Anda di halaman 1dari 21

1.

0 PENGENALAN Bidang sosiolinguistik agak muda usianya dan masih baharu yang mula diperkenalkan pada tahun 1952. Pada mulanya, sosiolinguistik diterajui oleh ahli antropologi dan dikenali dengan berbagaibagai nama misalnya linguistik antropologi, bahasa dalam kebudayaan, bahasa dalam masyarakat, bahasa dan kebudayaan dan sosiologi bahasa. Namun, dalam tahun 60-an istilah sosiolinguistik mula digunakan secara meluas dan kini statusnya sebagai satu disiplin ilmu tersendiri yang menarik untuk dikaji. Secara kasar, sosiolinguistik satu bidang ilmu bahasa yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan bahasa dengan masyarakat secara terperinci iaitu penggunaan bahasa dalam masyarakat. Sosiolinguistik merupakan satu disiplin ilmu yang diajarkan dalam Jabatan Antropologi di kebanyakan universiti terutamanya di Universiti Amerika Syarikat. Terdapat juga universitiuniversiti yang mempunyai jabatan linguistik menawarkan kursus-kursus yang bersifat sosiolinguistik dan perkembangan yang pesat berlaku dalam bidang penyelidikan bahasa. Kini, sekurang-kurangnya dua buah buku majalah diterbitkan dalam Bahasa Inggeris yang memuatkan perbincangan dan laporan penyelidikan sosiolinguistik iaitu majalah Language in Society dan International Journal of the Sociology of Language. Jumlah buku teks yang diterbitkan juga amat menggalakkan. Bidang sosiolinguistik itu adalah sangat luas kerana banyak perkara yang dibahas di dalam kandungannya. Contoh deretan tajuk atau kandungan yang disentuh dalam kajian sosiolinguistik adalah bahasa, dialek dan ragam; pijin dan kreol; masyarakat bahasa; variasi daerah dan sosial; perubahan bahasa; bahasa dan kebudayaan; etnografi dan etnometodogi; sistem panggilan; bahasa dan jantina dan perancangan bahasa. Dengan itu, ilmu sosiolinguistik bukan sekadar gabungan antara ilmu bahasa dengan sosiologi atau ilmu linguistik dengan ilmu sosial lain tetapi mencakupi prinsip-prinsip bagi setiap struktur dan penggunaan bahasa yang berkaitan dengan fungsi sosial. Bidang sosiolinguistik juga memaparkan tentang aspek masyarakat bahasa, variasi sosial dan daerah serta bahasa dan budaya. Justeru, ilmu sosiolinguistik yang merangkumi cabang terbesar dalam kajian ilmu linguistik telah menjadi tumpuan pengkaji-pengkaji sehinggalah pada masa kini. Hal demikian kerana ahli-ahli sosiolinguistik mulai sedar dan memahami beberapa gejala yang wujud dalam masyarakat melalui pengajian dan pengkajian dalam bidang sosiolinguistik. Contohnya, gejala-gejala seperti masalah buta huruf, penggunaan bahasa bervariasi dan sebagainya. Ahli-ahli sosiolinguistik juga mulai memahami hubungan antara bahasa dan konteks sosial budaya yang dikategorikan kepada beberapa hubungan utama iaitu struktur sosial yang mempengaruhi dan menentukan struktur atau tingkah laku bahasa, struktur dan tingkah laku bahasa mempengaruhi dan menentukan struktur sosial, serta bahasa dan masyarakat mempengaruhi satu sama lain (hubungan timbal-balik antara bahasa dengan masyarakat).

2.0 DEFINISI UMUM SOSIOLINGUISTIK Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam cabang disiplin linguistik. Nama Sosiolinguistik berasal daripada gabungan dua istilah iaitu sosiologi dan linguistik. Ini bermaksud bidang sosiolinguistik adalah perpaduan antara disiplin sosiologi dan linguistik dengan perbahasan utamanya berkisar tentang masyarakat dan bahasa. Sosiologi adalah bidang disiplin yang meneliti tentang masyarakat, manakala linguistik pula disiplin yang meneliti bahasa. Dengan penggabungan dua bidang disiplin tersebut, bidang pengajian (studies) dan pengkajian (research) sosiolinguistik lebih memberi tumpuan kepada dua entiti utama iaitu bahasa dan masyarakat. Ungkapan kata bahasa dalam masyarakat telah menggambarkan dengan jelas bidang yang dicakupi oleh ilmu sosiolinguistik iaitu meliputi semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat. Hal demikian kerana bidang Sosiolinguistik mengganggap bahasa dan masyarakat sebagai satu struktur di mana hubungan kedua-dua entiti tersebut adalah akrab sekali. Ini kerana bahasa tidak dapat lari daripada masyarakat yang menuturnya. Kemunculan bahasa dalam kalangan manusia atau masyarakat adalah sebagai alat untuk berkomunikasi yang menjadi asas perhubungan dalam mewujudkan hubungan sosial dengan pihak yang diajak bercakap. Contohnya, komuniti bahasa menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi dalam menyampaikan hasrat, buah fikiran dan perasan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat itu sendiri. Selain itu, bidang Sosiolinguistik sering kali ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang meneliti segala macam aspek yang berkenaan hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Ini kerana lingkungan hubungan antara bahasa dengan masyarakat adalah luas dan boleh mengambil pelbagai bentuk atau manifestasi. Contohnya, cara berbahasa berbeza antara kaum wanita dengan lelaki, gaya bercakap yang berlainan antara masyarakat timur dengan masyarakat barat dan pertukaran daripada sebuah bahasa ke sebuah bahasa lain yang lebih berprestij dalam sesebuah perbualan. Justeru, pengkajian sosiolinguistik memberi tumpuan kepada aspek penggunaan bahasa dalam masyarakat iaitu menghitung hubungan antara bahasa dengan masyarakat khususnya masyarakat penutur itu. Ini kerana masyarakat terbina daripada beberapa pola dan tingkah laku yang amat berkait antara satu dengan lain. Sesetengah daripada pola dan tingkah laku ini bersifat kebahasaan.

