Anda di halaman 1dari 12

FORUM 5 Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia.

Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Tidak dinafikan era globalisasi telah membawa perubahan besar dalam berbagai aspek kehidupan masyarakat di Malaysia. Perubahan ini telah memberi implikasi yang positif dan negatif terutama dalam budaya hidup sekarang. Isu pertembungan budaya antara generasi yang kini melanda industri seni dan kebudayaan juga merupakan salah satu daripada implikasi dari proses globalisasi. Dalam mengejar kemajuan, banyak teknologi barat atau timur yang masuk bersama seiring juga dengan budaya yang dibawa bersama. Budaya ini telah yang menyebabkan perubahan dari segi budaya seperti dalam kesenian. Contohnya dalam bidang seni suara, kebanyakan lagu yang dihasilkan adalah berbentuk budaya luar seperti k-pop, rap, jazz dan lain-lain lagi. Pengaruh yang besar terhadap kegilaan muzik ini telah merubah landskap seni di negara kita. Lihatlah cara pemakaian, pertuturan , pergaulan telah melunturkan budaya Malaysia yang amat unik dan penuh dengan sopan-santun. Golongan muda merupakan golongan yang mudah terpengaruh dengan budaya ini. Budaya popular yang menjadi ikutan golongan muda itu meliputi pula bahan-bahan budaya yang tidak sesuai dengan nilai-nilai sosial tempatan. Antaranya gaya hidup penyanyi dan pemain muzik barat yang mempengaruhi kumpulan muda mudi tempatan yang bercanggah dengan nilai-nilai tempatan. Apabila keadaan itu berlaku, maka golongan tua/dewasa menentang perlakuan demikian. Sedangkan golongan muda mudi itu didedahkan dengan perkembangan budaya popular barat yang keterlaluan sifatnya. Golongan dewasa/tua adalah bertanggungjawab dalam menyebarkan bahan-bahan budaya secara meluas itu atas kepentingan komersial. FORUM 5 Untuk membentuk sesebuah tamadun, seni dan kebudayaan merupakan salah satu faktor atau ciri yang dinilai sebagai pengesahan kepada ketamadunan negara tersebut. Malaysiamerupakan sebuah negara yang amat bertuah kerana ditempati oleh pelbagai bangsa dan juga ras serta etnik yang mendukung bersama jenis nilai yang sarat dengan seni dan kebudayaan yang tersendiri. Secara literalnya, sepatutnya Malaysia telah diterima sebagai sebuah tamadun jika dilihat dari aspek kebudayaannya. Akan tetapi, dalam mengejar kemodenan arus globalisasi, pertembungan budaya sentiasa menjadi satu masalah. Seni dan kebudayaan dari negara-negara luar ditafsirkan oleh anak-anak muda sekarang sebagai satu ledakan kemodenan yang mana harus sentiasa dicontohi bagi mengejar bentuk generasi moden. Sebagai contoh, Malaysia sentiasa dilanda pengaruh luar seperti budaya grunge, gothic, punk yang secara realitinya tiada membawa nilai kepada generasi kita. Nilai seni dan kebudayaan sendiri semakin luntur serta dipandang sepi dan dikira kolot. Amat jarang sekali nilai seni dan kebudayaan Malaysia diangkat ke aliran perdana hanya sesekali timbul dalam bentuk simposium atau acara yang tenggelam kemeriahannya. Alunan muzik asli, zapin dan inang semakin jauh dari menjadi halwa telinga masyarakat kita. Begitu juga dengan wayang kulit, pembuatan dan permainan wau serta gasing hampirhampir dilupakan. Untuk itu, adalah menjadi tanggungjawab seluruh masyarakat Malaysia untuk menaikkan dan mengagungkan kembali segala keindahan dan kemahsyuran nilai seni dan kebudayaan yang sepatutnya menjadi sanjungan kita sepanjang zaman.

FORUM 5 Herberth Read mendefinasikan kesenian sebagai suatu usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan pula daripada estetika.Seni dan budaya ini juga merupakan warisan yang diperturunkan dari turun temurun dan diwarisi baik keturunannya atau ahli keluarganya.Walaupun bersaing dengan muzik masa kini , namun kesenian seperti mak yong, ghazal;rebana, kompang,wayang kulit, tarian kuda kepang dan banyak lagi masih lagi bertahan di zaman ini . Ini kerana masih ada lagi waris atau keturunan yang berminat untk menyambung seni dan kebudayaan dengan kemahiran yang diajarkan. Apabila kita lihat senario sekarang, generasi muda kini adalah golongan yang kreatif.Mereka masih mengekalkan rentak atau tarinya tetapi mereka menambahkan beberapa pembaharuan selari dengan jiwa generasi kini.Dari itu, gaya dan rentaknya masih ada dikekalkan cuma penambahan gaya yang seronok dikuasai oleh gererasi kini. Kementerian Kebudanyaan dan Kesenian juga telah mengambil pebagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat kaum di Malaysia amnya yang telah diakui dunia sebagai unik dan menarik. Kementerian ini juga mengadakan perlbagai agenda bagi menarik minat generasi sekarang untuk terlibat aktif dalam kesenian warisan kita. Malah kementerian turut juga membawa generasi kini ke luar negara dalam mempromasi warisan kesenian dan kebudayaan agar dapat dikenali ramai dan juga satu usaha untuk menarik minat generasi muda agar terlibat dalam memperetahankan seni warisan kita. Pelbagai