Anda di halaman 1dari 2

Penyakit Kanser - Punca dan Rawatan Alternatif

Nampaknya apa saja yang kita buat atau makan dewasa ini dikatakan menjadi punca kanser.
Pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari dikatakan akan meningkatkan risiko kanser kulit.
Asbestos dan asap rokok menyebabkan kanser paru-paru, yang merupakan penyumbang tertinggi
kepada statistik kematian yang disebabkan kanser. Apa lagi ya? Radiasi, daging/sate hangus, lemak,
sakarin (gula tiruan) dan karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) seperti racun serangga
dan racun rumpai.

Kita juga mempercayai bahawa baka merupakan faktor utama yang meningkatkan risiko seseorang
mendapat kanser. Namun begitu kajian mendapati bahawa 80 hingga 90 % pesakit kanser datang dari
keluarga yang tidak mempunyai sejarah kanser.

Apa lagi yang kita tidak tahu? Ramai penyelidik memberikan berbagai teori mengenai punca sebenar
kanser. Namun begitu tiada satu pun teori yang dapat menjelaskan kepelbagaian aspek kanser dan
perkembangan penyakit tersebut dalam tubuh manusia.

Dr. Peter Kovacic menulis satu ulasan yang menyeluruh mengenai teka-teki perubatan ini di dalam
Current Medicinal Chemistry 2001. Beliau mengatakan dari banyak-banyak teori yang telah dimajukan,
hanya teori stres oksidatif yang terbukti kebenarannya. Ia boleh menjelaskan secara rasional dan
mengaitkan secara sistematik kebanyakan aspek mengenai karsinogenesis (perkembangan kanser).

Apa itu stres oksidatif? Secara mudah stres oksidatif adalah kerosakan yang disebabkan oleh radikal
bebas. Stres oksidatif yang berlaku di dalam badan adalah punca asas sebahagian besar penyakit
digeneratif kronik. Untuk mudah bagi anda melihat kesan stres oksidatif, cuba lihat gambar keluarga yang
mengandungi berbagai generasi. Perhatikan kulit mereka, anda akan nampak perbezaan yang besar di
antara kulit ahli keluarga yang muda dengan yang tua. Kesan yang ada nampak itu disebabkan oleh stres
oksidatif pada kulit. Keadaan yang sama juga berlaku di dalam tubuh kita. Jadi kalau inginkan kulit yang
cantik, bukan losyen pelembab jawapannya. Anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan mengambil
makanan atau suplemen yang kaya dengan antioksidan, satu bahan yang boleh menghapuskan radikal
bebas dan memulihkan kerosakan yang disebabkan olehnya.

Kajian Dr. Kovacic menyokong bukti perubatan yang semakin banyak ia-itu apabila terdapat banyak
radikal bebas berhampiran dengan nukleus sel, akan berlaku kerosakan teruk kepada DNA sel tersebut.
Bila karsinogen menyerang, sistem tubuh akan memperbaiki DNA yang rosak. Namun apabila terlalu
banyak stres aksidatif, sistem badan tidak lagi mampu memperbaiki kerosakan yang akan membawa
kepada terjadinya mutasi (perubahan) DNA. Apabila sel berkenaan membiak (berpecah dua), DNA yang
mengalami mutasi akan turut dibawa ke sel yang baru dibentuk. Bila DNA yang dimutasi ini terus terdedah
kepada stres oksidatif, lebih banyak kerosakan akan terjadi. Sel berkenaan akan mula tumbuh di luar
kawalan dan mempunyai kehidupan sendiri. Ia membina kemampuan untuk merebak dari satu bahagian
badan ke bahagian yang lain (metastasis), lalu menjadi kanser. Di dalam tubuh orang dewasa, kanser
mungkin mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk berkembang dari mutasi awal DNA. Di dalam tubuh
kanak-kanak ia berkembang dengan lebih cepat kerana pembiakan sel yang lebih cepat.

Para doktor biasanya mendiagnosis kanser apabila ia sudah mencapai peringkat akhir
perkembangannya. Malangnya ketika kanser sudah berkembang ke satu tahap yang boleh menyebabkan
gejala atau dapat dikesan melalui sinar-x, ia selalunya sudah berkembang selama lebih dari 10 hingga 20
tahun. Pada masa itu tidak banyak yang doktor dapat lakukan untuk membantu pesakitnya. Ada seorang
pesakit kanser paru-paru disyorkan menjalani rawatan kemoterapi oleh onkologisnya, satu prosedur yang
dikatakan dapat membawa kanser tersebut kepada "remission" dengan 40% kejayaan. Pesakit bertanya
apa maksud remission? Onkologis menjawab, "Jika kanser awak dapat di bawa kepada remission, hidup
awak akan dapat dipanjangkan selama 3 bulan lagi." Ini cerita tragis bagi kebanyakan orang yang
mengidap kanser.

Info lanjut tentang penawar kanser

Anda mungkin juga menyukai