2.1 Definisi Sosiologi, Linguistik dan Sosiolingusitik Mengikut Pendapat Tokoh Pengertian sosiologi, linguistik dan sosiolinguistik telah diberikan oleh pelbagai pihak yang telah membuat kajian dan meneliti bidang-bidang ini. Antara pengertian yang diberikan untuk bidangbidang tersebut adalah seperti berikut;

2.1.1 Definisi sosiologi dan sifat hakikatnya Secara mudahnya sosiologi dapat didefinisikan sebagai kajian tentang bentuk tindak manusia dalam masyarakat. Sosiologi dikenali sebagai satu disiplin sains kemasyarakatan yang mengkaji hubungan antara ahli masyarakat secara saintifik, objektif dan berasaskan teori. Sosiologi juga membawa maksud bidang pengkajian yang saintifik tentang tingkah laku atau pergaulan masyarakat dan hubungan manusia seperti aspek budaya, stratifikasi, populasi, politik dan sebagainya. Perkataan Sosiologi berasal dari Bahasa Latin iaitu socius (kongsi) dan logos (masyarakat) yang membawa maksud kajian tentang masyarakat dan hubungan manusia, pengetahuan mengenai masyarakat serta kajian ilmiah tentang struktur sosial. Perkataan ini telah dimasyhurkan oleh Auguste Comte (1798-1857) yang merupakan seorang ahli Sosiologi Perancis. Comte digelar sebagai The father of Sociology (bapa sosiologi) kerana sumbangan beliau memperkenalkan istilah sosiologi kepada umum dalam bukunya yang berjudul Cours de Philosophy Positive. Beliau mendifinisikan sosiologi adalah ilmu yang meliputi segala jenis hal tentang masyarakat dengan menyerap ilmu sosial yang lain. H. Spencer pula mentakrifkan sebagai suatu supersains yang mempersatukan pelbagai generalisasi dari ilmu sosial yang lain. Menurut Pitirim Sorokin yang mengatakan bahawa sosiologi adalah suatu ilmu yang mempelajari tentan hubungan dan pengaruh timbal-balik antara aneka macam gejala-gejala sosial (misalnya antara gejala ekonomi dengan agama, keluaraga dengan moral dan hukum dengan ekonomi) juga hubungan dan pengaruh timbal-balik antara gejala sosial dengan gejala-gejala bukan sosial (misalnya geografi, biologi dan sebagainya). Tambah beliau lagi sosiologi juga merupakan ilmu yang berkenaan dengan ciri-ciri umum semua jenis gejala sosial dan hubungan antara ilmu sosial yang lain. Definisi mengikut Roucek dan Warren yang mengemukakan bahawa sosiologi adalah ilmu yang mempelajari hubungan antara manusia dalam kelompok-kelompok. William F. Ogburn dan Meyer F. Nimkoff berpendapat bahawa sosiologi adalah penelitian secara ilmiah terhadap interaksi sosial dan hasilnya iaitu organisasi sosial. Menurut J. A. A. Van Doorn dan C. J. Lammers berpendapat bahawa sosiologi adalah ilmu pengetahuan tentang struktur-struktur dan proses-proses kemasyarakat yang bersifat stabil. Selo Soemardjan dan Soelaeman Soemardi pula menyatakan bahawa sosiolgi atau ilmu masyarakat adalah ilmu yang mempelajari struktur sosial dan proses-proses sosial termasuklah perubahan-perubahan sosial. Ini kerana struktur sosial adalah keseluruhan jalinan antara unsurunsur sosial, lembaga-lembaga sosial dan kelompok-kelompok serta lapisan-lapisan sosial. Proses sosial merupakan suatu pengaruh timbal balik antara pelbagai segi kehidupan bersama. Kemudian, sosiologi ditelaah pula dari sudut sifat hakikatnya bahawa sosiologi merupakan suatu ilmu sosial dan bukan sebagai ilmu pengetahuan alam ataupun ilmu

