Anda di halaman 1dari 10

SULIT*

Nama: ........................................................................................ Tingkatan: ................................

942/2
GEOGRAFI KERTAS 2
(Dua jam)

STPM 2013

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PURUN TRIANG, PAHANG PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 2

SKEMA JAWAPAN

Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA

SULIT*

2 BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL [40 markah]

Jawab semua soalan. 1 (a) Terangkan dua daya yang mempengaruhi pergerakan angin. (i). Daya cerun tekanan mengerakkan angin dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah. (ii). Daya koriolis daya pesongan akibat putaran bumi yang membias angin ke kanan di hemisfera utara dan ke kiri di hemisfera selatan. (iii). Daya geseran dengan permukaan bumi permukaan yang kasap mempunyai daya geseran yang tinggi. (Pilih mana-mana dua jawapan) [4] (b) Terangkan dua proses pergerakan udara dalam edaran umum atmosfera. (i). Pergerakan angin secara mendatar sistem angin timuran dan sistem angin baratan. (ii). Pergerakan arus udara secara menegak dalam bentuk sel udara, iaitu Sel Hadley (sel langsung), Sel Ferrel (sel tak langsung) dan Sel Kutub (sel langsung) [4] (c) Jelaskan proses kejadian monsun timur laut di benua Asia. Kejadian monsun timur berlaku semasa solstis musim sejuk. Bahagian tengah benua Asia mengalami musim sejuk mewujudkan pusat tekanan tinggi. Benua Australia yang mengalami musim panas mewujudkan pusat tekanan rendah. Angin bertiup keluar dari pusat tekanan tinggi di bahagian tengah benua Asia ke pusat tekanan rendah di benua Australia sebagai monsun timur laut. [3] (d) Huraikan dua kesan monsun timur laut terhadap sektor ekonomi primer di Malaysia. (i). Pertanian penanaman padi tidak dapat dijalankan kerana banjir. (ii). Perikanan nelayan tidak dapat menjalankan aktiviti kerana laut bergelora. (iii). Pembalakan terganggu kerana hujan dan banjir menyukarkan kerja penebangan dang mangangkut balak. (iv). Perlombongan terjejas kerana hujan lebat dan kejadian tanah runtuh mudah berlaku. [ 4 ] STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA

SULIT*

Jawab sama ada soalan 2 atau soalan 3. 2 (a) Terangkan konsep kesan rumah hijau. Kesan rumah hijau merujuk kepada pemanasan atmosfera bumi disebabkan oleh kehadiran gas-gas rumah hijau (karbon dioksida, CFC, sulfur dioksida, nitrogen oksida, metana) yang menghalang dan memerangkap bahangan bumi daripada terbebas keluar dari atmosfera bumi. (b) Jelaskan punca penipisan dan kebocoran lapisan ozon. Punca penipisan lapisan ozon: B1 Industri. B2 Penggunaan alat penyembur aerosol. B3 aktviti pertanian. B4 pembakaran bahan api fosil. B5 peningkatan jumlah kenderaan bermotor. B6 ujian nuklear dan letupan nuklear. B7 pembakaran terbuka hutan dan sisa domestik. (pilih mana-mana 5 x 2m = 10m) (c) Huraikan impak perubahan iklim terhadap alam sekitar fizikal. Impak perubahan iklim terhadap alam sekitar fizikal; C1 kemarau. C2 peningkatan suhu. C3 peningkatan fenomena cuaca melampau. C4 peningkatan kejadian taufan/siklon tropika. C5 banjir. C6 kemusnahan habitat. (6 x 2m = 12m) [12] [10] [3]

STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA

SULIT*

4 [3]

