Dahulunya saban hari kita mendengar lagu yang terpapar di media televisyen mengandungi lirik Gunakanlah bahasa kebangsaan kita, marilah amalkan ramairamai.. ciptaan Dol Ramli sebagai usaha untuk memperjuangkan martabat Bahasa Melayu di negara kita . Walau bagaimanapun sejak akhir ini, isu pencemaran bahasa ini semakin menjadi-jadi berikutan pencemaran Bahasa Melayu melalui media. Definisi media menurut Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya. Seperti televisyen, radio, akhbar, majalah ,internet dan sebagainya yang boleh menyampaikan maklumat dengan pantas. Di sini terdapat beberapa contoh pencemaran Bahasa Melayu dalam media sebagai renungan bersama. Antaranya ialah penggunaan bahasa Rojak dalam media, buktinya apabila media penyiaran memilih bahasa rojak sebagai nama rancangan dan nama siaran mereka. Sebagai contoh, Memang power seperti dalam iklan Sony boleh digantikan dengan : Memang Berkuasa atau Memang Hebat. Dalam iklan Panasonic pula, Slogan Panasonic Ideas For Life boleh diterjemahkan kepada Panaconic, Ciptaan Sepanjang hayat. Selain itu terdapat penggunaan bahasa asing dalam pengiklanan. Contohnya, Iklan Produk Ellgy Plus menyatakan Ellgy Plus is uiterst wekzam.zaelfsmijn moeder is het daarmee eens yang bermakna Ellgy Plu Berkesan. Persoalannya adalah iklan ini berkesan dengan mengaplikasikan bahasa asing untuk penerimaan masyarakat tempatan. Begitu juga dari segi pemilihan kata yang kurang tepat dalam media pengiklanan. Contohnya Iklan Jacker, POTATO CRISPS Meriangkan selera, Dari segi kolokasi, Meriangkan tidak sesuai digandingkan dengan kata selera kerana riang ilaha kata sifat yang dikaitkan dengan suasana,situasi dan perasaan hati yang gembira. Kata sesuai yang dipadankan dengan selera seharusnya membangkitkan atau membuka selera. Oleh itu, lebih tepat kalau dikatakan POTATO CRISPS Membuka Selera. Kesalahan Bahasa Melayu pada Papan Tanda juga berlaku. Ini boleh kita ketahui apabila melihat mana-mana papan tanda premis-premis perniagaan atau nama kawasan mengabungkan bahasa asing dengan Bahasa Melayu. Contohnya perkataan Suiz Letrik seharusnya menggunakan Suis Elektrik. Begitu juga di dalam Perkataan Di Larang sebagaimana dalam contoh diatas, ialah awalan dan seharusnya dicantum Dilarang Bukannya Di Larang. Dilarang adalah bentuk pasif daripada kata melarang. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat pencemaran bahasa bermaksud penggunaan bahasa yang tidak betul di kalangan masyarakat. Malah definisi pencemaran bahasa ini turut disokong oleh Nik Safiah Karim (1986), menurut beliau pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui,
sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Manakala menurut Hassan bin Ahmad (1979:20), pencemaran bahasa bermaksud bahasa yang amat buruk digunakan sehingga mencemarkan imej Bahasa Malaysia. Isu pencemaran bahasa ini khususnya kekerapan penggunaan bahasa rojak oleh media penyiaran ini juga telah dipandang serius oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) iaitu Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Ini kerana beliau adalah seoarang yang antibahasa rojak dan menerusi teguran yang dibuat itu jelas memperlihatkan penggunaan bahasa rojak digunakan secara berleluasa dan beliau akan mengambil langkah segera untuk mengatasinya. Perkara sedemikian tuirut menjadi perhatian dan mengikut pendapat Shamsudin Othman dari Jabatan Bahasa dan Pengajian Kemanusiaan, Falkulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Menerusi artikel terbitan Berita Harian bertarikh 3 haribulan Mac 2011 yang menyatakan kecenderungan menggunakan lebih daripada satu bahasa selain Bahasa Melayu sebagai tidak wajar Lebih-lebih lagi jika ia dilakukan oleh syarikat gergasi milik negara kerana perbuatan terbabit memperlihatkan betapa tidak yakinnya mereka terhadap bahasa Melayu bagi mewakili produk masing-masing dan boleh disamakan dengan menjual maruah negara sendiri. Malaysia sudah mengakui Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan iklan untuk paparan rakyat negara ini, sewajarnya menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. Tidak perlu menggunakan pelbagai bahasa untuk menjelaskan apa yang ingin disampaikan berhubung sesuatu produk. 