Anda di halaman 1dari 10

PENYAMAN UDARA Kesan haba dalam penyejukan dan penyamanan udara.

Penyejukan Proses pemindahan haba dari satu tempat ke satu tempat yang lain tanpa mendatangkan bahaya kepada alam sekeliling dan kehidupan. penyejatan pemindahan haba

Aplikasi penyejukan Penyejukan domestik, penyejukan kormesial, penyejukan industri, merin dan pengangkutan serta penyamanan udara industri. Penyamanan Udara Satu proses pendinginan udara yang melibatkan keselesaan dan kebersihan dalam ruang yang diperlukan. Bukan sahaj untuk pendinginan, tetapi ia meliputi pemanasan, mengawal suhu, mengawal kelembapan, pembersihan dan pengagihan udara tempat yang dinyamankan. Kepentingan penyamanan udara secara umum 1. Menghalang bunyi bising dan kawalan persekitaran 2. Menghalang habuk dan kotoran 3. Mengeluarkan haba untuk keselesaan 4. Mendapatkan pengudaraan yang cukup

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Amali Penyaman Udara Mengetahui sistem di dalam penyeman udara dalam proses pengawalan dan perawatan bagi semua kandungan udara untuk ruang atau tempat-tempat tertutup. Amali penyaman udara memperkenalkan tentang perawatan yang melibatkan suhu, kelembapan, pembaharuan udara, kebersihan dan pengagihan udara tersebut bagi mencapai keperluan dan fungsi tertentu sesuatu ruang serta pengenalan kepada sistem penyaman udara. Amali bertujuan memperkenalkan komponen-komponen yang terdapt dalam sistem penyaman udara. Langkah keselamatan 1. Memakai pakian yang sesuai ( baju bengkel ) 2. Elakkan gas terbebas ke ruang udara dalam bengkel. 3. Memastikan tiada kebocoran pada paip gas. 4. Alatan dalam keadaan selamat dan baik. 5. Sebelum menggunakan tolok pancarongga, pastikan dalam keadaan tutup. Kitaran Penyejukan Asas

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Pengenalan kepada komponen penyejukan PEMAMPAT

Disebut juga sebagai jantung pada sistem penyejukan kerana pemampat mengepam bahan pendingin ke seluruh sistem seperti jantung mengepam darah ke seluruh badan. Fungsi pemempat : Menyenggara perbezaan tekanan di antara bahagian tekanan tinggi dan bahagian tekanan rendah pada sistem. Dua perkara akan berlaku semasa proses ini. (i) Suhu dan tekanan di pemeluwap akan naik membolehkan proses penyingkiran haba belaku. Haba ini diserap oleh air atau air sekeliling yang bertindak sebagai bahan media pendingin. (ii) Suhu dan tekanan di penyejat menjadi rendah dan ini membolehkan bahan pendiingin mendidih dan menyerap haba dalam peti sejuk atau sekelilingnya. Jenis-jenis Pemampat : i. ii. Pemampat salingan Pemampat putar

http://tangkapgambar.blogspot.com/

iii. iv.

Pemampat empar Pemampat skru.

PEMELUWAP

Pemeluwap pada siste pendingin ialah alat untuk menyingkirkan haba daripada wap bahan pendingin yang diserap di penyejat. Haba daripada wap bahan pendingin yang panas akan mengalir menerusi dinding pemeluwap kepada bahantara pemeluwapan. Hasilnya ialah wap panas bahan pendingin akan kehilangan haba kepada bahantara pemeluwapan, wap bahan pendingin menjadi dingin dan terpeluwap kepada keadaan cecair. Bahantara yang digunakan untuk menyingkir haba daripada pemeluwap ialah udara, air atau gabungan air dan udara. 3 jenis pemeluwap : 1. Sejuk udara 2. Sejuk air 3. Tersejat

http://tangkapgambar.blogspot.com/

PENYEJAT

Penyejat adalah alat atau komponen yang terletak di bahagian tekanan rendah di antara pemampat dan alat pemeteran. Fungsinya adalah untuk menyerap haba dan menyingkirkannya di pemeluwap. Jenis-jenis penyejat : 2 jenis penyejat : - Jenis pengembangan terus atau kering - Jenis Banjir. 5 bentuk penyejat : i. ii. iii. iv. v. Jenis para atau rak Jenis kelompang- peti sejuk Jenis dinding pendingin beku Jenis tiub bersirap dengan kipas sistem tanpa fros Jenis kelompang dan tiub pendingin air.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

