Anda di halaman 1dari 29

BML 3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Tajuk: a. Fonetik dan fonologi bahasa Melayu b. Bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu c. Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu
Nama: NITO ANAK TONY No. Matrik: D20112055167 Nama Kumpulan: UPSI 36 SEMESTER 2 SESI 2012/2013 Program: AT 05J : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

PENSYARAH PUAN MARLINI BINTI IDRIS FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.. Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Puan Marlini Binti Idris kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya untuk membuat tugasan ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

Kandungan Bil 1 2 Pengenalan a. Fonetik dan fonologi bahasa Melayu * Definisi fonetik * Definisi fonologi * Jenis-jenis fonetik * Konsep fonetik dan fonologi dalam bahasa Melayu 3 b. Bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu * Maksud bunyi vokal * Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu * Vokal hadapan * Vokal tengah * Vokal belakang * Rajah cara penghasilan bunyi vokal * Maksud bunyi konsonan * Konsonan asli bahasa Melayu * Rajah cara penghasilan bunyi konsonan 4 c. Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu * Sejarah sistem ejaan Rumi bahasa Melayu * Abjad dan huruf * Sistem Keselarasan Huruf Vokal * Pola Keselarasan Huruf Vokal * Pola Kekecualian kepada Keselarasan Huruf Vokal * Penyesuaian huruf ejaan kata pinjaman 5 Kesimpulan 23 18 6 Perkara Muka surat 1 1

Pengenalan Semua manusia dianugerahkan kebolehan bercakap kecuali untuk golongan istimewa iaitu orang yang pekak dan bisu. Keupayaan bercakap untuk kita sebenarnya mengalami proses peringkat demi peringkat iaitu daripada bayi kepada kanak-kanak sehinggalah dewasa. Keupayaan seseorang bayi memperoleh bunyi adalah berbeza antara satu sama lain. Interaksi dengan orang di sekitar akan mempengaruhi pemerolehan bunyi bahasanya iaitu lebih banyak interaksi yang diakukan maka lebih cepat pemerolehan bahasa seseorang bayi itu. Perlu diingatkan bahawa ibu bapa mesti menggunakan perkataan yang tepat bunyinya. Kesilapan bayi membunyikan perkataan dengan betul merupakan perkara yang normal sebab ini berkaitan dengan sistem tuturnya. Sistem tutur ini menjadi lebih mudah apabila anak-anak menjangkau umur yang lebih dewasa. Pemerolehan bunyi bahasa ini dapat dikaji secara saintifik dikenali sebagai ilmu fonetik. Pada umumnya, apabila kita berbincang mengenai tatabahasa maka perkara yang selalu diberi perhatian ialah berkisar pada persoalan sintaksis iaitu masalah pembentukan ayat yang melibatkan persoalan struktur, aturan atau hukum-hukum jadian ayat dan bentuk-bentuk kata. Masalah bunyi bahasa atau fonologi dianggap satu perkara yang berasingan iaitu terpisah dan tidak ada hubungan khusus dengan persoalan tatabahasa. Sebenarnya hingga ke awal tahun tujuh puluhan, bidang bahasa tidak pernah dianggap suatu bidang yang berkaitan persoalan tatabahasa. Ilmu bunyi bahasa diterima umum semasa itu sebagai suatu bidang ilmu yang boleh dipelajari dan dikaji tanpa melibatkannya dengan persoalan tatabahasa. Perubahan berlaku apabila ahli-ahli bahasa mula menekankan konsep sistem dan organisasi bunyi-bunyi bahasa yang buat pertama kali diperkenalkan dalam bentuk teori formal oleh Chormsky dan Halle dalam buku mereka The Sound Pattern of English (1968). a. Fonetik dan fonologi bahasa Melayu.

Definisi Fonetik. Fonetik adalah bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa iaitu bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan simbol fonetik untuk masingmasing bunyi itu (Lufti Abas, 1971:3). Ringkasnya, fonetik merupakan kajian mengenai bunyibunyi ujar. Sebagai limu, fonetik berusaha mencari kebenaran umum dan memformulasikan hukum umum mengenai bunyi-bunyi itu dan pengucapannya. Manakala sebagai kemahiran, fonetik menggunakan data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah untuk membuat kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi sebutan itu (Samsuri, 1972:79). Menurut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) mendefinisikan fonetik sebagai ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Manakala Marsono dalam bukunya, Fonetik (1986:1) menyatakan fonetik sebagai ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi bunyi itu sebagai pembeza makna dalam sesuatu bahasa. Kemudian Abdullah Hassan (1993:40) mendefisikan fonetik sebagai fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya. Fonetik amnya ialah 1

pengkajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi. Mengikut Kamus Dewan (2005:354) mendefinisikan fonetik ialah ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Mengikut Nor Hashimah Jalaluddin (1998:2) menyatakan pemerolehan bunyi bahasa dapat dikaji secara saintifik iaitu kaedah bunyi bahasa dihasilkan ada penjelasan yang melatarinya. Ilmu khusus yang mengkaji penghasilan bunyi-bunyi bahasa ini disebut ilmu fonetik termasuk dalam bidang ilmu linguistik. Mengikut urutan kajian ilmu linguistik, ilmu fonetik menjadi ilmu pertama dikaji yang diikuti oleh fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Fonetik merupakan ilmu yang mengkaji cara bunyi bahasa dihasilkan dan memperlihatkan kaedah organ seperti paru-paru, larings, farings, rongga mulut dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa. Pengertian lain tentang bunyi bahasa yang dikaji dalam bidang fonetik adalah seperti berikut: (i) Dalam The World Book of Dictionary (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart, 1981:1566) mengatakan fonetik sebagai the body of speech sounds of any one language and their relation to one another. Menurut W. Bright (1982:194) dalam International Encyclopedia of Linguistics menghuraikan fonetik sebagai the study of the physical characteristics of human speech sounds. Mengikut The Penguin Dictionary (2004:1046) menjelaskan fonetik adalah the study and classification of speech sounds.

(ii)

(iii)

Bidang asas kajian yang ditinjau dari segi bahan-bahan fiziknya atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan itu adalah fonetik (Arbak Othman, 1983:52). Fonetik membuat kajian terhadap: (i) (ii) hubungan alat-alat pertuturan dengan daerah artikulasi semasa menerbitkannya. selok-belok operasi yang berlaku dalam sistem saraf dan otot mekanisma pertuturan orang yang bertutur semasa bentuk-bentuk ucapan itu dalam proses penghasilannya. situasi dan sifat-sifat gelombang bunyi yang dikeluarkan oleh si penutur. proses pendengaran yang berlaku di dalam organ, telinga hingga ke satu titik semasa mana bahan ucapan mewujudkan bentuk ucapan dan akhirnya. kaitan di antara data dari tiap-tiap aspek yang tersebut di atas.

(iii) (iv)

(v)

Kajian bunyi mengikut tinjauan aspek (i) disebut fonetik artikulasi manakala mengikut aspek (ii) hingga (v) disebut fonetik akustik.

Definisi Fonologi Fonologi adalah bahagian dari linguistik deskriptif yang mempelajari mengenai bunyibunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, seterusnya terbahagi kepada fonetik dan fonemik (Arbak Othman, 1983:52). Sebenarnya, linguistik deskriptif menghuraikan struktur dan sistem bahasa yang bidang kajiannya terbahagi kepada tiga bahagian besar iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis. Bidang fonologi mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang mempunyai sistem atau peraturan (Abdul Hamid Mahmood, 2002:198). Menurut Abdullah Hassan dalam bukunya, Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia (1993:40) menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu. Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:61) mendefinisikan fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Menurut Farid M. Onn (1988:102), fonologi merupakan suatu rangkaian aktiviti ilmiah yang dapat dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama ialah mengamati lafaz, menetapkan fonem-fonem atau saluran-saluran abstrak yang sesuai diperakukan untuk melambangkan cara melafazkan kata secara sistematik dan menetapkan huruf-huruf fonetik untuk melambangkan setiap fonem yang diperakukan. Ini membolehkan kita melambangkan kata-kata dalam tulisan fonemik. Akibat tulisan fonemik ini tidak boleh secara langsung memberitahu kita cara melafazkan kata tersebut maka fonologi perlu melanjutkan aktivitinya ke peringkat kedua. Peringkat ini memberikan panduan mengenai cara-cara melafazkan setiap fonem atau huruf fonemik dalam pelbagai lingkungan. Mengikut panduan ini kita dapat melafazkan setiap kata dengan tepat. Pengertian lain tentang fonologi adalah seperti berikut: (i) F. Parker (1974:114) memberikan makna fonologi adalah suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menetukan sebutan. Dalam World Book of Dictionary (C. L. Barnhart & R. K. Barnhart, 1981:1567) mendefinisikan fonologi sebagai the systems of sounds used in a language. Mengikut J. Clark dan C. Yallop (1995:5), phonology is concerned with the organization of speech within specific languages. Dalam buku Phonetics (P. Roach, 2001:111) menjelaskan fonologi adalah the study of the distinctive sound units of a language, the patterns they form and the rules which regulate their use. Dalam The Penguin Dictionary (2004:1045) fonologi ditakrifkan sebagai the study of the sound systems of a language.

