Anda di halaman 1dari 32

Soalan 8 Hurai dan bincangkan dengan terperinci mengenai kanak-kanak Pintar Cerdas dan Berbakat.

Perbincangan harus kritikal dan disokong oleh pembacaan.

Istilah dan Definisi Kanak-kanak Pintar Cerdas dan Berbakat Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakannya mempunyai potensi yang tinggi dalam perkembangan dan pertumbuhan jika dibandingkan dengan seseorang yang normal.Pintar cerdas sering kali dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130 dan ke atas. Menurut United States Office of Education, pintar cerdas menekankan dua perkara iaitu : :1) Kebolehan pencapaian kanak-kanak pintar cerdas yang tinggi. 2) Mereka memerlukan program pendidikan khas untuk mengembangkan potensi yang ada pada mereka. Kamus Dewan edisi keempat telah mengistilahkan pintar sebagai cekap, pandai, banyak akal, cerdik, licin serta mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan.Cerdas pula membawa maksud sempurna akal, cerdik, pandai serta pintar. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, berbakat bermaksud mempunyai kebolehan semula jadi.Ini bermaksud kanak-kanak yang mempunyai bakat merupakan seseorang yang mempunyai kebolehan yang ada secara semula jadi. Maryland telah mendefinisikan pelajar kreatif dan berbakat sebagai pelajar pertengahan atau pelajar sekolah menengah yang telah dikenal pasti secara sah mempunyai bakat dalam bidang seperti kebolehan intelektual umum, bakat spesifik dalam akademik ataupun kreatif.seni visual dan seni tari (Bob algonzine dan Jim Ysseldyke, 2006). Dalam Kamus Dewan edisi keempat, kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru

atau idea asli.Ini bermakna kanak-kanak yang kreatif mampu menjana sesuatu idea yang baru berdasarkan kepada aplikasi ilmu yang mereka pelajari. Sternberg dan Kaufman mendefinisikan pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang lebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yang menjurus kepada sesuatu maklumat.Individu yang pintar cerdas boleh mengenal pasti kelemahan dan kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai menggunakan kelebihan mereka serta meminimumkan kelemahan mereka. Menurut Susan K.Golant di dalam bukunya The Joys and Challenges Of Raising a Gifted Childs berpendapat, kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya. Umum pula mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu.Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya. Stanfort Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai The Stanford Binet Test telah me mberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kerpada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Lewis Terman (1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan berfikir secara abstrak.

Kaedah Mengenal Pasti Murid Pintar Cerdas

1) Ujian Kecerdasan Individu Ujian ini biasanya tertumpu pada penilaian kebolehan yang berkaitan dengan diskriminasi, generalisasi, tingkah laku motor, maklumat umum, perbendaharaan kata, induksi, kefahaman, pengenalan perincian, analogi, taakulan abstrak, ingatan dan pelengkap corak.Ujian ini gagal untuk menilai kreativiti, kepimpinan, bakat seni dan juga kebolehan akademik.

2) Ujian Pencapaian Individu Ujian pencapaian individu dibentuk untuk menilai sejauh mana seseorang murid itu telah mendapat manfaat daripada pendidikan formal berbanding muridmurid lain dalam lingkungan umur atau dalam kelas yang sama. Ujian Pencapaian Peabody bertujuan untuk menilai pencapaian murid dalam lima bidang akademik, iaitu matematik, pengenalan bacaan, kefahaman bacaan, ejaan dan maklumat umum.Manakala, Ujian Beza Antara Luas pula menilai murid dalam tiga bidang akademik iaitu bacaan, arimetik dan ejaan.

3) Pemeringkatan guru Pemeringkatan yang dibuat melalui senarai semak tingkah laku atau soal selidik yang menjadi sumber penilaian penting dalam mengenal pasti murid pintar cerdas.

4) Pemeringkatan ibu bapa Menggunakan senarai semak tingkah laku atau soal selidik kerana ibu bapa mempunyai pengetahuan yang baik tentang perkembangan, minat, tabiat, keperluan dan kebolehan anak-anak mereka.

5) Penilaian formal Membabitkan ujian kecerdasan, pencapaian, kreativiti, pemikiran kritis atau ujian kebolehan khusus.Ujian kecerdasan direka untuk menilai potensi murid-murid supaya mereka mendapat manfaat daripada pendidikan formal. Ujian pencapaian individu digunakan untuk mengukur perkembangan kemahiran murid-murid dalam bidang akademik yang tertentu.Untuk mengukur tahap kreativiti pula, antara popular yang digunakan ialah Ujian Torrance, Ujian Struktur Guilford dan Ujian Wallach dan Kogan.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pintar Cerdas

1) Genetik dan persekitaran Daripada kajian yang dibuat, ramai pakar bersetuju bahawa asas potensi mental seseorang sedikit sebanyak sememangnya diwarisi daripada ibu seseorang itu.Namun, potensi tersebut perlu diperkembangkan bapa

dengan

menggunakan pelbagai kaedah ransangan dan pengalaman pembelajaran.Oleh sebab itu, kajian jangka panjang haruslah dijalankan untuk membuktikan kesahihannya dalam menentukan kecerdasan seseorang individu.

2) Pemakanan Menurut Milgram (2002),sebenarnya untuk memperoleh anak yang pintar cerdas, faktor pemakanan perlu ditekankan semenjak anak itu berada di dalam kandungan lagi.Ibu yang mengandung seharusnya menjaga pemakanan semasa mengandung kerana makanan yang dimakan oleh ibu akan mempengaruhi anak di dalam kandungan terutama sewaktu janin itu berada pada peringkat 3 bulan yang pertama. Pemakanan yang tidak menurut aturan kesihatan ibu mengandung, seperti pengambilan pil atau ubat-ubatan yang tidak menentu dan tidak dirujuk kepada doctor perubatan terlebih dahulu berkemungkinan besar akan

menjejaskan pembentukan janin yang sempurna, cerdas dan pintar.

Aspek Kecerdasan Howard Gardner pula mendefinisikan kecerdasan sebagai satu cara memproses maklumat dan juga cara berfikir.Beliau juga berpendapat bahawa kecerdasan merupakan hasil atau produk daripada interaksi antara genetik dan persekitaran yang perlu berada bersama bagi memberi hasil sebenar kepada kecerdasan. Beliau menakrif seseorang itu sebagai seorang yang pintar cerdas apabila mematuhi lapan kriteria khusus berikut : 1. Potensi pengasingan oleh kerosakan otak. 2. Kewujudan golongan individu luar biasa.

3. Operasi teras yang boleh dikenal pasti. 4.Sejarah perkembangan yang khusus bersama dengan prestasi yang menggalakkan. 5. Sejarah evolusi dan evolusi yang boleh diterima akal. 6. Disokong dari kajian psikologi. 7. Disokong oleh penemuan psikometrik. 8. Kerentanan untuk mengekod sistem symbol.