PERANTI PEMETERAN

Peranti pemeteran berfungsi untuk mengawal pengaliran bahan pendingin sebelum masuk ke penyejat. Ini membolehkan, pengawalan kuantiti bahan pendingin yang melalui sistem penyejukan dikawal.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Komponen lain dalam sistem penyaman udara

1. Tolok Pancarongga Fungsi : Saluran bagi memasukkan gas ke dalam pemampat dalam sistem penyaman udara. Terdapat penunjuk tolok bagi memastikan tekanan gas yang dimasukkan betul. Merah (tekanan tinggi), Kuning ( neutral ), & Biru ( tekanan rendah buang gas- Perlahan bagi mengelakkan minyak terkeluar.

2. Gegelung sejuk Fungsi : Berlaku fros jika gas tkanan tidak cukup. Menunjukkan tahap gas yang dimasukkan mencukupi sehinnga tekanan antara 60 psi ke 70 psi.

3. Penunjuk aliran gas Fungsi : memastikan gas dalam sistem penyaman udara berjalan dengan baik. Ia juga memastikan kandungan gas terdapat dalam sistem penyaman udara.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Pengisian semula gas ke dalam tabung gas penyeman udara.

1. Saluran tolok pancarongga gas dipasang pada lubang masukan untuk mengisi semula gas ke dalam tabung gas penyeman udara. 2. Sambungan dipastikan dalamkeadaan baik bagi mengelakkan kebocoran gas. 3. Gas dimasukkan, tolok menunjukkan ahmpir ke 30 psi, gas dimasukkan sehinnga tekanan pada tolok pancarongga menunjukkan tekanan antara 65 psi ke 75 psi. 4. Pam vakum digunakan untuk membuang gas yang terkandung di dalam pemampat. 5. Gas dimasukkan semula ke dalam pemampat untuk penyaman udara berfungsi dalam keadaan baik 6. Minyak untuk penyaman udara dimasukkan. KESIMPULAN http://tangkapgambar.blogspot.com/

Dalam amali penyaman udara ini, pelajar dapat mengetahui mengenai sistem penyaman udara. Setiap komponen yang terdapat dalam sistem penyaman udara dapat diketahui rupanya dan fungsi bagi setiap komponen tersebut. Pelajar dapat mengenali Pemampat, Pemeluwap, Penyejat dan Peranti Pemeteran dan fungsi setiap satu komponen tersebut. Faktor kenapa sistem penyaman udara diperlukan adalah kerana : Keselesaan Prestasi kerja dan bahan pengeluaran Kesihatan Peralatan. Simbol status

Kitaran asas Penyaman Udara Terdapat 2 kitaran utama yang merupakan kitaran asas penyaman udara iaitu : 1. Kitaran penyejukan 2. Kitaran udara Kedua-dua proses kitaran inin bertujuan untuk mengalihkan haba dari ruang yang didinginkan ke udara luar. Pemilihan sistem Penyaman Udara 1. Kegunaan dan fungsi bangunan 2. Susunatur dan perancangan bangunan 3. Had kos pembelian sistem dan penyenggaraan 4. Kecekapan memberi perkhidmatan 5. Fleksibiliti yang diperlukan 6. Ekonomi ruang.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Credit to

Nama MUSTAFA BIN ZAKARIA MOHD KAMIL B. MAT DERIS AZIZAH BT BESAR HASNISHAM BIN KHALIP MOHAZIL BIN MOHAMED MOHD NIZAM BIN SUBANI NUR AKHMAR BTE MOHD AZHAR

Kursus 3SPJ 2SPA 3SPJ 3SPJ 4SPJ 4SPJ 4SPJ

Matrik AP050499 AP050400 AP050358 AP050371 AP040362 AP040468 AP040386

http://tangkapgambar.blogspot.com/