pertandingan juga turut dianjurkan agar generasi kini mengambil bahagian dalam mempelajari warisan keseniaan kita. Di kampung-kampung juga masih ada lagi beberapa kesenian yang bertahan seperti rebana, kompang,berzanji yang mana masih ada waris untuk mempertahankan keseniaan ini diteruskan generasi kini.Malah perkembangan kini dilihat positif dan bersaing dengan muzik masa kini. Walaupun tidak serancak dengan perkembangan muzik moden kini, namun pendedahan dan warisan keseniaan ini tetap dipertahankan agar kekal dan diteruskan hingga ke langkah dunia yang moden ini. FORUM 5 Seni dan kebudayaan merupakan satu medium riadah yang penting bagai masyarakat Malaysia. . Masyarakat malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mempunyai pelbagai ritual yang amat kompleks dan tersendiri berdasarkan budaya sesuatu kaum. Aktiviti seni dan kebudayaan telah membentuk suatu identiti bangsa Malaysia yang amat unik. Identiti ini seharusnya menjadi pegangan dan amalan hidup seharian masyarakat kini. Namun dengan kesibukan dan pertembungan budaya barat menyebabkan seni dan kebudayaan semakin dilupakan. Dalam zaman teknologi yang semakin canggih kini menyebabkan generasi muda lupa dan tidak terdedah dengan kebudayaan asal mereka terutamanya dari segi seni tari, seni rupa iaitu kraftangan tradisional dan permainan tradisonal seperti congkak, gasing dan layang-layang. Permainan tradisional ini lebih dipelopori oleh generasi lama, manakala generasi era kini lebih terdorong untuk bermain dengan permainan interaktif yang hanya duduk di hadapan komputer. Jika bermainan tradisonal mampu mengeluarkan peluh dan berlakunya pergerakan namun dengan teknologi kini kanak-kanak tidak suka beriadah dengan bermain dengan rakan-rakan diluar dan hanya memerap di dalam rumah. Ini menyebabkan identiti budaya permainan tradisional semakin pupus dalam jiwa masyarakat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bangga dengan seni dan kebudayaan yang ada mengikut kaum. Seni dan kebudayaan bukan sahaja menjadi sebuah identiti bagi masyarakat Malaysia malahan menjadi simbol perpaduan dan sosialisasi.

FORUM 6 Penyakit sedentari atau penyakit hipokinetik disebabkan oleh kurang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal, mengamalkan corak pemakanan yang tidak seimbang serta amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, menghidap dadah, minum minuman keras dan sebagainya. Obesiti ialah kegemukan akibat tisu-tisu lemak yang berlebihan. Oleh yang demikian, murid-murid harus digalakkan untuk melakukan aktiviti kecergasan seperti berjogging, turun naik bangku, melakukan senamrobik yang dapat membantu mereka menghindari penyakit sedentari dan obesiti. Melalui aktiviti kecergasan, komposisi lemak badan terutamanya kadar peratusan lemak badan dapat dikawal dan dikurangkan dan seterusnya dapat mengelakkan obesiti. Murid-murid harus melakukan aktiviti fizikal secara berkala bagi meningkatkan taraf kesihatan diri murid.Kesannya meliputi bukan sahaja dari segi fizikal bahkan juga psikologi dan emosi.Antara faedahnya ialah dapat meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki sistem peredaran darah dengan mengurangkan risiko serangan jantung dan strok sekaligus meningkatkan peredaran darah di seluruh badan.Sehubungan itu,aktiviti kecergasan ternyata dapat menghindarkan murid-murid daripada menghidap penyakit sedentari dan obesiti. FORUM 6 Sesungguhnya aktiviti kecergasan adalah cara yang terbaik yang dapat menghindari penyakit sedentari dan obesiti yang kini semakin menular dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Ini adalah kerana aktiviti kecergasan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Murid-murid pada masa kini hanya mementingkan pelajaran untuk tujuan peperiksaan, mereka sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut.Kesibukan golongan murid ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan murid-murid dalam pelbagai aktiviti kecergasan dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Aktiviti kecergasan merupakan langkah awal dalam mengawal penyakit sedentary dan obesiti. Aktiviti kecergasan juga dapat membantu mereka yang telah menghidap penyakit untuk kembali pulih. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti kecergasan juga mampu menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental.Sesungguhnya aktiviti kecergasan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan dalam salur darah dan jantung,membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Kesimpulannya, penglibatan dalam aktiviti kecergasan akan membawa pelbagai faedah kepada murid-murid. Oleh itu , semua murid amat digalakkan menyertai semua jenis aktiviti kecergasan. Aktiviti kecergasan ini diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing lain. Penglibatan dalam aktiviti kecergasan merupakan usaha efektif dalam melahirkan masyarakat yang sihat.

