Anda di halaman 1dari 12

contoh teks ucapan pengacara majlis motivasi

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU 2009.

MENGUMUMKAN KETIBAAN EN RAMBLI BIN HJ HASBI PENGETUA SMK DEMAK BARU KE DEWAN. BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA DARI JAUH TETAMU DATANG DATANG BERSAMA HARAPAN MENGUNUNG DEWAN PEN VIEW MENYAMBUT LADANG SEMOGA ANDA SEMUA MERASA DI SANJUNG. BUAT KETUPAT BERSAMA RENDANG JADI HIDANGAN DI WAKTU PETANG KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KE MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN. SERI MURNI HIASAN TAMU INDAH MEKAR TEPIAN MUARA HARI INI KITA BERTEMU MOGA KEKAL MENJALIN MESRA. SALAM BAHAGIA , SALAM HOMAT, DAN DIUCAPKAN SELAMAT DATANG KE MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU 2009. (zul) , YANG BERUSAHA EN RAMBLI BIN HJ HASBI,PENGETUA SMK DEMAK BARU YANG DIHORMATI PN MISIA BINTI HJ ZAIN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN EN MADZALAN ZAWAWI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, EN SELAMAT BIN MASUNII,PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM.. EN JAMAL SHUKURI BIN BOLHASSAN PENYELARAS PKBP KETUA-KETUA BIDANG,

GURU- GURU ,KAKITANGAN SMK DEMAK BARU. TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN IBU BAPA DAN PARA PELAJAR YG DIKASIHI SEKALIAN

DIPANJATKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN KE HADRAT ILAHI,LANTARAN DENGAN KEIZINAN DAN KEREDHAANNYA,KITA SAMA-SAMA DAPAT BERKUMPUL, DI DEWAN INI BAGI MENGIKUTI MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PKBP SMK DEMAK BARU 2009. BAGI JAWATANKUASA MAJLIS ANUGERAH MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN YANG BERUSAHA EN RAMBLI BIN HJ HASBI, PENGETUA SMK DEMAK BARU, DAN HADIRIN SEKALIAN KE MAJLIS YANG DIADAKAN PADA HARI INI.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU SEBAGAI PEMBUKA ACARA,MAJLIS MENJEMPUT TUAN-TUAN DAN PUANPUAN BERDIRI UNTUK BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN YANG TELAH BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU ITU TADI. BACAAN DOA HADIRIN YANG DIHORMATI, DENGAN NAMA ALLLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG DENGAN LIMPAH KURNIANYA, MARILAH BERSAMA-SAMA MEMOHON TAUFIK DAN HIDAYAH MEMOHON RESTU DARIPADA ILAHI TERHADAP USAHA MURNI YANG KITA LAKUKAN. UNTUK ITU, DIJEMPUT USTAZ SYED ABDILLAH BIN SYED KAMALDIN UNTUK MEMBACAKAN DOA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH KEPADA USTAZ SYED ABDILLAH BIN SYED KAMALDIN ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.

UCAPAN ALU-ALUAN PKBP DEMAK BARU AMAN SENTOSA MEMBENTUK INDIVIDU BEKERJAYA DAN BERDIKARI MISI UTAMA DENGAN TIADA MELENGAHKAN MASA KITA MULAKAN MAJLIS PERTAMA.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT EN JAMAL SHUKURI BIN BOLHASSAN,PENYELARAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN ALUALUAN.DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN. MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA EN JAMAL SYUKURI BIN BOLHASSAN ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI. UCAPAN ALUAN PEMBUKA ACARA SALAM DIBERI TETAMU DIMULIAKAN UCAPAN TUAN TERSIRAT MAKNA DALAM HATI TERSEMAT SETIA. UCAPAN PERASMIAN HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI, CEMPAKA SARI WARISAN SEJATI MENJADI KEBANGGAAN SEISI NEGERI UCAPAN PERASMI MEMANG DINANTI BERILMU TINGGI BIJAK BESTARI. MAJLIS DENGAN RASA BANGGA DAN PENUH HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA EN RAMBLI BIN HJ HASBI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU 2009. MAJLIS MEMPERSILAKAN. (Cgu ita) MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG BERUSAHA ,EN RAMBLI BIN HJ HASBI ATAS UCAPAN PERASMIAN SEBENTAR TADI. UCAPAN TUAN MENYERIKAN MAJLIS WARGA PENDIDIK TAMPAK CERIA KESUDIAN TUAN MERASMIKAN MAJLIS BANGGANYA KAMI TIDAK TERKIRA. KAIN PELIKAT PANJANG SEMBILAN TERSUSUN CORAK CANTIK WARNANYA TUAN PEMIMPIN DISEGANI WATAN KAMI MENUMPANG SINAR CAHAYANYA.