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

Fonologi dapat disimpulkan sebagai kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa. Ertinya bidang fonologi menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu membezakan makna (distingtif) atau tidak membezakan makna (tidak 3

distingtif)(Abdul Hamid Mahmood, 2002:198). Jenis-jenis Fonetik Mengikut Nor Hashimah Jalaluddin (1998:2) terdapat tiga bidang kajian ilmu fonetik iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Fonetik artikulasi membincangkan kaedah bunyi bahasa dihasilkan dengan bantuan organ dalaman, fonetik akustik mengkaji gelombang udara dan cara bunyi dibawa ke pendengaran pendengar dan fonetik auditori menghuraikan proses gelombang bunyi tadi diproses oleh telinga dan seterusnya dihantar ke otak untuk diproses menjadi bunyi-bunyi yang bermakna. Menurut definisi dan pengertian daripada kamus dan ensiklopedia serta mengikut pandangan dan pendapat sarjana bahasa mengenai fonetik maka rumusan fonetik adalah mengkaji bunyi-bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alatalat pengucapan yang termasuk dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Terdapat tiga aspek kajian yang dilakukan dalam bidang fonetik adalah: (i) (ii) (iii) fonetik artikulasi fonetik akustik fonetik auditori

Fonetik artikulasi adalah mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya. Manakala fonetik akustik adalah mengkaji sifat bunyi itu sendiri iaitu bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang diakibatkan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasi seperti lelangit, gusi, gigi, mulut dan sebagainya. Seterusnya, fonetik auditori pula adalah kajian yang berkenaan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang tepat. Mengikut Nor Hashimah Jalaluddin (1998:29) terdapat dua belas titik artikulasi untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa seperti dua bibir, bibir-gigi, gigi, gigi-gusi, gelungan, lelangit keras-gigi gusi, gigi gusi-lelangit keras, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, rongga tekak dan pita suara. Bunyi-bunyi ujaran dapat dibahagikan kepada konsonan dan vokal. Faktor penting yang terlibat dalam klasifikasi bunyi-bunyi konsonan ialah titik artikulasi dan cara artikulasi. Selain itu faktor bersuara dan tidak bersuara serta kedudukan velum untuk menentukan bunyi oral atau sengau memainkan peranan penting dalam menghasilkan bunyibunyi konsonan. Manakala faktor utama dalam klasifikasi bunyi vokal ialah kedudukan bibir dan darjah turun naik lidah dalam rongga mulut. Pada hakikatnya tidak semua bunyi bahasa dihasilkan dengan semudah itu kerana masalah utama dalam membincangkan bunyi-bunyi dalam ujaran ialah dengan adanya penglibatan koartikulasi iaitu penindanan artikulasi-artikulasi yang berhampiran sewaktu menghasilkan bunyi. Perkara ini jelas pada bunyi-bunyi konsonan sebab bunyi-bunyi konsonan 4