FORUM 6 Gaya hidup sedentari ialah faktor risiko keempat di seluruh dunia yang mengakibatkan kematian, selepas tekanan darah tinggi, merokok dan tinggi kandungan gula dalam darah. Apakah yang akan terjadi jika kita membiarkan tubuh 'dimanja' tanpa sebarang pergerakan? Antara punca utama kematian di hospital kerajaan pada 2007 ialah penyakit jantung dan penyakit berkaitan pengedaran pulmonari, penyakit serebrovaskular (gangguan pada pembuluh darah otak dan membran yang menyelaputinya), penyakit berkaitan masalah pencernaan dan pneumonia. Faktor risiko penyakit jantung koronari ialah faktor tidak boleh ubah dan boleh ubah. Antara faktor risiko tidak boleh ubah ialah usia, sejarah keluarga, jantina dan etnik manakala faktor risiko boleh ubah iaitu boleh dikawal atau dicegah ialah diabetes, darah tinggi, kolestrol tinggi, obes, merokok dan gaya hidup sedentari iaitu gaya hidup tidak aktif. Dikatakan sebanyak 43.7 peratus penduduk negara ini mengamalkan gaya hidup sedentari membabitkan lebih ramai wanita iaitu 50.5 peratus (%) berbanding lelaki (35.5 %). Kurangnya amalan aktiviti fizikal di kalangan penduduk Malaysia lebih tinggi di kawasan bandar (59.4%) dan pertambahan gaya hidup seperti ini lebih ramai membabitkan mereka yang berusia, mencecah 80.35% di kalangan mereka yang berusia sekurang-kurangnya 80 tahun.Oleh itu Kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan melibatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi perlu diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia. Aspek ini dikenal pasti mampu mencegah seseorang daripada penyakit seperti kardiovaskular, obesiti dan penyakit-penyakit yang berkaitan otot dan tulang Penyakit sedentari). Kerajaan telah melancarkan kempen Malaysia Cergas supaya orang ramai menjadikan cara hidup sihat sebagai satu budaya baru yang disebabkan kebimbangan dengan tahap kesihatan dan kecergasan rakyatnya hari ini. Selain itu, media massa, keluarga dan rakan sebaya merupakan pengaruh utama terhadap stail pemakanan murid. Konsep gaya hidup sihat merupakan suatu kempen aspirasi kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, sejahtera dan bebas dari penyakit yang disebabakan oleh gaya hidup sedentari. Untuk menjamin kesihatan maka perlu menjadikan bersenam sebagai gaya hidup yang lebih aktif dan jangka hayat yang lebih panjang. Bersenam secara konsisten merupakan langkah yang positif supaya menjadikan diri kekal cergas dan sihat. Di samping itu, aktiviti kecergasan akan menghindari penyakit. FORUM 6 Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Satu kajian di Malaysia mendapati masalah kegemukan kanak-kanak meningkat daripada 6.6% kepada 13.6%.Kajian ini juga menunjukkan 25 daripada 100 pelajar di negara ini dikhuatiri akan mengalami masalah kegemukan pada tahun 2020.Aktiviti rekreasi dilihat mampu mengatasi masalah obesiti dikalangan kanak-kanak. Jika di sekolah kita lihat subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mampu mengurangkan risiko kegemukan dan penyakit sedentari.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran PJK melibatkan pergerakan anggota badan dan mengeluarkan peluh. Secara tidak langsung, ia memberi peluang kepada murid-murid keseronokan beriadah bersama rakan-rakan. Di rumah pula, ibu bapa dan ahli keluarga memainkan peranan penting bagi mengelak risiko kegemukan kanak-kanak. Ibu bapa boleh memilih satu aktiviti rekreasi seperti berbasikal bersama-sama ahli keluarga sebagai aktiviti hujung minggu keluarga mereka.Aktiviti ini bukan sahaja boleh mengatasi masalah kegemukan tetapi dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.Selain itu, ibu bapa juga boleh menghantar anak mereka ke kelas tarian,kelas renang, klinik badminton atau kelas mempertahankan diri.Penglibatan anak-anak dalam aktiviti seperti yang dinyatakan tadi dapat memberi peluang mereka mengamalkan cara hidup yang sihat selain boleh memperkembangkan bakat sukan mereka.

FORUM 7 Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat menitikberatkan aktiviti rekreasi luar di kalangan murid sekolah dan pelbagai usaha telah dibuat bagi merealisasikan cabaran ini. Antara program yang dijalankan di beberapa sekolah di luar kawasan bandar adalah menggunakan khidmat jurulatih luar dengan bantuan kewangan PIBG ataupun bantuan perseorangan. Selain itu, dewan serbaguna terbuka dibuka di suatu kawasan strategik sekolah dapat menggalakkan aktiviti sukan di kalangan murid-murid. Program dan aktiviti rekreasi di sekolah boleh diselaraskan dengan program dan aktiviti rekreasi anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Secara tidak langsung program ini akan dapat menarik penglibatan ibu bapa untuk sama-sama aktif dalam aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pada dasarnya, Kementerian Pelajaran berusaha untuk melahirkan murid-murid yang sihat dan seimbang dari segi fizikal dan mental. Setiap sekolah harus mewujudkan suasana dan budaya bersukan untuk seluruh warga sekolah agar semua murid-murid sihat dan cergas. Berbagai-bagai aktiviti rekreasi yang menarik boleh diadakan seperti merentas desa, larian 6 km, sukantara, karnival sukan sekolah dan aktiviti pendidikan luar. Cara hidup yang aktif dan sihat ini mesti ditanamkan ke dalam jiwa setiap orang murid, agar menggalakkan murid-murid bersukan dan beriadah atau menjalankan aktiviti fizikal mengikut kemampuan dan keupayaan dan cara tertentu kepada mereka yang kurang upaya mesti juga diberikan peluang. FORUM 7 Rekreasi luar merupakan salah satu aktiviti sukan sepanjang hayat yang amat popular di Malaysia. Iia diamalkan oleh segenap golongan masyarakat dari kanak-kanak hinggalah ke warga emas. Aktiviti rekreasi luar amat digemari kerana ia kurang menerapkan unsur pertandingan, menggalakkan kepuasan kendiri individu, melibatkan penerokaan di alam semulajadi, diselang-selikan denan cabaran yang terkawal dan menyeronokkan. Umumnya, rekreasi luar boleh didefinisikan sebagai aktiviti rekreasi yang dilaksanakan pada masa lapang di persekitaran terbuka, melibatkan elemen tidak kepastian dan risiko yang terkawal (Prouty, Panicucci, & Collinson, 2007). Bunting (2006) pula menegaskan bahawa rekreasi luar adalah satu aktiviti riadah yang tidak berkonsepkan pertandingan, berfungsi untuk mendidik dan menghargai alam sekitar. Pada dasarnya, strategi untuk menyebar luaskan aktiviti rekreasi luar di kalangan murid sekolah itu bermula dari sekolah itu sendiri. Pihak sekolah serta guru-guru haruslah merencanakan aktiviti-aktiviti rekreasi yang sesuai untuk murid-murid agar mereka dapat merasai satu pengalaman yang bermakna menerusi aktiviti tersebut. Namun begitu, kita sedia maklum bahawa masa merupakan cabaran utama untuk merencanakan pelbagai aktiviti menarik. Di sekolah, banyak aktiviti yang berunsurkan akademik diadakan bagi meningkatkan prestasi murid dalam akademik mereka. Jadi, aktiviti rekreasi luar dilihat begitu terhad. Pada pandangan saya, selain mengutamakan hal-hal akademik, aktiviti rekreasi luar juga harus diselitkan. Ini kerana, aktiviti rekreasi luar dapat dijadikan sebagai satu medium sosialisasi selain dapat menyokong proses pembelajaran akademik. Jika kita perhatikan, murid yang terlalu memberi tumpuan kepada akademik kadangkala mengalami stres yang melampau. Jadi, sekiranya pihak sekolah dapat merencanakan beberapa aktiviti rekreasi luar untuk golongan murid, pastinya mereka semua lebih seronok dan secara tidak langsung dapat menenangkan fikiran mereka.