Beliau turut berpendapat bahawa kecerdasan seseorang itu tidak sama seperti cara berfikir yang cenderung untuk kekal konsisten dan tidak berkaitan dengan jenis maklumat yang akan diproses.( Sousa D.A.,2003). Jika mengikut pandangan kajian Jane Piirto (1999), ramai orang yang telah ditanya sebagai responden setuju bahawa terdapat tiga aspek berkaitan pintar cerdas.Aspek yang pertama ialah kebolehan menyelesaikan masalah yang praktikal yang mana mereka akan melihat masalah itu dari pelbagai sudut, memberi sebab-sebab yang logik dan dengan fikiran yang terbuka. Aspek yang kedua pula ialah kebolehan lisan (boleh menangani sesuatu topik perbualan dengan baik, membaca dengan kerap dan baik).Pintar cerdas juga boleh dilihat dari aspek sosial (memahami konsep sosial, mengakui kesalahan yang telah dilakukan dan mempunyai minat yang umum kepada dunia). Walau bagaimanapun, di dalam penulisan Margaret Sutherland (2008) ada mengulas bahawa pelabelan seseorang kanak-kanak sebagai pintar cerdas sememangnya sesuatu yang baik.Walaupun begitu, menjadi kanak-kanak yang pintar cerdas yang memiliki kecerdasan bermaksud kanak-kanak itu perlu mahir dalam sesuatu perkara yang juga membawa maksud mereka itu sentiasa berkebolehan melakukan semua perkara yang dilakukannya. Menurut Moira Thomson (2006) pula, di New Zealand mendefinisikan pintar cerdas dalam terma bersifat pembelajaran yang menunjukkan kebolehan yang luar biasa dalam mencapai pretasi yang menyerlah.Tiada definisi yang spesifik dan khusus yang dapat dinyatakan terhadap kecerdasan tetapi banyak buku panduan telah diterbitkan dan kebanyakan sekolah membina definisi

mereka sendiri berdasarkan kepada prinsip yang dinyatakan di kebanyakan buku yang diterbitkan. Kebanyakan guru juga bersetuju bahawa kanak-kanak yang pintar cerdas adalah individu yang memerlukan perancangan aktiviti yang memerlukan tahap penguasaan pembelajaran yang tinggi dan diberi peluang yang luas dalam kokurikulum bagi mengembangkan lagi kebolehan mereka. Selain itu, terdapat juga definisi berdasarkan sekolah berkaitan dengan pintar cerdas.Menurut Jane Piirto (1999), terdapat dua definisi pintar cerdas berdasarkan sekolah iaitu definisi kecerdasan berdasarkan sekolah yang lama dan juga definisi kecerdasan berdasarkan sekolah yang baru. Di Amerika Syarikat, menggunakan definisi Marland bagi mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas berdasarkan sekolah yang lama yang menyatakan bahawa kecerdasan seseorang yang pintar cerdas terbahagi kepada enam jenis kecerdasan iaitu: 1. intelektual 2. akademik spesifik 3. kreatif 4. seni pertari dan visual 5. kepimpinan 6. psikomotor Dalam definisi Marland, Public Law 91-230 telah mendefinisikan seorang yang pintar cerdas dan berbakat adalah golongan yang dikenali sebagai seorang yang layak secara profesional yang secara kebajikannya mempunyai kebolehan yang terserlah. Golongan seperti ini memerlukan program pembelajaran yang berbeza dengan atau perkhidmatan yang bertahap lebih tinggi berbanding dengan program-program yang dianjurkan oleh sekolah untuk kanak-kanak normal yang biasa. Program yang khusus adalah perlu bagi menyedari sumbangan mereka terhadap diri sendiri dan negara.Kanak-kanak yang mempunyai pencapaian yang cemerlang termaksud individu yang berpotensi serta berkebolehan dalam mana-mana enam bidang kecerdasan yang dinyatakan.

Bagi

definisi

kecerdasan

berdasarkan

sekolah

yang

baru

pula

mencadangkan kecerdasan seorang kanak-kanak pintar cerdas berlaku dalam kalangan seluruh masyarakat dalam pelbagai budaya dan tidak semestinya berpandukan keputusan peperiksaan semata-mata, tetapi secara dilihat dalam kebolehan individu tersebut yang tinggi dalam intelektual, kreatif dan artistik alam. Kecerdasan seseorang yang pintar cerdas juga diberi maksud tambahan iaitu lebih kepada satu kebolehan yang matang jika dibandingkan dengan kebolehan perkembangan (Jane Piirto,1999). Definisi berdasarkan sekolah mengikut kepada Moira Thomson (2006) menyatakan bahawa pembelajaran seorang yang pintar cerdas dalam sekolah seharusnya dalam keadaan yang sistematik untuk membentuk satu corak intervensi untuk membantu perkembangan proses bakat individu

tersebut.Intervensi seperti ini tidak hanya bergantung pada arahan guru sahaja untuk mana-mana definisi yang tertentu terhadap pintar cerdas tetapi memberi langkah berjaga-jaga yang mana sesetengah individu itu adalah sememangnya pintar cerdas dan di situlah guru memainkan peranan untuk membantu perkembangan mereka. Sekolah seharusnya membina definisi kecerdasan yang membenarkan pengenalpastian kedua-dua potensi dan prestasi dapat mengenal pasti bahawa individu tersebut berkemungkinan pintar cerdas dalam satu atau lebih kecerdasan, memberi makna pendekatan kepada kecerdasan pelbagai yang merangkumi kadar kebolehan yang luar biasa, mengakui bahawa pintar cerdas dan berbakat menunjukkan pengecualian dalam hubungan dengan rakan sebaya yang berlatar belakang sama dan menyediakan peluang pembelajaran yang berbeza untuk individu pintar cerdas, berbakat dan kreatif termasuklah untuk sokongan sosial dan emosional.

Ciri-ciri pintar cerdas, kreatif dan berbakat Walaupun seseorang kanak-kanak itu dikenali sebagai pintar cerdas, kreatif dan berbakat, tetapi mereka tidaklah sentiasa berjaya dalam segala yang mereka lakukan.Kecerdasan serta bakat yang mereka miliki adalah terhad kepada beberapa bidang yang khusus sahaja. Kanak-kanak yang dilabelkan sebagai seorang yang pintar cerdas, kreatif dan berbakat mempunyai ciri-ciri tertentu.Ciri-ciri mereka sebagai golongan pintar cerdas jelas dapat dilihat dari aspek kognitif, akademik, fizikal, tingkah laku , komunikasi, personality, kreativiti dan gaya belajar. Aspek Ciri-ciri

Kognitif

1.Ingatan yang kuat 2.Tahap pemikiran tinggi 3.Berminat kepada sesuatu yang kompleks dan mencabar minda. 4.Memproses maklumat dengan cepat. 5.Bijak dalam pelajaran serta mudah menerima ilmu yang diajar oleh guru dengan mudah. 6.Peka dan menunjukkan reaksi segera kepada sesuatu tugasan dan berupaya menyelesaikan masalah.

Akademik

1.Berpretasi tinggi dalam pencapaian. 2.Memahami dan mempelajari sesuatu yang kompleks dengan mudah. 3.Berkebolehan dalam penyelesaian masalah. 4.Berkebolehan dalam menguasai banyak isi kandungan pelajaran.