mempunyai pelbagai titik artikulasi dan titik-titik artikulasi ini mempengaruhi bunyi-bunyi yang mengikutinya. Contoh hadirnya koartikulasi adalah seperti dalam bahasa Inggeris.Satu lagi aspek penghasilan bunyi ialah artikulasi sekunder iaitu darjah penyekatan yang hadir bersama atau serentak dengan artikulasi utama. Terdapat empat jenis artikulasi sekunder iaitu palatalisasi (pelelangit-kerasan), velarisasi (pelelangit-lembutan), faringalisasi (perengkungan) dan labialisasi (pembibiran). Selain koartikulasi dan artikulasi sekunder, bunyi-bunyi bahasa dapat juga ditambah dengan ciri-ciri diakritik yang membantu penutur memperincikan penghasilan bunyi bahasa. Ilmu fonetik akustik merangkumi pengkajian gelombang udara yang membawa bunyi ke telinga. Fonetik akustik adalah aspek kedua yang dikaji selepas fonetik artikulasi. Fonetik akustik melibatkan ciri fizikal ucapan bahasa. Ketiga-tiga ciri fizikal ucapan bahasa ialah nada, kelantangan dan kepanjangan. Nada bunyi bergantung pada frekuensi getaran pita suara. Satu bunyi dianggap lantang disebabkan oleh perubahan nada yang hadir bersama-sama kelantangan. Tempoh kepanjangan untuk bunyi atau suku kata bergantung pada kelajuan sesuatu ujaran yang diukur dengan osilogram atau spektrogram. Dalam fonetik akustik, kita mempunyai dua jenis bunyi iaitu bunyi periodik dan bunyi aperiodik. Bunyi periodik terjadi apabila jarak antara pusingan adalah sama. Manakala bunyi aperiodik tidak mempunyai harmoni dasar. Ciri-ciri fizikal bunyi untuk bunyi-bunyi tuturan yang berbeza dapat diterangkan dengan menggunakan spektrogram dan osilograms. Fonetik auditori merupakan pendengaran dan proses yang wujud apabila kita menerima bunyi dan cara bunyi itu dirasai melibatkan otak dan telinga. Gelombang bunyi yang tiba ke telinga sebenarnya merupakan getaran mekanikal untuk partikel-partikel udara. Bunyi yang dapat didengar dan dirasa hendaklah mempunyai jurang frekuensi dan ketepatan tertentu. Penerimaan bunyi dalam fonetik auditori berdasarkan tiga perkara iaitu nada, kelantangan dan kualiti bunyi. Bukti kemampuan telinga kita apabil dapat memdengar perbezaan nada antara dua bunyi seminimum tiga pusingan untuk satu saat jaraknya. Kelantangan dikaitkan dengan kepadatan bunyi di mana bahagian tengah telinga memainkan peranan penting dalam menangkap nada yang mempunyai kepadatan bunyi yang rendah. Kualiti bunyi dapat dikaitkan dengan pola spektra dan gerakan pita suara yang menghasilkan spektra tersebut. Konsep Fonetik Dan Fonologi Dalam Bahasa Melayu Maksud fonetik dan fonologi bahasa Melayu merupakan bidang pengajian yang merangkumi pengkajian tentang bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam bahasa Melayu. Kajian fonetik dan fonologi bahasa Melayu mencakupi bidang kaedah bunyibunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau dituturkan seperti cara bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong dalam bahasa Melayu itu dihasilkan. Matlamat akhir bidang fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan huruf-huruf serta fonem-fonem tertentu yang selanjutnya mewujudkan sistem ejaan untuk sesuatu bahasa seperti bahasa Melayu. Terdapat alat-alat artikulasi yang terlibat dan daerah pada alat artikulasi yang berfungsi dalam menghasilkan bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu seperti cara menghasilkan bunyi vokal 5

hadapan, vokal belakang dan vokal tengah dalam bahasa Melayu. Bidang ini juga mengkaji pelbagai jenis bunyi konsonan dalam bahasa Melayu seperti konsonan letupan, letusan, geseran, sengau, separuh vokal dan sebagainya. Bidang ini juga turut mengkaji jenis-jenis diftong seperti diftong au, ai dan oi dalam bahasa Melayu (Abdul Hamid Mahmood, 2002:198). b. Bunyi Vokal dan Konsonan Bahasa Melayu. Maksud Bunyi Vokal Vokal ialah bunyi bersuara yang sewaktu dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang sekatan atau gangguan. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kepanjangan dan kelantangan. Maknanya bunyi-bunyi vokal boleh didengar lebih panjang dan lebih jelas daripada bunyi-bunyi konsonan. Bunyi-bunyi Vokal Dalam Bahasa Melayu Menurut Arbak Othman (1998:57) bunyi vokal bahasa Melayu adalah tergolong kepada jenis vokal utama yang bermaksud sebagai vokal yang dihasilkan dengan menghamparkan bibir untuk vokal-vokal depan dan membundarkannya bagi menghasilkan vokal-vokal belakang berkenaan dengan vokal oral. Terdapat lapan bunyi vokal dalam bahasa Melayu, namun daripada jumlah itu enam sahaja yang biasanya berlaku pertuturan Melayu standard. Keenamenam vokal itu adalah vokal depan tinggi [i], vokal depan separuh tinggi [e], vokal depan rendah [a], vokal tengah neutral [], vokal belakang tinggi [u] dan vokal belakang separuh tinggi [o]. Di antara vokal-vokal itu, vokal [e] mengandungi perbezaan yang dilambangkan dengan [], vokal [o] mengandungi perbezaan yang dilambangkan dengan [] dan vokal [] mengandungi perbezaan yang dilambangkan dengan []. Bunyi-bunyi perbezaan ini biasanya berlaku di dalam pertuturan dialek kecuali bunyi [ ] yang hadir pada akhir kata saling melengkapi dengan bunyi [] yang hadir di awal dan di tengah kata dalam bahasa Melayu standard pada umumnya. Kehadiran bunyi-bunyi vokal bahasa Melayu yang telah dinyatakan di atas terbukti dalam beberapa perkataan contoh seperti di bawah ini: (i) (ii) (iii) (iv) Vokal [i] seperti dalam perkataan diri, kini dan sebagainya. Vokal [e] dan [] seperti dalam perkataan deret, cerek dan sebagainya. Vokal [a] seperti dalam perkataan kaya, saya dan sebagainya. Vokal [] dan [] seperti dalam perkataan bahaya, celaka, mereka dan sebagainya.

Menurut Abdul Hamid Mahmood (2012:65) bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis utama iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada vokal [a], [e], [i], [o], [u] dan []. Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal ialah lidah sama ada bahagian depan, tengah atau belakang lidah. Seandainya bahagian depan lidah yang berfungsi maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi vokal 6

depan; seandainya bahagian tengah lidah yang berfungsi maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah vokal tengah dan selanjutnya jika bahagian belakang lidah yang berfungsi dalam penghasilan bunyi itu maka bunyi vokal itu ialah vokal belakang. Kriteria yang menentukan jenis-jenis bunyi vokal itu boleh dirumuskan seperti di bawah: (i) (ii) Bahagian lidah yang berfungsi sama ada bahagian depan, tengah atau belakang lidah. Ketinggian lidah yang dinaikkan sama ada rendah, separuh rendah, tinggi dan separuh tinggi. Situasi bibir sama ada bibir dibundarkan atau dihamparkan. Pembukaan rahang sama ada sempit atau luas.

(iii) (iv)

Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis iaitu vokal depan [a], [e], [i], vokal tengah [] dan vokal belakang [o] dan [u]. Vokal hadapan: [ i ] Vokal depan sempit. Contoh dalam perkataan seperti [ibu], [ikan], [biru], [sila], [kita] dan [ubi]. [ e ] Vokal depan separuh sempit. Contoh dalam perkataan seperti [ekor], [ela], [herot] dan [sate]. [ a ] Vokal depan luas. Contoh dalam perkataan seperti [ayu], [aku], [batu], [lari], [bola] dan [baja]. Vokal tengah: [ ] Vokal tengah pendek. Contoh dalam perkataan seperti [mas], [lmas] dan [bsar]. Vokal belakang: [ u ] Vokal belakang sempit. Contoh dalam perkataan ialah [ular], [unta], [ukur], [kuda], [adu] dan [satu]. [ o ] Vokal belakang separuh sempit. Contoh dalam perkataan ialah [oleh], [obor], [olah], [boleh] dan [kota]. Terdapat dua lagi bunyi vokal iaitu [] dan [] yang tidak digunakan dalam penulisan tetapi terdapat dalam dialek-dialek Kelantan seperti [mak], [mal], [r] dan [kit]. Dalam bahasa Melayu, bunyi [] dan [e] dilambangkan dengan huruf e manakala bunyi [] dan [o] dilambangkan dengan huruf o.

Rajah Cara Penghasilan Bunyi Vokal Vokal Depan: Vokal Depan Sempit (Tinggi) [i].

Penghasilan vokal [i] Vokal Depan Separuh Sempit (Separuh Tinggi) [e].

Penghasilan vokal [e]

Vokal Depan Separuh Luas (Separuh Rendah) [].

Penghasilan vokal [] Vokal Depan Luas (Rendah) [a].

Penghasilan vokal [a] Vokal Belakang: Vokal Belakang Sempit (Tinggi) [u].

Penghasilan vokal [u] Vokal Belakang Separuh Sempit (Separuh Tinggi) [o].

Penghasilan vokal [o] Vokal Belakang Separuh Luas (Separuh Rendah) [].

Penghasilan vokal []

10

Vokal Tengah: Vokal Tengah []

Penghasilan Vokal [] Maksud Bunyi Konsonan Bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal ialah konsonan. Bunyi konsonan ialah bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara ialah konsonan yang sewaktu penghasilannya, pita suara digetarkan oleh arus udara yang keluar dari paru-paru seperti [b], [d] dan [g]. Konsonan tidak bersuara merupakan konsonan yang dihasilkan tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus udara seperti [p], [t] dan [k]. Terdapat dua golongan konsonan dalam bahasa Melayu iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan Asli Bahasa Melayu Konsonan asli dalam bahasa Melayu merupakan konsonan yang tersedia ada dalam bahasa Melayu dan sudah digunakan oleh penutur bahasa Melayu tanpa perubahan. Terdapat 19 konsonan asli dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada: (i) 2 konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara [p,b] seperti dalam papan, tekap, wap, bebal, sebab dan bakul. 2 konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara [t, d] seperti dalam takut, tilam, ketat, dada, dua dan ada. 2 letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara [k, g] seperti dalam kaku, lekar, tikar, gigi, garang dan gegar. 1 konsonan hentian glotis [] seperti dalam kakak, tidak dan luak. 11

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

2 konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara [,] seperti dalam cacing, cuaca, bunga, jaja, jalan dan gereja. 2 konsonan geseran tidak bersuara iaitu geseran gusi tidak bersuara [s] dan geseran glotis bersuara [h] seperti dalam saya, rusa, asas, hari, ahli dan buah. 1 konsonan getaran bersuara [r] seperti dalam ramai, berat dan besar. 1 konsonan sisian bersuara [l] seperti dalam lari, bala dan akal. 4 konsonan sengau bersuara [m, n, , ] seperti dalam makan, aman, dalam; nasi, pekan, nenas; nyamuk, nyanyuk, anyaman; ngantuk, angan-angan dan terang. 2 konsonan separuh vokal bersuara iaitu 1 separuh vokal dua bibir bersuara [w] dan 1 separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti dalam wang, awak, awan; yang, bayang dan saya.

(vi)

(vii) (viii) (ix)

(x)

Penghasilan konsonan-konsonan itu melibatkan daerah artikulasi tertentu seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis, rongga hidung dan sebagainya. Rajah Cara Penghasilan Bunyi Konsonan 1. Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [p]

2. Letupan Dua Bibir Bersuara [b]

12

3. Letupan Gusi Tidak Bersuara [t]

4. Letupan Gusi Bersuara [d]

5. Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [k]

13

6. Letupan Lelangit Lembut Bersuara [g]

7. Hentian Glotis []

8. Letupan Lelangit Keras-Gusi Tidak Bersuara []

14

9. Letusan Lelangit Keras-Gusi Bersuaara []

10. Geseran Gusi Tidak Bersuara [s]

11. Geseran Glotis Bersuara [h]

15

12. Getaran Gusi Bersuaran [r]

13. Sisian Gusi Bersuara [l]

14. Sengau Dua Bibir Bersuara [m]

16

15. Sengau Gusi Bersuara [n]

16. Sengau Lelangit Keras-Gusi Bersuara []

17. Sengau Lelangit Lembut Bersuara []

17

18. Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [w]

19. Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [j]

c. Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Sejarah Sistem Ejaan Bahasa Melayu Sistem ejaan bahasa Melayu bermakna sistem ejaan rumi bahasa Melayu adalah sistem ejaan baharu yang dipersetujui bersama oleh kerajaan Malaysia dan pemerintah Republik Indonesia berikutan dari perisytiharan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia serentak pada 16 Ogos 1972. Sistem ejaan rumi yang dibuat pada tahun 1972 tersebut merupakan hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) untuk pihak kerajaan Malaysia dan Republik Indonesia. Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia yang dilantik oleh Menteri Pendidikan ialah badan yang ditugaskan menyusun pedoman ejaan rumi di Malaysia dan diletakkan di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka (Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, 1978:v). Jawatankuasa di kedua-dua negara perlu mengambil kira beberapa perkara dalam usaha untuk memperbaiki sistem ejaan itu seperti: (i) (ii) Dari segi teknis iaitu menggunakan satu huruf untuk melambangkan satu fonem. Dari segi praktis iaitu dapat digunakan dengan mudah, sesuai dari segi mesin cetak dan 18

mesin taip. (iii) Dari segi ilmiah iaitu sistem ejaan tersebut perlulah menunjukkan satu hasil kajian yang ilmiah, dapat digunakan dengan baik dalam kemajuan ilmu dan bahasa.

Berpandukan pertimbangan itu, Jawatankuasa Ejaan/Bahasa Melayu dan Team Ahli Bahasa KOTI dari Indonesia telah mengadakan perundingan di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur selama beberapa hari yang mencapai persetujuan mewujudkan satu sistem ejaan bersama antara Malaysia dan Indonesia. Ejaan Baharu yang diputuskan itu mesti ilmiah, ekonomis dan praktis iaitu sesuai digunakan di kedua-dua negara. Pada tarikh 23 Mei 1972, satu kenyataan bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dato Hussein Onn dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mahsuri. Keduadua negara ini kemudiannya melaksanakan Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia yang disempurnakan pada 16 Ogos 1972. Biarpun sistem ejaan bersama yang baharu telah digunakan secara rasmi di kedua-dua negara tetapi terdapat masalah kecil tentang ejaan itu perlu diselesaikan dengan cepat. Masalah kecil tentang ejaan itu telah dibincangkan dan diselesaikan bersama oleh jawatankuasa yang dibentuk dengan nama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Majlis yang disertai bersama oleh Jawatankuasa Tetap Bahasa dan Pustaka, Tuan Haji Sujak bin Rahiman dan Panitia Pengembangan Bahasa Indonesia yang diketuai oleh Dr. Amran Halim telah mengadakan lima persidangan. Akhirnya, dalam persidangan kelima, majlis ini yang diadakan di Johor Bahru pada 2 hingga 4 Disember 1974 bersetuju mengeluarkan pedoman umum ejaan yang lebih lengkap. Kedua-dua pihak bersetuju menerbitkan versi yang sesuai dengan negara masing-masing. Pada 5 Disember 1974, Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia diterbitkan bagi kegunaan ramai, maka wujudlah Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia-Indonesia seperti yang digunakan pada hari ini (Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, 1974). Abjad dan Huruf Sebanyak 26 huruf abjad tulisan rumi dalam Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu yang diselaraskan dengan sistem ejaan bahasa Indonesia seperti: Huruf Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Sebutan e bi si di i ef gi ec ai je ke 19 Perkataan anak buruk cara darab elok filem gitar harta itu jamu kurma

Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz Huruf Vokal

el em en o pi kiu ar es ti yu vi dabliu eks wai zek

laras makam nakal otak pintar Quran rambutan sukat tahun ulat vokal watak xenom yuran zarah

Sebanyak enam vokal atau bunyi vokal standard dalam bahasa Melayu dengan hurufhuruf yang melambangkan pemakaiannya seperti: Huruf Vokal a (i) pepet e (ii) taling i o u Huruf Diftong Terdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu iaitu ai, au dan oi berdasarkan contoh penggunaannya seperti: Diftong ai au oi Huruf Konsonan Terdapat sebanyak 26 huruf konsonan dalam bahasa Melayu tetapi lima daripadanya menggunakan huruf gabungan iaitu gh, kh, ng dan nya seperti dalam perkataan berikut: 20 Di depan aising aura iodin Di tengah khairat saudari boikot Di belakang lerai panau peroi Di depan abu mpat elak itu otak usang Di tengah tahi knal pengsan tisu kotak dua Di belakang kira nasionalisme tauke tadi tomato ratu

Huruf konsonan b c d f g gh h j k l m n ng ny p q r s t v w y z (i) z (ii) x

Di depan baja cari dapat fakir guna ghairah hati jati kamu lanun makna nasi ngantuk nyamuk payah Quran rusa saya tahan vaksin wangi yang zalim xilem

Di tengah sabar beca badak tafsir naga maghrib baham ngajat laksa nila rumi antik singa tanya rapat wuquf beras besar mata universiti bawang payung berzat -

Di belakang darab Mac Ahad taraf beg mubaligh tuah kolej cantik futsal talam makan pening lengkap buraq benar beras tamat takraw lafaz -

Sistem Keselarasan Huruf Vokal Sistem keselarasan huruf vokal bermaksud sistem atau aturan berdasarkan kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar iaitu pasangan antara huruf vokal ini berpandukan syarat yang berikut: (i) (ii) (iii) Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar. Kata dasar mestilah berakhirkan suku kata tertutup. Bagi kata yang terdiri lebih daripada dua suku kata yang terlibat dengan sistem keselarasan vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir.

Pola Keselarasan Huruf Vokal Terdapat sebanyak 18 pola keselarasan huruf vokal dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

21

Suku kata praakhir a a a pepet pepet pepet e taling e taling e taling i i i o o o u u u

Suku kata akhir tertutup a i u a i u a e taling o a i u a e taling o a i u

Contoh pemakaian anak, panah, patah, larangan ambil, laris, hakis ampuh, datuk, payung mak, tlah, ktam jernih, bersih, pedih, pening tekun, sebut, rebut elak, dekan, lewat leret, seret ekor, belok insan, gilang, pinang itik, Isnin, pimpin bisul, ribut onak, ombak, orang toreh, poket, kocek tolol, borong, keropok ular, sumpah, sumbat runsing, putih tumbuk, lubuk, pukul, ukur

Pola Kekecualian kepada Keselarasan Huruf Vokal Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu juga menerima beberapa pola lain sebagai kekecualian kepada pola keselarasan huruf vokal. Pola kekecualian digunakan untuk mengeja kata-kata pinjaman seperti kata-kata daripada bahasa Nusantara atau bahasa Inggeris seperti: Pola Vokal a e taling a-o pepet e taling pepet o i e taring io u e taling uo a - pepet e taling i e taling u pepet - pepet i - pepet oi ou u - pepet Contoh Kata Bahasa Nusantara kaget, raden calon, perabot gembleng jmpol imlek pilon tulen buron pakm ppt isng lumr 22 Contoh Kata Bahasa Inggeris panel argon gabnor simen transistor subjek kupon teatr subjektif spektrum film fosil forum skutr

Penyesuaian Huruf Ejaan Kata Pinjaman Ejaan untuk kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain dilakukan berpandukan peraturan penyesuaian huruf-huruf dalam perkataan bahasa Inggeris atau bahasa asing disesuaikan ejaannya dengan huruf mengikut ejaan bahasa Melayu seperti berikut: Bahasa Inggeris plate aerograph aesthethics trailer automatic barbecue cent carbon machine cholera dividend system bearing grease beer protein stereo petroleum factor geology hotel identity Kesimpulan Pengkajian ilmu fonetik bukan sahaja mengkaji bunyi bahasa secara mutlak tetapi juga melibatkan proses-proses lain seperti gelombang bunyi dan penerimaan serta pemprosesan bunyi. Fonetik artikulasi berkait rapat dengan ilmu fonetik akustik dan fonetik auditori. Pada pandangan saya, pemahaman terhadap ilmu fonetik sangat penting dan menjadi asas bagi memahami ilmu linguistik yang lain terutamanya ilmu fonologi. Pemahaman terhadap ilmu fonetik sebagai asas boleh membantu kita memahami bahasa dengan lebih berkesan lagi. Kesemua bunyi konsonan, vokal dan diftong digunakan silih berganti dalam bahasa Melayu untuk membentuk perkataan yang seterusnya menjadi nadi dalam bunyi bahasa Melayu. Banyak lagi kajian yang perlu dilakukan untuk pengkajian auditori dan sudah pasti pengkajian terbaik adalah berpandukan bahasa sendiri. Sebenarnya, pengkajian peranan fonologi amat penting sebab ia sebahagian daripada pengkajian bahasa. Ilmu fonetik tidak akan 23 Bahasa Melayu plat aerograf estetik trailer automatik barbeku sen karbon mesin kolera dividen sistem bearing gris bir protein stereo petroleum faktor geologi hotel identiti Perubahan huruf BI a ae ae ai au b, bb c c, cc ch ch, chh d, dd e ea ea ee ei eo eu f, ff g, gg h i Perubahan huruf BM a ae e ai au b s k s k d e ea i i ei eo eu f g h i

boleh dimanfaatkan sepenuhnya tanpa ilmu fonologi. Malah, dapat dikatakan bahawa keduadua ilmu ini saling bergandingan untuk menjadikan pengkajian sesuatu bahasa itu lebih bererti dan menarik untuk dikaji dengan lebih mendalam. Rumusannya, boleh dikatakan pengenalan kepada Sistem Ejaan Baru Bahasa Melayu (EBBM) yang secara rasmi dikenal sebagai Sistem Ejaan Bahasa Malaysia (EBM) telah tidak mengambil kira sepenuhnya hubungan antara lafaz, ejaan dan fonologi sehingga ia telah menimbulkan suatu jurang pemisah antara EBM dengan penutur asli Bahasa Melayu Malaysia (BMM). Pengenalan ini telah tidak memberi panduan untuk mengeja mengikut lafaz. Bagi menutupi jurang pemisah ini diperlukan peraturan-peraturan yang dapat membimbing seseorang penutur BMM memfonemkan lafaz kata-kata BMM. Secara ringkas, boleh dikatakan bahawa peraturan-peraturan tersebut merupakan kebalikan dari peraturan melafazkan fonem yang biasanya diberikan dalam fonologi yang berorientasikan transformasi-generatif.

24

Bibliografi Abdul Hamid Mahmood (1995). Ejaan bahasa Melayu terkini. Masa Enterprise. Abdul Hamid Mahmood (2002). Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: City Reprographic Services. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd. Abdullah Hassan (1993). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Arbak Othman (1983). Permulaan ilmu linguistik. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. Barnhart, C.L. & Barnhart, R.K. (Ed.) (1981). The world book of encyclopedia volume two. Toronto: World Book Inc. Bright, W. (Ed) (1992). International encyclopedia of linguistics. New York: Oxford University Press. Chomsky, N., dan Morris Halle (1968). The Sound Pattern of English. New York: Harper & Row. Clark, J. & Yallop, C. (1995). An introduction to phonetics and phonology (second edition). USA: Blackwell. Crystal, D. (1986). A Dictionary of Linguistics and Phonetics. Oxford: Basil Blackwell Ltd. Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1978). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Farid M. Onn (1988). Bunga Rampai Fonologi Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Gleason, H.A. (1955). An introduction to descriptive linguistics. New York: Holt, Rinehart & Winston. Harimurti Kridalaksana (1983). Kamus linguistik. Jakarta: Penerbit P.T. Gramedia Jakarta. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lufti Abas (1971). Linguistik Deskriptif Dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Marsono (1986). Fonetik. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Parker, F. (1974). Linguistik untuk bukan ahli linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pike, K.L. (1947). Phonetics: A critical analysis of phonetic theory and a technique for the practical description of sounds. University of Michigan Press. Roach, P. (2001). Phonetics. United Kingdom: Oxford University Press. Samsuri (1972). Bahasa dan Ilmu Bahasa dan Fonologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. The Penguin Dictionary (2004). London: Penguin Books.