3 (a) Terangkan maksud alir lintang atmosfera. Alir lintang atmosfera bermaksud proses pergerakan ai dalam bentuk wap air dan titisan halus (awan) secara mendatar/melintang di atmosfera kerana tiupan angin. (b) Jelaskan peranan tumbuhan mempengaruhi kitaran hidrologi. Peranan tumbuhan mempengaruhi kitaran hidrologi; B1 pemintasan/cegatan silara. B2 aliran batang. B3 proses perpeluhan. B4 proses resapan/infiltrasi. B5 mengurangkan larian air permukaan. B6 menggalakkan simpanan air tanah. (pilih mana-mana 5 x 2m = 10m) (c) Huraikan bagaimana kurangan air memberi kesan terhadap alam sekitar fizikal. Cara kurangan air memberi kesan terhadap alam sekitar fizikal; C1 peningkatan luluhawa fizikal. C2 gangguan kitaran air. C3 gangguan ekosistem. C4 kebakaran hutan mudah berlaku. C5 kepupusan spesies. C6 kelembapan udara sangat rendah (udara kering). C7 pencemaran udara mudah berlaku. (pilih mana-mana 6 x 2m = 12m)

[10]

[12]

STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA

SULIT*

5 BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA [40 markah]

Jawab semua soalan. 4 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan industri desa? Industri desa merupakan industri yang dijalankan secara kecil-kecilan di kawasan luar bandar atau kampung. Industri jenis ini banyak terdapat di kawasan luar bandar terutamanya di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Contoh industri desa seperti membuat kain songket, barangan perak dan lain-lain barangan kraf. Ia juga dikenali sebagai industri belakang rumah. [2] (b) Nyatakan dua masalah yang dihadapi oleh Industri Kecil dan Sederhana (IKS). (i). (ii). (iii). (iv). (v). Masalah kekurangan modal dan modal kecil atau tiada modal. Masalah teknologi rendah dan terhad. Pengeluaran dan mutu berkurangan kerana tiada persaingan. Pergantungan kepada buruh keluarga atau ahli keluarga. Kelemahan dari segi pengurusan dan pemasaran barangan. (pilih mana-mana 2 x 1m) [2]

(c) Berikan tiga jenis kegiatan industri berat di Malaysia pada masa ini. (i). (ii). (iii). (iv). Industri besi dan keluli Teluk Kalong. Industri simen di Ipoh. Industri automobil di Shah Alam, Kulim, Gurun, Pekan dan Proton City. Industri kertas di Pagoh, Olak Lempit, Bukit Rambai dan Sandakan. (pilih mana-mana 3 x 1m) [3] (d) Apakah yang dimaksudkan dengan ketersampaian yang tinggi? Ketersampaian yang tinggi ialah tahap boleh untuk sampai atau mudah untuk mengunjungi suatu tempat atau kawasan destinasi dengan cepat atau segera. Ini bergantung atau kerana terdapat pelbagai pilihan pengangkutan serta cepat, moden, laju dan maju. Halangan fizikal di atasi dengan teknologi moden manakala jarak yang jauh di atasi dengan kelajuan yang tinggi. [2]

STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA

SULIT*

(e) Nyatakan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan pesat pengangkutan jalan raya di Malaysia. (i). Pertambahan penduduk dan peningkatan taraf hidup pengguna kenderaan meningkat dan kerap untuk bergerak dan berurus niaga. (ii). Perkembangan ekonomi yang pesat perkilangan dan kawasan perladangan banyak menggunakan kenderaan untuk mengangkat hasil. (iii). Dasar kerajaan pembinaan lebuh raya, jalan raya sebagai penggerak pembangunan ekonomi kawasan kurang maju atau kawasan pedalaman yang berpotensi. [3] (f) Senaraikan tiga rangkaian lebuh raya ekspres utama di Semenanjung Malaysia. (i). (ii). (iii). (iv). (v). (vi). (vii). Lebuhraya Damansara Puchong Lebuhraya Sungai Besi Lebuhraya Ekspres Shah Alam Lebuhraya Ekspres Lembah Kelang Lebuhraya Utara Selatan Lebuhraya Timur Barat Lebuhraya Pantai Timur (pilih mana-mana 3 x 1m) [3]

STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA

SULIT* Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6

5 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan bioteknologi dalam pertanian? Maksud teknologi atau kaedah moden atau program yang melibatkan penggunaan kaedah biologi seperti mikroorganisma atau tumbuhan yang juga dipanggil kejuruteraan genetik. 1M Tujuan menyelesaikan masalah sektor pertanian atau menghasilkan produk pertanian yang mendatangkan keuntungan besar kepada manusia atau hasil yang berlipat kali ganda serta merubah dan memperluaskan nilai penciptaan dalam sektor pertanian. 2M Kaedah dua kaedah iaitu pengklonan dan kacukan hibrid. Penklonan ialah proses menghasilkan baka haiwan ternakan atau benih tanaman daripada tisu yang sama kandungan genetiknya dengan induk bertujuan menghasilkan jumlah haiwan atau tanaman dengan lebih banyak. Kacukan atau hibrid pula ialah proses memindahkan genetik secara semula jadi daripada dua organisma yang sama untuk menghasilkan benih baka yang baharu melalui transgenetik. 2M

[5]

(b) Jelaskan langkah-langkah yang dijalankan untuk meningkatkan produktiviti pertanian di Malaysia. Isi Penggunaan benih yang bermutu. Huraian Benih mempunyai tempoh matang yang singkat. Mempunyai daya tahan rintang terhadap penyakit. Produktiviti yang tinggi. Contoh benih Padi Sri Malaysia. Fosfat dan urea. Meningkatkan hasil tanaman dengan berlipat ganda sebab kesuburan tanah bertambah. Membina rancangan pengairan seperti di MADA dan KADA. Penggunaan sistem tali air berupaya meningkatkan pengeluaran. Mempercepatkan aktiviti penanaman dan penuaian serta ladang. Agensi R&D dalam penanaman padi. MARDI. Memberi kredit (pinjaman modal) AGROBANK. Modul dan siri penerangan Jabatan Pertanian. Menyediakan prasarana ladang, jentera. Menganjur pameran dan perluasan pasaran.

[10]

Penggunaan baja kimia.

Memperbaiki sistem saliran

Penggunaan jentera moden. Penyelidikan dan pembangunan. (R&D) Bantuan modal dan khidmat nasihat.

Peranan kerajaan.

STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA

SULIT* Memperluaskan kaedah bioteknologi.

8 Mewujudkan transformasi tanaman menggunakan kaedah transgenetik. (pilih mana-mana 5 x 2m = 10m) [10]

(c) Huraikan kesan negatif pembangunan pertanian moden terhadap alam sekitar fizikal di Malaysia. Kesan Perubahan pandang darat.

Peningkatan kadar hakisan.

Pencemaran sumber air.

Pencemaran udara.

Kemusnahan ekosistem hutan.

Peningkatan suhu setempat.

Huraian Landskap hutan berubah dan terdedah. Gondol pada peringkat awal pembukaan kawasan baru serta penanaman semula. Hutan bertukar menjadi landskap tanaman atau kawasan ladang getah dan kelapa sawit. Pembinaan teres di cerun-cerun bukit untuk penanaman kelapa sawit dan getah boleh menyebabkan lereng dan butir tanah longgar. Hakisan permukaan mudah berlaku ketika hujan melalui tindakan larian air permukaan. Penggunaan baja kimia dan racun serangga perosak mencemarkan sumber air seperti sungai, tasik, kolam termasuk sumber air tanih. Menjejaskan ekosistem akuatik. Pembakaran terbuka sisa-sisa pertanian seperti pelepah kelapa sawit dan jerami padi membebaskan asap dan gas beracun. Menyebabkan berlaku kejadian jerebu. Penebangan dan pembersihan hutan untuk pembukaan ladang menjejaskan ekosistem. Memusnahkan kepelbagaian biologi, habitat dan rantaian makanan hidupan liar. Kemusnahan hutan menyebabkan pancaran cahaya matahari terus sampai ke permukaan bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Suhu juga meningkat kerana udara semakin kering akibat kekurangan wap air kerana proses perpeluhan tumbuhan berkurangan. (pilih mana-mana 5 x 2m = 10m)

STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA

SULIT*

9 [5]

6 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kerjasama ekonomi serantau?

