Anda di halaman 1dari 20

1.

0 PENGENALAN Dalam sebuah negara yang kian pesat membangun, perubahan-perubahan dalam bidang pendidikan tidak dapat dielakkan. Ini adalah perlu bagi menampung keperluan-keperluan baru dalam pelbagai bidang. Semenjak pendidikan pravokasional diperkenalkan pada tahun 1965, banyak perubahan yang dinamik telah berlaku bagi memenuhi hasrat kerajaan dan hala tuju pendidikan negara sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Kurikulum Kemahiran Hidup adalah salah satu bidang yang ditawarkan di bawah Kurikulum Teknik dan Vokasional di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KBSR dirancang dan dibentu supaya aktiviti pelajar dan pendidikan peringkat rendah adalah bercorak pendidikan asas. Justeru, matlamat pendidikan adalah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh. Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah bertujuan membolehkan murid memperoleh kemahiran praktis asas dan pengetahuan berasaskan teknologi keusahawanan, dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerja buat-sendiri serta cenderung berusahaniaga dan mereka cipta. Ia juga membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan. Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif.

Pada tahun 1979, satu Jawatankuasa Kabinet telah mengambil keputusan untuk mengadakan pendidikan kemahiran hidup (KH) sebagai satu mata pelajaran wajib
1

bagi semua pelajar pada tahap dua peringkat sekolah rendah di Malaysia. Perkembangan ini juga adalah ekoran daripada pendapat ramai bahawa sistem pendidikan di Malaysia ketika itu sudah tidak sesuai lagi kerana terlalu banyak memberi tekanan kepada mata-mata pelajaran akademik dan peperiksaan sahaja.Oleh yang demikian, mata pelajaran KH telah dimasukkan dalam satu kurikulum baru yang dinamakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah digubal oleh Kementerian Pendidikan pada masa itu. Pusat Perkembangan Kurikulum telah ditugaskan untuk merancang satu sukatan pelajaran KH untuk Tahun III hingga VI yang dinamakan Tahap Dua. Kurikulum pendidikan KH KBSR yang digubal semula mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Dalam usaha memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran satu semakan semula telah dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Kandungan mata pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah ini telah diolah berdasarkan dua bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Bidang pembelajaran pula terdiri daripada beberapa unit pembelajaran yang mengandungi tajuk berasaskan kemahiran dan pengetahuan. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992).

2.0 PELAN LANTAI BENGKEL KHSR

Rajah 1 : Pelan Lantai Bengkel KHSR

Susun atur yang telah dirancang di dalam pelan yang dipilih ini adalah direka dan disesuaikan atas beberapa faktor yang utama iaitu keselamatan, keselesaan dan kemudahan untuk murid-murid melakukan kerja di dalam sesebuah bengkel.

Melalui pelan yang telah direka ini, bengkel ini mempunyai ruangan-ruangan yang lengkap dan sesuai untuk murid-murid mempelajari subjek ini. Sebuah bengkel yang lengkap mestilah mempunyai sebuah bilik ruang utama bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Di ruangan tersebut meja-meja yang besar di susun secara jauh di antara satu sama lain dengan tujuan supaya murid-murid dapat bergerak bebas di dalam bengkel dan juga berasa selesa. Ini juga dapat memberi bantuan ketika berlaku kecemasan seperti kebakaran di mana murid-murid dapat meninggalkan bengkel dengan pantas dan selamat. Di ruang ini juga disediakan meja guru dan papan menulis untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Almari penyimpanan hasil kerja elektronik yang berkunci juga disediakan agar murid-murid dapat menyimpan hasil kerja mereka dan kerana hasil kerja elektronik tidak dibawa balik ke rumah. Tong sampah disediakan di setiap penjuru supaya kebersihan bengkel akan selalu terjaga. Terdapat empat pemadam api yang telah disediakan diruang ini, penyediaan pemadam-pemadam api ini adalah untuk mencegah kebakaran-kebakaran kecil yang berlaku di dalam bengkel dengan lebih cepat sebelum bertukar menjadi kebakaran yang besar. Singki diletakkan di luar bengkel untuk memudahkan kerjakerja pembersihan yang menggunakan air dilakukan. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan dari lantai bengkel basah dan kemalangan berlaku di dalam bengkel. Malah, lantai di dalam bengkel lebih sesuai bersimen berbanding dengan bermozek kerana lebih selamat dan tidak licin apabila murid-murid melakukan aktiviti di dalam bengkel tersebut. Selain itu, penyediaan tingkap yang banyak di ruang ini juga adalah amat penting supaya peredaran udara menjadi lebih efisien dan tidak menyebabkan keadaan bengkel menjadi panas dan sesak. Di belakang bengkel ini juga disediakan satu ruang yang menempatkan dan mempamerkan hasil kerja murid-murid yang telah siap. Di ruangan ini juga, terdapat semua carta seperti carta organisasi bengkel setiap kelas, jadual, carta keselamatan, peraturan bengkel dan pelbagai lagi informasi berkaitan dengan subjek. Ruang penyimpanan kerusi turut disediakan supaya apabila bengkel tidak digunakan kerusi-kerusi di dalam bengkel akan di simpan di situ. Empat buah pintu telah disediakan di dalam bengkel dan keempatempat pintu ini perlu sentiasa dibuka untuk tujuan peredaran keluar masuk bengkel
4