pengetahuan kerohanian. Sosiologi juga bukan merupakan disiplin yang nomatif sebaliknya sebagai suatu disiplin yang kategoris iaitu sosiologi membatasi diri pada apa yang terjadi dewasa ini dan bukan mengenai apa yang terjadi atau seharusnya terjadi. Bidang ini juga merupakan ilmu pengetahuan yang absrak dan bukannya ilmu pengetahuan yang berbentuk konkrik. Ini bermakna yang diperhatikan oleh sosiologi adalah bentuk dan pola-pola peristiwa dalam masyarakat. Sosiolgi juga sebagai ilmu pengetahuan yang empiris dan rasional. Maka, sosiologi dianggap ilmu yang saintifik kerana ada kelogikannya, bukti, akal, kajian terbaru, pemerhatian, penggunaan generalisasi, kebenaran, bersistematik dan analisis serta bersifat objektif. Persoalan ynag dikaji oleh ahli-ahli sosiologi adalah berasaskan teori, analisis dan mentafsir data secara saintifik. Tuntasnya, sosiologi adalah ilmu sosial yang katergoris, murni, abstrak, berusaha mencari pengertian-pengertian umum, rasional dan empiris serta bersifat umum. Bidang sosiologi adalah sangat luas untuk dikaji kerana mencakupi isu atau masalah sains soial yang lain seperti sejarah, politik, ekonomi, psikologi dan sebagainya. Antara cabang-cabang ilmu sosiologi adalah seperti sosiologi budaya, sosiologi pendidikan dan sosiolinguistik dan lain-lain.

2.1.2 Definisi linguistik Istilah Linguistik juga berasal dari Bahasa Latin iaitu lingua yang bermakna bahasa. Bahasa Perancis pula menyebut linguistik sebagai linguistique manakala dalam Bahasa Inggeris lebih dikenali dengan istilah linguistics. Dalam Bahasa Melayu pula istilah linguistik merupakan nama kepada bidang ilmu dan kata adjektifnya adalah linguistk. Linguistik bererti bahasa atau ilmu yang mengambil bahasa sebagai objek kajiannya juga sebagai ilmu pengetahuan yang mengkaji tentang bahasa. Ini bererti ahli-ahli bahasa mengkaji kebolehan manusia untuk berhubungan sebagai pernyataan individu, pusaka sepunya suatu komuniti bahasa, bunyi yang dipertuturkan, teks yang dituliskan dan lain-lain. Dengan erti lain linguistik merupakan suatu ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik tentang bahasa tabii manusia yang merangkumi segala sifat bahasa dan komunikasi. Antaranya, mengkaji bahasa-bahasa yang digunakan oleh manusia melalui alat-alat pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna seperti struktur kata (morfologi), bunyi-bunyi bahasa (fonetik), struktur bunyi (fonologi), struktur ayat (sintaksis) dan lain-lain. Contoh cabang-cabang ilmu linguistik termasuklah Linguistik Am, Linguistik Perbandingan, Linguistik Terapan (gunaan), Linguistik Sejarawi, Sosiolinguistik, Psolinguistik, Neurolinguistik dan Antropolinguistik. Pakar linguistik atau pengkaji ilmu linguistik disebut juga disebut sebagai linguis. Namun, definisi sebegini tidak cukup untuk memberi penjelasan tentang istilah linguistik tanpa mengambil kira pandangan ahli-ahli bahasa. Ahli-ahli bahasa pula masing-masing mendifinisikan linguistik mengikut pandangan dan tafsiran tersendiri. Menurut Hartman, R. R. K dan Stork (1976) mengatakan bahawa linguistik adalah satu bidang kajian di mana subjek kajiannya adalah bahasa. Bagi di pihak Stork dan Widdowson (1983) pula linguistik merangkumi

