Anda di halaman 1dari 8

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Ke 7 Minggu 7 11 Mac 2013 hingga 15 Mac 2013 Penglibatan murid yang lemah dalam kelas.

1. Masalah / Peristiwa Pada sesi penyeliaan PR 1 baru-baru ini yang telah dibuat oleh guru pembimbing saya telah mengalami masalah dalam melibatkan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh. Terutamanya kepada beberapa orang murid yang kurang aktif dan pasif di dalam kelas. Saya dapati jika tidak diberi perhatian kepada beberapa orang murid yang lemah di dalam kelas 5 Budiman, mereka tidak akan melibatkan diri secara jelas dan hanya berdiam diri sahaja di dalam kelas. Oleh itu guru tidak dapat mengenal pasti sama ada murid tersebut dapat menguasai kemahiran yang ingin diajar oleh guru. Perkara ini mendatangkan masalah kepada saya jika pelajar ini masih ingkar untuk memberi kerjasama dalam aktiviti yang ingin dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

2. Analisis Hasil dapatan daripada refleksi dan pemerhatian saya, saya mendapati pelajar ini bukan lemah dalam kemahiran bahasa Melayu. Mereka malu ingin tampil ke hadapan kerana mereka takut mereka salah. Walaupun tahap kognitif mereka dalam kategori lemah, mereka masih mempunyai minat dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Oleh itu, saya telah berbincang dengan guru pembimbing saya bagaimana cara untuk menangani masalah tersebut. Hasil daripada perbincangan selepas sesi pencerapan bersama dengan guru pembimbing saya, Pn. Saemah Binti Sahid, beliau telah mengutarakan beberapa idea berkaitan bagi membantu saya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat beberapa isu yang dibincangkan berkaitan masalah di atas. Pertama sekali adalah bersangkutan dengan latar belakang murid tersebut. Seterusnya guru perlu bijak dalam memilih strategi dan menggunakan beberapa langkah mudah untuk murid tersebut terlibat sama dalam aktiviti yang dijalankan.

3. Cadangan Tindakan Susulan Saya telah mengenal pasti beberapa cara untuk mengatasi masalah murid kurang melibatkan diri dalam aktiviti P & P ini. Antaranya ialah dengan memberi tugasan kepada mereka dengan lebih kerap berbanding murid-murid lain. Dengan itu, murid akan dapat ditingkatkan motivasi mereka kerana guru memberikan kepercayaan kepada mereka. Selain itu, saya akan menyediakan bahan atau tugasan untuk semua murid dan setiap murid mempunyai tugasan mereka masing-masing. Mereka akan mempunyai tanggungjawab yang perlu mereka selesaikan di dalam kumpulan. Saya juga akan memberikan hadiah sebagai motivasi dan ganjaran kepada kumpulan yang berjaya melakukan aktiviti dalam kumpulan dan bekerjasama dengan baik. Dengan itu, saya berharap murid murid yang kurang penglibatan ini dapat diubah agar mereka tidak akan tercicir dalam aktiviti P& P.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan melaksanakan tindakan susulan seperti yang dirancang sepanjang tempoh saya manjalankan latihan praktikum. Saya telah melaksanakan beberapa idea dan panduan yang telah dilaksanakan. Beberapa aktiviti yang dirancang dan dijalankan telah melibatkan murid yang lemah secara aktif. Walaupun dengan hanya melibatkan mereka dalam aktiviti yang mudah, ia sudah memadai selagi mereka terlibat secara jelas dalam beberapa aktiviti yang dijalankan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : ............................................. Nama Tarikh : ............................................. : .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan : ............................................. Nama Tarikh : ............................................. : .............................................

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Ke 8 Minggu 8 18 Mac 2013 hingga 22 Mac 2013 Masalah ketika menjalankan aktiviti berkumpulan.

1. Masalah / Peristiwa Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, saya telah memilih strategi pengajaran secara koperatif. Murid-murid menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Saya telah mengalami masalah dalam mengawal pergerakan murid dan membimbing murid dalam menjalankan aktiviti secara kondusif. Pergerakan murid kelihatan tidak lancar dan penglibatan murid yang tidak menyeluruh. Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang melibatkan murid secara menyeluruh. Jika ada murid yang tidak terlibat secara aktif dalam aktiviti berkumpulan akan menyebabkan objektif yang telah ditetapkan tidak dapat dicapai oleh murid-murid.