FORUM 7
Rekreasi luar didefinisikan sebagai aktiviti lasak yang dilaksanakan di alam semulajadi, melibatkan elemen risiko terkawal dan berfungsi untuk mendidik masyarakat.Terdapat beberapa strategi untuk menyebar luaskan aktiviti rekreasi luar di kalangan murid sekolah seperti membuat poster, menayangkan video, membolehkan murid menimba pengalaman yang sebenar dan lain-lain lagi. Pihak sekolah boleh mereka cipta atau membeli poster-poster yang berkaitan dengan rekreasi luar dan mengantung poster yang berkenaan di tempat yang sesuai untuk tujuan mempromosikan aktiviti rekreasi luar.Rakaman aktiviti luar yang dijalankan olah murid boleh ditayang bagi menarik minat murid menyertai aktiviti rekreasi luar. Selain itu, pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti rekreasi luar seperti perkhemahan untuk disertai oleh murid. Namun, aktiviti rekreasi luar kurang mendapat sambutan daripada masyarakat mahupun anak-anak murid kita. Oleh sebab itu, pihak berkenaan harus memikirkan strategi-strategi untuk menyebarluaskan aktiviti rekreasi luar kepada murid-murid di sekolah. Badan-badan kerajaan iaitu Pusat Kokurikulum Kementerian Pendidikan, Jabatan Perpaduan, Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Alam Sekitar, Persatuan Rekreasi Kuala Setar, Persatuan Kembara Malaysia dan Persatuan Kanu Malaysia harus selalu menganjurkan program-program perkhemahan atau pengembaraan untuk muridmurid.Kementerian Pendidikan boleh bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk menganjurkan program melancong yang diselitkan dengan aktiviti rekreasi luar seperti berbasikal atau mendaki gunung. Dengan itu, murid-murid bukan sahaja didedahkan kepada keindahan alam sekitar tetapi juga memperoleh ilmu dan kemahiran tertentu. Media massa seperti majalah, suratkhabar, televisyen atau internet harus mempromosikan faedahfaedah aktiviti rekreasi luar. Badan beruniform sekolah pula harus senantiasa menganjurkan aktiviti rekreasi luar dan menghasilkan karya atau gambar menarik tentang aktiviti rekreasi luar sebagai galakan kepada murid-murid. Cabaran yang dihadapi ialah keselamatan murid dipersoalkan. Para ibu bapa tidak mengizinkan anak-anak untuk menyertai aktiviti kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan anakanak Tambahan pula, murid-murid yang kurang berdisiplin dan tidak mematuhi peraturan mungkin akan mengakibatkan kebahayaan.Pencemaran dan kebakaran hutan akibat kecuaian dan ketidaktanggungjawaban manusia.Bahan-bahan buangan dan bahan api yang ditinggalkan akan menjejaskan keindahan dan kebersihan alam sekitar. Ini juga memusnahkan habitat flora dan fauna. Satu lagi cabaran ialah gangguan kepada penggiat. Penggiat setempat terpaksa menangguhkan program pembangunan dan memperkenalkan kod etika perkhemahan iaitu Perkhemahan Impak Rendah . FORUM 7 Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari intelek, jasmani, emosi dan rohani. Penyertaan mereka dalam aktiviti rekreasi ini akan membuka peluang kepada anak murid kita untuk berinteraksi dan bersosialisasi dengan orang lain. Sekiranya murid sentiasa mengikuti aktiviti rekreasi luar yang dianjurkan di sekolah, maka murid itu akan dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti yang tidak bermanfaat atau masalah gejala sosial.Memang tidak dapat dinafikan bahawa cabaran yang selalu berlaku adalah sikap ibu bapa yang lebih mementingkan pencapaian akademik daripada bidang sukan telah mengakibatkan sebarang aktiviti rekreasi luar tidak berjalan dengan lancar .Malah, mereka juga bimbang akan keselamatan anak-anak mereka ketika mengikuti aktiviti rekreasi luar. Jadi ,pihak sekolah perlulah memainkan peranan yang penting dengan bekerjasama dengan ibu bapa supaya ibu bapa lebih memahami kepentingan dan matlamat dalam penyertaan aktiviti luar rekreasi. Dengan itu, ibu bapa akan menggalakkan dan menasihati anak-anak mereka untuk menceburkan diri dan menyertai dalam aktiviti rekreasi luar dengan aktif.Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan moral, matlamat untuk menyebar luaskan aktiviti rekreasi luar di sekolah akan tercapai.