semua segi komunikasi manusia iaitu daripada pemerian bunyi bahasa kepada analisis secara menyeluruh tentang kerencaman pemikiran manusia dipernyatakan dalam bentuk pertuturan dan tulisan. Verhaar (1993) pula menjelaskan linguistikyang adalah sabagai satu kajian ilmu bahasa yang merangkumi bidang linguistik secara khusus iaitu linguistik sinkronik, linguistik diakronik, linguistik deskriptif dan linguistik preskriptif. Bolinger (1968) mentakrifkan linguistik sebagai satu sains yang mengkaji bahasa. Ini bermakna bahasa digunakan sebagai bahan kajian secara saintifik. David Crystal dalam bukunya berjudul A Dictionary of Linguistics and Phonetics (1986, 181) pula menyatakan bahawa linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa. Justeru, apakah yang dimaksud dengan kajian secara saintifk dalam bahasa? Secara jelasnya, ilmu linguistik itu mengkaji bahasa secara saintifik. Ini bererti linguistik ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa dalam masyarakat secara empiris dan objektif yang boleh diuji kebenarannya, iaitu mengakaji bahasa seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh ramalan, sentimen dan falsafah. Contohnya, linguistik mengkaji Bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarkat di Malaysia secara formal dan objektif tentang bagaimana wujunya bunyi-bunyi bahasa dihasilkan, sistem fonem, morfem, kata, frasa dan bentuk ayat yang berlainan. Berdasarkan definisi yang dikemukan oleh ahli-ahli linguistik tersebut, pengertian linguistik boleh dirumuskan sebagai bidang kajian bahasa secara khusus yang menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain. Ilmu linguistik boleh dikatakan satu kajian secara sistematik dan empiris terhadap sesuatu bahasa manusia.

2.1.3 Definisi Sosiolinguistik Antaranya pengertian yang diberikan oleh Currie (1952) mengenai sosiolinguistik adalah pola hubungan bahasa dengan masyarakat. Joshua A. Fishman (1974) mendefinisikan sosiolinguistik sebagai kajian tentang sifat-sifat khusus (karakteristik) variasi bahasa, sifat-sifat khusus fungsi bahasa dan sifat-sifat khusus pemakaian bahasa dalam jalinan interaksi serta perubahan antara ketiga-tiga sifat khusus tersebut dalam masyarakat tuturnya. Dell Hymes (1976) pula menyatakan bahawa sosiolinguistik dapat dipakai sebagai petunjuk tentang kemungkinan pemakaian data dan analisis linguistik dalam disiplin-disiplin lain yang berhubungan dengan kehidupan sosial dan sebaliknya, iaitu pemakaian data dan analisis sosial dalam linguistik. Selain itu, R. A. Hudson (1983) mendifinisikan sosiolnguistik sebagai bidang yang memperkatakan tentang aspek-aspek perhubungan antara bahasa dengan masyarakat. Menurut beliau sosiolinguistik itu merupakan the study of language in relation to society (pengkajian bahasa dalam kaitannya dengan masyarakat). Menurut Harimurti Kridalaksana (1982) menyatakan sosiolinguistik adalah cabang linguistik yang berusaha untuk menjelaskan ciri-ciri variasi bahasa dan menetapkan korelasi ciri-ciri variasi bahasa tersbut dengan ciri-ciri sosial.

Seterusnya, beliau mengatakan sosiolinguistik lazimnya didefinisikan sebagi ilmu yang mempelajari pelbagai ciri variasi bahasa juga hubungan antara bahasawan dengan ciri dan fungsi dalam suatu masyarakat bahasa (Harimurti Kridalaksana 1987). Manakala menurut P. W. J. Nababan (1984) memberikan takrif sosiolinguistik adalah studi atau perbahasan bahasa sehubungan dengan penutur bahasa itu sebagai anggota masyarakat. Beliau menjelaskan bahawa sosiolinguistik boleh juga dikatakan mempelajari dan membahas aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya perbezaan (variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor kemasyarakatan. Nikolas Coupland dan Adam Jaworski (1997) mendefinisikan bidang ini sebagai kajian tentang bahasa dalam konteks sosialnya dan kajian kehidupan sosial melalui linguistik. Mengikut C. Cripper dan H. G. Widdowson pula memberi pengertian sosiolinguistik itu sebagai kajian bahasa dalam pelaksanaannya yang bertujuan mempelajari bagaimana kovensi bahasa berhubungan dengan aspek-aspek lain daripada tingkah laku sosial (Mansoer, 1987). Nancy Parrot Hickerson menyatakan sosiolinguistik adalah cabang ilmu linguistik yang sedang mengembang yang mengambil variasi pertuturan sebagai tumpuan atau fokusnya iaitu dengan melihat kepada variasi atau konteks sosialnya. Menurut beliau lagi sosiolinguistik menekankan tentang kolerasi antara faktor sosial yang sedemikian dengan variasi linguistik. Menurut G. E. Booji, Gerard Hubers dan Greus Meijer memberi makna sosiolinguistik adalah cabang linguistik yang mempelajari faktor sosial yang berperanan dalam pemakian bahasa dalam pergaulan ( Mansoer Pated, 1987). Bagi Rene Appel, Gerard Hubers dan H. J. Verkuyl pula mentakrifkan sosiolinguistik merupakan ilmu yang mempelajari bahasa dan pemakaian bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. Berdasarkan beberapa definisi yang diberi oleh pelbagai pihak tersebut, dapat disimpulkan bahawa ilmu sosiolinguistik berkaitan rapat dengan bidang sosiologi yang memberi penekanan kepada masyarakat manakala sosiolinguistik kepada aspek bahasa. Dengan itu, sosiolnguistik memberi tumpuan kepada aspek penggunaan bahasa dalam masyarakat, khususnya dari segi kelainan bahasa (variability of language/language variation). Ini kerana sebuah komuniti bahasa akan menggunakan bebrapa variasi bahasa yang berbeza-beza dan penggunaannya pula menurut sistem tertentu. Dengan kata lain, tugas utama sosiolinguistik adalah untuk meneliti cara-cara yang berbeza-beza yang digunakan oleh ahli-ahli sesuatu masyarakat untuk menyatakan atau mengungkap perkara yang sama. Contohnya, seorang guru sekolah mungkin mengetahui lebih daripada satu bahasa iaitu bahasa ibundanya dan beberapa bahasa lain yang dipelajarinya. Tentang bahasa ibundanya, beliau menggunakan jenis yang berbeza-beza. Hal ini bergantung di mana dia bercakap (di bilik darjah, di pasar, dalam mesyuarat rasmi atau di rumah dengan kaum keluarga), bercakap dengan siapa

