empirisisme (empiricists) moden (lihat materialisme dan empirisisme). Dengan itu, Aristotle meletakkan asas bagi apa yang akhirnya berkembang kepada kaedah saintifik beberapa abad kemudiannya. Walaupun dia menulis perbualan awal pada kerjayanya, tidak banyak perca yang terselamat sehingga hari ini. Hasil penulisan Aristotle yang wujud masakini adalah dalam bentuk karangan (treatise) dan, kebanyakannya, teks yang tidak diterbitkan. Ini mungkin merupakan nota syarahan, atau teks yang digunakan oleh pelajarnya, dan hampir pasti disunting beberapa kali kembali sepanjang beberapa tahun. Hasilnya, tulisan ini padat, dan sukar dibaca. Antara yang terpenting adalah Fizik, Metafizik, moral Nicomachean, Politik, De Anima (Berkenaan Roh), dan Poetik. Aristotle dikenali sebagai beberapa tokoh yang mempelajari hampir kesemua bidang yang mungkin pada masa itu. Dalam sains, Aristotle mempelajari anatomi, astronomi, embriologi, geografi, geologi, meteorologi, fizik dan zoologi. Dalam falsafah, Aristotle menulis berkenaan estetik, ekonomi, moral (ethics), kerajaan, metafizik, politik, psikologi, retorik, teologi; juga pendidikan, adat asing, penulisan, dan sastera. Gabungan kerjanya boleh dikatakan merupakan ensiklopedia pengetahuan Yunani. Aristotle (387-322SM) menyatakan bahawa falsafah ialah ilmu tentang kebenaran. Ini kerana, tujuan atau matlamat falsafah adalah mengetahui hakikat sesuatu. Kehidupan sebagai ahli falsafah ialah kehidupan sebagai pengkaji dan penyelidik untuk mencari kebenaran. Untuk mencari dan mendapatkan kebenaran, ahli falsafah itu perlu berfikir dan mencari ilmu. Aristotle (384 SM 322 SM) merupakan anak murid Plato dan pernah menjadi guru kepada Iskandar Zulkarnain. Pendapatnya berbeza dengan gurunya, Plato. Beliau seorang yang berfaham realist sedangkan Plato berfaham idealis . Menurut pendapat Aristotle, semua pengetahuan diperolehi dari luar iaitu melalui pancaindera kerana padanya, manusia dilahirkan sebagai tabula rasa. Aristotle berpendapat bahawa pemerintah hendaklah memerhati dan mengambil berat tentang keadaan jasmani tiap-tiap orang kanak-kanak yang dilahirkan. Kanak-kanak yang dilahirkan cacat hendaklah ditanam hidup-hidup kerana tidak akan menguntungkan negara. Keluarga bertanggungjawab memberi pendidikan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 6 tahun. Selepas itu kerajaan harulah mengmbilalih mendidik kanak-kanak tersebut.Kanak-kanak itu akan bersekolah dari umur 7 tahun hingga 21 tahun. Beliau menyarankan mata pelajaran yang diajar kepada pelajar yang belum meningkat remaja ialah Latihan Jasmani, Kesusasteraan dan Nyanyian/Muzik. Aristotle hidup pada tahun 384 - 322 SM. Dia merupakan murid dari Plato. Aristotle dikenali sebagai ilmuwan besar, seorang cendekiawan dan intelektual terkemuka. Dalam kerjayanya sebagai ilmuwan besar, dia sangat berperanan dalam
pembangunan ilmu pengetahuan, teknologi dan lain - lain. Dia sangat berjasaa dalam bidang logik, metafizik, politik, ethika, biologi dan psikologi. Dalam dunia pendidikan, Aristotle memberikan sumbangan yang ssangat luar biasa, terutama dalam pembangunan ilmu pengetahuan, beliau membina melalui 2 bentuk piramid pendidikan, iaitu: A. Piramid Pendidikan I (pertama), meliputi: 1. Fizik 2. Mathesis 3. Teologi Piramid ini sangat berperanan dalam pembangunan ilmu pengetahuan, kerana piramid tersebut mengajarkan kepada manusia, bahawa dalam mencari ilmu pengetahuan. Berdasarkan piramid tersebut di atas, dalam pencarian ilmu pengethuan, kita harus berpandukan kepada langkah - langkah seperti berikut: 1. FISIKAL. Berdasarkan pemikiran fizik, kita dalam mencari pengetahuan dilakukan dengan melakukan pengamatan - pengamatan terhadap segala sesuatu yang kita lihat / kita amati melalui alat deria penglihatan. Dari proses melihat melalui mata, hasil yang diperoleh berupa benda - benda yang kasat mata, sebagai contoh: meja, kusi, kereta dan lain - lain. 2. MATHESIS Berdasarkan pemikiran Mathesis, proses pencarian ilmu pengetahuan, sudah meninggalkan segala sesuatu berdasarkan penglihatan. Pada Piramid ini, proses pencarian ilmu pengetahuan, mula menggunakan berfikir yang lebih mendalam, pemikiran mula menggunakan akal, budi (perasaan). 