Anda di halaman 1dari 7

QGJ3053 SUKAN INDIVIDU (PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH) [Garis Panduan Tugasan dan Rubrik Permarkahan]

PERINCIAN TUGASAN KURSUS SUKAN INDIVIDU (QGJ3053) SEM 2 SESI 2012/2013

TUGASAN BERTULIS (50 %): TARIKH HANTAR: 3 MEI 2013 (Minggu 11)
Tugasan bertulis dibahagikan kepada dua tugasan individu wajib iaitu:

Tugasan Individu 1: (30%)

Program Latihan Acara Olahraga

Sebagai seorang jurulatih sukan untuk acara balapan, anda dikehendaki merancang satu program latihan selama dua bulan bagi acara lari berganti-ganti 4 x 200M supaya anda dapat memilih murid yang berbakat untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Sukan peringkat daerah. Anda perlu menghantar dua pasukan sekolah ke kejohanan sukan tersebut iaitu satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan. Bincangkan secara terperinci program latihan dengan menyatakan empat prinsip sukan individu yang releven (pilihan sendiri) untuk mencapai matlamat program yang dirancang. Dalam program latihan tersebut, anda perlu menerangkan bagaimana ansur maju latihan dan variasi teknik latih tubi untuk acara lari berganti-ganti 4 x 200M dapat dilaksanakan dengan jayanya (memenangi pingat). Garis Panduan: a. Sila sediakan 1 kertas kerja berkaitan perancangan program latihan untuk acara lari berganti-ganti 4 x 200M (tidak lebih 30 mukasurat). b. Format penulisan harus mempunyai maklumat berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. Tajuk Program Latihan Tempoh Masa Program Latihan Matlamat Program Latihan Tempoh Masa Sesi Latihan Jumlah murid yang dilatih Alatan yang diperlukan Jadual Program Latihan Objektif Setiap Ansur Maju Latihan Perincian Aktiviti Ansur Maju Kemahiran Variasi Latih Tubi Kemahiran Prinsip-prinsip Latihan yang Relevan

xii. Kaedah Pemilihan Murid Berbakat Selepas Program Latihan xiii. Aspek Keselamatan yang Harus Diutamakan xiv. Persediaan Pasukan ke Kejohanan Sukan Peringkat Daerah xv. Penutup c. Anda boleh menambah maklumat tambahan yang difikirkan relevan untuk perancangan program latihan. d. Penulisan dalam bentuk jadual (program latihan), bentuk poin dengan huraian pendek (penerangan perlaksanaan program), gambar rajah dan diagram (ansur maju kemahiran), atau foto semasa latihan (variasi latih tubi) dapat membantu dalam keberkesanan penyampaian maklumat utama tugasan anda. e. Kreativiti dan keaslian program latihan yang unik adalah elemen utama dalam permarkahan.

Tugasan 2: Penganjuran Pertandingan Sukan Individu Pilihan (20%)


Anda telah dipilih untuk menganjurkan satu pertandingan sukan individu untuk peringkat negeri. (Anda boleh pilih mana-mana sejenis sukan individu yang diperkenalkan dalam modul ini e.g. Ping Pong). Sediakan satu kertas kerja untuk mendapatkan kebenaran dan bantuan kewangan daripada Pejabat Pendidikan Negeri. Kertas kerja anda mesti merangkumi perancangan/persediaan awal pertandingan, perlaksanaan/pada hari pertandingan, laporan selepas pertandingan. Sila lampirkan dokumentasi seperti surat-menyurat, gambar/foto aktiviti semasa pertandingan sebagai bukti penganjuran pertandingan sukan di sekolah/kawasan anda. Tugasan tidak melebihi 30 mukasurat dokumentasi/gambar foto/lampiran. tidak termasuk