Fizikal

1.Kebolehan fizikal dan mental yang berbeza. 1.Melebihi purata dari aspek ketinggian, berat badan, kekuatan dan kesihatan.

Tingkah laku

1.Bersifat gigih serta berorientasikan matlamat. 2.Pengamatan yang luar biasa. 3.Rasa humor yang tinggi. 4.Sensitiviti yang tinggi daripada orang biasa.

Komunikasi

1.Perbendaharaan kata yang betul digunakan semasa bertutur. 2.Penguasaan bahasa yang tinggi.

Personaliti

1.Seorang yang peramah dan suka bertanya kepada guru mengenai sesuatu perkara yang tidak difahami.

Kreativiti

1.Kreatif terutamanya dalam menguasai kemahiran.Mereka dapat menggunakan barang ataupun peralatan yang biasa secara kreatif.

Gaya Belajar

1.Suka

belajar

dengan

sistematik,

member

tumpuan

sepenuhnya semasa guru mengajar di dalam bilik darjah serta rajin membuat latihan yang diberikan oleh guru. 2.Belajar dengan mudah, cepat dan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi.

Emosi

1.Penyesuaian sosial dan kawalan emosi yang baik. 2.mampu bersosial dengan cepat.

Bahasa

1.Mempunyai perbendaharaan kata yang banyak, tepat dan mengekal/ mengingat apa yang dibaca dan didengar mudah.

Ciri kanak-kanak pintar cerdas yang disenaraikan dibahagikan kepada tujuh domain adalah hasil dari ciri yang yang disarankan oleh pelbagai pandangan ahli psikologi seperti Gardner, Renzuli, Clark (Gargiulo 2006) dan

Sousa (2003).Haruslah diingat bahawa tidak semua ciri tersebut perlu ada dalam diri seseorang kanak-kanak yang dikatakan pintar cerdas.Ciri ini dibahagikan kepada domain-domain : a. b. c. d. e. kebolehan intelek yang umum kebolehan intelek khusus pemikiran kreatif kepimpinan kebolehan psikomotor

f. kesenian visual/persembahan g. sosial emosi

a)

Kebolehan Intelek yang Umum

Kanak-kanak dikatakan pintar cerdas, sekiranya mempamerkan cirri kebolehan intelek umum yang lebih tinggi atau luar biasa jika dibandingkan dengan rakan sebayanya.Kanak-kanak ini didapati : 1. Sangat suka membaca bahan bacaan yang lebih tinggi dari tahap usianya. 2. Mempunyai minat yang mendalam dalam sains dan kesusasteraan. 3. Mempunyai emosi yang stabil serta peramah dan mesra. 4. Seorang usahawan yang bersedia untuk melakukan aktiviti atau projek yang menghasilkan wang. 5. Mempunyai disiplin kendiri yang tinggi sehinggalah hanya sedikit sahaja kawalan dari luar yang diperlukan. 6. Seorang yang bijak kerana menyelesaikan masalah dengan pelbagai kaedah dan menjawab soalan dengan cepat dan tangkas. 7. Sangat kreatif dalam menghasilkan idea baru, melihat hubung kait dan menjana inovasi. 8. Mempamerkan perasaan ingin tahu yang tinggi serta bijak meneka tentang sesuatu objek, situasi dan peristiwa. 9. Berkebolehan untuk melihat dan mengkagumi sesuatu perkara dengan lebih mendalam. 10. Mendedahkan keaslian ekspresi secara lisan dan bertulis.

11. Mempamerkan kesediaan untuk menerima sesuatu yang kompleks. 12. Tidak hanya sekadar menghafal tetapi berkebolehan menggunakan pengetahuan dan maklumat yang diingati dalam satu situasi yang bersesuaian. 13. Menunjukkan daya pertimbangan yang tinggi dalam menilai sesuatu perkara. 14. Belajar dengan pantas, senang serta lancar dan sering mendapat gred yang bak dalam kebanyakan mata pelajaran. 15. Menggunakan banyak logik minda ( common sense). 16. Menggunakan bilangan perkataan yang banyak dengan mudah dan tepat ketika berbicara atau menulis. 17. Bertanya banyak soalan yang provokatif 18. Berkebolehan memahami perkara abstrak, mengaplikasi konsep dan mensintesisnya. 19. Mempunyai minat yang tinggi terhadap hubungan kesan-akibat, struktur, susunan dan konsistensi dalam sesuatu perkara. 20. Mempunyai kebolehan menumpukan perhatian dan tumpuan yang mendalam sehingga mengabaikan yang lain di sekelilingnya. 21. Seorang yang tabah dan tidak mengalah serta sangat berdikari. 22. Mempunyai tahap tenaga yang tinggi.

b)

Kebolehan Intelek yang Khusus

Selain dari kebolehan intelek umum, ada juga kanak-kanak yang menunjukkan kebolehan intelek yang khusus terhadap sesuatu bidang.Kanak-kanak yang dikatakan mempunyai kebolehan intelek yang khusus ini didapati:

1. Menunjukkan ciri yang hamper sama dengan ciri keupayaan intelektual umum tetapi menumpu kepada satu atau beberapa bidang sahaja. 2. Memberikan tumpuan yang mendalam terhadap bidang yang sangat diminatinya. 3. Belajar dengan pantas, mudah dan tanpa memerlukan pengulangan dalam satu atau beberapa bidang.( tidak semua bidang )

4. Sangat suka belajar mata pelajaran tertentu sahaja berbanding mata pelajaran yang lain. 5. Menghabiskan tugasan projek yang diminatinya dalam tempoh masa yang lama tanpa dipaksa. 6. Berkebolehan menunjukkan perpektif yang luas dalam satu atau lebih bidang 7. Berkebolehan menilai kebolehan diri sendiri dalam bidang yang diminatinya. 8. Hanya akan meminta bantuan dari orang lain yang lebih tua umurnya atau rakan sebaya yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang yang diminatinya. 9. Mempunyai kemahiran verbal yang sangat lancar serta memiliki dan sering menggunakan perbendaharaan kata yang tinggi termasuk perkataan wang unik dan baru jika dibandingkan dengan umur atau tahap akademik di sekolah. 10. Memiliki kemahiran berfikir yang tinggi serta berkemampuan

menyelesaikan masalah yang sukar ditafsirkan. 11. Berkebolehan untuk membentuk teori baru terhadap sesuatu perkara. 12. Mudah mengenali hubung kait antara perkara-perkara yang dilihatnya. 13. Mempunyai keinginan yang amat tinggi untuk tahu dalam semua perkara seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara. 14. Menunjukkan minat mendalam sehingga menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam satu jangka masa yang lama. 15. Mempunyai daya ingatanyang tinggi dan pantas serta mampu mengingati semula pelbagai perkara dengan cepat.

c)

Pemikiran Kreatif

Satu lagi domain yang dapat membantu dan mengenali kanak-kanak pintar cerdas ini adalah pemikiran kreatif.Kanak-kanak yang dikatakan mempunyai pemikiran kreatif adalah kanak-kanak yang didapati mempamerkan ciri seperti berikut:

1. Sangat lancar dan yakin ketika menyatakan serta menjelaskan idea yang telah difikirkannya. 2. Berkebolehan membuat hubung-kait antara dua idea terpencil yang jarang difikirkan oleh orang lain. 3. Mempunyai pola pemikiran yang luas dan bersedia untuk meneka serta membuat hipotesis. 4. Berkebolehan meneka kewujudan sesuatu masalah dalam situasi tertentu dan bertindak secara spontan dan mengikut gerak hati dalam menyelesaikannya. 5. Dapat menerima wujudnya ketaksamaan dan ketidakpastian dalam sesuatu perkara serta sedar terhadap ketidak konsisten dan ketidaksambungan. 6. Berkebolehan menimbang atau mendefinisikan sesuatu masalah atau tugasan dengan baik. 7. Menunjukkan tumpuan yang mendalam ketika melakukan sesuatu tugasan yang diberikan kepadanya. 8. Dapat mengekalkan idea sendiri dalam sebarang perbincangan atau kolaborasi dengan orang lain. 9. Berkebolehan memberikan pelbagai penyelesaian atau respons terhadap sesuatu masalah. 10. Tidak berubah akal fikiran apabila mengekpreskan diri dan ada kalanya bersifat radikal. 11. Seorang yang periang dan berminat kepada cerita fantasi dan imaginasi. 12. Selalu cuba untuk mengadaptasi atau memperbaiki sesuatu perkara. 13. Tidak kisah menjadi seorang yang berbeza dari orang lain disebabkan oleh kepintaran serta kreativitinya. 14. Sering membuat penilaiannya sendiri sebelum menerima sesuatu perkara yang dimaklumkan kepadanya. 15. Sering bertanya soalan provokatif, mencabar ibu bapa, guru, peraturan bertulis dan pihak berkuasa yang lain. 16. Bosan dengan penghafalan dan pembacaan lisan. semula elemen

17. Mempamerkan tingkah laku yang bertenaga dan ada kalanya menggangu perjalanan pembelajaran dalam kelas. 18. Menghasilkan respons yang tidak dijangka dan ada kalanya tidak munasabah pada pandangan orang lain. 19. Berkebolehan menunjukkan tahap yang mengkagumkan dalam keasliannya, tumpuan dan ketekunan menghasilkan sesuatu tugasan atau projek yang melibatkan minat dan imaginasi. 20. Sering tercabar dengan idea-idea baru dan banyak bertanya soalan yang berbentuk bagaimana kalau.. 21. Sangat sensitif terhadap ciri-ciri estetik dan menghargai objek di sekelilingnya dengan mendalam. 22. Menyukai eksperimen, mencipta kaedah baru dalam penyelesaian sesuatu tugasan dan ada kalanya suka berangan, bekerja sambil lewa atau lupa perkara yang lain. 23. Mempamerkan sifat suka berjenaka, melihat sesuatu yang lucu dalam situasi yang kompleks, seorang yang kelakar dalam kelas, membuat jenaka pada situasi yang kurang sesuai. 24. Pandai berjenaka serta mampu mencipta suatu situasi jenaka yang ada kalanya tidak difahami langsung oleh rakan-rakan sebanya.

d)

Kepimpinan

Memiliki cirri kepimpinan turut dilihat sebagai salah satu domain yang boleh mengenal pasti seseorang kanak-kanak pintar cerdas.Seorang kanak-kanak dikatakan pintar cerdas dalam domain kepimpinan sekiranya menonjolkan ciri kepimpinan berikut: 1. Berkebolehan merangsang dan membangkitkan semangat orang lain dalam sesuatu perkara. 2. Berkebolehan mengenal pasti kemahiran dan kebolehan yang dimiliki oleh orang lain. 3. Mudah berinteraksi dengan orang lain dan menunjukkan kemahiran sosial yang tinggi.

4. Berkebolehan

mengenal

pasti

matlamat

sesautu

perkara

dan

menyatakannya dengan jelas. 5. Berkebolehan menerangkan idea dengan jelas kepada pendengarnya. 6. Sangat empati terhadap perasaan orang lain seperti berkebolehan mendengar serta merasai apa yang dirasai oleh seseorang yang menghadapi masalah. 7. Berkebolehan memberi arahan dengan jelas dan berkesan terhadap orang lain. 8. Mengamalkan kepimpinan yang telus dan bertanggungjawab serta boleh mengkordinasi tugasan dari beberapa orang individu. 9. Berkebolehan menjana perasaan positif (mood) sesuatu kumpulan dan sangat memahami perasaan orang lain. 10. Dilihat sebagai orang yang boleh membuat keputusan serta

menyokong ahli kumpulan bila perlu sahaja. 11. Selalu diminta untuk member penerangan dan cadangan. 12. Seseorang yang berani untuk melakukan sesuatu yang baru. 13. Ada kecenderungan untuk mengawal rakan sebaya dalam sesuatu situasi.

e)

Kebolehan Psikomotor

Dalam domain psikomotor pula, kanak-kanak yang mempunyai tahap yang mengkagumkan dalam aktiviti fizikal adalah kanak-kanak yang : 1. Mampu mengikut rentak dan irama dengan mudah seperti menari. 2. Sangat suka bersukan terutama sukan yang lasak. 3. Sukakan permainan yang fizikal atau tarian yang lasak. 4. Mempunyai bentuk tubuh yang sesuai dengan aktiviti fizikal sama ada kesukanan atau tarian. 5. Sangat berkeyakinan, seimbang dan kordinasi dalam aktiviti

kesukanan fizikal. 6. Sangat bijak mencipta atau mengubah sesuatu permainan atau tarian yang disertainya. 7. Sangat bertenaga apabila melakukan sesuatu aktiviti kesukanan.

8. Mampu memahami aspek intelek dalam aktiviti psikomotor yang dilakukannya. 9. Menunjukkan ketahanan, stamina dan ketekunan yang tinggi dalam aktiviti fizikal. 10. Mempamerkan kemahiran atau kebolehan yang luar biasa dalam aktiviti fizikal berbanding rakan sebanya.

f)

Kesenian Visual dan Persembahan

Dalam domain kesenian visual dan persembahan, kanak-kanak akan dilihat dari tiga sub domain iaitu muzik, drama dan seni lukisan.

Sub Domain Muzik Kanak-kanak yang amat berbakat dalam bidang muzik adalah yang : 1. Mempunyai kebolehan menghayati kordinasi irama, nada dan melodi. 2. Sangat bagus dalam memahami kordinasi irama, nada dan melodi. 3. Berkebolehan membezakan muzik dengan bunyi yang lain. 4. Memahami hubung-kait yang berkaitan dengan muzik. 5. Seronok melakukan aktiviti yang berkaitan dengan muzik serta menghayati muzik sepenuh hatinya. 6. Menunjukkan ingatan kuat terhadap nada bunyi. 7. Bersedia memberikan respons terhadap irama, melodi dan harmoni sesuatu bunyian yang didengarinya. 8. Menggunakan pengalaman. 9. Mencipta nada bunyian yang asli. 10. Menggemari tarian dan aktiviti drama muzikal. muzik untuk mengekspresikan perasaan atau

Sub Domain Drama Sementara itu, kanak-kanak yang dikatakan berbakat dalam bidang drama adalah kanak-kanak yang : 1. Menunjukkan minat yang mendalam dan sangat seronok melakukan aktiviti lakonan.