FORUM 8 Siapa yang tidak gembira jika anak didiknya dapat melangkah lebih jauh dalam apa sahaja bidang yang diceburinya. Walaupun guru itu tiada kemahiran dalam akvitivi yang diajar, namun mereka tetap berharap agar murid mereka dapat aplikasikan segala apa yang telah diajar semasa dalam pertandingan nanti. Dan bagi diri saya pula peringkat antarabangsa adalah sesuatu yang amat manis jika dapat dicapai. Antara strategi yang boleh dipraktikkan adalah guru diberikan latihan atau kursus tentang kemahiran yang ingin diajarkan kepada murid. Justeru itu, guru akan dapat menyampaikan segala taktikal dan teknikal yang betul kepada murid, dan murid pula akan dapat mempraktikkannya ketika pertandingan.Selain itu, pihak sekolah juga hendaklah memilih pertandingan yang hendak disertai berdasarkan kepada keperluan yang ada dari segi infrastruktur, peralatan yang digunakan, jurulatih serta kebolehan dan keupayaan murid itu sendiri. Oleh itu, ia akan meningkatkan keyakinan dan kredibiliti guru dan murid dalam pertandingan yang disertai dan berani meletakkan sasaran yang tinggi. Sehubungan itu, dengan strategi yang dicadangkan ini, haraplah pelajar mampu menyinar di peringkat antarabangsa dalam pertandingan yang disertai. Ini boleh terjadi kerana keyakinan dan motivasi pelajar telah meningkat dengan sendirinya apabila mereka telah berusaha sedaya upaya melalui latihan yang secukupnya serta kekuatan mental yang mereka miliki. FORUM 8 Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan minda yang cerdas terletak pada tubuh yang sihat. Selain itu, bidang sukan juga merupakan suatu saluran yang dapat menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa. Oleh itu, pihak sekolah harus melaksanakan strategi yang menarik dan berkesan agar dapat membina budaya bersukan yang seterusnya dapat melahirkan atlet-atlet sukan yang mampu menyinar di peringkat antarabangsa. Guru Pendidikan Jasmani seharusnya perlu pakar dalam pelbagai bidang sukan dan kecergasan fizikal agar dapat menyampaikan ilmu pengetahuan dan menunjukkan teknik yang betul kepada murid supaya murid dapat menguasai ilmu pengetahuan dan teknik bersukan secara bersistematik. Selain itu, sukan tahunan yang dianjurkan oleh pihak sekolah setiap tahun juga dapat melatih banyak murid yang berbakat dalam aktiviti sukan. Selepas itu, guru Pendidikan Jasmani akan melatih murid-murid yang berbakat ini untuk dipertandingkan di peringkat daerah dan seterusnya di peringkat negara. Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan kem motivasi pada masa cuti untuk menguatkan minat dan semangat bersukan di kalangan murid. Dalam konteks ini, guru Pendidikan Jasmani perlu merancang aktiviti sukan yang menarik dan berkualiti untuk meningkatkan prestasi murid agar murid dapat memperolehi kejayaan dalam sesuatu bidang sukan yang diceburi. Guru Pendidikan Jasmani juga boleh mendedahkan murid terhadap kejayaan golongan atlet sukan negara agar murid juga mempunyai semangat untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.Akhirnya, dengan pelaksanaan strategi-strategi ini di sekolah diharap mampu membantu negara melahirkan atlet-atlet sukan yang dapat menyinar di peringkat antarabangsa pada masa akan datang.

FORUM 8 Sekolah merupakan salah satu tempat yang terbaik dan mempunyai produk yang banyak untuk kita mengesan bakat kanak-kanak. Di sini kita dapat mencari dan merancang satu plan tindakkan diperingkat awal perkembangan dan secara tidak langsung mempertingkatkan potensi individu kearah yang lebih jelas hala tuju pelajar. Setiap individu mempunyai kebolehan masing-masing, dan sebagai guru dapat mencungkil bakat yang dimiliki oleh pelajar mereka seawal perkembangan mereka dapat memberi peluang yang cerah dalam melahirkan pelajar yang mampu menyinar di peringkat antarabangsa. Di sekolah Kementerian Pendidikan telah merancang satu progran mencari bakat yang dikenali sebagai program TID. Pelajar yang terpilih diperingkat sekolah akan dikumpul dan di uji oleh jawatan kuasa TID yang dilantik. Di sekolah pihak yang bertanggungjawab perlu menyediakan guru yang benar-benar berkebolehan dan mempunyai sijil yang sepatutnya yang diiktiraf melatih pelajar-pelajar yang mempunyai potensi dibidang sukan ini. Memberi peluang yang lebih terbuka untuk guru mengikuti kursus-kursus kejurulatihan yang dianjurkan, samada oleh kementerian sendiri mahu pun badan-badan NGO.Sekolah juga memerlukan sumber yang mencukupi dari segi kemudahan infrakstruktur latihan sukan seperti padang, peralatan dan sebagainya keperluan aktiviti. Memberi kesedaran dan kempen pemakanan yang seimbang kepada murid dan ibu bapa. Faktor pemakanan juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk potensi pelajar supaya lebih cemerlang dan mempunyai tahap motivasi yang tinggi. Ini juga dapat melatih murid mematuhi disiplin sebagai seorang ahli sukan. FORUM 8 Mencipta sebutir bintang yang mampu menyinar di arena antarabangsa merupakan harapan bagi semua guru. Namun bentuk perancangan dan perlaksanaan merupakan penentu kepada kemampuan dalam mencapai aspirasi tersebut.Antara strategi yang difikirkan membantu dalam menjayakan harapan ini adalah dengan pertamanya guru-guru yang bertindak sebagai jurulatih perlulah mempunyai keupayaan dan komitmen yang tinggi dalam proses pembentukan bintang ini. Untuk itu, mereka perlu mendapat pengetahuan dalam perkara yang akan dijalankan. Sijil kejurulatihan merupakan aspek