berjalan lancar. Ini juga memainkan peranan ketika kecemasan di mana murid-murid dapat keluar dan menyelamatkan diri dari bengkel dengan cepat. Stor alatan tangan dan stor bahan-bahan dan juga kimia diwujudkan di dalam bilik yang berasingan daripada ruang pembelajaran dan pengajaran di dalam bengkel. Ini adalah untuk memberi ruang yang lebih untuk menyimpan bahan-bahan dan juga alatan tangan. Selain itu, ia juga memberi keselesaan kepada murid-murid di dalam bengkel kerana pembinaan stor di bilik berasingan memberikan ruang yang lebih selesa di dalam bengkel. Penyimpanan alatan juga menjadi lebih senang dan tidak bersepah-sepah di dalam bengkel. Terdapat juga satu ruang khas untuk aktiviti pertanian dan perkebunan. Ruang ini dibuat di luar bengkel kerana keadaan di dalam bengkel tidak sesuai untuk aktiviti penanaman dan perkebunan. Aktiviti ini memerlukan ruang yang bertanah yang mempunyai sumber cahaya matahari yang cukup untuk tumbesaran tanaman. Aktiviti menyiram tanaman juga menjadi lebih mudah. Kesimpulannya, susun atur yang dirancang perlulah sistematik dan selamat digunakan oleh murid-murid dan guru agar tidak menimbulkan sebarang perkara yang tidak diingini pada masa akan datang. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati.

3.0 ESEI KELEBIHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ( PPBK ) Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah pengajaran yang disampaikan menggunakan pakej perisian pendidikan menggunakan komputer. PPBK dilaksanakan secara berfikrah, terancang dan disesuaikan dengan proses P&P, dan pembelajaran dilakukan dengan menggunakan perisian khusus yang
5

dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer. Penggunaan kaedah PPBK secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu. Pengajaran berbantukan komputer boleh dilihat sebagai satu alternatif ke arah melahirkan generasi yang kreatif, inovatif, kritis dan berwawasan selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, di mana ia menjadi asas kepada Pembentukan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dan negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu untuk membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi ia juga berpotensi sebagai alat untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Terdapat banyak kelebihan pengajaran dan pembelajaran berbantukan

komputer ini diaplikasikan semasa P&P terutamanya dalam subjek Kemahiran Hidup Sekolah Rendah, antaranya adalah pertama, pengajaran berbantukan komputer boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan teknologi ICT melalui laman web pembelajaran untuk mengadakan latih tubi di dalam kelas. Setiap pelajar dikehendaki menjawab soalan latih tubi di laman web dan kemudian guru dan pelajar akan membincangkan jawapannya di dalam kelas. Ini akan menukar pemikiran murid-murid bahawasanya subjek Kemahiran Hidup ini bukan sahaja hanya bertukang di bengkel atau berkebun tetapi juga melibatkan penggunaan ICT di dalam kelas atau bengkel. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting di dalam penyebaran penggunaan komputer kepada para pelajar melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran selain menarik minat pelajar tehadap P&P di dalam kelas. Kedua, perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) berkemampuan mempersembahkan maklumat dengan menarik serta menyimpan dan mengawal maklumat dengan baik. Perisian PPBK juga didapati berupaya berinteraksi secara terus dengan pengguna. Kelebihan ini akan membolehkan guru mempunyai masa yang lebih untuk memberikan pemulihan kepada pelajar-pelajar tertentu serta menanamkan minat pelajar untuk belajar. Sebagai contoh, perisian AutoCAD mampu menjana kreativiti guru dan pelajar. Selain itu, dengan penggunaan ICT yang canggih mampu untuk guru menarik perhatian pelajarnya
6

