Anda di halaman 1dari 7

Unit 1 Pengenalan Matematik Asas |1

UNIT PELAJARAN 1

PENGENALAN MATEMATIK ASAS

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Mentakrifkan set, lanjutan sistem nombor nyata, logaritma, surd, geometri koordinat, trigonometri, vektor dan nombor kompleks. 2. Menyenaraikan pengetahuan kandungan pedagogi untuk tajuk set, lanjutan sistem nombor nyata, logaritma, surd, trigonometri, vektor dan nombor kompleks. 3. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan tajuk set, lanjutan sistem nombor nyata, logaritma, surd, geometri koordinat, trigonometri, vektor dan nombor kompleks. geometri koordinat,

Matematik Asas |2

PENGENALAN

atematik asas merupakan satu bidang yang penting dalam matematik. Ini kerana ia merupakan asas kepada bidang matematik yang lain dan ia juga penting dalam kehidupan seharian. Pengetahuan tentang Matematik Asas dapat membantu

pelajar mengendalikan aktiviti seharian mereka. Skop bidang pembelajaran ini merangkumi tajuk set, sistem nombor nyata, indeks, logaritma & surd, geometri koordinat, trigonometri, vektor dan nombor kompleks. Tajuk yang akan dibincangkan ialah mengenai:

Set Sistem Nombor Nyata Indeks Logaritma & Surd Geometri Koordinat Trigonometri Vektor Nombor Kompleks

Tajuk ini meliputi idea intuitif konsep matematik tentang Matematik Asas. Matematik Asas memainkan peranan yang sangat penting sebagai asas dalam bidang matematik yang lain dan juga dalam hidupan harian. Amalan kemahiran matematik ini digunakan dalam sains dan kehidupan seharian. Matematik Asas adalah satu daripada tajuk yang menarik dalam kurikulum matematik sekolah. Oleh itu, murid perlu belajar konsep dan proses yang berkaitan dengan Matematik Asas melalui penglibatan aktif daripada situasi pelbagai amalan.

Unit 1 Pengenalan Matematik Asas |3

Set Dalam unit ini, perbincangan adalah mengenai tata tanda dalam set. Selain itu, bagaimana untuk melukis gambar rajah Venn berdasarkan maklumat yang diberi juga diperkenalkan. Penekanan kepada takrifan mengenai istilah seperti kesamaan dua set, set semesta, set kosong, set terhingga dan set terbilangkan serta menentukan bilangan unsur dalam sesuatu set turut ditekankan. Seterusnya, terdapat beberapa operasi dalam topik ini yang dibincangkan seperti persilangan, kesatuan, beza antara dua set dan pelengkap. Dalam topik ini juga turut diperkenalkan beberapa hukum aljabar seperti tukar tertib, sekutuan, taburan, identiti, songsangan. Akhir sekali, dalam topik ini kefahaman mengenai takrif hasil darab Cartesan untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan set dan hasil darab set turut diperkenalkan.

Sistem Nombor Nyata Dalam topik ini pelajar diberi pendedahan mengenai set Nombor Tabii Integer , Nombor Bulat W,

, Nombor Nisbah Q, Nombor Tak Nisbah H dan Nombor Nyata R serta perkaitan

diantaranya. Selain itu, murid juga diajar bagaimana untuk melakar garis nombor dan mencari set nilai yang tertakrif bagi sesuatu ketaksamaan. Penekanan kepada takrifan mengenai nilai mutlak dan mencari nilai mutlak turut dibincangkan. Terdapat beberapa operasi asas untuk nombor nyata seperti tutupan, aksiom kesamaan, aksiom nombor nyata. Dalam topik ini, murid turut didedahkan dengan membeza dan memahami ketaksamaan. Akhir sekali, beberapa teorem sifat ketaksamaan dan jenis-jenis selang, iaitu selang terbuka, selang tertutup, selang separuh terbuka dan selang separuh tertutup turut dibincangkan.

Matematik Asas |4

Indeks Dalam topik ini, perbincangan adalah mengenai indeks integer positif, indeks negatif dan mengenal pasti beberapa hukum Indeks. Selain itu, takrifan mengenai logaritma dan dua jenis logaritma iaitu logaritma asas 10 dan logaritma asas e turut diperkenalkan. Murid juga didedahkan dengan bagaimana untuk mengubah asas pada sesuatu logaritma dengan menggunakan rumus khas. Akhir sekali, menyelesaikan sesuatu persamaan logaritma dan persamaan indeks turut ditekankan.

Logaritma dan Surd Dalam topik ini, takrifan tentang logaritma dan mengenali dua jenis logaritma iaitu logaritma asas 10 dan logaritma asas e diperkenalkan. Selain itu, murid akan mempelajari tentang cara atau kaedah untuk mengubah asas pada sesuatu logaritma. Seterusnya, murid turut didedahkan bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu persamaan logaritma dan persamaan indeks. Akhir sekali, takrifan tentang surd dan beberapa operasi yang melibatkan surd seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian serta menisbahkan surd, menisbahkan pembilang dan penyebut dan menyelesaikan persamaan surd turut diperkenalkan.

