Anda di halaman 1dari 8

Bunyi Pancaragam

yang Betul & Baik

Oleh:
Prof. Madya Zaharul Lailiddin Saidon

PENGENALAN

S
ebagai jurulatih pancaragam, anda bertanggung jawab untuk membentuk
ensembel yang dapat menghasilkan bunyi yang berkualiti. Dalam lain
perkataan, tugas utama anda apabila berada di atas podium semasa
mengendalikan sesi latihan ialah menganalisis bunyi keseluruhan ensembel
dengan tujuan untuk memastikan bunyi yang dihasilkan adalah betul dan baik.
Namun demikian, guru pancaragam yang kurang berpengalaman sering
menghadapi masalah dalam aspek ini. Terdapat beberapa perkara yang agak
kabur berkaitan dengan aspek membentuk pancaragam yang dapat
menghasilkan bunyi yang berkualiti.
2  Bunyi Pancaragam yang Betul & Baik Zaharul Lailiddin
Saidon

MASALAH BERKAITAN KONSEP BUNYI


YANG BETUL & BAIK

G
uru pancaragam yang baru dan kurang pengalaman sering berdepan
dengan persoalan mengenai apa yang dimaksudkan dengan bunyi yang
betul dan baik. Misalnya, apakah yang dimaksudkan dengan bunyi
konsert band yang betul dan baik? Begitu juga, apakah yang dimaksudkan
dengan bunyi pancaragam berkawad yang betul dan baik? Manakala itu, dalam
pertandingan pancaragam berkawad, terdapat pemenang bagi kategori bahagian
alat tiupan yang terbaik. Soalannya, bagaimanakah yang dikatakan bunyi alat
tiupan yang terbaik?

Semua soalan ini adalah berkaitan dengan aspek kualiti ton ataupun karektor
bunyi keseluruhan yang dihasilkan oleh sesebuah pasukan pancaragam. Namun
demikian, soalan yang hampir sama akan dilontarkan - apakah yang
dimaksudkan dengan kualiti ton ataupun karektor bunyi pancaragam yang betul
atau baik?

Hakikatnya ialah bunyi pancaragam yang betul atau baik adalah merupakan
konsep abstrak yang sukar diterangkan dengan perkataan. Lebih banyak
penerangan yang cuba diberikan tentang konsep kualiti bunyi, lebih banyak
istilah subjektif yang akan kita dengar. Misalnya, seseorang jurulatih pancaragam
menyatakan - bagi mendapatkan kualiti bunyi yang baik, sesebuah pancaragam
perlu bermain dengan intonasi yang baik, secara seimbang dan sepadu. Jurulatih
pancaragam juga sering menggunakan istilah subjektif seperti meminta ahli
pancaragam menghasilkan ton yang cantik, bersih, bulat dan penuh. Bagi ahli-
ahli pancaragam yang baru, tentu sekali istilah-istilah ini merupakan konsep-
konsep abstrak yang kabur dan sukar mereka fahami.

Penilaian seseorang ke atas kualiti bunyi pancaragam yang betul dan baik
sememangnya agak subjektif. Ianya bergantung kepada dan dipengaruhi oleh
latar belakang muzikal seseorang itu. Menurut Janzen (1985), seseorang jurulatih
yang kurang terdedah kepada bunyi pancaragam yang berkualiti cemerlang
mengakibatkan dirinya mempunyai daya penilaian yang agak lemah terhadap
aspek kualiti bunyi pancaragam yang betul dan baik. Menurut Janzen lagi, latar
belakang seseorang jurulatih yang hanya bermain dalam pasukan pancaragam
yang berkualiti lemah atau sederhana semasa di sekolah atau ketika menuntut di
kolej mempengaruhi tahap penilaiannya terhadap konsep bunyi pancaragam
Zaharul Lailiddin Saidon Bunyi Pancaragam yang Betul & Baik  3

yang berkualiti. Ini adalah kerana jurulatih sebegini tidak mempunyai gambaran
yang baik di mindanya tentang konsep bunyi pancaragam yang baik dan betul.

MEMBINA KONSEP BUNYI PANCARAGAM


YANG BETUL DAN BAIK

P ersoalannya ialah bagaimana untuk membentuk sebuah pasukan yang


dapat menghasilkan bunyi yang betul dan baik sedangkan konsep-
konsep yang berkaitan dengannya agak subjektif dan abstrak?