Maklumat penghantaran tugasan adalah seperti berikut: 1. Kedua-dua tugasan di atas membawa sebanyak 50 MARKAH. 2. Kedua-dua tugasan hendaklah ditulis dalam 1 FAIL sahaja dan dimuatnaik dalam tapak penghantaran tugasan. 3. Tugasan ini hendaklah dihantar kepada PENSYARAH ELEARNING KUMPULAN MASING-MASING SAHAJA! Jangan hantar tugasan ini kepada tenaga pengajar tutorial kerana mereka mungkin bukan pensyarah e-learning anda, atau sesiapa sahaja yang bukan menjadi pensyarah e-learning kumpulan anda. 4. Mekanisme penghantaran tugasan ini adalah melalui TAPAK YANG DISEDIAKAN DALAM TUGASAN MYGURU3 SAHAJA! Jangan hantar tugasan melalui emel atau pos. Pensyarah ELearning anda TIDAK AKAN MELAYAN tugasan yang dihantar melalui pos atau emel kecuali atas kes-kes tertentu yang dipersetujui oleh pensyarah e-learning. 5. SILA HANTAR TUGASAN INI SEBELUM TARIKH TUTUP IAITU PADA 3 MEI 2013 (MINGGU KE 11)! Tarikh tutup tapak penghantaran tugasan adalah muktamad dan tidak akan dibuka lagi selepas itu. 6. Tugasan yang dihantar selepas tarikh 3 Mei 2013 tidak akan ditanda. Ini bermakna anda akan kehilangan 50%. Masalah peribadi yang mengakibatkan kelewatan penghantaran tugasan tidak akan diambilkira oleh pensyarah. Pastikan anda

mendisiplinkan diri dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pensyarah. 7. Oleh yang demikian, pastikan anda mengikuti langkah-langkah sepatutnya dalam proses muatnaik tugasan bagi memastikan pensyarah e-learning berjaya membuka tapak penghantaran tugasan anda. 8. Merujuk kepada pengalaman semester lepas, pensyarah elearning tidak ada masalah dalam membuka tapak tugasan pelajar kecualilah jika pelajar sendiri tidak melakukan proses muatnaik dengan betul menyebabkan tugasan diterima tapi tidak boleh dibuka.

PERHATIAN:

TUGASAN LEWAT DARIPADA TARIKH AKHIR PENGHANTARAN (3 MEI 2013) TIDAK AKAN DITANDA!

SILA DISIPLINKAN DIRI DAN PATUHILAH PERATURAN KURSUS.

TERIMA KASIH.

Rubrik Pemarkahan Tugasan QGJ3053


Nama:____________________________Kumpulan:_______No.Matrik:_________ _____

BI L

RUBRIK PEMARKAHAN

WAJAR AN

MARK AH

CATATAN

TUGASAN 1: PROGRAM LATIHAN ACARA BALAPAN (30%) Latar belakang Program Latihan 2 Jadual Program Latihan 3 Objektif Setiap Ansur Maju Latihan 4 Perincian Aktiviti Ansur Maju Latihan 5 Variasi Teknik Latih Tubi 6 Prinsip-prinsip Latihan yang Relevan 7 Kaedah Pemilihan Murid Berbakat 8 Aspek keselamatan yang harus diutamakan 9 Persediaan Pasukan ke Kejohanan Sukan peringkat daerah 10 Penutup 1 2 5 4 4 4 4 2 2 2 1 Jumlah

TUGASAN 2: PENGANJURAN PERTANDINGAN SUKAN INDIVIDU PILIHAN (20%) 1 2 3 4 5 Isi Kandungan Kertas Kerja Langkah-langkah persediaan/ perancangan penganjuran pertandingan Prosedur dan perjalanan pertandingan Keunikan Lampiran Keaslian dan Kreativiti Penulisan 3 6 5 4 2 Jumlah JUMLAH MARKAH KESELURUHAN Disediakan oleh: Dr. Lee Ai Choo Penyelaras Kursus 50

18 Feb. 2013

Anda mungkin juga menyukai