(murid, guru besar, penjual ikan, pegawai daerah atau isteri dan ana-anaknya) dan tentang perkara apa yang dicakap (geografi, sukan sekolah, projek kebersihan kampung, harga ikan atau memarahi kenakalan anaknya). Bahasa yang digunakan dengan penjual ikan tidak boleh digunkan dalam mesyuarat rasmi dengan pegawai daerah, demikia juga akan dianggap ganjil kalau bahasa yang biasa dipakai kepada isterinya bila bercakap dengan penjual ikan. Jelaslah bahawa ada tempat dan ada waktunya bagi penggunaan variasi bahasa tertentu dan ini boleh difahami oleh setiap penutur sesuatu bahasa.

3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SOSIOLINGUISTIK Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik. Pelopor kepada pengkajian bidang sosiolinguistik ialah Panini (500SM) melalui sebuah bukunya yang berjudul Astadhayayi iaitu berkisar tentang stilistik bahasa. Dengan itu, pengkajian bidang sosiolinguistik mula mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat terutamnya ahli-ahli linguistik (linguis). Pengkajian bidang sosiolinguistik juga turut dilakukan oleh Ferdinand de Saussure (18571913), seorang ahli sarjana berbangsa Swiss yang dianggap sebagai pelopor moden kepada bidang linguistik. Ferdinand mengatakan bahawa bahasa merupakan pola-pola umum dalam pertuturan sesuatu komuniti dan sebagai kegiatan bercakap atau bertutur seseorang individu dalam suasana tertentu. Menurut beliau, bahasa (la langue) adalah satu gejala sosial yang dimilki oleh seluruh masyarakat yang menggunakan bahasa. Pertuturan (la parole) pula merupakan penghasilan oleh individu. Dengan itu, bahasa sebagai alat yang digunakan dalam perhubungan (potential vehicle of communication) tetapi pertuturan adalah aktiviti yang sebenar dalam perhubungan. Buku beliau yang sangat terkenal adalah Course de Linguistique Generale (1915) telah menjadi sebagai buku asas kepada linguistik moden. Oleh itu, terdapat beberapa istilah yang diguna pakai oleh Ferdinand de Saussure telah diterima umum sebagai istilah rasmi seperti la langue (bahasa) dan la parole (pertuturan). Pengkajian Ferdinand de Saussure terhadap sosiolinguistik telah diikuti oleh beberapa sarjana bahasa Amerika Syarikat terutamanya Edward Sapir (1884-1939) yang melakukan beberapa kajian tentang bahasa dan budaya. Mengikut beliau bahasa merupakan semata-mata manusiawi dan kaedah tiada instingtif dalam penyampaian gagasan kerana perasaan dan kehendak dengan sarana-saran sesuatu simbol yang dikeluarkan secara sukarela. Pada pertengahan abad ke-19 pula ahli-ahli bahasa seperti Schuchardt, Hasseling dan Van Name (1869-1897) untuk pertama kalinya mereka melakukan pengkajian tentang dialek bahasa pedaman Eropah dan konteks bahasa yang menghasilkan bahasa-bahasa baru atau bahasa campuran. Menurut Noam Choamsky yang menganggap bahasa itu sebagai kebolehan penuturpenutur asli untuk mengetahui dan membentuk ayat yang gramatis juga sebgai ujaran sebenar yang dikeluarkan pada waktu tertentu. Secara relatif bidang sosiolunguistik merupakan satu bidang baharu dalam ilmu bahasa dan agak muda usianya yang mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1952 dengan istilah sosiolinguistik oleh seorang guru Haver C.Currie (A.C.Alwasilah 1985). Beliu sebelum

