Anda di halaman 1dari 2

TEORI PSIKOANALITIK

➢ Diperkenalkan oleh sigmund Freud.


➢ Teori ini berkaitan dengan penggunaan bahasa menganalisa atau
membincangkan seni visual.
➢ Seni boleh meluahkan emosi seseorang
➢ Freud percaya bahawa seni visual adalah bahan perantara paling penting
dan utama dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia.
➢ Freud juga menyatakan bahawa tahap ini boleh dicapai dengan
menganalisis proses-proses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni
visual.
➢ Freud juga mengkaji hubungan antara sejarah hidup artis dengan karya
mereka
➢ Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa
interpretasi mereka terhadap seni visual dan penghasilan mereka boleh
mewujudkan perasaan dan emosi.
➢ Penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi sangat penting
bagi kanak-kanak. Ia dikenali sebagai kaedah psikoterapi.
➢ Contohnya; membimbing kanak-kanak melukis ahli keluarganya boleh
memberi gambaran dan maklumat tentang perspektif kanak-kanak serta
emosinya terhadap keluarga
➢ Dalam kajian kes Jarboe(2008) terhadap seorang kanak-kanak berumur
5 tahun yang bernama Bridget.
➢ Pada peringkat awal, didapati Bridget menunjukkan tingkah laku yang
aneh apabila dia menghadapi perubahan.
➢ Bridget akan menjerit-jerit dan tidak dapat dikawal.
➢ Dalam sesi terapi, Jarboe memerhati tingkah laku Bridget.
➢ Bridget melukis satu bulatan yang sangat kecil, diikuti dengan bulatan
yang ,lebih besar disekeliling bulatan pertama.

➢ Beliau memberitahu bahawa bulatan kecil itu adalah dirinya dan bulatan
besar adalah dirinya.
➢ Beliau menyatakan bahawa ibunya sedang mengandung dan dia berada
di dalam perut.
➢ Daripada gambar tersebut, pakar terapi mendapati umur mental Bridget
adalah lebih kurang 3 tahun dan dia mempunyai sindrom risau dan
gementar apabila dipisahkan daripada ibunya.
➢ Selepas beberapa siri terapi, Bridget disuruh melukis sebuah lagi gambar
mengenai dirinya.
➢ Briget melukis gambar yang menunjukkan bahawa dirinya sudah lebih
besar dan mengatakan gambar kecil di sebelahnya adalah ibunya.
➢ Bridget menyatakan ibunya bersaiz kecil kerana ibunya berada jauh
daripadanya.
➢ Berdasarkan pemerhatian tersebut, Jarboe merumuskan bahawa terapi
yang dilalui oleh Bridget berjaya meningkatkan konsep kendiri dan
persepsi dirinya sebagai individu yang lebih berdikari dan tidak terlalu
bergantung kepada ibunya.

Anda mungkin juga menyukai