Pendidikan Moral
Pendahuluan Mata Pelajaran Pendidikan Moral hendaklah ditawarkan sebagai tambahan kepada mata pelajaran atau kursus pengajian lain diajarkan di IPTS. Semua pelajar bukan beragama Islam yang mengikuti pengajian di IPTS wajib mengambil mata pelajaran ini. Kelulusan dalam mata pelajaran ini menjadi prasyarat untuk penganugerahan sijil, diploma dan ijazah di IPTS bagi warganegara Malaysia. Objektif Mata pelajaran Pendidikan Moral bertujuan untuk membentuk individu menyeluruh dan seimbang, matang dan bermaklumat, yang berupaya menaakul, berperasaan dan bertingkahlaku moral ke arah pembangunan masyarakat beretika yang adil dan berkepedulian. Hasil Pembelajaran Setelah mengikuti mata pelajaran ini, pelajar dapat:
Mendefinisikan moral dan etika. Menyatakan kepentingan pendidikan moral. Menerangkan konsep-konsep asas etika. Menerangkan jenis-jenis nilai moral. Menghuraikan gagasan tentang agen moral. Menjelaskan beberapa teori etika dan kritikannya. Mengenal pasti asas moral menurut perspektif agama. Membincangkan masalah dan isu moral.
Definisi Moral
Maksud Etika Asal dari perkataan Yunani iaitu ethos bermaksud hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti. Maksud Moral Asal dari Bahasa Latin iaitu mores yang ditakrifkan sebagai kesusilaan, adab, sopan santun dan tradisi. Berdasarkan definisi ethos dan mores, tidak hairanlah jika bagi sesetengah orang kemoralan atau etika merupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat. Contoh; peraturan masyarakat berkaitan konsep atau nilai berdikari, hormat-menghormati, kasih sayang, kebersihan, saling membantu, kerjasama, kesyukuran dan semangat bermasyarakat. Pendapat Pakar Hobbes; Kemoralan sosial biasanya mendapat sokongan kuat daripada ahli-ahli sosial sosiolagi moral dan menjadi tanggungjawab setiap orang mematuhi pemerintah sebagai autoriti moral. Weber; norma, nilai dan peraturan masyarakat yang boleh membentuk perlakuan dan seseorang lahir daripada kepatuhan orang itu kepada autoriti yang sah. Durkheim; Etika terdiri daripada suatu sistem peraturan yang telah ditentukan terlebih dahulu tentang bagaimana seseorang itu mesti bertindak dalam situasi tertentu. Bertingkah laku dengan betul merupakan pematuhan peraturan itu secara sungguh-sungguh, berhemat dan teliti. Kepentingan Pendidikan Moral 1. Pembentukan individu menyeluruh dan seimbang. 2. Matang dan bermaklumat yang berupaya menaakul. 3. Berperasaan dan bertingkah laku moral ke arah pembangunan masyarakat beretika yang adil dan berkepedulian.
Nilai juga merupakan satu kepercayaan yang preskriptif sama ada diharapkan atau tidak diharapkan. Contohnya, nilai rajin ialah sesuatu yang diharapkan dan positif berbanding dengan nilai malas yang tidak diharapkan serta negatif. Ada kemungkinan seseorang itu lebih mengutamakan sesuatu berbanding dengan nilai lain. Nilainya itu pula mungkin berlainan daripada nilai orang lain. Fungsi Nilai Nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral. Nilai bukan sahaja memberi suatu tunjuk arah kepada seseorang tentang bagaimana dia patut berkelakuan terhadap orang lain, malah bagaimana untuk menilai tingkah laku sendiri serta orang lain. Nilai juga berfungsi sebagai satu panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan. Walaupun dalam situasi beberapa nilai mungkin berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya menyelesaikan konflik yang dihadapi. Selain itu, nilai bukan hanya merangsang malah mengehadkan perlakuan seseorang.