2. Analisis Selepas saya merujuk dan meneliti bahan bacaan berkaitan strategi dan teknik dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran telah memberi saya beberapa panduan untuk menangani masalah yang saya hadapi. Untuk memastikan pembelajaran koperatif ini berkesan, saya perlu meningkatkan penguasaan saya terhadap murid dengan bertindak lebih tegas dalam pengawasan tingkah laku murid-murid. Saya juga dapati susunan kelas yang tidak kondusif semasa proses pengajaran semasa berkumpulan juga merupakan salah satu faktor penyebab saya mengalami masalah tersebut.

3. Cadangan Tindakan Susulan Saya telah mengenal pasti beberapa cara untuk memastikan aktiviti pembelajaran secara koperatif ini berkesan dengan mengambil kira keadaan murid-murid dan juga suasana di dalam kelas. Cadangan pertama ialah saya meningkatkan penguasaan saya terhadap murid dengan memberikan arahan yang jelas dan lebih tegas agar murid-murid tidak akan mengambil mudah setiap aktiviti yang akan dijalankan. Murid-murid juga diingatkan untuk sentiasa bekerjasama di dalam

kumpulan agar setiap tugasan dapat dijalankan dengan baik. Cadangan kedua ialah saya akan menyusun kelas mengikut kumpulan yang sesuai dengan mengambil kira ruang untuk murid bergerak dan melakukan aktiviti. Dengan keadaan kelas yang lebih kondusif ini, aktiviti pembelajaran secara koperatif mungkin dapat dijalankan dengan lebih baik.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan melaksanakan tindakan susulan seperti yang dirancang sepanjang tempoh saya manjalankan latihan praktikum. Saya akan membuat rujukan tentang pembelajaran koperatif ini. Pelbagai sumber yang perlu dirujuk. Antaranya ialah perbincangan dengan guru pembimbing dan melalui bahan-bahan bacaan buku ilmiah yang berkaitan dengan masalah yang saya hadapi.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : ............................................. Nama Tarikh : ............................................. : .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan : ............................................. Nama Tarikh : ............................................. : .............................................

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal 1.0 Masalah / Peristiwa

: : : :

Ke - 5 Minggu 5 25 Feb 2013 hingga 1 Mac 2013 Tidak Membawa Buku ke Sekolah

Setelah mengalami beberapa kali masalah murid yang sering tidak membawa buku ke sekolah, saya merasakan masalah ini harus diselesaikan agar tidak terus mengganggu proses P&P yang dijalankan. Walaupun bilangan murid yang tidak membawa buku ini tidak ramai, saya tetap merasakan masalah ini perlu dibendung agar ia tidak mempengaruhi murid-murid lain. Murid yang terlibat sering memberikan alasan yang sama setiap minggu iaitu buku tertinggal, kesilapan jadual dan juga terlupa. Kelas yang terlibat ialah murid-murid dari kelas 4 Amanah dan juga 5 Budiman. Kedua-dua kelas ini merupakan kelas yang baik dari segi akademiknya. Setiap kali terdapat murid yang tidak membawa buku, saya akan menegur mereka dan akan mengambil tindakan tegas, namun masalah ini tetap berulang. Saya perhatikan murid yang sama sering melakukan masalah ini. Hal ini menunjukkan saya tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan hanya memberikan teguran lisan sahaja.

2.0 Analisis Setelah dianalisis, masalah ini berpunca daripada tindakan yang kurang tegas dari saya terhadap murid-murid yang tidak membawa buku ini. Oleh itu, mereka tidak mengambil berat tentang kepentingan membawa buku ke sekolah dan bersikap sambil lewa tentang teguran yang telah saya berikan. Selain itu, murid juga dilihat tidak menyedari dan memahami kepentingan membawa buku ini. Mereka bersikap malas dan tidak mengambil peduli. Masalah ini berlaku kepada murid-murid yang bermasalah dari kedua-dua buah kelas yang saya ajar ini. Alasan yang diberikan adalah sama dari murid yang sama pada setiap minggu. Oleh itu saya perlu memikirkan kaedah dan cara yang sesuai untuk mengatasi kelemahan ini.

