Anda di halaman 1dari 8

KRM3043 : ASAS PENGURUSAN DATA

TAJUK : BAHAGIAN A TUGASAN 2 (a) Aktiviti Pengajaran

KUMPULAN : GROUP UPSI 07

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA MOHD ZAINI BIN MAT SALLEH

NO. ID D20102043682

NO. TELEFON 012 - 6505409

NAMA PENSYARAH TARIKH SERAH

: :

DR. SAZELLI BIN AB GHANI 28 OKTOBER 2012

Isi Kandungan
Muka Surat 1. 2. 3. Aktiviti Pengajaran Lembaran Kerja Kesukaran Dalam Pengajaran 3-6 7 8

Aktiviti Rancangan Pengajaran Harian: 1. 2. 3. 4. Matapelajaran: Matematik Bidang Topik Kelas : : : Pengendalian Data Carta Palang 4 Brilliant

5.

Objektif Pembelajaran: Murid-murid diajar untuk menyusun dan mentafsir data daripada jadual dan carta.

7.

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat membina graf palang daripada set data yang diberi.

KBKK: Membuat inferens dan interpretasi, membanding beza (graf palang dan jadual), membuat kategori, menerangkan sebab, menentukan sumber yang dipercayai, menganalisis, Pengetahuan Sedia Ada Murid telah diajar mengenai cara membaca graf palang di dalam topik pengendalian data sebelum ini. Penerapan nilai: Kerjasama, berusaha, jujur Set Induksi ( 5 minit ) 1. 2. Murid ditanya mengenai jenama kereta yang dimiliki oleh keluarga mereka. Murid menyatakan beberapa jenis jenama kereta yang dimiliki oleh keluarga seperti, Perodua, Proton, Toyota, Nissan, Honda dan Ford 3. 4. Murid diminta mencari berapa bilangan jenama yang dimiliki setiap setiap keluarga. Guru mengaitkannya dengan topik iaitu pengendalian data dan menyatakan bahawa data boleh dikumpul dan dijelaskan dengan lebih mudah dengan menggunakan jadual atau graf palang

Langkah satu (10 minit)- Perbincangan menggunakan slaid powerpoint (Lampiran) 1. Guru bersoal jawab dan menggunakan slaid powerpoint bagi menunjukkan contoh jadual data kepada murid-murid. Guru menyatakan set data tersebut boleh ditafsir dengan lebih mudah jika menggunakan graf palang seperti contoh di bawah. Contoh soalan digunakan untuk bersoaljawab adalah seperti berikut : a. Apakah nama tajuk bagi graf berikut b. Apakah skala yang sesuai untuk graf dibawah c. Apakah nama paksi menegak dan paksi melintang

Jadual : bilangan buku yang dijual

Graf Palang Menegak

2. Guru berbincang dan bersoal jawab bersama murid-murid mengenai graf palang tersebut dari segi kekerapan, julat, nilai minimum dan maksimum bagi data tersebut. 3. Murid dipamerkan lagi satu contoh graf palang berbentuk mengufuk . Guru menyatakan bahawa graf palang juga boleh ditunjukkan dalam bentuk melintang atau mengufuk. Guru dan murid-murid bersoal jawab dengan murid-murid mengenai maklumat di dalam graf tersebut dari segi tajuk graf, item-item data, kekerapan sesuatu item, julat yang digunakan,nilai maksimum, nilai maksimum jumlah pelajar yang terlibat dan sebagainya.

4.

Dengan menggunakan slaid powerpoint guru bersoaljawab tentang langkah-langkah yang perlu diingat semasa membina carta palang. 4

Langkah 2 :(15 minit) Pengagihan Tugasan Projek Berkumpulan

1.

Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan perlu mempunyai seorang ketua yang dilantik di kalangan ahli kumpulan sendiri..

2.

Guru memanggil ketua kumpulan datang ke hadapan dan mengambil satu sampul surat, dua keping kad manila, 5 helai kertas warna, 2 batang pen marker, hitam dan merah dan gam.

3.

Guru menjelaskan murid-murid bahawa mereka akan diberikan satu aktiviti tugasan projek secara berkumpulan. Murid-murid perlu membina graf palang berdasarkan data yang diberikan dalam jadual. Data adalah seperti berikut

Berikut adalah bilangan pasang kasut yang dijual dalam sebuah kedai kasut. Wakilkan maklumat berikut di dalam bentuk carta palang.
Hari Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Bilangan Pasang Kasut yang dijual 100 75 85 95 80

4.

Murid menyiakan graf palang berdasarkan data yang diberi menggunakan bahan yang disediakan dengan dibimbing oleh guru.

Langkah 3( 10 minit)- Perbentangan kumpulan 1. 2. 3. 4. Guru meminta murid duduk di dalam kumpulan masing-masing. Guru meminta wakil murid ke hadapan untuk memberitahu hasil yang didapati. Guru berbincang adakah terdapat perbezaan dalam graf yang dibina. Guru memberikan persoalan tentang perbezaan graf palang antara kumpulan yang berlainan.Contoh soalan perbincangan adalah a. b. c. Mengapakah graf palang kamu berbeza Mengapakah ketinggian graf kamu tidak sama. Bagaimanakah kamu menentuka skala graf kamu

Langkah 4 ( 10 minit ) -Penilaian

1. 2.

Murid-murid diedarkan lembaran kerja(Lampiran 1) Murid-murid diberikan masa untuk menyelesaikan soalan tersebut. 2 orang pelajar Diminta oleh guru untuk menunjukkan graf palang yang dibina di papan hitam.

3.

Penyemakan bersama guru dan pelajar.

Penutup ( 5 minit )

1.

Guru membimbing pelajar membuat rumusan berkaitan apa yang telah dipelajari pada hari tersebut.

2.

Guru memurnikan lagi rumusan yang dibuat oleh pelajar dan menegaskan semula caracara membina graf palang berdasarkan data yang diberi.

Lampiran 1 Lembaran Kerja Bina carta bar mencancang dalam ruangan yang disediakan berdasarkan data yang diberikan,
Jenis Rumah Rumah Teres Rumah Flat Banglo Bilangan Rumah 40 20 10

Bilangan Rumah Di Taman Suria

Kesukaran Dalam Pengajaram

Kesukaran yang dihadapi oleh murid semasa melukis graf palang adalah sewaktu menentukan skala pada paksi. Sesetengah menggunakan skala yang besar ini akan menghasilkan palang atau bar yang terlalu tinggi. Terdapat juga dalam kalangan murid yang menggunakan julat skala yang terlalu kecil dan menghasilkan graf bar yang rendah. Ini akan menghasilkan graf yang tidak sama. Keadaan ini akan mengelirukan murid-murid. Murid sering kali terkeliru antara saiz palang pada graf dan nilai yang ditunjukkan pada palang. Murid sering kali menganggap bahawa palang graf yang tinggi mempunyai nilai yang besar.

Cara mengatasinya Bagi mengatasi masalah ini murid perlu dibimbing untuk membuat untuk membina graf palang yang mempunyai skala sesuai. Murid perlu melihat nilai yang paling tinggi dan yang paling rendah sebelum membuat skala pada paksi. Ini adalah untuk mengelakkan muridmurid menghasilkan graf yang tidak sesuai dang mengelirukan. Penerangan juga perlu diberi tentang nilai pada skala yang menentukan kuantiti yang diwakili oleh palang dalam graf, bukannya saiz palang. Guru perlu membuat banding beza antara skala graf yang sesuai atau tidak sesuai.

Anda mungkin juga menyukai