2.0 Strategi / Penambahbaikkan Melalui terbitan Utusan Malaysia ytang bertarikh 15 Februari 2011 bertajuk Media Penting Angkat Martabat bahasa Melayu. menyatakan Media elektronik dan cetak berperanan penting dalam mengangkat martabat bahasa Melayu serta pematuhan kepada dasar penggunaannya sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Universiti Beijing, China, Prof. Dr. Awang Sariyan berkata, media merupakan tunjang utama dalam pelaksanaan dasar bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.Menurutnya, peranan itu boleh dilakukan dengan memastikan bahasa yang digunakan dalam penerbitan dan penyiaran berita adalah tepat dan sempurna serta mengambil kira kesantunan."Usaha peneguhan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan adalah tanggungjawab semua pihak termasuk pengamal media kerana secara amnya golongan ini menggunakannya secara meluas sebagai alat berkomunikasi dengan masyarakat."Komitmen ini perlu ketika penggunaan bahasa rojak atau bahasa pasar semakin berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia sehingga menyebabkan bahasa kebangsaan itu terus dipinggirkan," katanya.
Oleh yang demikian strategi dan penambahbaikan harus diketengahkan untuk mengatasi permasalahan ini. Antaranya ialah: 2.1 Perbincangan antara Badan-badan berkenaan Antara ialah sentiasa mengadakan forum ataupun dialog bersama dengan semua agensi yang berkaitan untuk mencari dan membahaskan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam pengiklanan. Seperti dialog bertajuk Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Pengiklnan Pada 26 Mei 2011, di Dewan Seminar, Menara DBP yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah DBP, YBhg.Dato Haji Termuzi Haji Abdul Aziz dan Dihadiri oleh seramai 150 peserta dari agensi pengiklanan, wakil kementerian,Pihak Berkuasa tempatan, Pengawal Media, Pengamal Media dan para wartawan. Tutur hadir Ahli majlis Agensi Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As),Encik Gary Tay, Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Encik Rusli Abdul Ghani dan Pengarah Pengembangan Bahasa dan Sastera, Encik Salehuddin Abg Shokeran. 2.2 Pemberian kuasa pantau kepada Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Selain daripada itu, pertimbangan pemberian kuasa pantau pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dalam pengiklannan yang telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi melalui petikan terbitan Suara13 Online pada 27 Jun 2012. Melalui pendekatan ini, DBP akan berperanan sebagai penegur, penasihat dan mendidik manamana agensi media dalam memartabatkan Bahasa Melayu berbanding menghukum pihakpihak yang menggunakannya dengan betul. 2.3 Peranan Pihak berkuasa Negeri dan Tempatan serta agensi berkaitan Pihak berkuasa tempatan, negeri dan kerajaan, seperti Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah ataupun pihak KDPNKK boleh memganding bahu dalam menyelaraskan pemberian lesen perniagaan dengan memastikan nama premis perniagaan menepati penggunaan Bahasa Melayu yang Betul. Melalui langkah ini, bukan sahaja semua peniagaan di dalam negara menggunakan Nama Premis dengan penggunaan Bahasa melayu yang betul malah ia dapat memartabatkan Bahasa Melayu ke seluruh dunia dengan pembabitan peniaga dari luar negara yang perlu mengikuti peraturan yang ditetapkan di Malaysia sekiranya ingin menjalankan perniagaan di sini. 2.4 Kerjasama penghasilan buku ilmiah dan bahan pelbagai media Begitu juga, kerjasama antara pihak Dewan Bahasa & Pustaka, para cendikiawan dan para Sasterawan tempatan boleh menjalankan usaha sama bagi melaksanakan penghasilan, penulisan, penterjemahan, penyebaran dan penggunaan buku dan bahan pelbagai media Bagi membantu membenteras penyalahangunaan Bahasa melayu dalam media. 2.5 Peranan Para pemimpin dan artis