2. Berupaya menukar peranan dari satu watak ke satu watak yang lain sama ada sebagai manusia, binatang mahupun objek yang berbeza. 3. Menggunakan nada suaranya dengan baik untuk menggambarkan perubahan mood dalam lakonan. 4. Menunjukkan kefahaman yang tinggi terhadap sesuatu konflik bila melakonkan sesuatu adegan. 5. Berkomunikasi dengan perasaan melalui wajah dan pergerakan tubuh badan. 6. Sangat seronok dengan respons yang memberangsangkan yang diberikan oleh penonton. 7. Mempamerkan kebolehan melakonkan sesuatu perasaan dan peranan yang diberikan dengan mudah. 8. Mampu membawa pendengar ke klimak dengan penceritaan sesuatu cerita secara lisan sahaja. 9. Mempunyai imaginasi yang tinggi dalam membayangkan sesuatu sama ada baik atau buruk. 10. Boleh mencipta cerita yang bagus dalam menyatakan perasaan dan pengalaman yang dialaminya.

Sub Domain Seni Lukisan Satu lagi bidang dalam kesenian visual ialah seni lukisan.Kanak-kanak yang berbakat dalam bidang ini ialah kanak-kanak yang : 1. Berkebolehan melukis pelbagai objek dengan mudah. 2. Memberikan tumpuan yang mendalam ketika menghasilkan sesuatu karya lukisannya. 3. Mempunyai perancangan teliti dan baik dalam pembahagian ruang ketika menghasilkan sesuatu lukisan. 4. Sangat serius dan seronok dalam melakukan seni lukisan. 5. Menunjukkan keaslian dalam usaha menghasilkan sesuatu hasil karya lukisan. 6. Bersedia untuk mencuba bahan-bahan baru dan juga pengalaman dalam menghasilkan sesuatu karya.

7. Menggunakan sepenuh masa lapangnya untuk melukis. 8. Menggunakan pengalamannya. 9. Berminat terhadap hasil karya lukisan orang lain termasuklah menghargai serta mengkritiknya. 10. Suka menghasilkan karya yang berbentuk tiga dimensi seperti menggunakan tanah liat, platersin dan mengukir sabun. lukisan untuk mengekpresikan perasaan dan

g)

Sosial-emosi

Sosial-emosi adalah salah satu domain yang penting dalam melihat ciri kanakkanak pintar cerdas dan berbakat ini.Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan dalam sosial emosi adalah kanak-kanak yang didapati : 1. Sangat menitik beratkan hal-hal keadilan serta mempunyai perasaan yang mendalam terhadap keadilan dan ada kalanya mungkin akan menentang dengan tegas sesuatu yang dirasanya tidak adil. 2. Berkeyakinan yang tinggi, percaya dirinya dihargai kerana

kebolehannya bukan kerana siapa dia. 3. Lebih gemar berkawan dengan individu yang lebih tua dari usianya. 4. Berkecenderungan menjadi seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan. 5. Sentiasa mengkritik diri sendiri dan orang lain sehinggakan mungkin melakukan tugasan dengan terlalu berhati-hati sehingga lewat menyempurnakannya atau menangguhkan kerja. 6. Persahabatannya berasaskan minat yang sama dikongsinya tetapi bukan kerana umur yang sebaya dengannya. 7. Mudah menyesuaikan diri dengan situasi yang baru dihadapinya. 8. Mempunyai keperihatinan yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang menarik minatnya. 9. Jujur, peramah dan suka membantu. 10. Sangat sensitif dari segi emosi dan tingkah laku. 11. Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan dan mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil.

12. Mudah mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu yang menyentuh hatinya. 13. Sangat simpati dan menyayangi haiwan serta sanggup untuk berhenti makan daging. 14. Sangat teliti dalam hal yang berkaitan dengan peraturan bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain. 15. Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna. 16. Gemar bertanya soalan secara kritikal terhadap perkara yang serius seperti masalah-masalah berkaitan populasi dunia dan isu-isu alam sekitar.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-kanak Pintar Cerdas dan Berbakat Dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat, guru perlu memainkan peranan penting dalam menentukan kaedah dan strategi pengajaran yang efektif untuk memaksimakan pencapaian kanakkanak mereka. Terdapat pelbagai kaedah yang dapat digunakan antaranya kaedah pecutan, penggayaan, pengelompokan dan pembelajaran koperatif.

1) Kaedah Pecutan Kaedah pecutan juga boleh dikenali sebagai acceleration atau

memendekkan masa belajar.Kaedah ini merupakan suatu kaedah di mana kanak-kanak diberi bahan dan tugasan yang kebiasaannya disediakan kepada kanak-kanak gred yang lebih tinggi.Kaedah pecutan ini melibatkan penggunaan kurikulum sekolah yang sedia ada walaupun terdapat penggunaan bahan tambahan dalam pembelajaran.Program pecutan lebih berkesan sekiranya sekolah mempunyai kurikulum yang ditetapkan dan penglibatan sekolah berterusan.

2) Kaedah Pengayaan Kementerian Pendidikan Malaysia (1998)mendefinisikan program

pengayaan sebagai aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Kaedah ini juga merupakan satu kaedah yang baik bagi memenuhi keperluan murid pintar cerdas ini dan didasarkan mengikut kemampuan dan kekuatan mental seseorang pelajar itu.Ia memberi peluang murid mendalami dan meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam sesuatu tajuk yang diberi. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak pintar cerdas mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan lagi minat, sifat ingin tahu dan kebolehan yang ada pada diri mereka.Kaedah ini juga dapat mengelakkan kanak-kanak pintar cerdas dari kebosanan.Penguasaan ilmu yang lebih luas juga turut berlaku kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan. Tujuan kaedah pengayaan adalah untuk membolehkan kanak-kanak menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan serta menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka kea arah perkembangan diri dan bakat mereka.Aktiviti ini juga dapat menambahkan minat mereka untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti.

3) Kaedah Pengelompokan Pengkelompokan merujuk kepada penempatan kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang hamper sama dalam suatu kelas yang

khusus.Kajian telah membuktikan keberkesanan kaedah pengelompokan yang membolehkan kanak-kanak yang mempunyai tahap yang sama dan dikumpulkan bersama untuk mendapatkan pembelajaran yang lebih mencabar.

4) Kaedah Koperatif Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran umum yang boleh dilaksanakan dalam kumpulan belajar kecil di mana pelajar berinteraksi

sesame sendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembejaran.Ianya melibatkan perkongsian pembelajaran atau dapatan di antara ahli-ahli dalam kumpulannya.