PERSEMBAHAN TARIAN. TERBANG BEBAS SI RAMA-RAMA TERATAI MEKAR DI TENGAH LEMBAH MENYUSUN LANGKAH SEMERDU IRAMA TARIAN JOGET PAHANG KINI DIPERSEMBAH

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, MEMBUKA TIRAI PERSEMBAHAN PADA HARI INI,MAJLIS MENJEMPUT PELAJAR PKBP DARI KELAS PKBP 7 UNTUK MEMPERSEMBAHKAN TARIAN JOGET PAHANG DI BAWAH PIMPINAN CIKGU ROHANA. APA KATA KITA TERBANG SEKETIKA KE NEGERI PAHANG DENGAN MENIKMATI TARIAN YANG AKAN DIPERSEMBAHKAN.DI PERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PARA PELAJAR ATAS PERSEMBAHAN TARIAN ITU TADI. ADALAH BUKAN MUDAH UNTUK MEMBENTUK PERIBADI,MENGUBAH KEBIASAAN TINGKAH LAKU, SETERUSNYA MENDIDIK ANAK-ANAK ISTIMEWA INI MENJADI INSAN YANG MAMPU BERGAUL DENGAN RAKAN-RAKAN MEREKA.APATAH LAGI UNTUK MENGUASAI PELBAGAI KEMAHIRAN.NAMUN BEGITU, USAHA TANPA JEMU PARA GURU DAN IBU BAPA SENDIRI TELAH MENAMPAKAN HASIL YANG BOLEH DIBANGGAKAN DAN TERUS DIPERKEMBANGKAN. UNTUK PENGETAHUAN HADIRIN, MEREKA TELAH BERLATIH TIDAK SAMPAI SEMINGGU DALAM PELBAGAI KEKANGAN MASA DAN HALANGAN PEPERIKSAAN.BEGITU JUGA DENGAN PERSEMBAHAN LAIN YANG BAKAL MENYUSUL SELEPAS INI, LIHATLAH KEISTIMEWAAN YANG KAMI PERSEMBAHKAN SEADANYA. WAJAH,GERAK GERI,TUTUR BICARA,SEMUA KEKURANGAN DAN SEMUA KELEBIHAN YANG DIMILIKIITULAH DIRI PKBP SEBENARNYA.

ENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN ,MAJLIS PADA

PAGI INI DITERUSKAN LAGI DENGAN ATURCARA PENYAMPAIAN ANUGERAH DAN SIJIL.DENGAN ITU MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM DAN SUKACITANYA MENJEMPUT EN RAMBLI BIN HJ HASBI DIIRINGI OLEH EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN UNTUK MENYAMPAIKAN ANUGERAH DAN SIJIL-SIJIL KEPADA PENERIMA. DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN. PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL-SIJIL DIMULAKAN DENGAN ( cgu ita) ANUGERAH KEHADIRAN TERBAIK SEPANJANG TAHUN. DIPERSILAKAN 1.NUR SYAZWANI BINTI MERAIS 2.MAXWELL AK APING 3.AWANG MUHD IZUDDIN BIN AWAG IMAN 4 AWANG AIZAT BIN AWANG IMAN. SETERUSNYA PADA TAHUN INI DIWUJUDKAN JUGA ANUGERAH PELAJAR PALING KEMAS. ANUGERAH INI DIBERIKAN KEPADA ADIK MOHD RAHMAT BIN SAADI DARI KELAS PKBP 6.

BERALIH PULA KE ANUGERAH PERCAPAIAN AKADEMIK TERBAIK. DIMULAI DENGAN KELAS PKBP 2. TEMPAT KETIGA DIMILIKI OLEH MAZLAN BIN JEMALI TEMPAT KEDUA-AZRI AZIMAH ROSLAN TEMPAT PERTAMA DIANA AMIRA BT RAJAIE SETERUSNYA PKBP 3. TEMPAT KETIGA JOCY LUWONG AK ULAK TEMPAT KEDUA- NOOOR RIZAL BIN BAHAR TEMPAT PERTAMA- AMIRUL AKMAL BIN ANUAR DARI KELAS PKBP 4 TEMPAT KETIGA- HAZIL FAZILI BIN KUSHAIRI TEMPAT KEDUA DEVI AP RATTANAM DAN TEMPAT PERTAMA MOHD ZUL ADLY MAJENI SETERUSNYA PKBP 5 TEMPAT KETIGA-R AFIDAH BINTI DAUD TEMPAT KEDUA SAPARINA BINTI DAUD DAN TEMPAT PERTAMA-MOHD RIZUAN BIN MADZHI