Geometri Koordinat Dalam topik geometri koordinat, murid didedahkan dengan sistem koordinat Cartesian. Selain itu, dalam topik ini juga pelajar akan mempelajari bagaimana untuk menentukan jarak di antara dua titik, mencari titik tengah, mengira titik pembahagian dengan nisbah, mengira kecerunan garis, membina persamaan garis lurus dan menyelesaikan masalah yang melibatkan jarak terdekat titik

Unit 1 Pengenalan Matematik Asas |5

ke garis lurus, jarak antara dua garis lurus selari, persilangan garis lurus. Akhir sekali, murid turut diperkenalkan dengan rumus untuk mencari luas segi tiga dan segi empat.

Trigonometri I Dalam trigonometri I, murid didedahkan cara untuk mencari sudut dalam radian dan dalam darjah serta pertukaran daripada darjah ke radian dan sebaliknya. Selain itu, rumus mengenai panjang lengkok, luas tembereng dan luas sektor sesuatu bulatan turut diperkenalkan. Murid juga turut didedahkan dengan bagaimana untuk mencari nisbah trigonometri untuk sebarang sudut. Seterusnya, murid diajar untuk mengenal pasti nisbah trigonometri bagi sudut-sudut khas (mencari dengan menggunakan segitiga) dan sudut am, sudut sepadan, sudut positif dan negatif. Akhir sekali, bagaimana mencari fungsi salingan, nisbah trigonometri bagi sudut tirus dan sudut negative turut dibincangkan.

Trigonometri II Trigonometri II merupakan sambungan kepada trigonometri I. Dalam trigonometri II, perbincangan adalah merankumi tentang bagaimana untuk menyelesaikan persamaan Identiti trigonometri asas dan menyelesaikan persamaan triginometri serta membuktikan persamaan trigonometri. Selain itu, identiti trigonometri sudut majmuk, sudut gandaan dan sudut separuh turut diperkenalkan. Seterusnya, murid diajar bagaimana untuk menyelesaikan persamaan trigonometri. Akhir sekali, masalah tiga matra iaitu petua sinus, petua kosinus dan rumus luas segi tiga diperkenalkan kepada murid.

Matematik Asas |6

Vektor Dalam topik vektor, murid diperkenalkan dengan perwakilan vektor, magnitud vektor, vektor unit, vektor negatif, vektor sifar, vektor sama. Melakukan operasi vektor: pendaraban vektor dengan skalar, vektor selari, penambahan dan penolakan vektor juga turut diperkenalkan. Selain itu, murid turut diajar untuk mengenal pasti vektor dalam ruang berdimensi dua dan berdimensi tiga, vektor kedudukan, vektor unit arah paksi-x dan y, vektor dalam bentuk komponen, vektor unit dalam arah yang sama dengan sesuatu vektor. Akhir sekali, operasi hasil darab vektor seperti hasil darab skalar, hasil darab skalar bagi vektor dalam bentuk komponen, vektor yang berserenjang dan selari, hasil darab vektor, hasil darab vektor dalam bentuk komponen turut didedahkan.

Nombor Kompleks Dalam topik nombor kompleks, pelajar didedahkan tentang bagaimana untuk memahami dan membezakan antara nombor khayalan dan nombor kompleks. Selain itu, operasi seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian terhadap nombor kompleks turut diperkenalkan. Seterusnya, konjugat bagi nombor kompleks dan melakukan operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian (operasi yang melibatkan konjugat) juga dikenal pasti. Akhir sekali, menyelesaikan persamaan yang melibatkan nombor kompleks juga diperkenalkan kepada murid.

RUMUSAN
Konsep matematik hendaklah dibina melalui interaksi bersahaja di dalam suasana pembelajaran yang kaya dengan kepelbagaian dan bukannya terkongkong oleh arahan aktiviti guru yang terlalu

Unit 1 Pengenalan Matematik Asas |7

berstruktur. Proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya memberi peluang murid untuk membina dan memahami konsep dan proses mengenai asas matematik. Sebahagian daripada pengalaman mengenai konsep dan proses itu ialah perbendaharaan kata. Seterusnya kemahiran dalam setiap tajuk atau topik ini sangat penting untuk digunakan dalam bidang matematik yang lebih tinggi dan juga dalam semua aspek kehidupan seharian.

KATA KUNCI
Set, sistem nombor nyata, indeks, logaritma & surd, geometri koordinat, trigonometri, vektor dan nombor kompleks.

RUJUKAN
Marzita Puteh. 2010. Foundation Mathematics. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Marzita Puteh. 2002. Matematik PermulaanSiri 1. Kuala Lumpur: Prentice Hall. Marzita Puteh. 2002. Matematik Permulaan Siri 2. Kuala Lumpur: Prentice Hall. McGregor, C. 1994. Fundamentals of University Mathematics : Albion Publishing, Chichester.

Anda mungkin juga menyukai