ini melihat kajian bidang sosiolinguistik tidak memilki perhatian daripada realiti sosial. Setahun berikutnya, Weinrich (1953) telah mengarang sebuah buku berjudul Language in Contact dan diikuiti dengan kemunculan karya-karya besar yang lain dalam bidang sosiolinguistik sehingga muncul sebagai satu bidang ilmu yang mantap dan menarik perhatian orang ramai. Sosiolinguistik muncul secara rasmi pada Mei 1964 dalam persidangan khas iaitu untuk membicarakan hubungan antara bahasa dan masyarakat di University of California, Los Angeles, Amerika Syarikat. Istilah sosiolinguistik hanya mula berkembang sekitar tahun 60-an. Sebelum istilah sosiolinguistik digunakan secara rasmi, terdapat pengkaji yang memberi nama bidang ini sebagai Bahasa, Pemikiran dan Kebudayaan (Language, Throught and Culture) dan juga menyebut sebagai Bahasa dan Pemikiran dalam Tindakan (Language and Thought in Action). Oleh hal yang demikian, maka terdapat banyak buku yang diterbitkan menggunakan judul di atas. Contohnya, Paul Henle telah menyusun sebuah buku berjudul Language, Thought and Culture yang diterbitkan oleh University of Michigan Press pada tahun 1958. Begitu juga ada seorang pengarang yang mengarang sebuah buku lain berjudul Language and Thought in Action. Walau bagaimanapun, terdapat pengajian dan pengkajian tentang hubungan bahasa dan masyarakat telah lama wujud. Antara penelitian ilmiah yang menyentuh hubungan bahasa dan masyarakat sebelum lahirnya bidang sosiolinguistik secara rasmi termsuklah penelitian W. Von Humboldt pada abad ke-19 yang telah menekankan kepada peranan bahasa dalam kehidupan sosial manusia dan penelitian kumpulan neo-Humboldtisn di Jerman pada sekitar akhir tahun 19120-an dan awal tahun 1930-an pula memperkatakan bahawa bahasa sesebuah negara itu mampu memperlihatkan semangat nasional negara tersebut. Selain itu, penelitian E. Sapir dan B.l Whorf di Amerika Syarikat pada sekitar tahun 1930-an dan tahun 1940-an yang menegaskan wujudnya perbezaan cara berfikir antara kelompok yang bertutur bahasa-bahasa berlainan, khususnya antara bahasa Indo-Eropah (Bahasa Inggeris) dengan bahasa bukan Indo-Eropah (bahasa Hopi iaitu salah satu bahasa puak Asli di Amerika Syarikat). Bagi peneliti ahli-ahli bahasa Perancis pada sekitar pertengahan tahun 1950-an terutamanya oleh M. Cohen pula membicarakan tentang kuasa pada bahasa seperti magis, sumpahdan rayuan. Manakala penelitian oleh M. Joospada sekitar 1960-an menghuraikan tentang penggunaan bahasa berasaskan kepada lima jenis gaya percakapan iaitu intim, tidak formal, rundingan, formal dan kaku. Kini, status sosiolinguistik adalah sebagai satu disiplin ilmu tersendiri yang diterima umum. Terdapat universiti-universiti yang mempunyai jabatan linguistik menawarkan kursuskursus yang bersifat sosiolinguistik dan perkembangan yang pesat juga telah berlaku dalam bidang penyelidikan bahasa.

3.1 Gagasan Sosiolinguistk Terdapat beberapa sebab yang membawa kepada kemunculan bidang sosiolinguistik secara rasmi dengan mendadak pada pertengahan tahun 1960-an. Antaranya adalah rasa tidak puas hati

sebilangan ahli bahasa terhadap kekuasaan dan pengaruh aliran linguistik generatif iaitu aliran Eropah. Ini kerana kemunculan sarjana yang ramai telah memperlihatkan warna-warni dalam ilmu itu sendiri yang kebanyakannya mendapat latihan secara formal iaitu sama dalam negara mahu pun luar negara. Ahli-ahli bahasa yang beraliran dari Eropah selalunya mempunyai acuan linguistik yang agak berbeza daripada mereka yang beraliran dari Amerika. Bagi linguis aliran Eropah selalunya mengambil kira konteks atau keperihalan keaddalam melihat bahasa.Manakala linguis dari aliran Amerika pula lebih melihat bahasa sebagai satu rumus yang formal dan lebih bersifat matematik yang sarat dengan formula-formula dibina khas untuk melihat bahasa. Contohnya dalam ilmu semantik, ilmu pragmatik dimasukkan sekali dalam kajian ilmu semantik agar interpretasi makna yang sempurna dapat dilakukan. Aliran linguistik generatif didapati tidak memberi perhatian langsung kepada pertimbangan sosial ketika melakukan penelitian bahasa. Penegasan aliran ini dalah tentang kebebasan sintaksis (the outonomy of syntax) iaitu penelitian tehadap ayat sebagai elemen bahasa harus dilakukan sematamata secara linguistik, yakni tanpa memberi pertimbangan langsung kepada aspek-aspek lain seperti sosial (merangkumi pengkajian bahasa dalam konteks sosial atau daripada perspektif sosial). Hal demikian telah menimbulkan rasa kurang senang dan tidak puas hati sebilngan ahliahli bahasa dari aliran Amerika yang diterajui oleh Noam Chomsky dengan cara penelitian aliran linguistik generatif itu kerana kebebasan sintaksis tidak mebenarkan mereka meneliti persoalan yang lebih penting dan menerik terhadap bahasa, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan fungsifungsi bahasa dalam masyarakat. Aliran dari Amerika mempercayai bahawa fungsi sosial yang didukung oleh bahasa itu adalah lebih jauh penting daripada fungsi bentuk atau struktur yang menjadi tumpuan oleh aliran linguistik generatif. Keadaan ini telah mewujudkan pertelingkahan dan perbezaan pendapat antara dua aliran linguistik iaitu aliran Eropah dan aliran Amerika. Maka wujudlah dua gagasan dominan yang mendasari disiplin linguistik iaitu formalisme (aliran Eropah) dan fungsionalisme (aliran Amerika). Aliran linguistik generatif diasakan oleh gagasan formalisme manakala sosiolinguistik diasaskan oleh fungsionalisme. Menurut Dik (1978), beliau telah membuat perbandingan yang tuntas tentang dua gagasan ini. Antara perbandingan tersebut adalah seperti yang berikut ;

