Anda di halaman 1dari 2

Refleksi keseluruhan SCE3110 salam satu Malaysia Pertama dan selamanya, saya memanjatkan jutaan rasa syukur saya

ke hadrat Ilahi untuk segala-galanya. Pada semester kali ini, SCE 3110 Bumi dan Angkasa telah menjadi salah satu subjek major. Subjek ini adalah salah satu subjek sains berkatan kajian bentuk muka bumi dan angkasa. Bagi menjalani dan memenuhi pembelajaran subjek ini, kami dikehendaki untuk menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan bertarikh 19 Jun 2012. Sebanyak enam topik utama telah menjadi pilihan bagi menyiapkan tugasan tersebut iaitu, Kitaran Air, Musim, Sistem Suria, Fasa Bulan dan Gerhana, pergerakan matahari dan bumi dan Bintang dan buruj. Setelah membaca soalan dan mendengar taklimat kerja kursus, saya dapat memahami bahawa tiga peringkat pembelajaran ditekankan dalam tugasan ini. Peringkat pertama iaitu A, peringkat pemerolehan ilmu. Dalam tugasan ini, kami telah diminta untuk mengumpul maklumat dari pelbagai sumber iaitu buku, internet, jurnal dan sebangainya mengenai topiK yang telah diberi. Disini, pemerolehan ilmu dipastikan dengan setiap individu dikehendaki untuk menyiapkan peta minda atau nota ringkas dalam powerpoint dari maklumat yang telah dikumpul. Dari itu, tugasan yang diberikan telah memberi cabaran pertama kepada saya dimana saya harus berfikir secara analitik dan saintifik bagi memilih isi-isi penting yang terdapat dalam maklumat-maklumat tersebut. Peta konsep dan peta minda yang dibina hendaklah berdasarkan pemahaman kita sendiri dan diterjemahkan dalam bentuk nota ringkas. Disini, saya telah mengenal pasti kelemahan awal saya dimana saya memerlukan masa yang lama untuk berfikir, dan memulakan tugasan. Saya kekurangan keyakinan diri untuk memulakan tugasan. Saya sepatutnya lebih banyak bertanya kepada penyarah pembimbing agar permulaan saya lebih teratur. Bagi memenuhi kreteria tugasan, kami menguasai peringkat pembelajaran B iaitu penguasaan ilmu. Untuk tugasan ini, kami dikehendaki menjalankan amali penting berkaitan dengan topik seperti yang telah dijelaskan. Saya telah menjalani ketiga-tiga eksperimen tersebut walaupun menghadapi beberapa masalah teknikal seperti cuaca yang tidak menentu ketika membuat eksperimen awan. Penguasaan ilmu dipastikan dengan menyiapkan laporan bertulis bagi setiap eksperimen yang telah dijalankan. Hal ini dapat melatih kemahiran. saya dalam menjalani ekperimen dan membentuk sifat dan peribadi bercirikan pelajar sains. Penguasaan ilmu secara

practikal sudah tentu terjadi. Aktiviti Hands on memang baik untuk pelajar. Deng an aktiviti sebegini, segala teori dapat dijelaskan dan tanpa disedari saya dapat memahami tajuk yang telah dipelajari dengan lebih mendalam. Dari data yan g diperolehi, ianya dianalisa dan ditafsirkan dalam beberapa bentuk tertentu bagi memenuhi kehendak eksperimen dan mudah difahami. Walaupun samua

eksperimen tersebut boleh dikatakan berjaya, namun ia berjalan dengan kurang lancar. Pengajaran yang saya dapat ambil dari kejadian ini ialah, bersiap sedia lebih awal sebelum menjalani eksperimen seperti membaca dan mengulangkaji. Bagi peringkat pembelajaran pemindahan ilmu (C), secara individu telah menjalani satu akitiviti untuk memantapkan lagi ilmu pedagogi bagi mengaklami tahap dan perasan murid terhadap pembelajaran. Aktiviti yang dijalankan ialah membina satu model fasa-fasa bulan. Dalam pembinaan model, saya

membangunkan model fasa bulan berteraskan ICT. Pada Peringkat awal saya mengumpul banyak maklumat dan gambar yang berkaitan dengan fasa bulan. Setelah semua maklumat dikumpulkan barulah saya membuat animasi fasa bulan dalam powerpoint dan juga video klip. Disini saya mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepda Penyarah saya iaitu Cik Naima Binti Abdul Kadir dan En. Abdul Malik atas dorongan beliau dan semua yang terlibat. Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai