Anda di halaman 1dari 4

2.2.

LATAR BELAKANG PERKAHWINAN KAUM CINA Latar belakang perkahwinan kaum Cina meliputi perkahwinan tradisional dan perkahwinan kaum Cina yang seperti yang berikut : 2.2.1. Latar Belakang Perkahwinan Tradisional Kaum Cina Masyarakat Cina merupakan masyarakat minoriti di Malaysia. Kemunculan masyarakat Cina membawa perubahan besar kepada negara sejak awal abad ke19 sehingga kini. Seperti masyarakat lain iaitu Melayu dan India, masyarakat Cina turut mempunyai budaya tersendiri yang unik dan diamalkan sejak zaman nenek moyang mereka yang berpegang kuat pada pegangan Confuciuosnisme. Secara teorinya adat yang di amalkan oleh masyarakat Cina di Malaysia berasal dari negara China. Antara budaya yang diamalkan salah satunya adalah adat dan pantang larang dalam perkahwinan. Persekitaran dan alam sekitar mempengaruhi kehidupan mereka dan menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Perkahwinan kaum Cina telah menjadi adat resam sejak 402 S.M. dan sebelum zaman moden, golongan wanita dikatakan tidak berhak memilih pasangannya dan pasangannya akan dipilih oleh ibu bapa mereka. Perkahwinan yang dijalankan adalah berdasarkan pembiakan dan menjaga nama baik keluarga. Mengikut adat tradisional orang Cina, anak lelaki sulung perlu dikahwinkan dengan segera apabila mendapat jodoh. Hal yang demikian kerana jika perkahwinan lambat diadakan ia akan menimbulkan kemudaratan kepada diri dan keluarga mereka dan dianggap sebagai memalukan.

Menurut masyarakat Cina, perkahwinan merupakan titik tolak berlakunya perubahan dalam kehidupan mereka. Mereka yang melangsungkan perkahwinan akan memasuki alam rumah tangga bersama pasangannya. Sesuatu perkahwinan yang akan berlangsung dalam masyarakat Cina akan dirancang dan diatur terlebih dahulu sebelum majlis perkahwinan dijalankan. Menurut kepercayaan mereka, pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan perlu mengikut aturan adat yang diamalkan oleh mereka dan andainya salah satu pihak mengingkari perkahwinan yang akan dijalankan ia dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat ini iaitu eksplisit yang mana perkahwinan yang dijalankan melalui ibu bapa atau orang yengah (moingin) dan implisit yang mana perkahwinan yang dijalankan melalui pasangan masingmasing dan mereka diberi kebebasan untuk memilih pasangan. Selain itu juga, kaum Cina juga mengamalkan enam upacara amal yang dikenali sebagai tiga aksara dan enam etiket iaitu pinangan, pembandingan hari jadi, harga pengantin

perempuan, penyampaian hadiah perkahwinan, pemilihan hari perkahwinan dan upacara perkahwinan.

Mengikut adat tradisi yang telah diamalkan, pengantin lelaki akan ke rumah pengantin perempuan dan hadiah perkahwinan akan dihantar oleh pihak lelaki ke rumah pihak perempuan dan sebagai pertukaran pihak perempuan akan menghantar hadiah kepada pihak lelaki. Selain itu, pengantin lelaki akan dibawa ke tempat pemujaan nenek moyang mereka sebagai tanda hormat sebelum berjumpa dengan pengantin perempuan. Di sini juga mereka akan bertukar cincin dan menunjukkan upacara telah selesai dan pasangan pengantin sudah menjadi pasangan yang sah sebagai suami isteri. Selain itu, pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan duduk bersanding bersamasama di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas selesai upacara persandingan, keduadua pengantin akan bertemu ahli keluarga masingmasing dan mereka akan bersuai kenal antara satu sama lain dan memohon restu. Dalam majlis perkahwinan itu juga, akan diadakan upacara minum teh bersamasama dan dianggap sebagai tradisi dan adat untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga yang baru dibina. Pasangan pengantin akan memberikan teh kepada saudara mara pihak lelaki secara tanda jalinan mesra. Pada sebelah malam pula jamuan makan secara besarbesaran akan diadakan dan dimeriahkan oleh para tetamu serta ahli keluarga yang hadir. Tetamu yang datang bertandang akan membawa angpau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama juga, pasangan pengantin mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan saudara mara yang hadir. Sebagai bukti perkahwinan telah berlangsung, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.

2.2.2.

Latar Belakang Perkahwinan Moden Masyarakat Cina

Kini, masyarakat Cina diambang permodenan dan menyebabkan berlaku perubahan dalam adat dan pantang larang perkawinan. Namun, ratarata tidak banyak yang mengalami perubahan dan perubahan yang berlaku selari dengan perkembangan cara hidup dan kemajuan yang menyebabkan berlaku sedikit perubahan terhadap pengantin berbanding zaman dahulu dan sekarang. Kaum Cina tidak mempunyai sekatan umur untuk berkahwin dan bergantung kepada kesanggupan pasangan. Malahan, menjadi kebiasaan mereka untuk berkahwin pada

usia dewasa kerana mempersiapkan diri dan mengumpul wang untuk majlis perkahwinan yang akan dijalankan nanti.

Dalam adat perkahwinan moden perubahan yang dilakukan tidak banyak dan tidak begitu ketara, namun masih wujud perubahan iaitu melalui cara berpakaian yang dipakai oleh pasangan pengantin berbanding perkahwinan tradisional. Semasa majlis pertunangan dijalankan pula, keluarga belah lelaki akan memberikan hadiah besar kepada keluarga pihak perempuan sebagai mengiktirafan rasmi bahawa majlis perkahwinan diantara pasangan bakal pengantin akan dilangsungkan. Hadiah besar yang diberikan itu kebiasaannya berupa wang penanda yang dibalut bersama sampul merah dan barangbarang lain seperti teh, kek penambah kebahagiaan, sepasang binatang ternakan, manisan atau gula, arak serta tembakau. Malahan juga, wang yang diberikan juga berjumlah $99 atau $999 kerana dikaitkan dengan nombor Sembilan yang mana masyarakat Cina mempercayai akan wujudnya hubungan berpanjangan.

Di samping itu, kaum Cina tidak melalui kursus berkaitan hal ehwal perkahwinan seperti mana yang diamalkan oleh kaum Melayu tetapi mereka akan ke pejabat pendaftaran untuk mendaftarkan perkahwinan mereka. Bakal pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan yang dikenali sebagai Keat Foon dan Ching Su di hadapan beberapa orang saksi sebagai bukti perkahwinan mereka. Saksisaksi terdiri daripada kaum kerabat yang terdekat iaitu keluarga dan saudara mara. Selepas itu, barulah mereka akan membincangkan mengenai tarikh yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan berpandukan kalendar Cina dan mendapat persetujuan oleh sami. Dalam menentukan tarikh perkahwinan juga terdapat pantang larang yang harus dipatuhi seperti majlis perkahwinan tidak boleh dilangsungkan pada tarikh tertentu kerana dipercayai akan mengundang musibah kepada perkahwinan mereka. Bagi kaum Cina yang beragama Kristian terutamanya akan menjalankan perkahwinan secara sivil dengan mendaftarkan perkahwinan di gereja dan tidak mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi. Kesimpulannya, perubahan tradisi perkahwinan tidak mengalami perubahan yang ketara. Hal yang demikian menunjukkan masyarakat Cina masih berpegang teguh pada adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Oleh yang demikian membuktikan bahawa kaum Cina sangat mementingkan tradisi adat dan pantang larang dalam kehidupan mereka walaupun telah berlaku perubahan zaman.