SETERUSNYA PKBP 6 TEMPAT KETIGA-AWANG AIZAT BIN AWANG MOHAMAD TEMPAT KEDUA MOHD RAHMAT BIN SAADI DAN TEMPAT PERTAMA-NUR FADHILAH BINTI ROSLI DAN TERAKHIR PKBP 7 TEMPAT KETIGA-MAXWELL AK APING TEMPAT KEDUA MOHD QAMARUL IZZAT BIN MOHD SANI DAN TEMPAT PERTAMA-MOHD ZULHILMI BIN MAJENI KITA SETERUSNYA KE PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT PERSEKOLAHAN. DIPERSILAKAN. 1.MAZLAN BIN JEMALI PKBP 2 2.MOHD RAHMAT SAADI PKBP 6 3.SITI NURATIKAH BT______________________ PKBP 4 4.AWANG AIZAT BIN AWANG MOHAMAD PKBP 6 5.SITI AISYAH BINTI ZAINAL ABIDIN PKBP 4 DAN MOHD SHAHIR BIN SHARKAWI PKBP 2.

ANUGERAH KOKURIKULUM

KITA KE ANUGERAH SETERUSNYA IAITU ANUGERAH PELAJAR TERBAIK KOKURIKULUM..PELAJAR INI DIPILIH PADA TAHUN INI KERANA BELIAU MERUPAKAN SEORANG PELAJAR YANG SANGAT AKTIF DAN SENTIASA MEWAKILI NEGERI SARAWAK DALAM PERTANDINGAN NASYID DAN TILAWAH PERINGKAT KEBANGSAAN ..SELAIN ITU BELIAU MERUPAKAN PEMENANG TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN BINTANG ISTIMEWA PERINGKAT NEGERI SARAWAK KATEGORI PKBP SEKOLAH MENENGAH. SETERUSNYA ANUGERAH TERBAIK KESELURUHAN.ANUGERAH INI DINILAI BUKAN SAHAJA DI BIDANG AKADEMIK TETAPI MERANGKUMI JUGA DI BIDANG KOKURIKULUM DAN SAH SIAH DIRI. DIPERSILAKAN ADIK MAXWELL AK APING NAIK KE ATAS PENTAS. UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEMUA ADIK MAXWELL SEORANG PELAJAR YANG SANGAT PEMALU DAN TIDAK ADA KEYAKINAN DIRI DI PERINGKAT AWAL, MEMPUNYAI MASALAH KELANCARAN MEMBACA TETAPI KINI DENGAN BERKAT KESUNGGUHAN BELIAU DAN GURU SERTA IBU BAPA BELIAU KINI MEMPUNYAI KEYAKINAN DIRI YANG TINGGI,SUDAH BOLEH MEMBACA DENGAN LANCAR DAN MUNUNJUKKAN PRESTASI YANG MEMBANGGAKAN DALAM PELAJARAN. DAN YANG SANGAT UTAMA TANYA LAH PADA SEMUA

GURU PKBP SUKAR MENCARI KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH BELIAU. SETERUSNYA PULA ANUGERAH KHAS JASAMU DIKENANG. ANUGERAH INI DIBERIKAN KEPADA NETTY EWANI BINTI HAZEMI . BELIAU SENTIASA MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU GURU-GURU APABILA DIPERLUKAN. DIPERSILAKAN NETTY EWANI BINTI HAZEMI KE PENTAS UNTUK MENERIMA ANUGERAH. HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, HADIAH BERIKUTNYA .ADALAH UNTUK GURU GANTI.DIPERSILAKAN CIK DAYANG AZIAH BINTI AZAHARI.CIK DAYANG AZIAH MENGGANTIKAN CIKGU KAMARIAH YANG CUTI BERSALIN PADA BULAN MEI YANG LEPAS. SETERUSNYA PULA, PN NORHUDA BINTI MOKHTAR KERANA AKAN BERPINDAH KE PULAU PINANG BERMULA I JAN TAHUN HADAPAN.KITA MENGUCAPKAN SELAMAT BERTUGAS KEPADA CIKGU NORHUDA. SEKARANG TIBALAH KE ANUGERAH YANG AGAK SURPRISE UNTUK GURU DAN IBU BAPA PKBP. ANUGERAH PERTAMA ANUGERAH PENGURUSAN KELAS TERBAIK DIPERSILAKAN_CIK KHATIJAH ZOLFELEY UNTUK MENERIMA HADIAH.. ANUGERAH IBU BAPA PRIHATIN DIBERIKAN KEPADA EN SAADI BIN_____________ DIPERSILAKAN.

