Anda di halaman 1dari 11

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MEMBUNDAR NOMBOR MELALUI LAGU BUNDAR DAN MODEL NAIK TURUN BUKIT (NTB).

ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran membundar nombor di kalangan murid-murid Tahun 5 Bijak. Seramai 23 orang murid Tahun 5 Bijak dan seorang guru penyelidik terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian, dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang mahir dalam membundar nombor. Kekeliruan murid dalam menjawab soalan yang diberikan menyebabkan murid-murid mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan yang diberikan. Suatu perancangan tindakan telah dibuat bagi meningkatkan tahap pemahaman murid tentang membundar nombor. Maklumat daripada pemerhatian dan temubual menunjukkan terdapat peningkatan dari segi minat , sikap dan pencapaian murid dalam tajuk ini. Setelah kajian tindakan dilaksanakan, keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi murid. Secara keseluruhannya kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam meningkatkan kemahiran membundar nombor. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU. Pada tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik Tahun 5 Bijak. Murid di dalam kelas ini terdiri daripada 3 peringkat iaitu murid bijak, sederhana dan lemah. Memandangkan murid-murid tersebut telah berada di tahun 5 saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan menjalankan latihan membundar secara lisan bertujuan untuk menguji pengetahuna sedia ada mereka tentang kemahiran ini yang telah mereka pelajari di tahun 4. Tetapi apa yang saya dapati mereka agak lemah tentang kemahiran ini. Hanya 7 orang murid sahaja yang dapat menjawab dengan betul . Daripada temubual secara tidak formal saya , saya dapati mereka tidak memahami konsep membundar -1-

yang sebenarnya kerana kaedah yang digunakan oleh guru sebelum ini membosankan murid-murid dan sebagai seorang guru saya akan cuba untuk menangani masalah ini. Saya berharap sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan mengubah cara atau strategi pengajaran dan pembelajaran kearah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada murid-murid serta merealisasikan kata-kata bahawa Mathematics is fun and easy. 2.0 FOKUS KAJIAN

Kumpulan sasaran saya secara amnya merupakan 23 orang murid di Tahun 5 Bijak, Setiap kali soalan berkaitan dengan kemahiran ini diajukan kepada mereka mereka kelihatan tidak yakin untuk menjawab soalan dan ramai di antara mereka yang menjawab soalan secara teragak-agak. Kemahiran membundar adalah kemahiran yang penting dalam matematik. Sekiranya kemahiran ini tedak dapat dikuasai oleh murid dengan baik, maka mereka akan menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan ujian mahupun peperiksaan , terutama sekali di dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di dalam Kertas 1 (Objektif) dan Kertas 2 (Subjektif).

-2-

3.0

OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am Membantu meningkatkan kemahiran membundar nombor di kalangan 3.2 murid-murid Tahun 5 Bijak dengan cepat dan tepat.

Objektif Khusus 3.2.1 Murid dapat membundar nombor yang kurang daripada lima, sama dengan lima dan lebih daripada lima, 3.2.2 Murid dapat menjawab soalan membundar nombor secara lisan dan bertulis dengan cepat dan tepat. 3.2.3 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran matematik dan kemahiran membundar nombor. 3.2.4 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 23 orang murid Tahun 5 Bijak dan fokus saya lebih tertumpu kepada 8 orang murid yang terlalu lemah dalam kemahiran membundar nombor.

-3-

5.0 5.1

PERLAKSANAAN KAJIAN TINJAUAN MASALAH

5.1.1 Pemerhatian. Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan , soalan lisan dan ujian pra. 5.1.2 Ujian Pra Ujian Pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dalam kemahiran Membundar Nombor Bulat Hingga 1 000 000. Ujian Pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 8 soalan subjektif dan 2 soalan objektif. Murid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja dikertas soalan dan tempoh masa yang diberikan 15 minit. 5.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH

5.2.1 Pemerhatian Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran hanya 10 orang (43%) murid yang benar-benar menguasai kemahiran ini. Manakala 7 orang (30%) murid tidak mahir membundar nombor yang kurang daripada lima dan 6 orang murid (26%) murid keliru untuk membundarkan nombor dimana rumah nombor yang hendak dibundarkan sama dengan lima atau lebih daripada lima. Pada pendapat saya kaedah pemahaman menggunakan lagu dan carta merupakan jalan terbaik kepada murid-murid saya berbanding kaedah lain bagi membantu mereka mencapai gred yang baik dalam matematik.

-4-

5.2.2 Ujian Pra Jadual 1: Pencapaian Murid-murid Tahun 5 Bijak Dalam Ujian Pra. PENCAPAIAN 0-4 5-7 8-10 TAHAP LEMAH SEDERHANA BAIK FREKUENSI 8 1 14 PERATUS 35 % 4% 61 %

Jadual 1 menunjukkan 14 orang murid yang berjaya menjawab 8 hingga 10 soalan dengan betul di mana 8 orang murid telah berjaya menjawab semua soalan dengan betul, 3 orang menjawab 9 soalan dengan betul dan 3 orang orang berjaya menjawab 8 soalan dengan betul manakala 9 orang murid yang lain mendapat markah kurang daripada 8 iaitu mereka berada di dalam kategori sederhana dan lemah. Untuk itu tindakan segera perlu diambil bagi memastikan murid tidak tercicir daripada menguasai kemahiran yang boleh dianggap mudah ini, kerana jika kemahiran yang mudah seperti membundar nombor mereka tidak dapat kuasai , sudah tentu kemiran yang lebih sukar menimbulkan masalah berganda buat murid-murid ini.