Kurikulum Kanak-kanak Pintar Cerdas Mulai tahun 1999, satu kurikulum bestari dibentuk dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.Kurikulum bagi kanak-kanak pintar cerdas adalah sama dengan kurikulum bagi kanak-kanak biasa.Perkara yang membezakan program ialah pengayaan kurikulum atau asas kaedah pengayaan yang merentas kurikulum dan yang berfokus kepada bidang yang diminati murid-murid. Sally (2007) menyenaraikan tiga kaedah mengajar kanak-kanak pintar iaitu yang pertama menyediakan bahan-bahan kandungan pengajaran yang sesuai dan memberi tugasan yang mencabar. Kedua, memulakan unit pelajaran dengan memilih konsep dalam kurikulum atau disiplin teras, mengenal pasti satu atau lebih generalisasi yang sesuai dan mereka bentuk tingkat pelajaran yang berkaitan dengan generalisasi

tersebut.Tingkat pelajaran adalah strategi pelajaran di mana guru-guru mentaksir tahap kesediaan minat, pengetahuan sedia ada dan tahap kemahiran pelajarpelajar dan mengumpulkan mereka mengikut pengajaran dan penghasilan yang sewajarnya. Ketiga, guru boleh merancang dari tiga hingga enam latihan yang berlainan yang memfokuskan kepada konsep dan generalisasi yang sama tetapi menggunakan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pelajaran yang aras kesukaran yang meningkat dan semakin kompleks.Disebabkan tahap kesediaan pelajar akan berbeza bagi setiap topik, kumpulan pelajar dalam kelas akan berbeza bergantung pada perubahan kurikulum. Tingkat pelajaran menyesuaikan semua pelajar dengan tahap kesediaan individu dan tahap kandungan dan menyediakan peluang kepada pelajar untuk mencabar diri mereka sendiri.

Keperluan Murid Pintar Cerdas Pertama, mereka perlu berasa selesa dengan persekitaran sekolah dan masyarakat, iaitu kehadiran mereka akan dihargai dan tidak dimanipulasikan oleh orang lain.Mereka perlu berasa selesa dengan diri mereka sendiri dan boleh bergaul mesra seperti orang lain tanpa melabelkan mereka sebagai istimewa atau kebolehan mereka yang berbeza disalahertikan sehingga mewujudkan masalah lain seperti mengasingkan diri dan tidak mahu bersosial yang membawa kepada fenomena tidak mencapai tahap. Kedua, mereka memerlukan ruang untuk mereka berkembang dan mempertingkatkan potensi mereka secara semula jadi dan mengikut acuan mereka sendiri tanpa dipengaruhi orang lain pada tahap yang terlalu ketara.Pengaruh daripada orang luar dkhuatiri akan mendatangkan kesan sampingan yang lain dan seterusnya akan menyebabkan murid pintar cerdas mengalami kekecewaan.Hal ini member makna bahawa murid pintar cerdas tidak memerlukan pengaruh orang luar untuk mengembangkan potensi mereka tetapi mereka perlu dibimbing untuk mencapai potensi mereka. (Stephanie,1990)

Masalah yang sering dialami kanak-kanak pintar cerdas Ramai golongan masyarakat berpandangan bahawa seorang yang pintar cerdas merupakan seorang yang sentiasa berjaya dalam segala yang mereka lakukan tanpa ada sebarang masalah.Tetapi, hakikatnya golongan pintar cerdas ini mempunyai masalah mereka sendiri. Masalah yang mereka hadapi boleh dilihat dari aspek kognitif.Kanakkanak yang pintar cerdas mudah berasa bosan dengan arahan yang mudah serta berulang kerana mereka jemu dengan sesuatu yang mudah bagi mereka.Ini adalah kerana golongan pintar cerdas ini sukakan perkara yang kompleks yang mencabar kebolehan mereka.Rakan-rakan sebaya mereka juga tidak mempunyai nilai kesabaran yang tinggi serta suka bertindak dengan terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara. Dalam akademik pula, mereka sememangnya sering mendapat

keputusan yang cemerlang.Kanak-kanak yang pintar cerdas cenderung untuk menyoal guru sewaktu di dalam kelas sehingga keluar topik pengajaran malah

menyebabkan rakan yang lain menjadi keliru di samping menggangu proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan.Oleh itu, kanak-kanak pintar cerdas seharusnya menjalani kurikulum yang berlainan daripada kanakkanak normal yang lain bagi mengelakkan proses pembelajaran kanak-kanak yang lain terganggu. Potensi yang tinggi yang ditunjukkan mereka dalam akademik sudah semestinya membuatkan para ibu bapa kanak-kanak tersebut berasa gembira dan bangga dan menganggap mereka mampu menguasai semua mata pelajaran yang kemudiannya akan memberi tekanan kepada mereka. Kebolehan kanak-kanak yang pintar cerdas yang mampu menyiapkan tugas lebih awal daripada rakan yang lain akan menyebabkan mereka berasa bosan dan kemudiannya akan menggangu rakan-rakan yang lain di dalam kelas.Walaupun mereka sentiasa cemerlang dalam akademik tetapi

kebanyakkan rakan-rakan di sekeliling selalunya akan menganggap golongan pintar cerdas ini menunjuk-nunjuk dengan kehebatan mereka. Kanak-kanak pintar cerdas kebanyakannya berkebolehan dalam bidang yang terhad sahaja.Sebagai contoh, kebanyakan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kecerdasan dalam bidang matematik tidak dapat menguasai subjek yang lain dengan baik.Ini menunjukkan bahawa kebolehan yang mereka miliki selalunya hanya berfokus kepada satu bidang sahaja. Dari segi tingkah laku pula, golongan ini sangat sensitif dan mudah tersinggung apabila dikritik atau ditegur.Mereka amat mementingkan

kesempurnaan dan sentiasa ingin berjaya tetapi dari pandangan orang lain mereka ini dilihat sebagai seorang yang degil. (Bob Algonzine dan Jim Ysseldyke, 2006).

Perkembangan Fizikal, Emosi Dan Sosial Kanak-kanak Cerdas Perkembangan kanak-kanak normal dan kanak-kanak pintar cerdas adalah hamper sama tetapi masih berbeza.Perkembangan kanak-kanak pintar cerdas boleh diukur dari segi fizikal, emosi dan sosial.

Dari segi perkembangan fizikal, kanak-kanak pintar cerdas tidak begitu ketara jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa.Mereka mempunyai perkembangan tubuh badan yang sama dan normal seperti kanak-kanak biasa. Dari segi emosi pula, kanak-kanak yang pintar cerdas mudah merasa tertekan.Keadaan sosial dan emosi kanak-kanak yang pintar cerdas sangat berkait rapat dengan satu sama lain.