bukan saja di dalam kelas malahan di luar kelas juga mampu melihat kesungguhan murid untuk terus menggunakan ICT dalam pembelajaran mereka. Seterusnya, kelebihan yang boleh dilihat ialah penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajari. Hal ini demikian kerana, bagi meningkatkan kefahaman seseorang pelajar itu guru perlulah menggabungkan pengajaran tersebut dengan teori dan amali. Ini secara tidak langsung, menambahkan lagi ilmu dan penguasaan pelajar terhadap pembelajaran yang dipelajari pada masa tersebut. Sebagai contoh, selepas guru memaparkan slaid tentang penjagaan tanaman hiasan secara teori, guru menunjukkan pula secara amali tentang cara-cara untuk menjaga tanaman hiasan dan menyuruh murid melakukannya bersama-sama. Dengan ini, murid-murid akan lebih memahami dan mudah faham kerana membuat atau mempraktik lebih baik dan lebih ingat daripada melihat sahaja. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer membolehkan pelajar memilih serta menggunakan cara yang diminati untuk meneroka dan menjelajah pembelajaran. PPBK adalah pembelajaran aktif, berlaku dalam persekitaran multimedia bagi membolehkan pelajar membina pengetahuan dalam pelbagai orientasi yang sesuai dengan gaya dan keperluan kognitif mereka. Di dalam situasi pembelajaran aktif, pengetahuan adalah secara langsung dialami dan dibina, dimanipulasi, diuji dan diteroka oleh pelajar itu sendiri. PPBK dilihat dapat menyelesaikan masalah kepelbagaian pelajar. Sebagai contoh, apabila pengajaran guru telah habis di sekolah murid-murid boleh meneruskan dengan mencari maklumat tambahan tentang subjek atau topik yang mereka kurang fahami. Oleh itu, pelajar itu harus mempunyai inisiatif untuk meneroka tentang sesuatu topik bagi menambah ilmu pengetahuan. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan motivasi mereka dalam pembelajaran di samping menggalakkan murid menggunakan teknologi maklumat yang semakin berkembang. Dengan penerapan pelbagai unsur media, Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer ini menjadi lebih seronok dan mencabar di samping memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.

Akhir sekali, untuk membentuk pembelajaran koperatif serta memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum serta masa interaksi dapat dijimatkan. Melalui PPBK ini guru dapat menerapkan nilai-nilai kerjasama antara murid dengan guru dan murid sesama murid. Sebagai contoh, murid dipecahkan kepada kumpulan untuk menyediakan power point untuk sesi pembentangan dan guru pula bertindak sebagai pembimbing atau fasililator. Secara tidak langsung, masa P&P juga dapat dijimatkan sekiranya PPBK ini diaplikasikan di dalam kelas. Kesimpulannya, Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dapat memberi impak yang baik dalam proses P&P seseorang pelajar terutamanya pelajar yang berada pada tahap pencapaian akademik yang rendah. Hal ini demikian kerana seseorang pelajar yang berada di tahap pencapaian akademik rendah amat memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka contohnya visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik, di mana kesemua medium ini terdapat dalam multimedia yang boleh didapati di dalam pembelajaran berbantukan komputer. Kefahaman di dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sesuatu yang amat diperlukan oleh pelajar untuk mengingati apa yang telah mereka pelajari.

4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Rancangan Mengajar Harian Mata Pelajaran Tarikh Masa Kelas Bilangan Murid : Kemahiran Hidup : 11 Februari 2013 : 10:45 - 11:45 a.m. (60 minit) : 4 Cempaka : 40 orang
8

Bidang Pembelajaran Unit Pembelajaran Tajuk Pembelajaran Objektif Pelajaran

: Reka Bentuk dan Teknologi : Tanaman Hiasan : Penjagaan : Pada akhir pelajaran, murid dapat: i) ii) iii) Menyatakan cara menggembur. Mengetahui cara membaja. Mengetahui cara menyiram.

