Anda di halaman 1dari 6

Kajian Tindakan Matapelajaran Perdagangan 2009

REFLEKSI MASALAH P&P YANG LALU

Permasalahan yang sering timbul apabila mendapat Skrip peperiksaan para pelajar, saya mendapati para pelajar amat lemah dalam menjawab Bahagian B Kertas II Matapelajaran Perdagangan iaitu di bahagian Kajian Kes. Bahagian Kajian Kes merupakan soalan wajib dijawab oleh semua pelajar dan merupakan bahagian yang mempunyai markah yang besar iaitu 25 Markah. Malah ada terdapat pelajar yang tidak menjawab langsung di bahagian ini kerana malas untuk membaca kes yang terlibat serta tidak memahami apa yang diceritakan dalam kajian kes tersebut. Saya mendapati para pelajar ini seakan bosan untuk menghabiskan penceritaan kes tersebut terutamanya bagi para pelajar yang lemah dalam 3M dan dengan jalan yang ringkas mereka tidak menjawab soalan tersebut. Saya mendapati para pelajar ini kurang kefahaman dalam menguasai fakta-fakta serta konsep-konsep penting dalam subjek Perdagangan dan menyebabkan mereka tidak memberikan tumpuan serta bercakap sesama sendiri. Berdasarkan refleksi tentang amalan P&P yang lalu saya mengaitkan kelemahan para pelajar saya mungkin kerana kurangnya dari segi BBM, hubungan guru dengan pelajar serta belajar pelajar saya. Strategi yang harus diberikan penekanan agar pelajar menjawab bahagian ini ialah dengan membuat strategi untuk menjawab soalan bahagian ini seumpama menjawab soalan Bahasa Melayu Pemahaman. Kelemahan yang ketara ialah bahagian Kajian Kes ini mencampur adukkan topik-topik dalam satu soalan menyebabkan hanya sebahagian sahaja yang dijawab oleh para pelajar. Melalui latihan secara intensif serta teknik sumbangsaran dengan guru serta rakan-rakan memberikan semangat yang baru kepada para pelajar terutamanya dalam menghadapi Peperiksaan SPM yang bakal ditempohi.

Armnza/ SMKBD

Kajian Tindakan Matapelajaran Perdagangan 2009

ISU / KEPRIHATINAN YANG DIKAJI

Semasa menjalankan aktiviti latihan di dalam kelas, saya mendapati 40% pelajar tidak dapat menjawab soalan yang telah diberikan. Apabila diajukan soalan kebanyakan pelajar tidak dapat mengingati fakta-fakta yang lepas termasuklah konsep-konsep yang sepatutnya dikuasai oleh para pelajar. Situasi ini juga berlaku kerana para pelajar tidak dapat menguasai istilah-istilah dalam perdagangan contohnya Syer, Maisir, Gharar, Al Maidah, Al Musyarakah dan banyak lagi. Kebanyakan para pelajar juga menyalin semula jawapan yang berada dalam kajian kes serta tidak mengaitkan jawapan dengan kes yang dibincangkan. Contohnya dalam soalan kajian kes mengenai En. Abu yang mempunyai premis perniagaan, dan soalan bertanyakan mengenai En. Abu tetapi para pelajar memberikan jawapan yang umum tanpa mengaitkan dengan En. Abu. Keadaan ini menyebabkan markah akan berkurangan dan

menjejaskan markah keseluruhan Kertas II. Senario ini memberikan dorongan kepada saya khususnya sebagai guru

Perdagangan untuk melaksanakan kajian bagi memudahkan para pelajar saya menguasai dan memahami istilah-istilah dalam Matapelajaran Perdagangan.