-5-

5.3

TINDAKAN YANG DIJALANKAN 5.3.1 Aktiviti aktiviti yang dijalankan Sebanyak dua aktiviti yang telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran membundar dikalangan murid-murid kumpulan sasaran saya. 5.3.1 AKTIVITI 1 (Menggunakan lagu Bundar: ) Kanak-kanak begitu sinonim dengan muzik, oleh itu untuk meningkat tahap pemahaman murid terhadap kemahiran membundar nombor, murid akan ditayangkan video nyanyian bersama senikata lagu yang berkaitan dengan cara membundar nombor. Nyanyian ini boleh di dapati menggunakan muat turun dari internet ataupun menggunakan cd yang ada dijual secara dalam talian. Langkah-langkah yang akan digunakan oleh guru ialah: i. ii. iii. Guru memainkan video lagu yang bertajuk BUNDAR Guru membimbing murid menyanyi mengikut tempo lagu tersebut. Guru membimbing murid bagaimana cara menyelesaikan soalan bundar mengikut senikata lagu yang dinyanyikan oleh murid satu persatu. iv. v. Guru memberikan soalan dan meminta murid menyelesaikan soalan mengikut sepertimana senikata lagu tersebut. Ujian secara lisan diberikan dan setiap orang murid diminta untuk menjawab

-6-

5.3.1.1Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian guru murid-murid ini mula menunjukkan minat kerana mereka belajar sambil mendengar muzik. Mereka merasa seronok dan terhibur kerana lagu yang dimainkan menarik dan mudah untuk diingat senikatanya. Mereka juga dapat menjawab soalan yang diberikan dengan secara lisan dengan cepat dan tepat. Tetapi walaubagaimanpun terdapat 5 orang murid yang masih sukar untuk mengaitkan soalan bundar dengan lirik lagu yang mereka nyanyikan sehinggakan mereka tidak dapat menjawab soalan yang diberikan, 5.3.2 AKTIVITI 2 (Naik Turun Bukit) i. Dengan menggunakan model bukit bersama motorsikal mainan, guru menunjuk cara kepada murid bagaimana cara membundar menggunakan model yang disediakan oleh guru dihadapan kelas. ii. iii. Guru memberikan soalan dan meminta murid menggerakkan model kenderaan mengikut rumah nombor yang paling hampir Murid diminta agar membuat pemerhatian adakah model kenderaan tersebut menuruni bukit (bergerak kehadapan) ataupun bergerak ke belakang. Jika kenderaan bergerak ke hadapan murid perlu tambah 1 nilai ditempat yang hendak dibundarkan sebaliknya jika model kenderaan tersebut bergerak ke belakang tidak perlu menambah sebarang nombor. iv. Ujian secara lisan diberikan.

5.3.2.1 Pemerhatian Didapati apabila guru menggunakan model bukit dan kenderaan mainan mereka semakin memahami kemahiran ini, sehinggakan semua murid dapat menjawab soalan lisan dengan cepat dan betul ini menandakan bahawa mereka memang benar-benar telah faham dengan kemahiran ini.

-7-

5.4

REFLEKSI KAJIAN

5.4.1 Penilaian Pencapaian Murid. Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos, didapati kajian tindakan yang dijalankan ini telah memberikan impak yang cukup baik dalam membantu murid-murid meningkatkan kemahiran membundar nombor. Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan murid-murid dalam ujian pos. Jadual 2: Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pra dan Ujian Pos UJIAN PRA BIL % 8 35% 1 4% 14 61% UJIAN POS BIL % 0 0% 0 0% 23 100 %

PENCAPAIAN 0-4 5-7 8-10

TAHAP LEMAH SEDERHANA BAIK

5.4.2

Refleksi Keseluruhan,

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat , kedua-dua aktiviti yang telah dijalankan mendapat sambutan yang baik daripada murid murid tahun 5 Bijak. Saya rasa bersyukur kerana kajian tindakan yang saya jalankan ini telah berjaya membantu murid-murid meningkatkan kemahiran membundar. Apa bila murid-murid berjaya menjawab soalan dengan cepat dan tepat ia secara tidak langsung dapat membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri murid-murid. Secara tidak langsung ianya dapat menimbulkan minat murid terhadap mata pelajaran

-8-

matematik dan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa Mathematics is fun and easy

6.0

Cadangan untuk kajian seterusnya.

Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan amat memberangsangkan minat murid-murid, maka saya bercadang untuk mengaplikasikan kajian tindakan ini kepada kumpulan sasaran yang lain disekolah saya untuk membantu mereka meningkatkan kemahiran membundar nombor.

-9-

BIBILIOGRAFI Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 5, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur Liew Su Tim & Leow Soo Kar (2010) Matematik Tahun 5, Dewan Bahasa dan Pustaka & Edusystem Sdn, Bhd. Maznihah Md. Jaafar, (2006) Modul Kajian Tindakan bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur. http://www.youtube.com/watch?v=UZ1e3uGzWuE

- 10 -

ISI KANDUNGAN 1. Abstrak 2. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 3. Fokus Kajian 4. Objektif Kajian 5. Kumpulan Sasaran 6. Perlaksanaan Kajian 7. Tinjauan Masalah 8. Analisa Tinjauan Masalah 9.Tindakan Yang Dijalankan 10.Refleksi Kajian 11.Cadangan Kajian Seterusnya 13.Bibiliografi 14. Lampiran

MUKA SURAT 1 1 2 3 3 4 4 4 6 8 9 10 11

- 11 -