TUAN-TUAN DAN PUAN PUAN HADIRIN SEKALIAN, PADA MAJLIS INI JUGA ,KITA JUGA MEMBERIKAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PENYUMBANG YANG HADIR PADA HARI INI, KERANA TURUT SAMA MEREALISASIKAN MAJLIS INI. TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN . DIPERSILAKAN 1.EN MARAIS BIN HAP 2.EN MOHD SANI BIN SABRAN 3.PN HUSNAWATI BINTI BOLKASIM KHAN 4.PN KASMINAWATI BOLKASIM KHAN 5. EN MOHD SHAHADAN BIN YAHYA

PENYAMPAIAN CENDERAMATA SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN KENANG-KENANGAN, MAJLIS

MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI, EN JAMAL SYUKURI BOLHASSAN PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERUSAHA EN RAMBLI BIN HJ HASBI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU. DIPERSILAKAN. MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA EN RAMBLI BIN HJ HASBI DIATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN SIJIL DAN HADIAH KEPADA PENERIMA.TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA YANG TELAH BERJAYA.

PERSEMBAHAN HADIRIN SEKALIAN ., SENI GUBAH INDAH BERMADAH JAMBANGAN BUNGA SEDIA HARUM RASMI SUDAH, PENGANUGERAHAN PUN SUDAH PERSEMBAHAN SETERUSNYA DAN CABUTAN BERTUAH SAHAJA KITA BELUM. KITA HANGATKAN KEMBALI PENTAS INI I DENGAN PERSEMBAHAN NYAYIAN DARIPADA AWANG MOHD IZUDDIN AWG IMAN YANG AKAN MENYAMPAIKAN LAGU BERJUDUL HANYA KAU YANG MAMPU.. DI BAWAH PIMPINAN PN KAMARIAH KUNGGI.UNTUK MAKLUMAN ADIK IZUDIN TELAH MEMENANGI NAIB JOHAN DALAM E PERTANDINGAN BINTANG ISTIMEWA 2009 PADA MINGGU PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SARAWAK YANG BERLANGSUNG PADA 16 DAN 17 OKTOBER 2009. SAMA-SAMA LAH KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN BELIAU.DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ADIK MOHD IZUDDIN ATAS PERSEMBAHAN NYAYIAN ITU TADI

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN, BAKAT ADA PADA SEMUA ANAK-ANAK ISTIMEWA KITA. CARILAH IA CUNGKILLAH IA KERANA IANYA TERSEMBUNYI.DAN BAKAT ITU MESTILAH DIGILAP UNTUK TERUS BERSINAR. KITA TELAH SAKSIKAN PERSEMBAHAN TARIAN,KITA JUGA TELAH PUN DIPERDENGARKAN DENGAN NYAYIAN DAN PERSEMBAHAN SETERUSNYA KITA KEMBALI KE ERA KEGEMILANGAN POP YEAH-YEAH.PERSEMBAHAN INI AKAN DIPERSEMBAHKAN OLEH PELAJAR DARI PKBP 2,3 DAN 4 DI BAWAH

PIMPINAN CIKGU KAMARIAH KUGGI. TERIMALAH..POP YEAH-YEAH. MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DI ATAS PERSEMBAHAN TARIAN POP YEAH-YEAH ITU TADI.SAYA TENGOK CIKGU JAMAL PENYELARAS KITA BUKAN MAIN LAGI KAKI BERGOYANG.AGAKNYA KENANGAN MENGUSIK JIWA GITU (cgu ita)

CABUTAN BERTUAH 1 HADIRIN SEKALIAN. SAAT YANG KITA TUNGGU-TUNGGU. KINI TIBALAH MASANYA KE ACARA CABUTAN BERTUAH YANG PERTAMA.UNTUK MEMBUAT CABUTAN BERTUAH SESI PERTAMA DIPERSILAKAN YANG DIHORMATI EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN UNTUK MEMBUAT CABUTAN DAN SETERUSNYA MENYAMPAIKAN HADIAH.. DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN. UNTUK MAKLUMAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, KITA AMAT BERTUAH KERANA PKBP SMK DEMAK BARU SENTIASA DIMURAHKAN REZEKI BEGITU JUGA DENGAN MAJLISPADA HARI INI. HADIAH HADIAH CABUTAN BERTUAH INI DI SUMBANGKAN OLEH IBU BAPA ,ORANG PERSEORANGAN DAN JUGA SYARIKAT PEMBEKAL PERALATAN.SWASTA.SEKALUNG UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MEMBERIKAN SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI. BUDI TUAN TAKKAN DILUPA KEKAL TERSEMAT DI SANUBARI PASTI DIKENANG SENTIASA SETIAP SUMBANGAN BAKTI DAN BUDI BAGAI TERUKIR DI ATAS BATU BAGAI TAKIK PADA KAYU. TERIMA KASIH DAUN KELADI TAHUN DEPAN SUMBANGLAH LAGI. JAMUAN MAKAN (zul) TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN HADIRIN YANG DIHORMATI. BUAH MANGGA SI BUAH RAMBUTAN DIHIDANG BERSAMA DI DALAM PINGGAN