Para pemimpin harus menggunakan Bahasa Melayu yang tepat terutamanya ketika berucap kepada media. Jika diperhatikan pengugunaan Bahasa Melayu sering kali dicampur adukkan dengan penggunaan Bahasa Inggeris. Jadi Persoalannya, jika pemimpin sendirinya tidak memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul inikan pula pula rakkat yang dipimpin. Turut di cadangkan juga kepada para artis hiburan terutamanya dalam telemovie dan sebagainya sentiasa menggunakan Bahasa Melayu yang Betul penggunaan tatabahasanya kerana peranan mereka sebagai artis dalam memartabatkan Bahasa Melayu amat penting dalam media. 2.6 Peranan penghasilan media berbentuk penggunaan Bahasa Melayu yang tepat Satu langkah yang telah dijalankan oleh pihak media ,Radio Televisyen Malaysia (TV) iaitu dengan cuba mengajak orang ramai peka terhadap kesalahan ejaan dan bahasa rojak yang dianggap memudahkan dalam kehidupan harian menerusi drama Osman Baku yang diarahkan oleh Dato'Rahim Razali sendiri yang menjadi Pakcik Osman dalam cerita tu,seorang pesara guru bahasa melayu. Di dalam drama ini dia membetulkan kesalahan ejaan,penggunaan bahasa melayu,bahasa rojak dalam kehidupan seharian disamping tu diselitkan juga dengan pengolahan jalan cerita yang menarik supaya penonton tak berasa bosan. Walaubagaimanapun, Drama ini hanya tamat sehingga 13 episod sahaja. Oleh yang demikian, usaha ini tidak harus terbantut disini sahaja, penambahbaikan harus di ketengahkan dengan memanjangkan lagi episode tersebut kerana jalan ceritanya mempunyai implikasi yang boleh dianggap sebagai sebuah langkah murni memartabatkan Bahasa Malaysia. bagi
3.0 Implikasi isu kepada masyarakat. Pencemaran bahasa melalui media masa yang yang semakin berleluasa ini sudah pasti akan memberikan kesan negatif kepada bahasa itu sendiri. Antaranya ialah : 3.1 Penulisan Esei Pelajar tidak Berkualiti Kesan yang paling ketara adalah menyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama ada lisan atau tulisan merosot. Perkara ini dapat dilihat dalam bidang pendidikan khususnya dalam kalangan pelajar. Ramai pelajar yang tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Walhal bahasa Melayu merupakan bahasa bangsa dan bahasa Ibunda. Lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang yang timbul pelbagai perkara yang menyebabkan penyalahgunaan bahasa seterusnya mempengaruhi cara penulisan para pelajar.
Terutamanya penulisan esei dalam peperiksaan. Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama-kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan bahasa yang betul.
3.2 Wujudnya Salah Faham Semantik dalam Masyarakat Salah faham semantik ialah kesukaran serta kegagalan penyampai dan penerima mesej mentafsirkan kod yang ingin dijelaskan. Ianya akan mengganggu komunikasi antara individu yang terlibat. Hal ini juga turut sama menjejaskan bahasa Melayu baku. Akibat daripada perbezaan dialek, kesan yang jelas kelihatan ialah berlakunya salah faham semantik. Ada sesetengah media yang menggunakan dialek tempat masing-masing. Contohnya adalah siaran radio bagi setiap negeri. Selain itu, penulisan dalam laman sosial iaitu blog. Sudah pastinya setiap individu mengarang penulisan mereka dengan bahasa Melayu yang betul, namun ada segelintir individu yang menggunakan dialek mereka mengikut negeri kelahiran. 3.3 kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan tergugat. Umumnya, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Walu bagaimanapun jika penggunaan bahasa rojak yang melibatkan bahasa Inggeris dalam perbualan tidak dibendung maka secara tidak langsung ia akan mengugat kedaulatan bahasa Melayu itu sendiri. INi akibat sikap kebanyakkan masyarakat menganggap penguasaan bBahasa asing terutamanya Bahasa Inggeris merupakan satu standard yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Maka secara tidak langsung, Bahasa Melayu akan menjadi bahasa dipingirkan khususnya di Bandaraya metropolitan. Dengan menguasai Bahasa asing misalnya Bahasa Inggeris akan menaikkan taraf pergaulan mereka. 