terpenting bagi menyediakan jurulatih ke arah kecemerlangan diri dan anak didiknya. Dengan sijil yang diiktiraf akan melayakkan mereka menjadi jurulatih yang berkelayakkan. Dengan menjalani kursus kejurulatihan, mereka akan mengetahui akan aspek teknikal dan yang terlibat dalam acara itu dalam membentuk dan membuat penyediaan berkaitan dengan latihan yang sesuai dan mampu mengasah kemahiran murid dengan sepenuhnya. Jurulatih luar yang berkelayakkan dan berpengalamanjuga boleh diselitkan dalam acara latihan dari masa ke masa untuk membantu melatih murid dengan sempurna. Dengan ini, peluang murid untuk meningkatkan kemahirannya bertambah besar.Murid juga perlu sentiasa didedahkan dengan pelbagai pertandingan bagi tujuan menguji, mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan dan kekuatan diri. Pendedahan kepada pelbagai pertandingan juga akan membantu membentuk keyakinan kendiri agar tidak mudah gugup dalam menghadapi pertandingan selanjutnya. Kelengkapan dan peralatan terkini juga merupakan aspek yang amat membantu dalam meningkatkan kemahiran murid. Pihak sekolah perlu mendapatkan sumber kewangan yang perlu untuk menyediakan alatan yang sesuai dan sempurna bagi tujuan ini. Selain itu, murid perlu diberi peluang menonton dan mengkaji video-video rakaman aksi peserta dunia sebagai satu bentuk pembelajaran kemahiran dan untuk diaplikasikan kapada kemahiran yang telah dikuasai.

FORUM 9 Perkembangan semasa, implikasi teknologi moden dalam aktiviti sukan dan rekreasi serta ketepuan dalam aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi telah mewujudkan suatu bidang baharu yang dikenali sebagai outdoor extreme recreation (OER). Outdoor Extreme Recreation ialah aktiviti sukan yang berisiko tinggi dan penuh dengan cabaran. Golongan remaja gemar menceburi aktiviti yang lasak ini kerana sifatnya yang amat unik dan mencabar. Kebanyakan golongan remaja tidak mementingkan isu keselamatan semasa menjalankan aktivti. Mereka tidak mematuhi prinsip aktiviti OER iaitu melakukan aktiviti dengan sedaya upaya dan menghargai nyawa sendiri. Antara aktiviti OER ialah kayak arus deras, mendaki tembok , basikal BMX, skateboard, inline skating, slack lining, snow boarding, menerjah air terjun yang tinggi , mengharungi jeram yang besar dan sebagainya Aktiviti OER mendatangkan kesan negatif terhadap golongan pelajar sekolah di Malaysia sekiranya tidak diberi pendedahan yang betul. Segelintir murid suka mencontohi sukan skateboard, roller blade tanpa pembimbing. Tanpa bimbingan daripada jurulatih, murid-murid tersebut mungkin akan terlibat dengan kemalangan dan kecederaan. Walaubagaimanapun, sukan OER tidak akan dipopularkan di peringkat sekolah kerana risiko sukan tersebut serta memerlukan kos yang tinggi. Mengenai sub budaya OER, ianya tidak berapa sesuai dikalangan pelajar kerana mempunyai elemen budaya suka menunjuknunjuk, pantang dicabar dan mementingkan kepuasan diri tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Guru harus sentiasa mengawasi dan peka terhadap keselamatan murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti OER ini. Guru perlu menasihati serta mengingati murid-murid yang hendak menjalankan aktiviti ekstrem ini harus memastikan semua alat sukan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan untuk mengelakkan kemalangan berlaku. Bagi semua aktiviti lasak, pelajarpelajar dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Tambahan pula, kawasan latihan, permainan atau sukan hendaklah berada dalam keadaan yang baik dan terurus dan akhirnya, segala aktiviti sukan seperti gimnastik terjun dan lain-lain yang memerlukan kemahiran tinggi perlu diajar oleh guru sukan yang bertauliah. FORUM 9 Antara contoh sukan OER adalah yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia adalah seperti kayak arus deras, mendaki tembok dan basikal BMX.Penggemar sukan OER menganggap sukan jenis ini bukan sahaja boleh menyebabkan badan menjadi sihat tetapi mampu untuk melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang tinggi. Di sini saya ingin membawa salah satu sukan OER yang makin digemari adalah bungee. Perkataan bungee mula diperkenalkan sekitar tahun 1930 an dan nama tersebut digunakan untuk getah pemadam. Menurut A.J Hackett,Bungee ialah slanga orang New Zealand untuk tali elastik. Malangnya, kadar kemalangan dalam sukan ini terlalu tinggi dan amat mengerikan. Salah satu kesilapan yang sering mengakibatkan kemalangan ialah menggunakan tali yang terlalu panjang. Tali hendaklah lebih pendek daripada ketinggian platfoam untuk memberi ruang kepada tali untuk meregang dan menjadikan penerjunan selamat.Berikut adalah beberapa dapatan mengapa sukan bungee ini berisiko tinggi.Ini kerana peserta akan terdedah kepada risiko seperti jaringan keselamatan yang tidak berfungsi, luka melucur akibat ikatan tali dan kecederaan pada belakang tubuh badan.Apabila terlibat dengan sukan OER, mereka akan terdedah kepada risiko kesihatan seperti masalah tulang dimana ahli sukan bukan sahaja menghadapi risiko retak atau patah tulang malahan risiko poros tulang atau pengurangan jisim tulang. Dari aspek sub budaya Outdoor Extreme Recreation (OER) pula, penggemar sukan ini mempunyai sub budayanya tersendiri. Ini dipamerkan secara jelas melalui cara berpakaian dan bertutur.Kelompok penggiat sukan mempunyai lokasi berkumpul mereka yang tersendiri bagi membolehkan mereka berkongsi minat dan pengalaman yang sama.