Armnza/ SMKBD

Kajian Tindakan Matapelajaran Perdagangan 2009

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini diharapkan agar dapat menghasilkan pelajar/ responden:

Objektif Umum
Meningkatkan prestasi mengingat fakta dengan menguasai istilah-istilah dalam perdagangan serta 100% pelajar menjawab Bahagian Kajian Kes

Objektif Khusus
Pelajar dapat menguasai istilah-istilah dalam perdagangan serta konsep-konsep penting Pelajar tidak lagi beranggapan bahawa Bahagian Kajian Kes ini adalah sukar dan membosankan Peratus para pelajar mendapat A1 dan A2 meningkat dan peratus gagal berkurangan seterusnya mendapat kelulusan 100% Mempunyai teknik yang betul dalam menjawab soalan Bahagian Kajian Kes Mempunyai kesedaran bahawa Bahagian B: Kajian Kes membantu Kertas II Matapelajaran Perdagangan

Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran kajian ini ialah seramai 72 orang yang merangkumi 2 kelas utama tingkatan lima iaitu 5K2 dan 5K4

Armnza/ SMKBD

Kajian Tindakan Matapelajaran Perdagangan 2009

TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Tindakan / Aktiviti yang dicadangkan ialah; saya akan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut bagi membantu murid menguasai kemahiran mengingat fakta serta menjawab Bahagian Kajian Kes: Tinjauan masalah- bertujuan memahami masalah dengan lebih mendalam Melaksanakan latihan secara intensif soalan-soalan kajian kes Menjawab soalan-soalan kajian kes dari soalan-soalan SPM yang lepas Menyenaraikan istilah-istilah yang sukar diingati contohnya seperti Al Maidah, overdraf, gharar, maisir, subrograsi dan sebagainya Penerangan kaedah-kaedah mengingat fakta contohnya dengan menggunakan kata kunci yang sesuai untuk sesuatu fakta. (Kehendak...hendak, Pengeluaran....proses, Pengkhususan...Khusus) Mengadakan ujian Pra Pemahaman Mengadakan sesi sumbangsaran dengan guru serta rakan-rakan dalam latihan menjawab soalan Al- Musyarakah,

Armnza/ SMKBD

Kajian Tindakan Matapelajaran Perdagangan 2009

JADUAL PELAKSANAAN

BILAKTIVITITARIKHCATATAN1.Mengenalpasti

masalahMinggu

(Februari)2.Menulis

proposal kajianMinggu 2 (Februari)3.Merancang TindakanMinggu 3 (Februari)4.Melaksanakan Aktiviti (ii) Dan Ujian MacMinggu 4 (Februari) dan Minggu 1 (Mac) Melakukan latihan sekurang-kurangnya 4 soalan dalam satu minggu 5.Membincangkan Masalah

dalam Aktiviti (ii)Minggu 2 (Mac)Teknik Sumbangsaran dan guru menunjukkan teknik yang betul dalam menjawab Kajian Kes6.Melaksanakan Aktiviti (iii) Minggu 3 (Mac) dan Minggu 4 (Mac) Melakukan latihan sekurang-kurangnya 4 soalan dalam satu minggu 7.Membincangkan Masalah

dalam Aktiviti (iii)Minggu 1 (April)Teknik Sumbangsaran dan guru menunjukkan teknik yang betul dalam menjawab Kajian Kes8.Melaksanakan Aktiviti (iv) April - Mei Menyenaraikan semua istilah-istilah yang sukar untuk difahami 9.Ujian Mengesan Pencapaian

PelajarJun10.Refleksi KajianJulai11.Menulis Laporan KajianSeptember

Armnza/ SMKBD

Kajian Tindakan Matapelajaran Perdagangan 2009

KOS KAJIAN
BILJENIS BAHANJUM. BAHANKOS SEUNIT (RM)JUM.KOS (RM)1.Soalan Intensif (Fotostat) 72 salinan0.1072.002.Kertas A4 untuk nota/ istilah-istilah2
rim13.0026.003.Soalan Peperiksaan SPM yang lepas kajian kes (2004,2005) 72 salinan2.50180.00JUMLAH278.00

Penutup
Kajian tindakan yang akan dijalankan ini diharapkan menjadi satu wadah baru serta menjadi garis panduan untuk menuju Kecemerlangan serta Pemantapan Matapelajaran Perdagangan terutamanya dalam menguasai Bahagian B: Kajian Kes. Semoga ia akan lebih memotivasikan guru serta pelajar dengan mengesan cabaran dalam mencemerlangkan pelajar dengan menjadikan ia sebagai peluang.

Sekian, terima kasih.

Armnza/ SMKBD

Anda mungkin juga menyukai