3.4 Kemerosotan Kualiti Bahasa Melayu Perkembangan media elektronik semakin maju ekoran perkembangan media siber atau media baharu iaitu internet sehingga mampu menghasilkan pengiklanan yang menarik.. Namun begitu, kemajuan elektronik yang sedang dicapai ini telah dicemari dengan bahasabahasa yang kurang menyenangkan. Ini kerana terdapat pelbagai bahasa yang digunakan, antaranya ialah bahasa Melayu. Jenis bahasa yang digunakan juga adalah pelbagai seperti bahasa baku, bahasa rojak, bahasa perbualan dan dialek. Bahasa rojak atau bahasa basahan telah menjejaskan kualiti bahasa melayu. Penggunaan bahasa dalam media ini sukar dikawal kerana tiada peraturan yang dibuat untuk menghalangnya terutamanya di media . Ianya hanya bergantung pada kesedaran dan tahap pengetahuan bahasa pengguna media tersebut. Kesannya pada suatu ketika nanti, Bahasa Melayu tidak akan dipandang tinggi lagi walaupun di Negara kita sendiri. 3.5 Bahasa Melayu diperlekehkan Sikap peniaga atau pengiklan yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah
diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau salah penggunaan bahasa Melayu pada papan
tanda mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang digunakan pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru, dengan adanya sikap yang sedemikian, kita dapat menyimpulkan bahawa, tahap kesedaran tentang penggunaan Bahasa Melayu yang betul bukanlah suatu agenda yang penting. Akibatnya, generasi akan datang menganggap perkara semikian tidak perlu lagi diketengahkan menjadi isu. Maka Bahasa Melayu yang bertindak sebagai Bahasa Kebangsaan akan pupus menjadi sejarah Bahasa sahaja. 4.0 Kesimpulan Kesimpulannya, pencemaran bahasa ini menerusi media merupakan suatu isu atau perkara yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Namun, jika pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh teliti dan kerap, tidak mustahil bahasa kita akan menjadi bahasa antarabangsa yang berada di tahap terpenting khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan. Pihak yang mempunyai kuasa yang besar seperti Perdana Menteri harus sentiasa menekankan penggunaan bahasa kebangsaan kita setiap masa sama ada dalam ucapan rasminya ataupun semasa ditemu bual oleh wartawan. Dengan ini, apabila beliau sentiasa menggunakan bahasa kabangsaan secara baik dan kerap, ini akan menjadi ikutan kepada orang bawahannya. Bahasa rojak dan bahasa pasar tidak seharusnya digunakan secara meluaskan walaupun bukan dalam situasi formal. Hal ini jelas membuktikan bahawa bahasa rojak atau pasar ini akan merosakkan Bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan kita. Kekerapan menggunakan bahasa yang tercemar secara meluas akan menlahirkan rakyat yang buta bahasa sendiri. Tidak mustahil kegagalan pelajar-pelajar di sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disebabkan mereka terlalu kerap menggunakan bahasa rojak dan pasar. Anak-anak muda kini juga kerap membaca majalah berupa bahasa rojak dan pasar. Oleh itu, bagi pihak-pihak media haruslah sedar yang mereka juga
bertanggungjawab membawa pembaharuan dan penambahbaikan dalam bidang bahasa. Janganlah sibuk mengejar keuntungan tetapi nilai dan tanggungjawab patriotisme diabaikan. Dari sinilah kita mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, sebutan, dan tatabahasa Bahasa Melayu. Masyarakat mudah menerima perkara yang positif andainya di keliling mereka penuh dengan perkara positif. Sebagaimana kata-kata Peribahasa Melayu iaitu bagaimana acuannya, begitulah kuihnya. Kata-kata ini sudah cukup memberitahu kepada kita agar setiap perkara yang ingin diubah atau dibuat perlulah dari atas atau pemimpin dahulu. Jika pemimpin begitu prihatin dan bersungguh-sungguh dalam hal memartabatkan bahasa kebangsaan, rakyat juga akan mengikutinya terutamanya media masa.