Jadual Perbandingan Gagasan Dominan yang Mendasari Disiplin Linguistik Formalisme Bahasa sebagai satu set ayat Menyatakan fikiran psikologi Berkaitan dengan kecekapan linguistik seperti kebolehan menghasilkan, menginterpretasi dan menilai Fungsionalisme Bahasa sebagai alat untuk berinteraksi sosial Alat komunikasi Kecekapan komunikasi seperti kebolehan mengendalikan interaksi sosial melalui penggunaan bahasa yang sesuai Kecekapan komunikasi mementingkan bahasa dari sedut penggunaan Penghuraian unsur-unsur bahasa hendaklahmelibatkan konteks penggunaannya Semua bahasa adalah berbeza kerana setipa masyarakat itu mempunyai amalan bahasa yang tersendiri Pragmatik adalah kerangka ynag merangkumi semantik dan sintaksis, semantik dianggap kurang penting daripada pragmatik dan urutan kepentingannya adalah pragmatik, semantik dan sintaksis

Definisi bahasa Fungsi bahasa Hubungan/kaitan dengan bahasa

Kajian/penelitian

Kecekapan linguistik mementingkan bahasa dari sudut logik dan perkaedahan Jenis-jenis ayat Ayat dalam sesuatu bahasa hendaklah dihuraikan secara berasingan, yakni daripada konteks penggunaannya Penekanan Semua bahasa adalah sama kerana ia merupakan ciri biologi dan psikologi semula jadi manusia Sintaksis Sintaksis dianggap berasingan daripada semantik, sintaksis dan semantik dianggap berasingan daripada pradigmatik dan urutan kepentingannya adalah sintaksis, semantik dan pragmatik (Sumber : Linguistik Melayu, 2006, hlmn 114-115)

Berdasarkan dua senarai di atas, jelas dapat dibandingkan tentang perbezaan yang wujud dalam bahasa mengikut penelitian antara gagasan formalisme dengan gagasan fungsionalisme. Daripada perbandingan ini, formalisme merupakan gagasan yang meneliti bahasa sebagai fenomena mental. Ini kerana bahasa dalam bentuk lisan mahupun tulisan, dianggap sebagai wadah untuk meneliti serta memahami proses mental, yakni apa yang sebenarnya berlaku atau terjadi dalam otak manusia semasa mereka berbahasa. Manakala fungsionalisme pula merupakan gagasan yang meneliti bahasa sebagai fenomena sosial. Sebagai fenomena sosial, bahasa dilihat dalam peranannya untuk melaksanakan

berbagai-bagai fungsi seperti menegur sapa, membujuk dan menyampaikan perasaan. Kesemua fungsi ini adalah perlu bagi kepentingan sosial antaranya adalah untuk mengeratkan hubungan, mencurahkan rasa hati dan sebagainya. Dalam konteks ini, bahasa dianggap sebagai alat komunikasi. Oleh itu, tumpuan sosiolinguistik adalah tentang penggunaan bahasa iaitu bagaimana bahasa digunakan dalam masyarakat (Romaine). Antara perkara yang dipentingkan dalam penggunaan bahasa adalah ujarannya, sama ada dalam bentuk lisan, tulisan ataupun isyarat. Dalam bahasa, sesuatu ujaran itu perlu wujud, dihasilkan dan difahami dalam sesuatu konteks tertentu. Bagi sosiolinguistik, tidak mungkin dapat wujud satu penjelasan yang lengkap tentang sesuatu makna pada ujaran itu sekirannya para penutur yang terlibat atau konteks ujaran berkenaan dihasilkan tidak diberi perhatian langsung.

