Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Subjek : Matematik Tahun : 4 Kreatif Masa : 9.45 pagi - 10.

45 pagi (60 minit) Topik : Perpuluhan Bidang Pembelajaran : Penolakan perpuluhan (satu tempat perpuluhan) Objektif Pembelajaran : Murid akan diajar cara menolak nombor perpuluhan (satu tempat perpuluhan). Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat : a) Menolak satu hingga dua nombor perpuluhan melibatkan satu tempat perpuluhan : i. nombor perpuluhan sahaja ii. perpuluhan bercampur iii. nombor bulat dan nombor perpuluhan.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah tahu bagaimana untuk a) melakukan operasi penolakan nombor bulat. b) menukar nombor bulat kepada perpuluhan.

Sumber/ Resos : Kertas jalur/ kertas A4. KBKK : a) b) c) d) Memahami masalah dan mengumpul maklumat. Menentukan cara penyelesaian Melaksanakan Menyemak jawapan

Nilai Murni : Bekerjasama, Berhati-hati, Kepimpinan.

Peringkat Set Induksi ( 5 minit)

Kandungan -Konsep penolakan


9-6=3 0.9 0.2 = 0.7

Langkah-langkah/aktiviti - guru menunjukkan satu soalan penolakan nombor bulat. - guru menunjukkan contoh penolakan nombor perpuluhan. - guru memberitahu murid bahawa konsep penolakan perpuluhan sama dengan konsep penolakan nombor bulat.

Catatan Strategi dan Kaedah Mengajar : Berpusatkan guru Resos : Papan Putih Kecerdasan Pelbagai: -Logikal-Matematik -Verbal-Linguistik

Pengenalan Konsep (10 minit)

-Menentukan konsep penolakan perpuluhan.

0.5 0.3 = 0.2

-Guru memberi satu soalan perpuluhan. -Guru menunjukkan langkah penyelesaian soalan tersebut menggunakan jalur kertas. -Satu jalur kertas dibahagi kepada 10 bahagian. -Guru melorekkan 5 bahagian daripada jalur kertas dan memberitahu murid 5 bahagian itu bersamaan 5/10 atau mewakili 0.5. -Kemudian guru memadam 3 bahagian yang telah dilorek tadi sebagai mewakili 3/10 ataupun 0.3. -Guru bertanya kepada murid berapakah lorek yang tinggal. -Nyatakan jawapan -Guru mengedarkan jalur kertas yang mengandungi 10 bahagian kepada setiap murid. -Guru memberi soalan penolakan perpuluhan di papan putih. -Guru menyuruh murid menjawab soalan menggunakan kaedah jalur kertas seperti yang telah ditunjukkan. - Bimbing murid sekiranya mereka tidak faham.

Strategi dan Kaedah Mengajar : -Berpusatkan guru -Berpusatkan bahan praktikal Resos : Jalur kertas Nilai murni : Kepimpinan

Perkembangan Konsep (10 minit)

a) 0.9 0.4 = b) 1 0.3 = c) 2.3 1.3 =

Strategi dan Kaedah Mengajar : -Berpusatkan murid -Berpusatkan bahan Nilai : Kerjasama KBKK : Membuat kesimpulan Kecerdasan Pelbagai: Logikal-Matematik

Perkembangan Gunakan ( 10 minit ) algoritma untuk mencari jawapan. a) 5.3 3.2 = Gunakan bentuk lazim sebagai langkah penyelesaian.

-Guru memberi soalan penolakan perpuluhan (satu tempat perpuluhan) -Memberitahu murid untuk menyelesaikan soalan tanpa menggunakan jalur kertas. -Guru membimbing murid mendapatkan jawapan. -Mengulang langkah ini dengan memberi beberapa soalan yang lain yang sesuai.

Strategi dan Kaedah Mengajar : Berpusatkan guru dan murid KBKK : Membuat kesimpulan Kecerdasan pelbagai: Verbal-linguistik Logikal-Matematik Interpersonal

Penilaian ( 15 minit )

Lembaran 1

-Guru mengedarkan lembaran 1. -Murid diminta selesaikan soalan secara individu. -Guru memberi bimbingan kepada murid yang lemah. -Guru berbincang dengan murid jawapan yang diperolehi.

KBKK : Membuat rumusan/kesimpulan\ Kecerdasan pelbagai: -Logikal-matematik -Interpersonal

Penutup ( 5 minit )

Rumusan

-Murid diminta untuk merumuskan langkah-langkah penolakan perpuluhan. -Edarkan lembaran 2 sebagai tugasan di rumah. -Guru memberi galakan dan memberitahu apa yang akan dipelajari pada pelajaran akan datang.

KBKK : Membuat kesimpulan. Kecerdasan pelbagai: -Logikal-matematik -Interpersonal -Verbal-Linguistik

LEMBARAN 1 1. Tolakkan. a) 0.8 0.1 =

b) 8.4 3.5 =

c) 9 0.6 3.7 =

d) 7.9 5.4 1 =

e) 8.2 5 1.1 =

LEMBARAN 2

1. Tolak nombor perpuluhan berikut : a) 0.7 0.4 =

b) 1.4 0.6 =

c) 8 1.6 0.7 =

d) 9.9 6 1.5 =

e) Berapa banyakkah minyak di atas air?

MINYAK 0.6 liter AIR

? liter

0.4 liter

Anda mungkin juga menyukai