FORUM 9 Umum mengetahui dengan kemajuan sains dan teknologi kini,aktiviti sukan dan rekreasi serta ketepuan dalam aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi telah mewujudkan suatu bidang baru yang dikenali sebagai outdoor extreme recreation.Bidang ini semakin digemari oleh golongan muda-mudi kita masa kini.Golongan belia masa kini gemar mencabar diri untuk mendapat keseronokan yang lebih mencabar kepuasan diri,contohnya snow boarding, abseiling , berkayak, meredah hutan,motor x,papan luncur dan sebaginya.Manakala , aktiviti ini mempunyai kesan negatif terhadap golongan pelajar sekolah di Malaysia. Sebagai contoh keselamatan pelajar tergugat semasa menjalankan aktiviti tersebut. Pelajar yang mengambil bahagian tersebut harus dibimbing oleh jurulatih yang dilatih khas agar kadar kemalangan dapat disifarkan dan sekaligus membantu mengurangkan risiko bahaya.Di dalam sekolah, guru harus memberi taklimat keselamatan kepada pelajar supaya mereka mempunyai pengetahuan sebelum menjalankan sesuatu aktiviti agar dapat menghindari diri daripada mengalami kecederaan. Selain itu, tayangan video juga boleh ditayangkan supaya pelajar tahu tahap kebahayaan semasa menjalankan sesuatu aktiviti tersebut. Pakaian dan alatan keselamatan juga harus dipakai untuk memastikan keselamatan diri sendiri agar dapat dihindari jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku semasa menjalankan aktiviti tersebut.Oleh itu dalam isu ini pihak yang berkenaan hendaklah memperingkatkan tentang faktor keselamatan dikawasan yang boleh menjalankan aktiviti(OER) sebagai langkah berjaga-jaga dan menjadikan ia sebagai kawasan/aktiviti yang selamat dan mudah mendapat bantuan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.Tidak membuat atau menyahut cabaran diluar batasan kerana ia boleh mengundang maut dan juga membawa kecacatan kekal jika tersilap langkah serta tidak menyalahkan mana-mana pihak jika terjadi sesuatu yang buruk dan mempunyai disiplin diri yang tinggi dan mempunyai kemahiran serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam (OER) bagi menjamin keselamatan . Justeru itu,budaya meniru aksi lasak tetapi tiada pengalaman dan kepakaran sudah pasti akan mengundang bahaya.Pembentukan kumpulan yang tersendiri dan hanya berkumpul sesama mereka sahaja.Ini merupakan gejala yang tidak sihat kerana pergaulan sosial yang tidak seimbang.Sukan (OER) memerlukan peralatan yang mahal dan ini sudah semestinya tidak mampu untuk mereka perolehi kerana tidak ada penaja. Langkah-langkah untuk menangani isu ini adalah dengan memerlukan kepakaran dan tunjuk ajar dari mereka yang berpengalaman dalam sukan ini.Menjadikan sukan ini sebagai satu sukan yang sihat dan boleh mendatangkan manfaat kepada semua peserta yang terlibat terutama golongan muda.Menjadikan sukan (OER) sebagai satu sumber ekonomi dan mendapat sokongan dari Kementerian Belia dan Sukan sebagai satu usaha yang boleh menjana pendapatan.Menjadikan sukan ini Satu Sekolah Satu (OER) agar murid yang kurang berkemampuan dapat terlibat sama dam sukan ini.Diberi anugerah dan diangkat sebagi ikon (OER) bagi individu yang menyumbang sesuatu yang boleh mengharumkan negara atau sekolah. Kesimpulannya,OER ini akan dapat membantu pelajar untuk keluar dari kepompong sukan yang biasa mereka ketahui dan dapat belajar sukan yang baru untuk tujuan pertandingan ataupun hanya sekadar pengetahuan.Dengan adanya sukan ini,murid dapat belajar sesuatu yang baru dan dapat belajar menerokainya.