Pengalaman Sedia Ada Nilai ABM BBM KBKK

: Murid-murid pernah melakukan kerja menggembur. : Kerjasama, Kebersihan, berhati-hati. : Kertas Mahjong : Pasu bunga, serampang tangan, penyiram, baja, surat khabar lama : Meneliti

Langkah / Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

ABM / BBM / KBKK / Nilai

Set Induksi ( 5 minit )

Guru menayangkan video tentang 1. Guru menayangkan video dan BBM: tanaman hiasan dan meminta murid mengenalpasti tanaman hiasan yang terdapat dalam video tersebut.
9

meminta

murid

menjawab Video

soalan yang ditanya.

Contoh soalan: Apakah tersebut? Langkah 1 (10minit ) Contoh soalan : 1. Tahukah kamu mengapa kita hendak menggembur tanah ? - Membaiki pengudaraan tanah dan pengedaran tanah. 2. Apakah perhatikan menggembur ? - Jangan merosakkan akar tumbuhan. Cara Menggembur Tanah Langkah 1 Kenal pasti bekas yang mempunyai permukaan yang keras. yang patut kamu semasa 2. Guru teori baru menerangkan tentang meminta dahulu penjagaan murid 1. Guru menggunakan bahan BBM : contoh tanaman hiasan yang dapat kamu lihat dalam video

pengajaran dan pembelajaran Power berbantukan komputer untuk point menjelaskan tentang topik tersebut dengan lebih menarik.

tanaman hiasan dan kemudian melakukannya secara amali.

Langkah 2 -Longgarkan tanah dengan serampang tangan. Langkah 3 Gemburkan tanah dengan serampang tangan. Langkah 4 - Basuh dan keringkan serampang tangan sebelum disimpan.
10

Langkah 2 (15 minit)

Contoh Soalan : 1. Pada pendapat kamu, kenapa kita harus membaja? - Supaya tumbuhan dapat hidup dengan lebih subur.

1.

Guru menunjukkan contoh ABM : baja. Murid menelitikan yang ditunjukkan oleh guru. BBM : Kertas baja Mahjong

2. Guru Tujuan Membaja a. Membekalkan lengkap hiasan. b. Mengawal penyakit Tujuan mengawal perosak dan penyakit adalah untuk mengurangkan Antara serangan yang 4. dan perosak dan penyakit. tanda-tanda perosak perosak dan 3. Guru nutrien yang kepada tananam cuba

mengarahkan memberi cuba

murid Pasu Serampang Surat khabar

pendapat bunga, memberi tangan,

mengenai tujuan membaja. Murid pendapat tujuan membaja. menjelaskan

tujuan lama, baja

membaja. Murid memberi perhatian KBKK : Meneliti terhadap penjelasan guru. Guru menunjukkan contoh

menunjukkan pengawalan

perlu daun yang berpenyakit.

penyakit ialah terdapatnya tanda daun yang berlubang 5. Guru menjelaskan tujuan dan yang dimakan oleh perosak dan tompok-tompok berwarna perang / layu yang disebabkan oleh serangan penyakit. 6. Guru memdemonstrasikan cara Langkah 1 Kenal pasti tumbuhan hiasan yang subur perlu atau dibaja seperti tumbuhan yang kelihatan tidak tumbesarannya
11

cara mengawal perosak dan penyakit.

murid memberi perhatian terhadap pemjelasan guru.

membaja. Murid memberi perhatian demonstrasi guru.

terbantut. Langkah 2 Gemburkan tanah dengan serampang tangan. Langkah 3 Taburkan baja berbutir di sekeliling tumbuhan pada tanah yang telah digemburkan. Langkah 4 Gaulkan baja berbutir dengan tanah untuk dan membantu penaburan penghuraian yang sekata.