3.0 Cadangan Tindakan Susulan Untuk mengatasi masalah ini, saya telah merancang untuk mengubah pendekatan

dengan lebih tegas iaitu dengan memberi denda agar murid tidak mengulangi lagi. Denda yang boleh ialah dengan mengasingkan mereka daripada rakan-rakan mereka atau mengarah mereka supaya berdiri di hadapan kelas. Selain itu, saya akan memanjangkan masalah ini kepada guru penolong kanan hal ehwal murid dan murid yang masih mengulanginya akan diberikan tindakan demerit. Saya juga akan cuba memberikan nasihat dan kepentingan membawa buku dalam menuntut ilmu untuk memberikan kesedaran kepada murid-murid. 4.0 Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan melaksanakan tindakan susulan seperti yang dirancang sepanjang tempoh saya manjalankan latihan praktikum. Langkah ini perlu kerana murid harus sentiasa diingatkan untuk membawa buku ke sekolah agar objektif pembelajaran dapat dicapai dengan baik.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : ............................................. Nama Tarikh : ............................................. : .............................................

Tandatangan : ............................................. Nama Tarikh : ............................................. : .............................................

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Ke 6 Minggu 6 4 Mac 2013 hingga 8 Mac 2013 Masalah Murid Bising Ketika Aktiviti Di Jalankan.

1. Masalah / Peristiwa Ketika menjalankan aktiviti berkumpulan semasa mata pelajaran Kemahiran Hidup, saya dapati murid-murid kelas 4 Amanah agak bising. Keadaan ini sedikit sebanyak agak mengganggu proses P&P yang dijalankan. Murid-murid begitu berminat terhadap aktiviti yang dijalankan dan kadangkala keadaan agak bising dan tidak terkawal. Murid-murid dilihat berebut-rebut untuk melakukan aktiviti walaupun mereka melakukannya dalam kumpulan. Hal ini menimbulkan

pertelingkahan kecil.

2. Analisis Dari pemerhatian saya selama mengajar kelas 4 Amanah ini, saya dapati muridmurid kelas ini agak aktif memandangkan kelas ini merupakan kelas yang cerdas. Masalah bising yang sering berlaku disebabkan mereka tidak dapat bekerjasama dalam kumpulan ketika aktiviti dijalankan. Berlaku perselisihan yang kadangkala menimbulkan pertengkaran kecil. Hal ini disebabkan terdapat ahli kumpulan yang tidak mempunyai tugas atau tidak mahu bekerjasama dan cenderung untuk membuat bising dan melakukan tingkah laku yang mengganggu.

3. Cadangan Tindakan Susulan Saya telah mengenal pasti beberapa cara untuk mengatasi masalah murid yang sering bising ini. Antaranya ialah mengasingkan murid yang bermasalah ini dengan mengubah tempat mereka di hadapan guru agar guru mudah untuk memantau mereka. Dengan itu, murid akan dapat dikawal perlakuan dan pergerakan mereka. Selain itu, saya akan menyediakan bahan atau tugasan untuk semua murid dan setiap murid mempunyai tugasan mereka masing-masing. Mereka akan

mempunyai tanggungjawab yang perlu mereka selesaikan di dalam kumpulan. Saya juga akan memberikan hadiah sebagai motivasi dan ganjaran kepada kumpulan yang berjaya melakukan aktiviti dalam kumpulan dan bekerjasama

dengan baik. Dengan itu, saya berharap murid murid yang sering membuat bising ini akan dapat dikawal.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan melaksanakan tindakan susulan seperti yang dirancang sepanjang tempoh saya manjalankan latihan praktikum. Langkah ini perlu kerana murid harus sentiasa diingatkan untuk menyiapkan segala tugasan yang saya berikan pada mereka. Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan kelas yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : ............................................. Nama Tarikh : ............................................. : .............................................

Tandatangan : ............................................. Nama Tarikh : ............................................. : .............................................

Anda mungkin juga menyukai