HIDANGAN TERSAJI SUDAH MENUNGGU PARA JEMPUTAN HARAP SUDI,JANGAN MALU,DAN JANGAN SEGAN. JUADAH TELAH LAMA TERHIDANG ,TIBALAH MASANYA UNTUK KITA MENJAMU SELERA. MAJLIS MENGUCAPKAN SELAMAT MENJAMU SELERA. (cgu ita) HADIRIN YG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MAJLIS DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN PENTOMIN DARIPADA PELAJAR PKBP 7 DAN 5.. TERIMALAH ACAI-ACI BUKA PINTU. DEMIKIANLAH TADI SATU PERSEMBAHAN YANG MENARIK DARI PADA PELAJAR PKBP.

CABUTAN BERTUAH 2 (zul) ACARA DITERUSKAN LAGI DENGAN CABUTAN BERTUAH SESI KE-2.DENGAN INI MAJLS MENJEMPUT EN SELAMAT MASUNI PENOLONG KANAN KOKURIKULUM UNTUK MEMBUAT CABUTAN DAN SETERUSNYA MENYAMPAIKAN HADIAH.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN SELAMAT MASUNI .

KITA SERIKAN LAGI MAJLIS INI DENGAN PERSEMBAHAN.DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN. TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.

CABUTAN BERTUAH 3 (EN MADZALAN ZAWAWI ) ACARA DITERUSKAN LAGI DENGAN CABUTAN BERTUAH SESI KE-3.DENGAN INI MAJLS MENJEMPUT EN MADZALAN ZAWAWI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID UNTUK MEMBUAT CABUTAN DAN SETERUSNYA MENYAMPAIKAN HADIAH.DIPERSILAKAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN MADZALAN ZAWAWI.

PERSEMBAHAN PARA HADIRIN YANG DIHORMATI, KITA SAKSIKAN SATU LAGI PERSEMBAHAN NYAYIAN BERAMAI-RAMAI OLEH PELAJAR PKBP 6. MEMBAWAKAN LAGU BERJUDUL NAMUN KUPUNYA HATI .KITA HAYATI LUAHAN HATI ANAK-ANAK ISTIMEWA KITA MELALUI LAGU INI. DIPERSILAKAN .

PENUH SYAHDU DAN PENUH RASA SAYU.PADA ANAK-ANAK PELAJAR JANGAN SEDIH KERANA KETAHUAILAH MASIH ADA DAN TETAP ADA INSAN YANG MENYANYANGI ANDA TANPA BATASAN WAKTU DAN PENGAKHIRANNYA. CABUTAN BERTUAH 4 ( PN MISIA HJ ZAIN) ACARA DITERUSKAN LAGI DENGAN CABUTAN BERTUAH SESI KE-4.DENGAN INI MAJLS MENJEMPUT PN MISIA BINTI HJ ZAIN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN UNTUK MEMBUAT CABUTAN DAN SETERUSNYA MENYAMPAIKAN HADIAH.DIPERSILAKAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN MISIA BINTI HJ ZAIN.

PENUTUPAN /NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU HADIRIN ,HADIRAT SEKALIAN SEPERTI KATA ORANG LAMA, KALAU BERKAYUH DAH SAMPAI KE MUARA KALAU BERENANG DAH SAMPAI KE TEPIAN KALAU BERLARI DAH SAMPAI KE GARISAN KALAU BERJALAN DAH SAMPAI KE PENGHUJUNG.. DENGAN KATA-KATA INI MAKA.. SELESAI SUDAH MAJLIS KITA GURAU SENDA SEKADAR SAJA SILAP BICARA MAAF DIPINTA MOGA BERJUMPA DILAIN MASA MEWAKILI JAWATANKUASA PENGELOLA ,MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN SEANDAINYA ADA KEKURANGAN SERTA KELEMAHAN SEPANJANG MAJLIS INI BERLANGSUNG.

PENGHARGAAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA JUGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA SAMA ADA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MAJLIS INI.