Anda di halaman 1dari 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS PERLIS TEORI SENDIRI YANG DIHASILKAN (Dibina berdasarkan catatan refleksi minggu/jurnal

refleksi)

NAMA TEORI SENDIRI : Kami Budak Baik PENERANGAN tentang teori sendiri: Teori yang saya hasilkan ini merupakan peneguhan positif dalam memotivasikan murid yang diajar dan mencapai kawalan kelas yang baik. Saya berpendapat bahawa teori ini mampu untuk memotivasikan murid di samping mencapai kawalan kelas yang lebih berkesan. Teori ini diilhamkan daripada siri animasi Jepun, Naruto. Teori yang dihasilkan ini berlandaskan peneguhan positif iaitu guru memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan sekali gus sebagai galakkan untuk mengekalkan perlakuan baik itu. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah seperti memberikan kata-kata pujian selepas murid melakukan sesuatu kerja atau dapat menjawab soalan. Teori ini berkait rapat dengan peneguhan positif kerana setiap murid yang tampil ke hadapan bagi melakukan teknik, kemahiran dan sebagainya akan diraikan oleh guru dan rakan-rakan. Teknik ini bermula dengan guru menyebut Kami! dan murid samasama menyahut Budak Baik! Terdapat beberapa implikasi yang boleh dilihat melalui penggunaan teori ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengekalkan dan mengukuhkan kemahiran, teknik mahupun tingkah laku apabila peneguhan positif diberikan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala.

Anda mungkin juga menyukai