3. TEOLOGI Berdasarkan piramid teologi, proses pencarian ilmu pengetahuan mula berfikir lebih mendalam lagi, kerana dalam proses teologi sudah mula berfikir tentang asal usul, tujuan yang akan dicapai, pross pembentukan, berfikir berdasarkan kenyataan yang sesungguhnya. Piramida pendidikan yang ke II, sangat berperanan penting dalam pembangunan saintifik, pemikiran ilmiah dan pembentukan kaedah saintifik, sehingga dapat diperoleh sesuatu secara obtektif.
Berdasarkan Piramid Pendidikan tersebut di atas, dalam pencarian sesuatu untuk mencari obyektifitas, dilakukan melalui proses: 1. PEMERHATIAN Prinsip ini memerlukan setiap orang dalam mencari sesuatu / kebenaran dilakukan melalui pemerhatian - pemerhatian yang jelas terhadap segala sesuatu yang dilihatnya 2. EXPERIMEN Prinsip ini menjelaskan bahawa supaya kebenaran / sesuatu yang diperoleh melalui pemerhatian (observasi) menjadi lebih objektif lagi, perlu melakukan uij cuba / prkatek melalui kegiatan Experimen (percubaan). 3. BERFIKIR INDUKTIF. Dalam prinsip ini, hasil pemerhatian dan dilanjutkan dengan experiment, kemudian dibuat suatu kesimpulan yang objektif (kebenaran yang objektif), melalui berfikir induktif, iaitu berfikir dari hal - hal yang khusus kemudian digeneralisasikan, sehinggga diperoleh teori / sesuatu yang sifatnya umum (kebenaran objektif) ..
C. Piramid Pendidikan yang ke III. Selain berjasa dalam dunia pendidikan secara umum, ternyata Aristotle juga memberikan sumbangan yang besar dalam pembentukan moral dan keperibadian seseorang, sehingga diciptakan Piramid Pendidikan (III), sebagai berikut. Piramida ke-3 ini, sangat berperanan dalam pembentukan moral, keperibadian dan watak seseorang, sehingga sangat penting dalam bidang Etika.
Piramid ini sangat berkait rapat dengan proses kehidupan manusia, kerana prinsip ini berpedoman bahawa manusia harus lebih dari binatang, sehingga manusia perlu mendapatkan pendidikan. Dalam memberikan pendidikan, menurut Aristotle tidak hanya berpegang pada akal semata, tetapi harus melakukan pendidikan dan bimbingan kepada perasaan - perasaan, sehingga perasaan - perasaan yang tinggi / besar akan dapat mengawal akal fikiran manusia. Berdasarkan piramid tersebut di atas (ke 3), Aristotle menjelaskan bahawa dalam proses pendidkan, meliputi 3 perkara, iaitu: 1. MEMPUNYAI TUJUAN. Menurut prinsip ini, dalam melakukan pendidikan harus ada tujuan yang jelas, agar segala sesuatu yang dilakukan boleh terarah, terancang, sehingga tercapailah tujuan yang jelas / nyata dan dapat tercapai segala yang dikendaki. 2. PEMBENTUKAN kebiasaan. Prinsip ini menjelaskan bahawa pada masa kanak-kanak kecil (masa balita), kanak-kanak perlu mendapatkan pendidikan, melalui pembiasaan - pembiasaan yang baik. Dengan pembiasaan - pembiasaan yang baik, akan terpupuk peribadi peribadi yang baik. Pembiasaan merupakan awal pembentukan moral dan keperibadian anak. 3. KESEDARAN ATURAN Prinsip ini menjelaskan bahawa semakin tinggi usia seseorang, akan semakin tinggi pula konsep pikir seseorang, konsep piker seseorang akan semakin berkembang. Tidak hanya konsep piker, tetapi juga sikap dan perilaku seseorang juga akan mula berkembang seiring dengan perkembangan fikiran seseorang. Oleh sebab itu seseorang perlu mula mendapatkan penanaman kesedaran atas aturan - aturan yang berlalku, hal ini kerana peraturan itu akan selalu ada dan mengikat manusia dalam pergaulan. Kesedaran Peraturan ini dimaksudkan untuk mengimbangi dan mengawal perkembangan daya fikir manusia / seseorang serta mengimbangi perkembangan dan mengawal tingkah laku manusia / seseorang ..