FORUM 10 Kelly,Blanton & Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan perancangan pengelolaan, pengarahan, pengamalan, pengurusan budget,kepimpinan dan penilaian dalam konteks sesebuah organisasi atau jabatan produk atau perkhidmatan berkaitan sukan. Program pengurusan sukan terbahagi kepada dua bentuk. Pertama, program sukan adalah satu bidang profesional dimana wujud pelbagai karier pengurusan yang berkaitan dengan sukan. Kedua, pengurusan sukan merupakan satu pengurusan persediaan akademik, profesioanl yang ditawarkan di institut pengajian tinggi sebagai bidang wajib. Kemahiran komunikasi berperanan untuk menghantar dan menerima maklumat secara verbal dan bukan verbal serta bagaimana seseorang pengurus dapat mempengaruhi kakitangan bawahan. Menurut Abd. Aziz Yusof (2003) komunikasi melibatkan penyampaian idea kepada pihak lain. Tanpa komunikasi, mereka tidak dapat disampaikan daripada satu pihak sama ada mereka bersetuju atau tidak keatas satusatu isu sebagaimana yang kita kehendaki. Lumpsden & Lumpsden (2004),menyatakan bahawa potensi komunikasi berkumpulan dapat menghasilkan kumpulan kooperatif yang berkesan dengan penstrukturan organisasi kumpulan yang bersistem. Komunikasi yang baik dalam program aktiviti sukan mampu menarik minat masyarakat dan murid khasnya untuk terlibat dengan semua aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang diadakan di sekolah. Disamping itu juga, penguasaan kemahiran komunikasi yang baik dikalangan pihak pengurusan sukan bukan sahaja mampu menjadikan aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi sesuatu yang berkualiti malah mampu melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas. FORUM 10 Kemahiran komunikasi amat diperlukan dalam kehidupan harian kita dan dilihat sebagai salah satu daripada kemahiran yang perlu dititikberatkan kepada setiap pelajar. Kemahiran berkomunikasi ini juga dilihat amat penting kerana selain menyediakan pelajar-pelajar dengan peluang pekerjaan dan bagi memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan yang berkembang pesat. Walaupun pelajar mempunyai pengetahuan yang cemerlang, namun sekiranya seseorang individu itu tidak berupaya menyalurkannya melalui kemahiran berkomunikasi yang berkesan, sudah pasti ianya tidak akan memberikan apa-apa pulangan yang memberangsangkan (NurIzlin, Saadiah & Hussin, 2008). Oleh itu, guru-guru memainkan peranan yang penting dalam memberi sokongan, galakan kepada pelajar-pelajar dalam aktiviti sukan. Dalam proses melangkah ke arah masa depan yang lebih makmur, kebanyakkan ibu bapa menitikberat pencapaian anak-anak mereka dalam prestasi akademik berbanding dengan aktiviti kokurikulum. Pemikiran yang kolot serta kekurangan pengetahuan terhadap kepentingan sukan telah menyebabkan kebanyakan pelajar-pelajar yang berpotensi menjadi atlet taraf dunia dihancurkan.

FORUM 10 Pada pendapat saya, komunikasi memainkan peranan sebagai agen penyampaian maklumat sangat mustahak dalam pengurusan aktiviti kesenggangan dan rekreasi kerana ia dapat membantu menyampaikan maklumat kepada audien. Tanpa komunikasi yang berkesan, pengurusan sukan tidak akan berlangsung dengan baik. Kemahiran berkomunikasi ini boleh dikategori kepada dua jenis iaitu verbal atau bukan verbal. Setiap individu yang berkaitan dalam pengurusan sukan sama ada di sekolah atau di peringkat lain haruslah menguasai kemahiran tersebut untuk tujuan kebaikan bersama dalam usaha mempertingkatkan prestasi dalam sukan. Komunikasi dua hala juga menjadi penting bertujuan digunakan supaya mesej atau arahan yang hendak disampaikan serta difahami oleh audien dengan lebih jelas dan sempuna. Seperti sama dengan pengurusan sesuatu kejohanan, komunikasi yang melibatkan ramai ahli memerlukan kemahiran komunikasi yang berkesan dalam menjayakan penganjuran aktiviti tersebut adalah penting. Terdapat juga kes apabila kegagalan komunikasi diantara atlet menyebabkan pasukan mereka tewas dalam sesebuah pertandingan. Sebagai contoh, arahan dan nasihat yang diberikan oleh cikgu atau jurulatih sukan tanpa komunikasi yang berkesan, pasukan yang telah terlatih dengan bersungguh-sungguhpun mungkin akan mengalami kekalahan dalam permainan mereka.Kesimpulannya, komunikasi merupakan penghubung kepada pengurusan dalam aktiviti sukan diantara individu-individu yang terlibat dalam pengurusan tersebut. FORUM 10 Assalamualaikum dan salam 1 malaysia. Menurut Mok Soon Sang (2003), komunikasi di bawah konteks pendidikan boleh ditakrifkan sebagai sesuatu proses penyampaian atau pertukaran maklumat di antara dua individu atau di antara seorang individu dengan sekumpulan orang. Kemahiran komunikasi pengurus amat penting bagi bagi memastikan proses aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi dapat mencapai matlamat yang diharapkan.Kemahiran komunikasi dalam pengurusan aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi adalah sangat penting kerana ia memainkan peranan dalam menghasilkan komunikasi yang bermakna.Komunikasi yang berkesan dalam pengurusan aktiviti adalah untuk mewujudkan suatu hubungan(interaksi) yang sempurna supaya terdapat perkongsian idea,nilai,sikap antara individu.Setiap individu dapat saling memahami idea yang disampaikan. Dalam pengurusan aktiviti sukan sepanjang hayat komunikasi memainkan peranan terhadap pengaliran maklumat daripada satu pihak ke pihak yang lain. Komunikasi merupakan satu proses untuk mengeluarkan sesuatu dari pemikiran atau hasrat dan seterusnya menyampaikan kepada orang lain.Dalam hal ini, proses komunikasi adalah sebagai satu sistem yang melibatkan perhubungan dua pihak dan saling bergantung dengan unsur-unsur untuk mencapai tujuan tertentu.Dengan adanya komunikasi berkesan di antara dua pihak,semasa menjalankan aktiviti ahliahli kumpulan dapat bertnteraksi antara satu sama lain.Perasaan kekitaan dan semangat kerjasama akan dipupuk di kalangan ahli-ahli dan secara tidak langsung,kecekapan dan keberkesanan kerja ahli dapat dipertingkatkan.

Anda mungkin juga menyukai