Anda di halaman 1dari 3

Jurnal Praktikum Minggu Ketiga SJK ( C ) Chin Hwa Minggu 3 (15/4/2013-19/4/2013) Masalah yang dihadapi Dalam minggun ini,

masalah yang saya hadapi ialah murid-murid tidak menghantar buku latihan atau lembaran kerja yang saya edarkan terutamanya murid tahun 5 dan tahun 6. Masalah ini timbul pada minggu ketiga. Analisis Masalah Saya terpaksa menyiasat punca-punca masalah murid daripada sebilangan kecil murid-murid di dalam kelas. Setiap kali saya hendak mereka menghantar buku latihan,beberapa murid tersebut pasti tidak menghantarkannya. Mereka akan berbuat demikian adalah sentiasa bermain,bercakap atau tidak memberi perhatian sepanjang masa pengajaran saya. Saya telah membuat andaian bahawa murid-murid ini malas membuat kerja rumah. Saya cuba menganalisis kepercayaan dan andaian saya berkaitan dengan masalah ini. Selepas refleksi,saya berasa murid-murid dari kumpulan ini tidak mempunyai motivasi untuk membuat kerja rumah dan menyebabkan mereka tidak hantar buku latihan. Tindakan ini juga mengganggu rakan lain yang ingin membuat kerja sekolah. Apabila ditanya tentang masalah yang dihadapi untuk menyiapkan kerja yang diberi, murid-murid akan mendiamkan diri dan cuba mencari alasan, pelbagai alasan yang sama sering diberi untuk melarikan diri. Antara alasan yang diberikan seperti letih, sibuk, tidak larat, dan pelbagai alasan yang tidak logik

Cadangan Sistem kawalan sosial mengkehendakkan tentang ganjaran dan dendaan.

Penyelesaian masalah ini dilakukan dengan mengenalpasti murid -murid yang sering tidak membuat latihan dan kerja rumah. Saya akan menyenaraikan nama murid yang

bermasalah ini dengan bergerak ke setiap kumpulan untuk mengenalpasti nama mereka. Teguran dan amaran lisan akan dikenakan dahulu. Sekiranya murid-murid masih leka, saya akan menyuruh mereka datang ke hadapan saya dan membuat latihan tersebut di hadapan saya. Ini membolehkan saya memerhatikan kerja mereka dan murid-murid itu akan membuat lembaran kerja supaya dapat balik ke tempat masing-masing. Selain itu, untuk mengelakkan murid-murid tidak menghantar kerja rumah, saya ingin mencadangkan bahawa saya akan menolak markah dalam pungutan markah bagi setiap kumpulan.Setiap kali saya akan menolak satu markah bagi seorang yang tidak menghantar buku latihan dalam ahli kumpulan masing-masing. Markah yang ditolak yang menyebabkan mereka kalah dalam pertandingan pungutan markah. Hanya satu kumpulan yang memungut markah yang tertinggi akan mendapatkan hadiah. Saya ingin memotivasikan mereka agar menghantar buku latihan dan mengurangkan penolakan markah bagi kumpulan mereka. Cadangan-cadangan ini perlu dikaji dengan teliti melalui tinjauan supaya tindakan yang diambil lebih mantap dan bermanfaat.

Tempoh Penyelesaian Saya akan menyelesaikan masalah dalam minggun ini. (22/4/2013-26/4/2014) Tindakan Susulan Tindakan yang akan saya ambil ialah mencata nama murid tersebut dan tolak markah dalam kumpulan. Selain itu, saya juga akan memberi amaran kepadanya Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasi dan diambil perhatian oleh semua pihak, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Murid-murid juga harus diberi kesedaran oleh guru tentang kelemahan diri mereka. Guru perlu sabar dan sanggup berusaha keras untuk mempertingkatkan prestasi murid melalui pantauan berterusan terhadap latihan dan kerja rumah murid.

Kesimpulan/Refleksi Secara kesimpulannya, masalah latihan dan kerja rumah murid ini bukanlah menjadi isu besar yang menjadi masalah utama saya untuk menjalankan sesi P&P sapa. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk mengatasinya.

Anda mungkin juga menyukai