Langkah 5 Siramkan membaja. Langkah 6 Basuh dan keringkan alatan sebelum disimpan. Langkah 7 Simpan baja berbutir termasuk pembungkusan yang di dalam bekas tertutup. bukan logam yang tumbuhan selepas

12

Langkah 3 ( 5 minit )

Penyiram Digunakan untuk menyiram. Gunakan mempunyai berlubang menyiram. Langkah 1 Kenal pasti keadaan tumbuhan yang memerlukan air seperti permukaan yang kering. Langkah 2 Pastikan tidak muncung tinggi pemyiram daripada terlalu penyiram muncung halus yang yang semasa

1. Guru

menjelaskan

sifat

penyiram. Murid memberi perhatian terhadap pemjelasan guru. 2. Guru memdemonstrasikan cara menyiram. Murid memberi perhatian terhadap demonstrasi guru.

permukaan tanah yang kering.

Langkah 3 Langkah 4 (20 minit) Siram seminggu ke zon akar tumbuhan. 1. Guru membahagikan murid BBM : kepada 7 kumpulan. 7 kumpulan. 2. Guru mengarahkan dan kumpulan Pasu Serampang tangan, murid Penyiram, melakukan kerja menggembur, Baja, Surat membaja secara langkah. Guru melakukan kerja menggembur,
13

Murid dibahagikan kepada bunga,

menyiram khabar mengikut lama.

membaja Nilai :

dan

menyiram

secara Kerjasama mengikut

kumpulan langkah. Penutup ( 5 minit ) Rumusan : 1. Apakah yang telah kamu pelajari pada hari ini? Menggembur,membaja,menyiram. 2. Bagaimanakah kita memastikan tumbuhan tersebut berpenyakit? Daun berlubang yang dimakan oleh perosak dan tompok-tompok berwarna perang atau layu yang disebabkan penyakit. oleh serangan 2. Guru dan murid. mengedarkan 1. Guru menanya

balik

apa

yang telah diajar pada hari ini. Murid mengimbas kembali topik yang telah diajar pada hari ini. latihan

lembaran kerja kepada

5.0 PENUTUP Kita telah sedia maklum bahawa matlamat wawasan 2020 ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Akan tetapi kebelakangan ini kita terlalu menitikberatkan pengajian tinggi semata-mata dan telah mengabaikan kepentingan pendidikan teknik dan vokasional serta pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Memandangkan pentingnya pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah rendah dan sekolah menengah, semua pendidik harus sentiasa peka dan sedar tentang perkembangan-perkembangan baru dan isu-isu semasa dalam arena pendidikan. Mata pelajaran Kemahiran Hidup di Malaysia yang kini sedang giat berubah dengan kemunculan beberapa masalah serta cabaran untuk golongan guru Kemahiran Hidup. Segala perkembangan dan perubahan baru itu harus disedari, difahami, dinilai dan dikaji secara teliti dan rasional oleh guru-guru Kemahiran Hidup supaya mereka dapat menghadapi dan mengatasi cabaran-cabaran semasa dalam bidang
14

ini dengan menerima dan mencuba kaedah-kaedah dan pendekatan-pendekatan dalam pedagogi Kemahiran Hidup yang mungkin berbeza atau dipersepsi sebagai yang baru. Adalah jelas daripada perbincangan dan keterangan yang dinyatakan di atas bahawa pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah rendah mahupun sekolah menengah telah memainkan peranan penting dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Diharapkan bahawa kurikulum bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif, berkemahiran, bersedia dengan alam dunia pekerjaan dan penting sekali ialah mempunyai nilai-nilai yang murni akan menjadi sumbangan ke arah menjayakan wawasan 2020 Malaysia untuk meningkatkan produktiviti dan memajukan ekonomi negara. Adalah diharapkan bahawa pelajar yang telah mengikuti pelajaran ini boleh mengalami kehidupan yang baik dalam dunia berteknologi yang kompleks dan sentiasa berubah dan berkembang ini.