Satu pakatan kerjasama antara negara yang sepakat dan bersetuju untuk bekerjasama dalam beberapa bidang tertentu atau khusus untuk memenuhi keperluan atau kepentingan bersama. 2M Menguntungkan semua negara berdasarkan prinsip atau situasi menang-menang (win-wn situation) yang menjadi asas kerjasama. 1M Bidang kerjasama kerjasama politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan. 1M Contoh Kesatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). 1M (b) Jelaskan mengapa kerjasama ekonomi serantau penting kepada sesebuah negara. Kepentingan Mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi. [10]

Huraian Kuasa pakatan yang utuh boleh mengurangkan tekanan atau monopoli. Elak kebergantungan kepada sesebuah negara-negara maju dan syarikat multinasinal. Mewujudkan pasaran Pasaran menjadi besar dan luas. bersama. Skala pengeluaran boleh dipertingkatkan. KDNK masing-masing akan meningkat. Meningkatkan daya Dapat menghasilkan produk yang lebih berkualiti. saing. Harga yang berpatutan apabila wujud persaingan. Keperluan tenaga buruh. Perkongsian kepakaran, buruh yang ramai dan murah membantu proses pembangunan negara. Contohnya Malaysia mendapatkan bekalan tenaga buruh dari Indonesia untuk memenuhi keperluan tenaga buruh dalam sektor perladangan dan pembinaan. Meningkatkan pelaburan Kemasukan pelaburan asing (syarikat multinasional) modal ke dalam negara. meningkatkan modal negara. Merancak perkembangan ekonomi sesebuah negara dengan menceburi pelbagai aktiviti ekonomi. Memenuhi keperluan Bahan mentah boleh didapati dengan banyak dan bahan mentah. pelbagai jenis serta diperoleh dengan mudah dan berterusan. Perkongsian dalam penerokaan sumber. Perkongsian dan Negara yang mempunyai kemajuan teknologi pemindahan teknologi. berkongsi dengan negara-negara yang daif untuk kembangkan ekonomi. (pilih mana-mana 5 x 2m = 10m)

STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA

SULIT*

10

(c) Huraikan masalah yang dihadapi oleh negara-negara dalam menjalinkan kerjasama serantau Masalah Perbezaan ekonomi atau jurang ekonomi. Konflik politik wilayah dalam negara-negara anggota. Persaingan antara kepentingan negara dan kepentingan serantau Pencemaran merentasi sempadan.

[10]

Keselamatan serantau.

Huraian Ada negara yang maju, membangun dan mundur. Negara maju sentiasa mengambil kesempatan. Perbalahan etnik di Myanmar dan tuntutan wilayah autonomi di Mindanao, Filipina dan Wilayah Selatan, Negara Thai. Politik tidak stabil menjejas kemasukan pelabur. Mengutamakan kepentingan negara melebihi kepentingan jiran serantau. Menjejaskan kerjasama. Kebakaran hutan di Kalimantan atau Sumatera, Indonesia sehingga menyebabkan berlakunya jerebu di Malaysia. Tumpahan minyak di Selat Melaka meyebabkan berlaku pencemaran laut. Kawasan strategik yang menjadi rebutan antara negara-negara anggota atau kuasa besar dunia. Contoh Kepulauan Spratly menjadi rebutan antara Vietnam, Filipina, China dan Malaysia. (5 x 2m = 10m)

STPM 942/2 UNTUK PANDUAN PEMERIKSA