Anda di halaman 1dari 19

KERTAS KERJA SEPAK TAKRAW SEKOLAH RENDAH DAERAH KERIAN TAHUN 2013

1.0

PENDAHULUAN Pertandingan sepak takraw adalah disertai oleh murid sekolah berumur 10 dan 12 tahun. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Standard Ko-Kurikulum untuk melahirkan murid yang sempurna dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek ( JERI ).

2.0

MATLAMAT Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran sepak takraw dengan menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif.

3.0

OBJEKTIF 3.1 3.2 3.3 3.4 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan. Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif. Meningkatkan disiplin dalam diri murid.

4.0

KUMPULAN SASARAN 4.1 4.2 5 Kelompok Daerah yang terdapat dalam PPD Kerian. 12 orang murid lelaki dari setiap kelompok yang bertanding di peringkat Daerah Kerian.

5.0

PERLAWANAN 5.1 5.2 Dijalankan selama 2 hari iaitu : i- Dewan Pasar Awam, Bagan Serai ( 7 8 Mac 2013 ) Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Kerian ke Peringkat Negeri

6.0

SUMBER KEWANGAN

6.1

Yuran penyertaan dari setiap sekolah yang menyertai kedua-dua pertandingan : RM 100.00 X 5 kelompok = RM 500.00 Sumbangan MGB Kerian =RM200.00 Sumbangan Penaja = RM200

6.2 6.3

7.0

PERBELANJAAN

7.1 Bil. 1.

Perkara Bayaran Pengadil RM 20.00 X 8 orang Hadiah Tempat Pertama Plak RM 10.00 X 12 orang Hadiah Tempat Kedua Plak RM 5.00 X 12 orang Hadiah Tempat Ketiga Plak RM 5.00 X 12 orang Saguhati (untuk semua peserta) RM 1.00 X 70 orang Jamuan Guru dan Pegawai RM 3.00 X 20 orang Jamuan Murid RM 2.00 X 70 Lain-lain JUMLAH

Jumlah RM 160.00

Catatan

2.

RM 100.00

3.

RM 50.00

4.

RM 50.00

5.

RM 70.00

6.

RM 60.00

7. 8.

RM 140.00 RM 200.00 RM 900.00

7.0

PELAKSANAAN 8.1 PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW -seperti lampiran

8.2 8.3

NAMA PERTANDINGAN Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Daerah Kerian 2013 BILANGAN PEGAWAI/PESERTA Bilangan Pegawai dan Peserta bagi Pertandingan Sepak Takraw ialah seperti berikut:Pengurus Pasukan Jurulatih Pasukan Peserta 1 orang ( setiap pertandingan ) 1 orang ( setiap pertandingan ) 12 orang ( setiap pertandingan )

8.4

PENYERTAAN Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid Daerah Kerian Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu 1 pasukan sahaja setiap pertandingan. Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini. Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan adalah tidak dibenarkan. Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pengelola bersama-sama dengan salinan Surat Beranak tiga hari sebelum pertandingan.

8.5

TEMPOH PERLAWANAN Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut: Kiraan kemenangan kumpulan Game Best Of 3. SISTEM PERTANDINGAN Liga Kumpulan

8.6

A Pusingan Permulaan Pasukan mengambil bahagian, dibahagikan kepada 4 kumpulan A,B,C dan D dan pertandingan dijalankan secara liga.
3

B. Pusingan Suku Akhir i. Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati ii. Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan A. Pemenang sebagai kumpulan X1 dan X2 iii Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan B. Pemenang sebagai kumpulan Y1 dan Y2 C. Pusingan Separuh Akhir i. ii. iii. D. Pusingan separuh akhir secara kalah mati. Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai Z1 Separuh akhir kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2.

Pertandingan akhir i. Menentukan Johan dan Naib Johan, Z1 lawan Z2. ii. Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah Y1 lawan X2.

8.7

MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN 8.7.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan secara Liga adalah seperti berikut :Menang Kalah 3 Mata 0 Mata

9.0

PERTUKARAN PEMAIN Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam mana-mana regu, tidak dibenarkan bermain dalam regu yang lain di dalam pertandingan yang sama. Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan Pengurus Pasukan / Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak di dalam permainan.
4

Dalam acara Regu, setiap regu boleh menamakan maksimum dua (2) orang pemain simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada. Setiap Regu dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set.

Dalam acara Berpasukan , setiap regu boleh menamakan maksimum (1) seorang pemain simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada . Setiap Regu dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set. Semua pertukaran pemain hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengadil Rasmi dan pertukaran hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana Pengadil bertugas nampak semasa pertukaran pemain dilakukan. Pertukaran pemain boleh dilakukan apabila antara kiraan mata telah dijalankan atau semasa permulaan set. Satu (1) atau lebih pertukaran pemain boleh dilakukan dalam masa yang sama ( bagi acara regu sahaja )Jika Regu memulakan set dengan pemain yang berbeza dari set yang sebelumnya, maka dianggap pertukaran telah dilakukan untuk set yang baru. Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas sebab kecederaan. Sekiranya kedua-dua pertukaran pemain belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran pemain telah dilakukan , maka perlawanan dihentikan dan regu ini dianggap kalah. Mana-mana regu yang mempunyai kurang daripada 3 orang pemain tidak dibenarkan meneruskan perlawanan dan dianggap kalah. Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad merah) maka regu tersebut dibenarkan membuat pertukaran pemain sekiranya kedua-dua pertukaran masih belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran telah dilakukan dalam set tersebut, maka perlawanan akan ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah dianggap kalah.

10.0

PAKAIAN
5

Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan membahayakan pemain adalah dilarang sama sekali.

Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai warna jersi yang berlainan. Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/Tshirt, yang berwarna cerah dan berwarna gelap. Jika kedua-dua pasukan yang bertanding memakai warna jersi yang sama maka jersi pasukan tuan rumah hendaklah ditukar. Jika dari pasukan yang berlainan negara maka mana-mana negara yang dinamakan dahulu dalam pendaftaran hendaklah menukar jersi.

Pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan sebahagian daripada anggota badan. Jersi / T-Shirt hendaklah dimasukkan ke dalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai tracksuits.

Semua pakaian pemain hendaklah bernombor dibahagian depan dan belakang. Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi ( dari 1 hingga 36 ) yang sama untuk keseluruhan kejohanan.

Nombor hendaklah berukuran 19 cm tinggi di bahagian belakang dan berukuran tidak kurang 10 cm di bahagian depan ( bahagian tengah dada ).

Nama pemain hendaklah berada di belakang bahagian atas nombor pakaian di mana bersesuaian saiz dan nampak jelas semasa siaran untuk tatapan televisyen .

Pakaian pemain boleh mempunyai logo penaja dibahagian hadapan pakaian pemain dimana haruslah mengikut peraturan pertandingan. 6.6 Ketua regu hendaklah memakai Arm Band di lengan kiri. 6.7 Mana mana pakaian yang tidak mempunyai spesifikasi yang dinyatakan di dalam Undang Undang Permainan ini, hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak Teknikal ISTAF terlebih dahulu.

11.0

GELANGGANG DAN PERALATAN Gelanggang Sepak Takraw

1.

Gambaran ukuran Gelangang Sepak Takraw.

3. 12.0

Peralatan Sepak Takraw 2 biji bola bersaiz sekolah rendah berjalur biru. Jaring cap gajah bersaiz standard. KELEWATAN Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan. Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah dianggap memberi

kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan jaringan 5-0.

Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula tidak dibenarkan mengambil tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh di jadikan sebagai pemain gantian seperti mana yang di peruntukkan

dalam Undang-Undang Penggantian dan Pertukaran Posisi. Jika posisi pemain yang lewat itu tidak di isi oleh pemain lain, pemain berkenaan tidak boleh masuk bermain semasa permainan sedang berlangsung, tetapi selepas memberitahu pengadil, pemain itu boleh masuk ke gelanggang apabila :i. Sebaik sahaja gol di jaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah bermain di posisi yang di biarkan kosong dalam pasukan itu.

ii. Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit. ii.Sebaik sahaja selepas rehat

13.0

BANTAHAN DAN RAYUAN Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan.

Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.

14.0

JURI RAYUAN Ahli juri rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) dengan sekurang-kurangnya 3 wakil daripada Kelas Prasekolah berkecuali. Ahli juri rayuan terdiri daripada: i. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai
8

Pengerusi. ii. Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan atau wakilnya. iii. iv. Pengerusi Teknik Permainan berkenaan. Dua hingga empat orang wakil daripada Kelas Prasekolah yang berkecuali. Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

15.0

KEHILANGAN DAN KESELAMATAN Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan dan tempat kematian penginapan semasa sebarang

kemalangan,

kecederaan

pertandingan

dijalankan.Walau bagaimanapun, beberapa persediaan dan langkah keselamatan kemalangan akan diadakan bagi mengelakkan berlangsung. kehilangan Setiap dan

semasa

kejohanan

Pasukan

dikehendaki menyediakan First Aid Kit sendiri.

16.0

PENANGGUHAN PERLAWANAN Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan

diteruskan seperti hujan lebat, petir dan kilat, keadaan padang yang becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya, maka Pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak

menangguhkan perlawanan. Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :1. Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal.
9

2. Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan hendaklah dimainkan semula. 3. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan secara serta merta. 4. Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Futsal dan Bola Jaring akan menetapkan semula perlawanan yang tertangguh itu.

17.0

PENGADIL-PENGADIL/PENGERUSI TEKNIK Sekolah Pengelola akan melantik Pengerusi Teknik Pertandingan Sepak Takraw pengadil-pengadil dan pegawai teknikal akan disediakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah yang menganjurkan permainan tersebut untuk menyediakan borang pendaftaran pemain dan borang-borang

perlawanan, penyediaan gelanggang, jaring, kerusi rehat pemain, pemungut bola dan minuman.

18.0

CADANGAN PERALATAN BAGI SATU GELANGGANGPENGELOLAAN

Bangku - 2 buah (pengurus pasukan, jurulatih, pemain dan pemain simpanan) Kerusi -6 buah (2 pengadil, 2 pencatat papan skor, 1 penjaga masa dan 1 pencatat skor) Meja - 2 buah (1 pencatat skor dan 1 penjaga masa) Borang pertandingan - borang skor, borang pertukaran dan borang keputusan Jam randik Papan skor - 2 buah - 1 unit
10

Bola pertandingan - 2 biji (dibawa oleh setiap pasukan bertanding) setiap pertandingan

19.0

MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, maka semua keputusan pertandingan yang dijalankan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak dibenarkanmemasuki sebarang pertandingan seterusnya. Mata yang diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam perlawanan yang terdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan.

20.0

JAWATANKUASA KERJA

Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Naib Bendahari

: Puan Ommi Kalsom bt. Mohamad (PPD) : Tn. Hj Tarmizi bin Ali ( PTPS Sepak Takraw Daerah ) : Imaran bin Mat Ismail ( SK Gunung Semanggol ( K ) : Ismail bin Idris ( SK Hutan Percha ) : Ahamd bin Zammeri ( SK Sri Laksamana ) : Aziz bin Ayob ( SK Dato Masod ) : Mohammad Shah Abu Bakar ( SK Parit Hj. Aman )

Ahli Jawatankuasa : i. Pendaftaran dan Borang Jumri binti Saad ( SK Tanjung Piandang ) Yahya bin Ali ( SK Dato Alaudin )

ii.

Persiapan Tempat / Gelanggang Rohaimizan bin Che Mat Hassan @ Hussain ( SK Rantau Panjang ) Izzat Izudin bin Amat ( SK Telok Berembang )

iii.

Teknikal / Peralatan Mohd Maizon bin Waham ( SK Alor Pongsu )


11

Mohd Khari bin Amir ( SK Matang Jelutung)

iv.

Jamuan Rosli bin Kamaruddin ( SK Pulau Sebang ) Hassan bin Hamid ( SK Simpang Empat )

v.

Hadiah dan Cenderahati Halim bin Abdul Rahman ( SK Gangsa ) Idrus bin Idrus ( SK Sungai Tuang )

vi.

Buku Program / Jemputan Nordin bin Zammeri ( SK Seri Laksamana ) Mohamad Ali bin Osman ( SK Kuala Gula )

vii.

Juruacara Masri bin Aliman ( SK Jeram )

viii.

Penyelia Peserta Kamarudin bin Ishak ( SK Dato Alaudin )

21.0

LAPORAN KEJOHANAN

Perlawanan berlangsung selama 2 hari. Ia berlangsung di pasar awam Bagan Serai, Perak. Permainan secara liga dijalankan memandangkan hanya 5 kelompok sahaja yang mengambil bahagian. Permainan diputuskan bermain secara best of 3 iaitu dijalan secara set. Sekiranya dua regu menjadi menang regu yang ketiga tidak akan bermain. Kelompok 4 telah menjadi johan dan kelompok 2 menjadi naib johan manakala kelompok 5 mendapat tempat ke 3. Seramai 18 pemain dipilih untuk latihan pusat.

12

22.0

LAMPIRAN

1. Jadual Perlawanan 2. Jadual Pungutan Mata Perlawanan Mengikut Kumpulan 3. Borang Penyertaan Pertandingan 4. Borang Senarai Nama Pasukan 5. Keputusan Kejohanan

13

1. Jadual Perlawanan.

14

2. Jadual Pungutan Mata

15

3. Borang Pendaftaran.

16

4. Borang Keputusan.

17

5. Surat Lantikan Pegawai

18

7. Kelompok 4 Menjadi Johan Kerian 2013

19

Anda mungkin juga menyukai