-komponem peergerakan kreatif terdiri daripada badan, runag, masa dan daya adalah asas untuk menghuraikan pergerakan dalam pergerakan kreatif. Pergerakan kreatif merupakan bentuk penyataan kendiri yang unit dan membolehkan setiap pelajar memilih pergerakan-pergerakan yang sesuai untuk melahir pemikiran idea atau perasaan Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar dalam memperkembangan potensi kreatif mereka.Peranan guru dalam pergerakan kreatif ialah untuk membimbing pelajar dan membantu pelajar dalam pelbagai pengalaman pergerakan. Dalam pergerakan kreatif guru tidak mengajar sebarang gerak langkah untuk dihafalkan tetapi dalam peregerakan kreatif guru membantu dan membimbing pelajar meneroka berbagai-bagai jenis pergerakan dalam pelbagai cara yang kreatif. Guru tidak memerlukan latihan yang khusus untuk melaksanakan pengajaran pergerakan kreatif, apa yang diperlukan semnagat yang cekal.keberanian, dan sikap yang positif dan initiatif dalam pengajaran pergerakan kreatif. Peranan guru membimbing pelajar meneroka, mencuba dan menemui cara bergerak berdasarkan pergerakan pelajar sebagai sifat semulajadi mereka.

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Page 13

Lampiran Gambar-gambar imaginatif

KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Page 14

Anda mungkin juga menyukai