Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Pengenalan Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu cepat dan canggih ini berjaya menciptakan pelbagai Dunia dahulu adalah terIalu amat banyak perbezaannya dengan dunia hari ini yang terIalu pesat. Perubahan demi perubahan yang berlaku ini adalah akibat dari arus globalisasi dan hegemoni Barat yang menimbulkan pelbagai masalah terutama sekali apabila perubahan tersebut bertentangan dengan nilai-nilai budaya Timur. Globalisasi adalah satu arus perubahan yang berlaku ekoran daripada proses interaksi yang berlaku antara negara-negara di dunia dan fenomena ini bukanlah sesuatu yang baharu. Hakikatnya, globalisasi telah bermula apabila masyarakat Barat keluar dari benua Eropah untuk menjelajah ke seluruh dunia dan membentuk satu rangkaian global. Pembinaan rangkaian global ini telah berterusan hingga ke hari ini malahan telah dipertingkatkan mutu dan pengaruh global mereka. Seterusnya, ia turut membawa kepada perubahan-perubahan dan akhirnya membentuk suatu kebudayaan dunia seperti hari ini. Jika diperhatikan dewasa ini, hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh dunia. Tiada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi malahan semuanya mengalamai proses globalisasi akibat daripada hegemoni Barat.

2.0 Konsep Globalisasi dan Hegemoni Barat Sebelum dijelaskan tentang topik, pemahaman mengenai konsep globalisasi dan hegemoni Barat perlu dijelaskan dahulu. 2.1 Konsep Globalisasi Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada pelbagai definisi dan penafsiran dari berbagai sudut pandangan. Beberapa istilah mengiringi fenomena globalisasi ini seperti perkampungan global, dunia tanpa sempadan, pupusnya

organisasi negara (demise of the state), deregulation, liberalization, langit terbuka dan sebagainya ( Mohd Taib Osman, 2004). Orang-orang Perancis menggunakan perkataan "Mondialisation" dalam menerangkan globalisasi. Manakala orang-orang Amerika

dan Inggeris pula menggunakan perkataan Inggeris "Globalization" yang mula-mula muncul di Amerika Syarikat. Ia membawa maksud mengumumkan sesuatu dan meluaskan kawasannya agar merangkumi semua

(http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=67:globalisasidan-orde-baru-dunia-&catid=7:ilmiah&Itemid=69f). Menurut Kamus Dewan, globalisasi membawa maksud proses yang membolehkan sesuatu aktiviti disebarkan atau diperluas ke peringkat

antarabangsa atau dunia terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi. Dalam buku Globalisasi Dalam Perspektif :Isu dan Cabaran, Martin Albrow (1990) mendefinisikan globalisasi sebagai proses di mana penduduk dunia diperbadankan di bawah satu masyarakat dunia, masyarakat global. Malahan menurut Ahmad Zaki Abd.Latiff, Azam Hamzah dan Azhar Mad Aros (2009), cendekiawan Barat cenderung melihat globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti, merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Manakala menurut Lukman Z.Mohamad dan Azmi Abdul Manaf (2003) pula, globalisasi dapat didefinisikan sebagai cetusan pemikiran baru yang berusaha membawa masyarakat ke dalam satu sistem dunia yang lebih luas berpaksikan kapitalisme. Berdasarkan takrif-takrif tersebut, bolehlah
2

diandaikan bahawa globalisasi diandaikan sebagai satu seruan oleh negara atau kumpulan tertentu untuk menjadikan cara hidup negara atau kumpulan tersebut menyeluruh dan diguna pakai oleh dunia. 2.2 Konsep Hegemoni Barat Perkataan hegemoni pula berasal dari perkataan Greek iaitu hegemon yang bermaksud chieftain iaitu ketua bagi sesuatu kaum atau kumpulan (Majalah Pemikir Bilangan 19 Edisi Januari Mac 2000). Hegemoni ialah satu konsep yang terkandung dalam globalisasi yang datangnya daripada pemikiran Barat. Antonio Gramsci, 1891 1937 dalam teori Gramsci mengatakan hegemoni ialah : Sebuah pandangan hidup dan cara berpikir yang dominan, yang di dalamnya sebuah konsep tentang kenyataan disebarluaskan dalam masyarakat baik secara institusional maupun perorangan; (ideologi) mendiktekan seluruh cita rasa, kebiasaan moral, prinsip-prinsip religius dan politik, serta seluruh hubungan-hubungan sosial, khususnya dalam makna intelektual dan moral Gramsci menjelaskan bahawa hegemoni merupakan sebuah proses penguasaan kelas dominan kepada kelas kelas masyarakat dari aspek ekonomi, budaya, moral dan mereka akan mempersetujui secara spontan tanpa tekanan atau paksaan kepada pengaruh hegemoni kelas dominan. (http://utchanovsky.com/2008/08/teori-hegemoni/). Immanuel Wallerstein iaitu seorang yang berfahaman Marxist mendefinisikan hegemoni sebagai sebuah negara bangsa yang berkuasa dan terunggul wujud dalam sebuah sistem perhubungan antarabangsa yang tidak stabil (Majalah Pemikir Bilangan 19 Edisi Januari Mac 2000). Di samping itu, dalam konsep hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan. Menurut Asmady Idris (2000) lagi, sebuah kuasa hegemoni yang terkuat dan terulung diperlukan untuk menyeimbangkan keadaan sistem kepimpinan antarabangsa yang bersifat anarki. Barat muncul sebagai sebuah kuasa dunia yang
3

hegemonik apabila runtuhnya empayar Islam Turki Uthmaniyah pada tahun 1924 Masihi. Malahan mereka boleh menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi sama ada melalui pengaruh politik, tekanan ekonomi, kekuatan ketenteraan dan senjata ataupun sekurangkurangnya ia memiliki kuasa veto dalam merealisasikan hasrat dan wawasannya. 3.0 Faktor- faktor Hegemoni dan Globalisasi Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi mengapa terjadinya hegemoni dan globalisasi secara holistik di seluruh dunia. Faktor-faktor tersebut adalah faktor media, ekonomi dan juga politik. 3.1 Media Dalam perihal apa sekalipun, media merupakan faktor yang terpenting dalam mencetuskan sesuatu fenomena tidak kira media cetak mahu pun media elektronik. Dengan perkembangan teknologi yang pesat, media berkuasa dalam menyebarkan pelbagai isu secara global bahkan media yang menentukan impak kepada budaya tempatan daripada unsur hegemoni Barat. Kepesatan perkembangan teknologi yang meliputi internet dan media massa menjadi pemangkin kepada proses globalisasi. Pelbagai propaganda Barat menggunakan pelbagai medium teknologi seperti laman-laman sesawang yang berunsur pornografi, hiburan melampau, laman-laman sosial dan sebagainya. Teknologi-teknologi canggih yang dimanipulasi Barat, bukan sahaja satelit dan teknologi maklumat, bahkan penemuan sains yang lain sentiasa diusahakan mereka seperti mengklon bagi membawa perubahan kepada kalangan manusia di seluruh dunia. Cable News Network (CNN), British Broadcasting Corporation (BBC), Reuters dan sebagainya merupakan antara media yang hadir dari luar ke negara kita menerusi satelit, internet dan lain-lain. Mereka berada di mana-mana sahaja di seluruh dunia untuk menyalurkan berita secara panatas dan menyeluruh. Hal ini terjadi ekoran daripada sifat keterbukaan ataupun liberalisasi dan deregulasi mana-mana sekatan yang mungkin didirikan pada suatu masa dulu atas kepentingan tertentu negara.
4

Selain itu, kehadiran televisyen satelit yang dipancarkan ke seluruh negara juga menyebarkan hegemoni Barat melalui pelbagai siaran daripada negara-negara Barat. Pelbagai genre dan unsur seperti unsur ganas, pornografi, sains fiksyen yang melampau dan tahyul ditayangkan. Namun demikian, media tempatan di negara kita tidak mampu dan sukar untuk bersaing dengan stesen swasta dan saluran satelit ini bagi mengurangkan sekaligus menyekat penyiaran filem-filem dan cerita yang bersandarkan hegemoni Barat ini. 3.2 Ekonomi Ekonomi memainkan peranan yang signifikan dalam menciptakan globalisasi. Penguasaan Barat terhadap ekonomi tercabar selepas bekas jajahan-jajahannya

memperoleh kemerdekaan. Atas dorongan menjaga kepentingan sendiri, pelbagai peraturan dan rintangan dikenakan ke atas sesebuah negara baik dari segi ekonomi dan juga bidang yang lain. Untuk menggalakkan pengeluaran Barat lebih berjaya hasil daripada sekatan dan peraturan yang dikenakan, gagasan meliberalisasi dan deregulasi untuk pasaran terbuka dijadikan ideologi bagi mendasari orde baru dunia. Ekonomi menjadi faktor globalisasi kerana keperluan setiap negara untuk

memakmurkan rakyatnya adalah melalui kerja sama ekonomi dalam segala bidang. Kebergantungan negara-negara seluruh dunia dalam mengukuhkan ekonomi mereka telah meluaskan lagi pengaruh hegemoni Barat. Hubungan diplomasi ekonomi ini dijalankan bersama negara-negara yang berstatus hegemoni seperti Amerika Syarikat (USA) dengan menggunakan kuasanya dalam ekonomi bagi menggalakkan aliran wang masuk dan menguasai ekonomi dunia. Tiga kuasa ekonomi dunia iaitu USA, Eropah dan Jepun mempunyai keupayaan, terutamanya apabila mereka mengkoordinasikan dasar-dasar mereka untuk mempengaruhi dan menguruskan pasaran kewangan dunia dan kecenderungan ekonomi lain. International Monetary Fund (IMF), USA dan kuasa kewangan yang lain mengenakan syarat apabila mahu menyelamatkan keadaan yang berlaku kepada negara yang mengalami kegawatan ekonomi ialah membuka pasaran mereka seluas-luasnya. Dalam erti kata lain, proses globalisasi yang
5

dikehendaki mereka mesti berlaku. Eksploitasi ekonomi berlaku demi menjaga kepentingan negara mereka. 3.3 Politik Politik memainkan peranan dalam proses globalisasi ini. Kuasa politik dunia hari dimonopoli oleh blok Barat yang diketuai USA. Dengan bekalan ketenteraan dan kuasa ekonomi serta penguasaan media dunia, kuasa-kuasa Barat tersebut telah melebarkan pengaruh mereka ke atas hal ehwal politik dunia. Menurut Profesor Hans Koechler, seorang ahli falsafah yang menggarap undangundang antarabangsa dan politik dalam Mohd Taib Osman, semenjak zaman colonial paradigma pertembungan Barat dengan peradaban lain adalah eurocentrism, atau pandangan yang berpusatkan Eropah. Sehubungan dengan itu, ukuran selalu dibuat berdasarkan ukuran Barat. Dengan berbekalkan kuasa veto yang ada, kuasa blok Barat mengambil kesempatan ke atas negara-negara yang lain dengan menjanjikan kestabilan, keseimbangan, dan jaminan keamanan bagi negara dan warga masyarakat serta hubungan antarabangsa di dunia. Meskipun semua janji diberikan namun semuanya hanyalah propaganda untuk menutup kesilapan dan kepentingan dari segi ekonomi dan politik blok Barat dan negara-negara sekutunya. 4.0 Kesan-kesan daripada Pengaruh Globalisasi dan Hegemoni Barat Akibat daripada proses globalisasi dan pengaruh hegemoni Barat ini, wujud pelbagai kesan yang dapat dilihat dari aspek sosial, ekonomi, politik, media dan juga hak asasi manusia. 4.1 Kesan kepada Aspek Media Memang tidak dapat dinafikan bahawa globalisasi dan hegemoni barat memberikan dampak yang cukup hebat terhadap kehidupan manusia sejagat khususnya dalam aspek media. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi khususnya memberi peluang

yang lebih luas kepada masyarakat dunia untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan berdasarkan tanpa melibatkan kos yang tinggi. Segala maklumat dan informasi terkini dengan mudah boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan di mana sahaja dengan kecanggihan teknologi yang sedia ada. Contohnya, Bill gates (1996), peneroka bidang komputer yang terkenal telah dapat memasarkan aplikasi keluaran Window ke serata dunia. Bukan itu sahaja, media juga boleh digunakan sebagai wadah oleh umat Islam untuk menyampaikan dakwah dengan lebih mudah dan menjimatkan masa. Perkembangan ini secara positifnya membolehkan perhubungan di antara negara dan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat dan mudah. Tidak ketinggalan juga, kerajaan Malaysia juga telah mengambil langkah inisiatif bagi menyahut cabaran globalisasi dengan melancarkan projek Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 27 Jun 1998 dengan tujuan untuk memanfaatkan sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat dan multimedia dan seterusnya melahirkan masyarakat yang bermaklumat. Walaupun secara globalnya globalisasi menjadi pencetus kepada pembangunan sesebuah negara namun ia masih membawa kesan yang amat buruk kepada kehidupan manusia sejagat. Contohnya kebanjiran maklumat yang tidak bermanfaat. Islam secara hakikinya adalah agama yang menekankan kecintaan kepada ilmu dan memandang serius kepada lambakan maklumat yang tidak berguna. Ini adalah kerana ia boleh membahayakan pembinaan masyarakat yang bermoral terutamanya kanak-kanak sekiranya ia tidak mampu dikawal dengan baik dan menghilangkan corak budaya berilmu yang sihat. Misalnya pengunaan laman sesawang sosial seperti Facebook yang dilihat lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan dan secara totalnya jumlah keahliannya meningkat setiap bulan dengan mendadaknya. (Sila rujuk rajah 1 ) Secara keseluruhannya, media cetak dan elektronik penting dunia hari ini seperti Cable News Network (CNN) dan Associated Press (AP) dikuasai oleh masyarakat Yahudi dan Barat. Jadi, semua berita yang disebarkan kepada masyarakat dunia adalah berdasarkan persepsi barat dan menindas mana-mana negara yang tidak bersekongkol dengan mereka
7

khususnya negara-negara Islam. Misalnya, agensi berita antarabangsa terutamanya dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Sesuatu peristiwa itu diolah dan ditafsirkan oleh mereka bagi memperoleh kepentingan-kepentingan tertentu. Di sini dapat disimpulkan bahawa kuasa-kuasa barat dan Yahudi memperalatkan sepenuhnya semua media yang mereka kuasai untuk memperluaskan pengaruh hegemoni mereka. 4.2 Kesan kepada Aspek Politik Berbekalkan kekuatan ketenteraan dan penguasaan media massa dan elektronik dunia, kuasa-kuasa Barat terus melebarkan sayap mereka ke atas hal ehwal politik antarabangsa yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi oleh dunia Barat. Dalam dimensi politik globalisasi, kita dapat lihat fenomena penyalahwilayahan iaitu satu proses dan tindakan politik yang melintasi perbatasan wilayah negara. Kita lihat sahaja contohnya di Iraq pada hari ini. Amerika Syarikat yang berjaya mendominasi agensi-agensi penting antarabangsa seperti Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan juga Bank Dunia dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia dan United Kingdom telah campur tangan dalam politik dalaman Iraq. Hal ini amat bertentangan dengan polisi sesebuah negara. Selain itu, dapat diperhatikan bahawa negara-negara Barat khususnya Amerika Syarikat menggunakan kuasa-kuasa yang dimilikinya untuk kepentingan peribadi dan mencapai objektif-objektif tertentu yang berkaitan dengan polisinya. Misalnya, Amerika Syarikat bertindak secara bersendirian dengan membelakangkan Majlis Keselamatan PBB dalam peristiwa pengeboman Sudan dan Afghanistan pada tahun 1998 dengan helah untuk memusnahkan tempat-tempat yang dikatakan sebagai sarang pengganas. Bukan itu sahaja, Israel telah menggunakan kekuatan ketenteraannya melakukan serangan secara besarbesaran ke atas Gaza pada 27 Disember 2008 yang mengakibatkan 1419 rakyat Palestin terkorban dan ribuan mangsa hilang tempat tinggal. (Sila rujuk lampiran 1) Tidak cukup dengan itu, kesan daripada penguasaan Barat dalam aspek politik telah menyebabkan mereka memaksa seluruh masyarakat dunia mengamalkan sistem politik
8

liberal ala-Barat dan menganggap sistem-sistem lain sebagai tidak bertamadun. Malahan Barat khususnya Amerika Syarikat menganggap sistem politik Islam bercanggah dengan norma-norma tamadun antarabangsa dan menindas kaum wanita amnya. Selain itu, dengan berselindung di sebalik perang dan usaha memerangi keganasan global, Amerika Syarikat dan sekutunya turut mengancam negara-negara lain yang tidak sehaluan dengannya khususnya negara-negara Islam dengan menggunakan pengaruh yang ada yang dilihat mempunyai potensi untuk berkembang menjadi sebuah negara yang berpengaruh. Di sini dapat dilihat bahawa Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah cuba memanipulasikan isu-isu demokrasi dan hak-hak asasi manusia untuk mendominasi politik dunia. 4.3 Kesan kepada Aspek Ekonomi Tidak dapat disangkal lagi bahawa ekonomi merupakan salah satu daripada dimensi globalisasi yang mampu memberikan implikasi yang cukup besar terhadap perkembangan globalisasi dimensi yang lain. Salah satu daripada kesan globalisasi ekonomi ialah mengurangkan kadar kemiskinan di beberapa buah negara dan mewujudkan peluang pekerjaan di kalangan rakyat. Perkara ini jelas dapat dilihat apabila KFC Holding (Malaysia) yang merupakan salah satu cawangan makanan segera yang diasaskan oleh Barat telah memperuntukkan RM45 juta bagi membuka sekurang-kurangnya 20 lagi cawangan baru di Malaysia pada tahun depan hasil kerjasama ekonomi dengan negara-negara Barat berdasarkan keratan akhbar bertarikh 4 Ogos 2010. Hal ini jelas dapat membantu dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan individu. (Sila rujuk lampiran 2) Selain itu, proses globalisasi juga telah memberikan banyak faedah kepada Malaysia memandangkan Malaysia adalah sebuah negara perdagangan yang lebih berfokuskan kepada perdagangan barangan pembuatan. Malaysia telah memperolehi keuntungan dari proses liberalisasi perdagangan dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila perdagangan Malaysia berkembang 26.6 peratus kepada RM673.1 billion dalam tempoh Januari hingga Julai 2010. Malahan berdasarkan Laporan Ekonomi 2010/2011 dan rajah 2 bagi tempoh tujuh bulan pertama 2010, eksport Malaysia menyumbang 55.2 peratus kepada jumlah
9

perdagangan dan seterusnya mencatat lebihan perdagangan sebanyak RM69.4 billion. Tidak cukup dengan itu, Malaysia terus mengorak langkah apabila perdagangannya dengan ASEAN terus mengukuh 32.9 dan menyumbang 13.8 peratus jumlah perdagangan keseluruhan. Hasil daripada globalisasi ekonomi juga, jumlah perdagangan antara Malaysia dengan China turut meningkat sebanyak 30.3 peratus kepada RM85.7 billion berbanding 14.0 peratus pada Januari hingga Julai 2009. (Sila rujuk lampiran 3). Walaubagaimanapun, globalisasi ekonomi juga dilihat banyak memberi kesan yang negatif. Ini adalah kerana sifat globalisasi ekonomi ala-Barat yang berteraskan kapitalisme yang hanya menggunakan satu peraturan ekonomi dunia yang seragam dan menjadikan kapitalisme sebagai asas yang berteraskan kepada pasaran terbuka dan perdagangan bebas serta mampu menghilangkan dasar keadilan dalam ekonomi. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin tinggi antara sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila negara-negara miskin gagal bersatu untuk memperjuangkan kepentingan masing-masing dan mengelakkan diri daripada dieksploitasi oleh negara-negara kaya. Maka, dapat disimpulkan bahawa negara yang kaya akan bertambah kaya, manakala yang miskin akan terus miskin. Berdasarkan statistik yang diperolehi daripada sumber Laporan Ekonomi Menteri Kewangan, globalisasi ekonomi juga dilihat mampu membawa pelbagai masalah termasuklah krisis ekonomi dan spekulasi kewangan. Misalnya pada 2 Julai 1998 telah bermulanya krisis ekonomi di Asia apabila Baht Thai jatuh begitu teruk, diikuti dengan Korea Selatan, Indonesia dan seterusnya Malaysia. Statistik Kadar Pertumbuhan Ekonomi Malaysia dari 1990-2000 menunjukkan kadar pertubuhan negara pada tahun 1998 berada pada paras yang paling rendah iaitu -7.4 peratus. (Sila rujuk rajah 3) Di samping itu, konsep pasaran terbuka telah menyebabkan wujudnya monopoli dan oligopoli dalam ekonomi. Negara-negara yang maju sudah tentu mempunyai keupayaan teknologi canggih, modal yang cukup, kemahiran pengurusan yang tinggi dan informasi yang serba lengkap mengenai pasaran. Hal ini telah menyebabkan banyak negara-negara kecil
10

terpaksa bergantung kepada ekonomi kuasa-kuasa besar. Perkara ini sudah tentu memaksa negara-negara miskin dan membangun mengamalkan dasar ekonomi yang liberal dengan membuka ruang yang seluas-luasnya kepada syarikat-syarikat gergasi Barat untuk menguasai ekonomi mereka. 4.4 Kesan kepada Aspek Sosial Globalisasi juga dilihat telah berjaya mengubah tatacara dan resam masyarakat dunia untuk condong ke arah Barat. secara negatifnya ia mampu membawa kepada penyebaran budaya yang bertentangan dengan tuntutan nilai-nilai kerohanian dan moral. Pihak Barat telah menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin untuk melebarkan pengaruh mereka terutamanya dari aspek sosial. Misalnya mereka menggunakan media massa untuk menyebarkan luaskan budaya mereka terutamanya budaya muzik dan hiburan. Barat telah memperkenalkan pelbagai jenis muzik dan hiburan baru yang berkonsepkan hedonisme seperti rock, jazz, punk dan disko mengikut acuan mereka telah berjaya menguasai dunia dan generasi muda. Tidak dapat dilupakan Malaysia yang pada suatu ketika dahulu pernah gempar dengan budaya black metal yang akhirnya membawa kepada kerosakkan akhlak di kalangan remaja. Bukan itu sahaja, kuasa Barat terutamanya Amerika Syarikat telah berjaya mengglobalkan dan mengantarabangsakan pelbagai jenama mereka khususnya dalam budaya makanan dan minuman segera seperti Kentucky Fried Chicken, Mc Donald, Coco Cola dan Seven Up yang berjaya memikat hati sebilangan besar masyarakat dunia termasuklah masyarakat Islam. Tidak dapat dinafikan jenama makanan Mc Donald mempunyai tidak kurang 10 500 restoran di 50 buah negara manakala Kentucky Fried Chicken pula mempunyai lebih daripada 7750 buah restoran di 58 buah negara yang kebanyakkannya terletak di bandar-bandar besar dan mudah didapati. Malaysia juga tidak terkecuali dalam menerima globalisasi sektor makanan segera apabila KFC Holding Bhd (Malaysia) akan melabur sebanyak RM25 juta tahun ini bagi membuka 25 buah restoran lagi berdasarkan keratan akhbar bertarikh 8 Januari 201. Hal ini sekaligus telah membantu

11

negara-negar Barat mempromosikan budaya mereka di samping dapat mendatangkan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada Amerika. (Sila rujuk lampiran 4) Kita juga dapat melihat budaya berpakaian di Malaysia misalnya seperti baju Melayu dan baju kurung yang dilihat semakin hari semakin dilupakan. Anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala perubahan fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama pakaian seperti Pierre Cardin, Y.Saint Lawrence dan Lewis serta jenama alat solek seperti Maybeline dan Christian Dior menjadi pilihan generasi muda walaupun harganya cukup mahal. Tidak cukup dengan itu, kuasa Barat juga dilihat cuba mendominasi bahasa di dunia. Buktinya bahasa Inggeris telah menjadi alat perhubungan dan komunikasi terpenting di peringkat antarabangsa dan turut digunakan dan dipraktikkan secara global. Jika kita lihat sendiri di Malaysia, keputusan peperiksaan dalam bahasa Inggeris telah dijadikan salah satu syarat utama untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam. Perkara ini jelas membuktikan kejayaan globalisasi bahasa yang diterajui oleh Amerika Syarikat. 4.5 Kesan kepada Aspek Hak Asasi Manusia Dapat diperhatikan juga bahawa globalisasi dan hegemoni Barat turut berupaya menegakkan dan memperjuangkan hak asasi manusia. Dalam hal ini, pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1957 jelas menunjukkan Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi dan menyokong agenda hak asasi manusia (Lukman Z.Mohamad dan Azmi Abdul Manaf, 2003). Buktinya pada tahun 1987 hasil kerjasama Malaysia dengan negara-negara Komanwel seperti Australia dan New Zealand, Malaysia lantang bersuara menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang jelas telah mencabuli hak asasi manusia. Dasar Aparteid dilihat telah menindas golongan kulit hitam. Hal ini amat jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip kemanusiaan tetapi hasil kerjasama dengan semua negara melalui proses globalisasi perkara ini akhirnya berjaya diselesaikan. Walaupun globalisasi membawa kesan yang positif tetapi ia turut memberikan kesan yang negatif terutamanya pada kaum wanita. Proses telah globalisasi telah menyebabkan setiap negara berlumba-lumba untuk menguasai pasaran. Maka untuk meluaskan pasaran mereka memerlukan lebih ramai pekerja. Jadi, mereka telah mengeksploitasi kaum Hawa
12

kerana meraka dipandang sebagai punca tenaga kerja yang murah dan mampu mempromosi jualan barang-barangan dan perkhidmatan malahan turut diperalatkan sebagai objek seks. 5.0 Rumusan Jika diperhatikan dewasa ini, hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh dunia. Tiada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi malahan semuanya mengalamai proses globalisasi akibat daripada hegemoni Barat. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi mengapa terjadinya hegemoni dan globalisasi secara holistik di seluruh dunia. Faktor-faktor tersebut adalah faktor media, ekonomi dan juga politik. Dengan berteraskan asas ingin menjaga kepentingan sendiri dan juga meluaskan pengaruh dan dominasi ke seluruh dunia, negara-negara berstatus hegemoni Barat ini menggunakan pelbagai medium bagi menjayakan kehendak mereka. Kesannya, kita dapat lihat bagaimana dunia hari bergerak dan berfungsi mengikut acuan yang disebarkan pengaruh hegemoni ini. Tiada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi malahan semuanya mengalamai proses globalisasi akibat daripada hegemoni Barat seperti politik, sosial, ekonomi, media dan juga hak asasi manusia itu sendiri. Hasil daripada globalisasi ini, dunia bagaikan terkesan dan mengalami pelbagai perubahanperubahan yang banyak menimbulkan masalah seperti kewujudan campur tangan kuasa hegemoni Barat dalam politik dalaman sesebuah negara yang bergolak. Secara konklusinya, jika diperhatikan dari sudut pandangan yang positif, kita dapat melihat bahawa globalisasi dan hegemoni Barat membawa impak yang sangat mendalam terutamanya dari aspek ekonomi dan media walaupun secara keseluruhannya ia membawa kesan yang negatif. Hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh dunia.

13

6.0 Refleksi Sepanjang penyediaan tugasan ini, banyak perkara-perkara baru yang dapat kami pelajari. Misalnya konsep hegemoni yang begitu asing dan tidak pernah kami dengari sebelum ini. Pertama kali mendengar perkataan hegemoni Barat, perkara pertama yang terlintas di fikiran kami ialah perkara-perkara negatif yang di bawa oleh Barat dan ternyata perkara yang kami fikirkan tidak tepat secara keseluruhannya. Walaubagaimanapun, hal ini ternyata dapat memberikan input tambahan yang sangat berguna kepada kami yang bakal bergelar seorang guru. Selain itu, kami juga dapat mengaitkan konsep hegemoni dan globalisasi dalam pengajaran dan pembelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG). Jika kita imbau kembali pada zaman dahulu secara keseluruhan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kapur tulis pemadam papan hitam sahaja tetapi pada hari ini seiring dengan perkembangan sains dan teknologi, kita dapat melihat bahawa hampir seratus peratus sistem pembelajaran di IPG menggunakan komputer dan LCD. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa globalisasi dan hegemoni Barat turut mempengaruhi sistem pendidikan di Malaysia. Di samping itu, kami menyedari banyak perkara yang kita lakukan pada hari ini tanpa kita sedari adalah hasil daripada pengaruh hegemoni Barat dan juga globalisasi. Misalnya aspek berpakaian yang lebih condong ke arah Barat dan perubahan tersebut ternyata bertentangan dengan norma-norma budaya Timur. Sebagai seorang guru pada masa depan, kami perlu membina jati diri yang kukuh agar dapat menangkis pengaruh daripada pelbagai propaganda Barat yang membawa kesan negatif kepada diri kami sendiri seterusnya kepada masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian. Selain itu, kami juga sedar akan peranan dan tanggungjawab kami sebagai seorang guru dan rakyat Malaysia dalam menapis gelombang globalisasi ini bagi tujuan kesejahteraan generasi yang akan datang. Sekiranya hari ini, kami sebagai guru mengambil dan menerima sahaja pengaruh daripada luar tanpa menapisnya dan menyesuaikannya dengan budaya di Malaysia, mungkin generasi akan datang akan mengalami proses globalisasi yang lebih dahsyat.
14

7.0 Bibliografi Ahmad Hakimi Khairuddin & et al. ( 2006). Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah & Azhar Mad Aros (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Oxford Fajar Sdn .Bhd.. Shah Alam. Amran Muhammad, Chandra Muzaffar & Mohd Zuhdi Marsuki (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Asmady Idris. Kuasa Hegemoni dan Perdagangan Bebas. Majalah Pemikir Bilangan 19 Edisi Januari Mac 2000. Berita Harian.2010, 4 Ogos.KFCH sedia RM45 juta. Berita Harian.2010, 16 Oktober.Laporan Ekonomi 2010/2011. Berita Harian.2010, 29 Disember.Gaza ingati detik sekatan dimulakan. Berita Harian.2011, 8 Januari.KFCH rancang labur RM25j. http://mfrstudio.board-realtors.com. Dicapai pada 17 Januari 2011 http://penita.org/index.php. Dicapai pada 20 Januari 2011 http://www.econ.upm.edu.my/~fatimah/sejagat.htm. Dicapai pada 21 Jnuari 2011

http://sollehahn.com/2010/09/infografik-statistik-penggunaan-facebook-di-malaysia. Dicapai pada 30 Januari 2011 http://utchanovsky.com/2008/08/teori-hegemoni/. Dicapai pada 31 Januari 2011 http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=67:globalisasidan-orde-baru-dunia-&catid=7:ilmiah&Itemid=69f Dicapai pada 31 Januari 2011

15

Hajah Noresah Baharom & et al. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dawama Sdn. Bhd.. Selangor. Mohd Azizuddin Mohd Sani, Mas Juliana Mukhtaruddin & Mohd Baharudin Othman. (2004). Globalisasi Dalam Perspektif : Isu dan Cabaran. IBS Buku Sdn. Bhd. Selangor. Mohd Taib Osman. (2004). Globalisasi, Patriotisme dan Isu-isu Kemasyarakatan. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Lukman Z. Mohamad & Azmi Abdul Manaf (2003). Globalisasi di Malaysia. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.. Kuala Lumpur.

16