Golongan pintar cerdas mencari persahabatan Kanak-kanak pintar cerdas tidak memilih kawan berdasarkan kepada umur kronologi tetapi berdasarkan kepada minat yang sama.Kebanyakan golongan ini lebih selesa untuk bergaul dengan golongan yang lebih tua daripada mereka.Adalah penting juga bagi golongan pintar cerdas ini mendapat seorang rakan yang mementingkan persahabatan tetapi bukan untuk populariti sematamata seperti mana yang sering dilakukan oleh golongan biasa yang lain. Ini menunjukkan bahawa mereka amat mementingkan kualiti daripada kuantiti rakan mereka.Hubungan persahabatan yang rapat memberi peluang untuk mereka meluahkan perasaan, pendapat dan kenyakinan mereka. Bagi mereka, hubungan persahabatan memberi sokongan, keselesaan, kepercayaan, kenikmatan dan kebaikan malah bagi mereka sahabat yang sebenar hanya akan mencari kebaikan antara satu sama lain tanpa menyalahkan perbuatan sahabat mereka sendiri.Persepsi serta pendirian mereka inilah yang sedikit sebanyak menyebabkan mereka tidak mempunyai ramai rakan. Konsep persahabatan kanak-kanak telah membentuk satu hierarki yang merangkumi perkaitan peringkat umur, harapan dan kepercayaan mereka terhadap persahabatan menjadi semakin kompleks apabila umur semakin meningkat (Gross, 2002).Terdapat lima peringkat persahabatan mengikut tahap umur. Tahap pertama merupakan tahap awal sesebuah persahabatan itu berlaku.Pada tahap ini teman bermain adalah penting yang mana mereka memerlukan kawan dan saling membenarkan sesama sendiri berkongsi barang mainan.

Tahap yang kedua pula akan kelihatan antara umur 7-9, satu peringkat yang memerlukan seseorang untuk mereka berkongsi minat yang sama.Pada peringkat ini mereka tidak lagi mementingkan teman bermain tetapi seseorang yang boleh dibawa mendengar luahan mereka. Selepas itu, tahap yang ketiga pula adalah satu tahap yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada orang lain.Pada tahap ini, seorang rakan adalah seseorang yang boleh membantu, menyokong dan menggalakkan.Tahap ketiga ini merupakan ciri-ciri yang boleh dilihat pada seseorang yang berumur antara 9 hingga 11 tahun. Tahap keempat ialah empati yang mana pada masa inilah kanak-kanak itu menyedari bahawa sesebuah persahabatan memerlukan seseorang untuk memberi keselesaan dan sokongan antara satu sama lain.Tahap ini juga merupakan satu tahap yang mana mereka akan berkongsi masalah serta akan membina hubungan rapat dengan orang lain.Tahap ini sering berlaku pada kanak-kanak yang berumur antara 11 atau 12 tahun. Tahap yang terakhir ialah satu tahap yang memerlukan satu tempat yang boleh memberi mereka tempat berlindung dan merasa selamat.Pada masa ini juga mereka akan menyedari bahawa persahabatan itu merupakan satu hubungan yang mendalam dan berpandangan yang melibatkan kepercayaan, kesetiaan dan penerimaan yang tidak bersyarat. Seseorang yang pintar cerdas memang memandang hubungan

persahabatan dengan serius dan tidak memandang remeh sesuatu hubungan yang telah mereka bina. Jelas sekali masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan pintar cerdas dewasa ini adalah berpunca daripada dua faktor utama iaitu : 1) Keistimewaan yang ada pada diri mereka . 2) Faktor luaran.Adalah tidak tepat untuk mengandaikan golongan pintar cerdas ini akan dapat mencapai kejayaan hidup dengan begitu mudah. Pada hakikatnya, golongan ini perlu mengatasi pelbagai halangan yang mereka hadapi supaya mereka dapat mengembangkan sepenuhnya potensi yang sedia ada pada diri mereka.

Kanak-kanak pintar cerdas juga adalah golongan yang berpotensi memberi sumbangan besar kepada kemajuan dan kesejahteraan masyarakat. Sebagaimana yang kita fahami,fungsi pendidikan adalah untuk mengembangkan potensi yang ada pada setiap pelajar selain memenuhi keperluan setiap individu pelajar untuk berkembang. Jika kita melihat dari perpektif pendidikan berpusatkan pelajar (student centered), kita akan mendapati pendidikan adalah usaha-usaha untuk memenuhi keperluan perkembangan diri pelajar dan dalam aspek inilah pelajar pintar cerdas memerlukan bantuan dan bimbingan pendidik. Leta Hollingworth, pengkaji yang telah memberi sumbangan penting di dalam pendidikan pintar cerdas khususnya, pendidikan emosi golongan tersebut telah memberi gambaran terperinci lima masalah yang terpaksa dihadapi oleh kanak-kanak ini(Gallagher & Gallagher, 1994) iaitu :

1. Mendapatkan tugasan yang mencabar di sekolah; 2. Bersabar dengan orang yang tidak secerdiknya. 3. Mengelakkan sikap sinis, negatif terhadap autoriti. 4. Menentang kecenderungan mengasingkan diri ( daripada orang lain yang tidak secerdiknya dan 5. Mengelakkan pembentukan sikap suka menipu dan memanipulasi orang lain.

Peranan pendidik adalah untuk membantu mereka mengatasi halanganhalangan tersebut.Selain motivasi, perhatian juga perlu diberi kepada keperluan mereka yang unik.Semoga kesedaran mengenai kepentingan pendidikan pintar cerdas dapat ditingkatkan dari masa ke semasa. Pengetahuan yang ada kaitannya dengan kanak-kanak pintar cerdas ini wajar disalurkan pada waktu ini kepada ibu bapa, guru-guru dan bakal guru supaya mereka lebih sensitive terhadap keperluan unik golongan ini.

Sikap Kanak-kanak Pintar Cerdas dan Berbakat

Mementingkan kesempurnaan Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat kebanyakkannya amat

mementingkan kesempurnaan dan tidak suka akan kegagalan.Menurut Patricia Schuler (2002), seorang kaunselor dan konsultan pendidikan di New York, telah merumuskan kajiaannya berkaitan kanak-kanak pintar cerdas yang

mementingkan kesempurnaan dalam semua perkara yang mereka lakukan. Apabila berada dalam satu kumpulan, kanak-kanak pintar cerdas sentiasa menekankan kesempurnaan.Mereka lebih suka untuk menjadi seorang yang teliti dari pelajar yang sederhana.Sifat mereka yang sangat mementingkan

kesempurnaan ini menjadi satu tekanan yang berkesan ke arah pencapaian yang cemerlang. Schuler juga menekankan bahawa sikap mementingkan kesempurnaan ini boleh dilihat sebagai teliti secara sihat ataupun neurotik.Seseorang yang mementingkan kesempurnaan secara sihat adalah seseorang yang puas hati dengan hasil kerja mereka sendiri. Seseorang yang mementingkan kesempurnaan neurotik pula adalah seseorang yang sentiasa berasa tidak puas hati kerana mereka berpandangan bahawa diri mereka tidak pernah melakukan sesuatu yang mengcukupi untuk berasa puas hati. Seseorang itu boleh dikatakan mementingkan kesempurnaan apabila mereka mempunyai tanda-tanda seperti berikut: 1. Rasa ingin tahu yang sangat tinggi. 2. Sentiasa mengkritik kesalahan diri sendiri. 3. Cenderung untuk memperbesarkan kesalahan diri mereka sen diri: saya tidak bagus dalam semua benda. 4. Sentiasa merendah-rendahkan orang lain. 5. Takut untuk mencuba sesuatu perkara baru. 6. Tidak suka berkongsi tanggungjawab dengan orang lain untuk mengelakkan hasil yang tidak sempurna: saya lebih suka buat ini sendiri. 7. Merasa sangat rendah diri dengan orang lain.