Sebagai jurulatih pancaragam, selagi anda tidak mempunyai gambaran dan


rujukan yang secukupnya di minda anda tentang konsep bunyi pancaragam
yang baik dan betul, maka sukarlah untuk anda membentuk pancaragam anda
untuk menghasilkan bunyi yang berkualiti. Begitu juga sekiranya anda diminta
untuk menjadi hakim pertandingan pancaragam. Sekiranya anda tidak
mempunyai rujukan dan gambaran di minda anda tentang kualiti ton yang betul
dan baik, maka sudah tentu anda tidak dapat memberi penilaian yang adil dan
baik.

Masalahnya, di Malaysia menjadi kebiasaan amalan menjemput barisan pengadil


yang mempunyai kelayakan akademik dalam bidang muzik tanpa mengira
bidang pengkhususan mereka. Seseorang yang mempunyai latarbelakang
akademik dalam bidang vokal misalnya, walau pun mempunyai kelulusan di
peringkat PhD, tidak semestinya terbaik untuk mengadili persembahan
pancaragam. Ini adalah kerana mereka mungkin tidak mempunyai pengalaman
terlibat sebagai ahli pancaragam atau berpengalaman sebagai jurulatih
pancaragam. Akibatnya mereka tidak mempunyai rujukan di minda yang
secukupnya bagi membolehkan mereka membentuk persepsi bunyi pancaragam
yang berkualiti. Akibatnya mereka mungkin tidak boleh membuat penilaian
yang baik terhadap permainan pancaragam meskipun kepakaran mereka menilai
persembahan muzik vokal sudah tentu tidak dapat dinafikan.

Justeru anda perlu melengkapkan diri anda untuk membuat penilaian yang baik
terhadap kualti bunyi pancaragam. Langkah yang perlu anda ambil ialah
membina rujukan dan seterusnya membentuk gambaran konsep bunyi
4  Bunyi Pancaragam yang Betul & Baik Zaharul Lailiddin
Saidon

pancaragam yang betul dan baik pada minda anda. Anda perlu mengembangkan
kemahiran menilai perbezaan karektor bunyi yang betul di antara pelbagai jenis
pancaragam. Misalnya anda perlu melatih kemahiran menilai antara karektor
bunyi pancaragam berkawad yang betul dengan karektor bunyi pancaragam
konsert yang betul.

Semua ini hanya boleh berlaku dengan membanyakkan mendengar permainan


pancaragam yang berkualiti. Caranya ialah dengan mendengar rakaman
ensembel pancaragam yang terkenal dengan permainan yang berkualiti samada
dalam bentuk CD atau lain-lain medium audio. Pastikan kualiti audio adalah
bermutu untuk tujuan ini. Adalah lebih baik sekiranya anda dapat banyak
mendengar permainan pancaragam yang berkualiti secara langsung (live).

Untuk itu, anda dinasihatkan supaya tidak melepaskan peluang untuk


menyaksikan pertandingan pancaragam peringkat kebangsaan yang diadakan
setiap tahun. Peluang di depan mata seperti Pertandingan Akhir World Marching
Band Festival yang telah dua kali diadakan di Malaysia amat rugi sekiranya
dilepaskan begitu sahaja. Dengan menyaksikan pertandingan-pertandingan
seumpama ini secara langsung, anda akan dapat menambah rujukan untuk
minda anda demi membina konsep bunyi pancaragam yang berkualiti.

Melalui pengalaman-pengalaman muzikal yang begini, anda akan menajamkan


lagi deria pendengaran dan daya penilaian anda. Dengan itu akan lebih mudah
untuk anda menilai dan mengecam karektor bunyi pancaragam yang betul dan
baik. Dengan pendedahan yang cukup, anda tidak akan berdepan dengan
masalah untuk mengkategori dan membezakan di antara permainan yang
berkualiti emas (cemerlang), perak (kepujian), gangsa (baik) atau lemah. Apabila
anda mencapai kemahiran ini, anda bukan sahaja akan menjadi seorang jurulatih
yang lebih berwibawa malahan layak untuk menjadi pengadil pertandingan
pancaragam.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI


BUNYI PANCARAGAM
T
Erdapat banyak faktor yang mempengaruhi dan menentukan kualiti bunyi
keseluruhan sesebuah pancaragam. Akan tetapi, faktor utama ialah intonasi,
Zaharul Lailiddin Saidon Bunyi Pancaragam yang Betul & Baik  5

imbangan, blend dan karektor ton setiap alat dalam pancaragam (McMurry,
1998). Semua aspek utama ini perlu diberi perhatian sekiranya anda ingin
membentuk sebuah persembahan pancaragam yang cemerlang dari segi
muziknya.

Faktor yang mempengaruhi Kualiti Ton

Intonasi

Imbangan

Karektor Ton Alat

Intonasi

Intonasi adalah berkaitan dengan ketepatan pic. Justeru, sebuah pancaragam


yang dikatakan mempunyai intonasi yang baik bermaksud telah bermain dengan
pic yang tepat.

Dalam pertandingan pancaragam, intonasi merupakan aspek utama yang dinilai.


Pengandil yang berpengalaman dengan mudah dapat membezakan di antara
sebuah pancaragam yang baik, sederhana dan lemah berdasarkan aspek intonasi.

Intonasi yang baik hanya diperolehi melalui proses talaan (tiuning) yang teliti.
Namun demikian, talaan yang baik sebelum persembahan semata-mata tidak
cukup untuk memastikan pasukan pancaragam anda bermain dengan intonasi
yang baik sepanjang persembahan. Ini adalah kerana sifat alat-alat pancaragam
tidak sama seperti sebuah kibod elektronik. Penjarian yang betul pada alat tiupan
tidak semestinya menghasilkan pic yang tepat.

Penggunaan alat talaan tidak dinafikan dapat membantu ahli pancaragam dari
segi intonasi. Namun demikian, elakkan daripada terlalu bergantung kepada alat
talaan (tuner). McMurry (1998) menganggap pengantungan kepada alat talaan
sebagai satu kesilapan. Mana mungkin ahli dapat sentiasa merujuk kepada alat
6  Bunyi Pancaragam yang Betul & Baik Zaharul Lailiddin
Saidon

talaan semasa membuat persembahan. Oleh itu, ahli pancaragam perlu dilatih
untuk mendengar semasa bermain dan membuat penyesuaian bagi
mendapatkan intonasi yang setepat mungkin.

Imbangan

Persembahan pancaragam adalah hasil gabungan pelbagai jenis dan keluarga


alat tiupan dan perkusi. Oleh itu aspek permainan secara seimbang di antara
pelbagai bunyi alat-alat dalam pancaragam perlu diberi perhatian sewajarnya
dalam membentuk sebuah pancaragam yang berkualiti dari segi persembahan
muzik. Kegagalan mengawal imbangan dengan baik akan memberi kesan
kurang baik kepada kualiti keseluruhan muzik pancaragam.

Walaupun semua not dimainkan dengan intonasi dan irama yang betul, sesebuah
pancaragam masih tidak dapat menghasilkan kualiti ton yang cemerlang hanya
kerana masalah imbangan. Perkara ini yang seringkali tidak disedari oleh
jurulatih kurang berpengalaman. Lantas, mereka mempersoalkan pengadil
apabila pasukan mereka tidak mendapat kedudukan yang baik dalam
pertandingan.

Justeru, sebagai jurulatih anda perlu memastikan setiap ahli pancaragam


khususnya ahli baru supaya benar-benar memahami konsep imbangan dalam
permainan. Cara yang terbaik tentu sekali menggunakan kaedah demonstrasi.
Contohnya, cara yang paling mudah ialah meminta dua orang pemain trumpet
memainkan satu not yang sama. Minta seorang pemain meniupkan not
berkenaan dengan dinamik yang kuat. Manakala yang seorang lagi mainkan not
berkenaan dengan dinamik yang lembut. Terangkan kepada semua ahli
pancaragam bahawa permainan kedua-dua pemain trumpet berkenaan adalah
contoh permainan yang tidak seimbang.

Untuk memberi contoh permainan yang seimbang pula, minta pemain yang
meniup dengan dinamik yang kuat supaya melembutkan tiupannya supaya
disesuaikan dengan aras dinamik tiupan pemain trumpet yang seorang lagi.
Dengan cara ini pelajar akan mudah memahami konsep imbangan. Di samping
itu, secara tidak langsung mereka akan turut memahami bahawa proses
mendapatkan imbangan memerlukan mereka mendengar dan membuat
penyesuaian kepada kadar kekuatan bunyi tiupan.
Zaharul Lailiddin Saidon Bunyi Pancaragam yang Betul & Baik  7

Contoh yang diberikan di atas hanyalah sekadar pengenalan kepada konsep


imbangan. Aspek imbangan dalam permainan dan persembahan pancaragam
adalah lebih mendalam dan teliti daripada itu. Ianya melibatkan imbangan
antara alat yang sama (contoh: flut dengan flut), antara kumpulan alat (contoh:
bahagian flut dengan klarinet), dan antara keluarga alat (contoh: semua alat
brass dengan alat woodwind). Semua aspek dan proses imbangan ini perlu
dilatih dengan sistematik supaya setiap ahli menyedari peranan masing-masing
dalam membentuk pancaragam yang berkualiti.

Karektor Ton Alat

Gabungan pelbagai ton daripada berbagai alat tiupan dan perkusi menghasilkan
karektor ton keseluruhan pancaragam. Justeru bunyi pancaragam yang baik dan
betul hanya dapat diperolehi apabila semua pemain dapat menghasilkan ton
yang matang mengikut karektor ton alat masing-masing.

Guru pancaragam yang kurang berpengalaman mudah berasa selesa apabila ahli
dapat memainkan sesebuah melodi dengan betul dari segi pic, irama dan tempo.
Sedangkan ton yang dihasilkan oleh kebanyakkan ahlinya lemah dan tidak
matang. Sebagai contoh, sekiranya bunyi yang dihasilkan oleh pemain trumpet
atau klarinet masih tidak mempunyai karektor ton yang sepatutnya, ia
mempengaruhi warna ton keseluruhan pancaragam. Dalam lain perkataan
kualiti ton pancaragam akan terjejas.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti ton yang baik dan matang.
Faktor utama ialah emboucer. Lain-lain faktor ialah pernafasan, penglidahan dan
juga tidak dapat dinafikan kualiti alat itu sendiri.

Emboucer, pernafasan dan penglidahan yang betul boleh diperolehi melalui


bimbingan jurulatih dan latihan yang berterusan. Namun demikian, sekiranya
alat tidak berkualiti agak sukar untuk ditangani sekiranya pasukan pancaragam
tidak mempunyai tabung kewangan yang kukuh. Teknik dan latihan yang baik
sekalipun tidak akan dapat menghasilkan ton yang berkualiti sekiranya sesebuah
pancaragam tidak menggunakan alat yang berkualiti baik. Anda dengan mudah
dapat membezakan sendiri kualiti ton misalnya klarinet yang tidak berjenama
dari negeri China yang murah harganya dengan ton yang dihasilkan oleh
8  Bunyi Pancaragam yang Betul & Baik Zaharul Lailiddin
Saidon

klarinet berjenama dari Jepun atau Amerika Syarikat. Di sini bukannya faktor
jurulatih atau sistem latihan yang menjadi penentu kualiti bunyi sesebuah
pancaragam. Sebaliknya, agak malang kerana kewangan menjadi penentu utama.

PENUTUP

F aktor seperti intonasi, imbangan dan karektor ton yang matang


memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti keseluruhan
persembahan muzik sesebuah pancaragam. Dalam sesebuah pertandingan
pancaragam misalnya, faktor-faktor inilah yang menentukan kedudukan
pasukan pancaragam anda walaupun ianya tidak tercatat dalam skor. Saya
berkongsi pengalaman yang sama dengan McMurry (1998: 23):

“I have observed over the years that almost all band directors do well at
teaching what’s in the printed score. Even bands that receive low ratings
at festival play the right notes, rhythms, and dynamics. It’s what not in
the printed music that determines the quality of the performance”

Membentuk sebuah pancaragam yang dapat menghasilkan bunyi yang betul dan
baik sememangnya memerlukan masa. Ianya menuntut kesabaran dan kegigihan
anda untuk melatih setiap ahli supaya terus berlatih bersunguh-sunguh. Setiap
ahli perlu sentiasa diingatkan supaya memberi fokus kepada aspek-aspek yang
berkaitan dengan penghasilan ton yang betul dan baik dari peringkat awal lagi.