Menurut KPM ( 1997 ), aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum di sekolah sebagai satu daya usaha untuk menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif pelajar terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan diubah daripada sesuatu yang berdasarkan kepada memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran kreatif dengan menggunakan teknologi terkini. Oleh itu. kebiasaanya pelajar akan mudah tertarik dengan pengajaran yang menggunakan komputer untuk sesuatu subjek. Pelajar akan mudah memahami dan minat dengan penggunaan teknologi masa kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran juga merupakan salah satu kaedah yang dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran di dalam kelas dengan berkesan di samping dapat menarik perhatian pelajar untuk menumpukan tentang apa yang di sampaikan. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, pihak kerajaan sentiasa memberi perhatian bidang pendidikan. Banyak peruntukan telah disalurkan untuk memajukan bidang ini agar masalah buta huruf di Malaysia dapat diatasi. Tujuan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk mendidik rakyat Malaysia supaya mereka menjadi warganegara yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan berkebolehan bagi mencapai taraf hidup yang lebih baik serta memenuhi kehendak-kehendak negara.
15

Ini selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

6.0 REFLEKSI Pada 18 Februari 2013 yang lalu, pelajar PISMP RBT telah diberi satu

tugasan kerja kursus pendek pendidikan PISMP Semester 3 pensyarah bagi mata pelajaran Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Kami diberi masa selama beberapa minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam masa yang agak singkat itu, kami telah dikehendaki mendapatkan maklumat dan membuat tugasan tentang pelan lantai pengurusan bengkel dan penerangan tentang susun atur tersebut, esei tentang kelebihan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, menyediakan satu rancangan pengajaran harian serta pengajaran dan satu set bahan pembelajaran berbantukan komputer. Melalui tugasan ini, saya mendapat pelbagai maklumat dan ilmu baharu tentang topik dan subjek ini. Antaranya adalah saya dapat menghuraikan sistem kurikulum dan pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) di Malaysia. Selain itu, saya juga menganalisis dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk merancang, mereka bentuk dan membina kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Di samping hal itu, saya dapat menjelaskan skop organisasi dan pengurusan bengkel dalam pelan yang disusunatur. Melalui pelan tersebut, saya
16

boleh mengaplikasikan pengurusan keselamatan bengkel semasa di sekolah nanti. Malah, RPH yang dibina boleh saya aplikasikan pendekatan, kaedah, strategi dan teknik pengajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dengan cekap da berkesan. Akhir sekali, saya dapat menyediakan perancangan pengajaran berasaskan kepada sukatan pelajaran yang disediakan. Kesimpulannya, saya berharap tugasan ini dapat memberikan kesan positif kepada saya dan saya berharap dapat mempraktikkannya semasa di sekolah atau dalam kehidupan seharian.

7.0 RUJUKAN Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim: Quantum Books. Ee Ah Meng (1988), Pendidikan di Malaysia untuk Guru Pelatih. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar. Bakti Sdn. Bhd.Hj. Mohd Bakari Bin Zakaria, Hatta Bin Ismail dan Mohamad Bin Abdullah. Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Daerah Besut, Terengganu. Kertas dibentangkan di Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan di Batu Lintang pada tahun 2007. Kementerian Pendidikan Malaysia (2002), Laporan Jawatankuasa Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur, Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (2002), Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Dicapai pada 2002. Daripada http://www.kolejku.com/ppk/hsp/k_hidup/kbsr/hsp_kh_y4.pdf

17

Shahril @ Charil Marzuki dan Habib Mat Som (1999), Isu Pendidikan di Malaysia, Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Laman web https://docs.google.com/viewer? a=v&q=cache:htby_rZuC8sJ:pkpgbuthm.net/index.php%3Foption%3Dcom_docman %26task%3Ddoc_download%26gid%3D30%26Itemid %3D59+&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESi86m0D_GBbZ8b0Dnj4wbp8UOy0N wYtLCQXcDD6LLGVp490oYfzIgT42xvie0WvzbPB3l7TwDDzxDIdnsDoFJB3uKQFDvQlXPYQWyGVviXscdY0QLZeccZ9pWv2Po2QTFQGO&sig=AHIEtbRuYPaeZWWbyTUHTg16xjczYNEdwg http://fhakimi.blogspot.com/2011/03/pengenalan-pengajaran-dan-pembelajaran.html http://papantidaklagihitam.blogspot.com/2012/11/teknologi-komunikasi-dalambidang.html http://www.slideshare.net/peicui89/tanaman-hiasan-14299612 http://www.slideshare.net/arustugui/pengenalan-kepada-kurikulum-khsr-kump-11
18

19

LAMPIRAN

20

Anda mungkin juga menyukai