8. Cenderung untuk berasa tertekan dan akan berasa hilang yakin semula walaupun telah berjaya mendapat kejayaan dalam suatu perkara yang mereka lakukan.

Walaupun begitu, sikap mementingkan kesempurnaan dalam kalangan kanak-kanak pintar cerdas boleh dibendung dengan beberapa langkah.Ibu bapa mempunyai peranan yang sangat penting dalam membendung perkara ini.Ibu bapa seharusnya memberi rasa sayang yang tidak berbelah bagi terhadap mereka. Ibu bapa perlu cuba untuk memisahkan tingkahlaku anak-anak mereka terhadap perkara yang boleh dianggap satu kritikan atau pujian dari diri mereka sendiri.Sentiasa guna perkataan Itu adalah perkara yang tidak baik untuk dilakukan daripada menggunakan Kamu tidak baik. Kebanyakkan ibu bapa masa sekarang sering memuji anak-anak mereka. Contohnya paling cantik, paling bijak, paling pandai atau paling berjaya yang secara tidak langsung akan menimbulkan jangkaan yang tidak realistik dan menyebabkan mereka akan meninggi diri apabila bersama-sama dengan rakan mereka. Setiap perkara dan dorongan daripada ibu bapa sering memberi kesan yang baik kepada kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini.Ibu bapa perlu sentiasa menasihati mereka untuk membuat yang terbaik supaya mereka menggunakan usaha dalam melakukan sesuatu perkara selain daripada memberitahu mereka bahawa sesuatu kejayaan itu hasil daripada usaha yang gigih.Ibu bapa juga menunjukkan kepada mereka bahawa mereka seharusnya mengambil berat dengan pandangan orang lain. Walaupun begitu, ibu bapa tidak boleh menjadi terlalu melindungi anakanak mereka.Adalah menjadi satu kepentingan ibu bapa kepada kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat untuk terus menjalankan tanggungjawab untuk membimbing, melindungi dan mengawasi anak-anak.Walaupun mereka

merupakan seorang kanak-kanak yang cerdas tetapi mereka tetap seorang kanak-kanak yang belum matang tahap pemikiran dan pengalaman dalam membuat sesuatu keputusan.

Dalam akademik, kanak-kanak pintar cerdas yang dimasukkan ke dalam kelas kumpulan kanak-kanak pintar cerdas akan menunjukkan pretasi yang lebih baik pada penilaian-penilaian yang akan dijalankan daripada belajar bersamasama kanak-kanak pintar biasa. Terdapat dalam kalangan guru yang tidak memberi perhatian kepada kanak-kanak pintar cerdas bagi mengelakkan mereka sombong tetapi memberi kesan yang buruk kepada kanak-kanak pintar cerdas tersebut.Keadaan ini akan mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak itu. Dalam konsep kendiri, kanak-kanak pintar cerdas akan mendapat kesan positif atau negatif bergantung pada konsep mereka terhadap diri mereka sendiri.Konsep kendiri boleh memberi kesan kepada akademik, sosial dan fizikal mereka. Dalam akademik, kanak-kanak itu akan berpandangan bahawa keputusan mereka dalam sesuatu mata pelajaran tidak akan bagus dan akan mendapat keputusan yang kurang baik. Dari segi sosial pula, kanak-kanak pintar cerdas akan menjadi sedikit sensitif dengan keadaan dan perasaan orang yang berada di sekeliling mereka.Mereka akan cepat mudah terasa dengan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Selain itu, mereka juga sensitif dari konsep kendiri fizikal.Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini sangat mementingkan penampilan mereka contohnya pakaian yang cantik atau keadaan tubuh badan yang langsing dan sebagainya.

Penutup Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan.Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan. Kanak-kanak pintar cerdas adalah satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara.Kegagalan membantu kanak-kanak pintar cerdas bagi

memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian yang besar kepada negara dan masyarakat keseluruhannya.Sekiranya penekanan sebegini tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan bakat kanak-kanak pintar cerdas ini akan terbantut dan lambat berkembang. Kanak-kanak pintar cerdas perlu diberikan peluang untuk mendapat kurikulum yang lebih maju mengikut tahap keupayaan mereka berbanding kanak-kanak yang kurang pintar.Pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas perlu mengandungi aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar dan lebih ke hadapan. Pengajaran guru yang tidak mencabar pemikiran mereka akan

menyebabkan mereka cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat belajar.Personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya pembelajaran mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang strategi pengajaran yang sesuai. Jika dipupuk bakat yang ada tentu dapat memperkemas dan

memantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepada mereka.Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat memerlukan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengayaan, pecutan atau lebih terkehadapan berbanding pelajar biasa. Guru perlu mengetahui apakah keupayaan kanak-kanak pintar cerdas mengenal pasti bentuk kecerdasannya berdasarkan kepintarannya.Tugasan seperti salin-menyalin, menghafal fakta dan latih tubi tidak akan dapat memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas sebaliknya ia hanya akan melatih kemahiran motor halus mereka sahaja.Mereka memerlukan cabaran dari segi kualiti bukannya kuantiti. Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam usaha melahir dan mendidik anak pintar cerdas dan berbakat ini.Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta keyakinan yang membolehkan mereka

mempraktikkan amalan-amalan mendidik anak pintar cerdas.Salah satu kemahiran yang perlu digarap oleh ibu bapa adalah mengisi ruang kasih sayang sekeluarga.Hubungan yang erat, suasana keluarga yang harmoni adalah antara perkara dan keperluan yang perlu wujud dalam memberi sokongan kepada anakanak pintar cerdas dan berbakat.

Kesimpulannya, semua pihak perlu melibatkan diri dalam membangunkan sistem pengurusan kolaborasi di antara ibu bapa, guru, pihak sekolah dan muridmurid.Ini penting supaya semua pihak berasa bahawa diri mereka dihargai selain dapat membantu merancang aktiviti yang bersesuaian.

Rujukan 1. Piirto J.(1999) 2 nd ed. Talented Children And Adult Their Development And Education.United States of America : Prentice-hall.Inc 2. Thomsom N. (2006).Supporting Gifted And Talented Pupils In The Secondary School.London : Paul Chairman Publishing. 3. Schuler P. (2002).Perfectionism in gifted children and adolescents. In M.Neithart, S.M.Reis, N.M.Robinson & S.M.Moon (Eds.).The Sosial and emotional development of gifted children : What do we know? (pp.71-79). Waco, TX : Prufrock Press. 4. Sousa D.A.(2003).How the gifted Brain Learns. California : Corwin Press.Inc. 5. Sutherland M. (2008).Developing the gifted and talented young

learner.London : SAGE Publications Ltd. 6. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),keluaran Dewan Bahasa Dan Pustaka. 7. Zharulnizam Syah Z.A.(2010):Buku Kepimpinan Dan Pengurusan

Pendidikan Khas terbitan Utusan Publications. 8. www.permatapintar.edu.my/ 9. Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad Buku Pengantar Pendidikan Khaskeluaran Universiti Sains Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai