Anda di halaman 1dari 5

Soalan BMM3101

OBJEKTIF
Penyataan yang tepat mengenai kemahiran menulis ialah... A. keupayaan murid membina ayat dan dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. B. aktiviti menulis perkataan dan membina ayat serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. C. keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. D. keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat serta dapat mengeluarkan pelbagai idea dalam pelbagai situasi.

SOALAN STRUKTUR 1

1.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan Kemahiran Bahasa yang disokong oleh peraturan dalam Sistem Bahasa dan elemen Pengisian Kurikulum.
a.

Senaraikan empat Kemahiran Bahasa yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. (4 markah)

Jawapan : Empat Kemahiran Bahasa yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ialah : 1) Mendengar

2) Bertutur 3) Membaca 4) Menulis

b. Nyatakan tiga aktiviti yang dapat dilaksanakan untuk mengajar kemahiran Mendengar dan Bertutur sebagaimana yang digariskan dalam Hasil Pembelajaran Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR. (6 markah) Jawapan : tiga aktiviti yang dapat dilaksanakan untuk mengajar kemahiran Mendengar dan Bertutur sebagaimana yang digariskan dalam Hasil Pembelajaran Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR. Aktiviti 1 : Kemahiran Mengecam dan Mengenal Bunyi Aktiviti: Mengenal bunyi-bunyi alam seperti bunyi hujan,guruh, ombak, tiupan angin, bunyi binatang, dan kenderaan. Aktiviti 2 : Kemahiran Membuat Inferens Aktiviti: Menerangkan sebab musabab kejadian sesuatu perkara. Misalnya menjelaskan mengapa seseorang itu malas? Aktiviti 3 Membuat penilaian

Aktiviti: Memberi pandangan atau pendapat tentang sesuatu perkara yang didengari atau dibincangkan SOALAN ESEI 1 Konsep '5P' adalah strategi pengajaran dan pembelajaran bersepadu Bahasa Melayu pada peringkat sekolah rendah. Konsep '5P' menekankan aspek penggabungjalinan, penyerapan, pemulihan, pengayaan, dan penilaian. Huraikan dengan jelas kelima-lima konsep yang dinyatakan di atas.

(20 markah) Jawapan Konsep 5P adalah singkatan bagi elemen penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Kelima lima elemen adalah sangat penting dan amat di tekankan penggunaannya di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Setiap elemen ini penting untuk membantu guru merangka strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang efektif dan menyeronokkan. Di dalam sukatan pengajaran Bahasa Melayu, konsep 5P digunakan bermula dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Ini adalah untuk memudahkan para guru di dalam melaksanakan tugas dan juga memastikan murid murid terus bertambah mahir dan sekaligus menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Penggabungjalinan adalah bertujuan untuk menbantu guru memastikan murid menguasai beberapa kemahiran secara serentak. Secara tidak langsung ini juga membolehkan guru untuk menjadikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran lebih menarik dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan. Melalui penggabungjalinan juga, guru boleh mewujudkan lebih banyak lagi aktiviti dan melibatkan lebih ramai pelajar. Penggabungjalinan di dalam Bahasa Melayu mempunyai pelbagai bentuk,antaranya adalah pengabungjalinan sekurang- kurangnya dua kemahiran bahasa melayu sendiri atau dengan kemahiran mata pelajaran yang lain. Contohnya adalah membaca kuat teks dan seterusnya menulis isi isi penting yang terkandung di dalam teks tersebut. Penyerapan pula adalah bertujuan untuk memenuhi elemen Pengisian Kurikulum di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan adalah proses di mana ilmu,nilai,kewarganegaraan,peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah di serapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bentuk penyerapan

adalah seperti penyerapan isi mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,penyerapan nilai nilai murni dan semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan dan yang terakhir sekali penyerapan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir,kemahiran belajar cara belajar,kajian masa depan,kemahiran teknologi dan komunikasi,kecerdasan pelbagai,konstruktivisme, dan kontekstual. Penyerapan di lakukan secara terancang oleh guru dan diserap oleh murid murid secara tidak langsung semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Contoh penyerapan adalah seperti semasa aktiviti membaca teks mengenai anatomi serangga , guru pasti akan meletakkan beberapa istilah sains ke dalam teks tersebut untuk di serapkan ke dalam minda pelajar. Pengayaan pula adalah merupakan aktiviti yang diberikan oleh guru kepada golongan murid yang mempunyai tahap kemampuan yang memuaskan dan telah menguasai kemahiran asas di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Aktiviti pengayaan boleh di lakukan sama ada di luar atau di dalam kelas. Aktiviti pengayaan juga mengandungi unsur unsur seperti meluaskan dan memperkukuhkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang sedang di pelajari. Aktiviti pengayaan adalah berbentuk bebas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperkembangkan minat,kreativiti,sikap ingin tahu,sikap berdikari,bakat kepimpinan serta melatih murid membuat keputusan untuk diri,masyarakat dan kumpulan. Contoh aktiviti pengayaan adalah murid di minta menulis sebuah cerita dengan menggunakan perkataan perkataan yang di sediakan. Pemulihan pula adalah merupakan aktiviti yang diberikan oleh guru kepada golongan murid yang mempunyai tahap kemampuan yang lemah dan lembab. Pemulihan lebih berfokus kepada proses membantu murid memperbaiki kelemahan mereka di dalam pembelajaran,khususnya di dalam subjek Bahasa Melayu. Oleh itu aktiviti yang boleh di lakukan di dalam pemulihan adalah sangat terbatas dan lebih khusus. Contoh aktiviti pemulihan adalah seperti mengisi tempat kosong di dalam petikan dengan menggunakan perkataan perkataan yang disediakan. Yang terakhir sekali adalah penilaian iaitu proses yang sistematik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang penting bagi menilai tahap pencapaian dan prestasi murid. Ianya juga bertujuan untuk melihat sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran yang di rancang guru tercapai. Penilaian juga di anggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran kerana penilaian boleh dilakukan oleh seseorang guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan maklumat perkembangan prestasi dan pencapaian murid sentiasa dapat di pantau,penilaian haruslah di lakukan secara berterusan.

Terdapat 2 bentuk penilaian yang boleh dijalankan oleh guru iaitu penilaian secara formatif dan sumatif. Hasil dapatan daripada penilaian tersebut guru boleh memastikan jenis tindakan susulan sama ada memberi aktiviti pemulihan atau pengayaan kepada pelajar bersesuaian berpandukan keputusan penilaian pelajar tersebut.

Anda mungkin juga menyukai