Anda di halaman 1dari 3

CONTOH JAWAPAN ESEI

SEJARAH TINGKATAN 4: Soalan: Ciri-ciri kehidupan masyarakat jahiliah [10 markah] JAWAPAN: (Masyarakat Arab jahiliah mengamalkan perbuatan menipu, merompak )dan (meminum arak). (Seorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk dianggap sebagai lelaki sejati). (Kedudukan wanita yang amat rendah ) (sehingga tidak layak untuk mewarisi harta ibu bapa mereka). (Ada juga di kalangan mereka yang menanam bayi perempuan hidup-hidup sebaik sahaja dilahirkan.) ( Seorang lelaki juga dibenarkan untuk berkahwin dengan sebanyak mana wanita yang diingini sekali.) ( Kegiatan merompak juga merupakan kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap masyarakat Arab jahiliah.) (Mereka sering merompak kafilah yang lalu di padang pasir.) ( Perniagaan golongan Arab jahiliah juga berasaskan riba ) (dan penindasan. ) (Golongan yang kaya sering menindas golongan yang miskin.) (Masyarakat Arab jahiliah juga mempunyai kepercayaan yang berlainan iaitu wathani, samawi, ) (menyembah berhala dan kepercayaan. ) (Terdapat segelintir daripada masyarakat Arab jahiliah yang mengamalkan kepercayaan agama Hanif tetapi kebanyakannya telah melupakan ajaran tersebut atau mencampurkan amalan tersebut dengan amalan jahiliah mereka).( Masyarakat Arab jahiliah juga hidup secara berkelompok yang dikenali sebagai sistem kabilah.)(Sistem kabilah telah menyebabkan wujudnya perasaan kesukuan) ( yang melampau dalam diri setiap anggota yang dikenali sebagai semangat assabiah.)( Sistem kabilah dipimpin oleh seorang ketua yang dipanggil syeikh).( Seorang syeikh yang dilantik haruslah merupakan seorang yang dipanggil berani, pandai berpidato) (dan disukai ramai.) ( Masyarakat Arab jahiliah juga suka berperang walaupun atas sebab yang kecil.) Sebagai contoh peperangan al-Basus adalah disebabkan oleh perkara kecil tetapi telah memakan masa 40 tahun. ( )= Menunjukkan isi. 21 Isi = markah maksima 10 m

Ciri-Ciri Masyarakat Arab Jahiliah


Soalan Percubaan SPM 2008, SBP Huraikan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah di Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam. [12 markah] F1 mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral H1a seperti berjudi, berzina dan minum arak F2 seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk H2a menunjukkan mereka tidak sempurna sebagai lelaki F3 kedudukan wanita dalam masyarakat adalah rendah H3a wanita tidak dapat mewarisi harta pusaka F4 menanam bayi perempuan hidup-hidup sejurus dilahirkan H4a anak perempuan dianggap menjatuhkan maruah F5 dalam persoalan perkahwinan H5a tiada peraturan khusus H5b lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya F6 aktiviti perniagaan berasaskan riba dan penindasan H6a mementingkan keuntungan dan kekayaan F7 kegiatan merompak/merampas barangan daripada kabilah di padang pasir H7a merompak merupakan kewajipan H7b yang harus dilakukan oleh individu dalam setiap kabilah F8 eksplotasi golongan kaya terhadap golongan miskin H8a merupakan amalan biasa dilakukan oleh golongan berada F9 terdapat empat bentuk kepercayaan agama H9a agama Watani/menyembah berhala, animisme/memuja alam seperti pokok H9b agama Samawi/Kristain dan Yahudi H9c kepercayaan menilik nasib dan mempercayai oh orang mati menjadi burung F10 sebilangannya menganut agama Hanif, tetapi telah melupakan ajaran ini secara beransur-ansur H10a mencampuradukkan ajaran agama Hanif dengan amalan tradisi masyarakat F11 mengamalkan Sistem Kabilah H11a cara hidup berpuak-puak dan berkelompok H11b ahlinya daripada suku tertentu H11c mereka tinggal dalam sebuah kawasan

F12 setiap kabilah mempunyai identiti H12a mempunyai peraturannya sendiri H12b ahli kabilah amat taksub/fanatik terhadap kabilah F13 sesuatu kabilah diketuai seorang syeikh H13a menjadi lambang perpaduan kaum H13b pelantikan syeikh berdasarkan syarat-syarat tertentu H13c bakal syeikh mestilah disukai ramai H13d dilantik atas persetujuan ramai H13e berfikran matang/berani/matang/gagah/pandai berpidato F14 kemunculan semangat assabiah/semangat kesukuan H14a sanggup menuntut bela demi mempertahankan diri dan kabilah mereka H14b peperangan antara kabilah sering berlaku atas sebab-sebab yang kecil H14c peperangan al-Basus antara Bani Taghlib dan Bani Bakar H14d memakan masa selama 40 tahun [mana-mana 12 x 1m = 12m]