Piramid Pendidikan yang diciptakan oleh Aristotle (menurut Aristotle), boleh dijadikan sebagai landasan pendidikan di Malaysia, kerana: 1. Piramida I (Kimia, Mathesis, Teologi), mengandungi makna yang luar biasa bagi dunia pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana: dalam proses pendidikan harus dapat mengajak kepada peserta didik untuk menggunakan seluruh potensi yang ada pada diri seseorang subjek / objek pedidikan, baik menggunakan mata, akal fikiran, perasaan dan potensi yang lain. Sehingga dalam proses pendidikan seluruh potensi yang dimiliki peserta didik harus dapat dibangunkan secara optimum, melalui pelbagai cara / kaedah. 2. Piramida ke II (Observasi, Experimen, Berfikir Induktif), mengandungi peranan yang penting dalam pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana: prinsip yang terkandung dalam piramid pendidikan yang ke 2 tersebut sangat berperanan dalam pembangunan ilmu pengetahuan, berfikir ilmiah dan proses kajian atas sesuatu. Dalam mencari pengetahuan (ilmu pengetahuan) yang objektif, seseorang perlu belajar dengan melakukan pemerhatian / pengamatan terhadap segala sesuatu yang ada, kemudian hasil pemerhatian / observasi diuji melalui uii cuba (experiment), hasil experiment yang dilakkan akan menghasilkan sesuatu i melalui berfikir Induktif 3. Piramida ke III (tujuan, pembentukan pembiasaan dan kesedaran Aturan), mengandungi peranan penting dalam pembentukan Watak / Kepribadian dan tingkah laku manusia / seseorang dan moral seseorang / manusia. Piramida ke 3 berkaitan rapat dengan pembentukan etika pada seseorang (manusia). Hal ini kerana: prinsip yang terdapat pada piramid ke 3, mengajarkan kepada setiap pelaku pendidikan / dunia pendidikan, terutama dalam proses pembentukan keperibadian seseorang, watak dan tingkah laku seseorang. Oleh sebab itu, dalam pembentukan moral, keperibadian / watak dan tingkah laku manusia / seseorang, perlu bermula dengan kejelasan tujuan / maksud yang terarah, terancang dilanjutkan dengan pembentukan pembiasaan dan penumbuhan kesedaran terhadap peraturan yang berlaku.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Aristotle http://nurlie.tripod.com/Tema6.html
- 07 714 1421 07 7 14
1421
Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuah Negara. Pendidikan dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peni ngkatan ekonomi, budaya, politik, sosial, dan sebagainya. Dengan pendidikan kehidupan manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Pendidikan juga merupakan asas penting kepada setiap individu. Pelbagai usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam sesebuah Negara bagi memastikan semua rakyatnya menerima pendidikan. Justeru itu, apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan? Perkataan pendidikan mempunyai tafsiran yang pelbagai dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dan tugasnya. Di sini akan dihuraikan beberapa maksud pendidikan yang telah dikemukakan oleh beberapa ahli falsafah dan tokoh ilmuan dari Barat pandangan Barat dan Islam Kesimpulannya, pendidikan berupaya mengubah corak kehidupan seseorang ahli dalam sesebuah Negara. Melalui pendidikan juga dapat membentuk masyarakat yang berakhlak tinggi, berpengetahuan luas, bijaksana dalam membuat keputusan, dan tegas dalam mengendalikan emosi seterusnya dapat memacu kegemilangan dan kecemerlangan sesebuah Negara.