4.0 BIDANG CAKUPAN SOSIOLINGUISTIK (KANDUNGAN SOSIOLINGUISTIK) Secara umum, antara bidang-bidang yang diliputi oleh sosiolinguistik adalah bahasa, dialek dan idiolek, kedwibahasaan, profil sosiolinguistik sesuatu masyarakat bahasa, entnografi bahasa dan sikap bahasa serta perancangan bahasa. Menurut P. W. J. Nababan (1984), beliau telah menyebut tentang perkara utama yang dibahaskan oleh atau dikaji dalam sosiolinguistik, iaitu; a. mengkaji bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. b. menghubungkan faktor kebahasaan, ciri-ciri dan ragam bahasa dengan situasi serta faktor sosial dan kebudayaan. c. Mengkaji fungsi sosial dan penggunaan bahasa dalam masyarakat. Kemudian, beliau juga mengatakan bahawa topik-topik umum dalam pembahasan sosiolinguistik adalah seperti yang berikut; a. Bahasa, dialek, idiolek dan ragam bahasa. b. Repertoir bahasa. c. Masyarakat bahasa. d. Kedwibahasaan dan kegandabahasaan. e. Fungsi kemasyarakatan bahasa dan profil sosiolinguistik. f. Penggunaan bahasa (etnografi berbahasa.) g. Sikap bahasa. h. Perancangan bahasa.

j. Interaksi sosiolinguistik. i. Bahasa dan kebudayaan. Mengikut Jane Holmes di dalam bukunya berjudul An Introduction to Sociolinguistics (1996), di bawah ini adalah bidang-bidang yang terangkum dalam sosiolinguistik; a. pemilihan bahasa dalam komuniti multibahasa b. pengekalan dan penganjakan atau pemindahan bahasa c. kelainan bahasa dan negara multibahasa d. bahasa kebangsaan dan perancangan bahasa f. dialek daerah dan dialek sosial g. seks dan umur h. keetnikan dan jaringan sosial j. perubahan bahasa i. gaya, keperihalan dan laras k. fungsi pertuturan, kesantunan dan komunikasi merentas budaya l. serta seks, kesantunan dan stereotaip m. sikap bahasa dan penerapanya. Mansoer Pateda (1987) mengatakan Sosiolinguistik lazimnya menumpukan kajian terhadap aspek-aspek atau topik-topik seperti berikut; a. Kesetian terhadap bahasa, pergeseran bahasa dan peluputan bahasa. b.Perancangan bahasa. c. Laras bahasa, variasi bahasa dan ragam bahasa. d. Bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, pijin dan kreol. e. Kesantunan bahasa. f. Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam bidang Pendidikan. g. Sikap bahasa.

Bidang cakupan kajian sosiolinguistik adalah sangat luas dan banyak perkara yang dibahaskan di dalamnya mengikut penjelasan Nikolas Coupland dan Adam Jaworski yang telah memasukkan ke dalam buku mereka berjudul Sociolinguistics : A Reader and Coursebook (1998) seperti topik-topik yang berikut; a. Dialektologi urban atau kajian variasi urban (urban dialectology or urban variation studies). b. Etnografi komunikasi (ethnography of communication) termasuk bahasa merentas budaya (language across cultures). c. Sosiologi bahasa (sociology of language) termasuk kegandabahasaan (multilingualism). d. Psikologi sosial bahasa (social psychology of language) terutama kajian tentang sikap terhadap varieti bahasa (attitudes towards language varieties). Berdasarkan senarai di atas, jelaslah bahawa bidang atau topik-topik dalam pembahasan sosiolinguistik adalah begitu luas untuk dikaji. Oleh itu, ruang lingkup pengkajian sosiolnguistik tidak hanya kepada penggunaan bahasa tetapi aspek-aspek lain seperti implikasi hubungan timbal-balik antara bahasa dengan masyarakat. Ini kerana penggunaan bahasa dalam apa jua bentuk adalah berlaku dalam konteks sosial tertentu. Justeru, bagi sosiolinguistik pengajian dan pengkajian bahasa yang tidak memberi tumpuan langsung kepada konteks sosial yang dimanifestasikan dalam pelbagai bentuk adalah dianggap kurang lengkap.

5.0 KAEDAH PENGAJIAN DAN PENGKAJIAN SOSIOLINGUISTIK Dalam kaedah pengajian dan pengkajian sosiolinguistik, terdapat beberapa langkah yang perlu dikenal pasti untuk memastikan penjelasan yang diberikan itu mampu menerangkan hubungan antara bahasa dan masyarakat. Fokus pengajian dan pengkajian sosilinguistik adalah dengan memberi tumpuan kepada penggunaan bahasa, khususnya dari segi kelainan bahasa. Dengan itu, tugas utama bidang sosiolinguistik adalah untuk meneliti dengan jelas fenomena kelainan bahasa yang wujud dalam masyarakat iaitu dari dua aspek iaitu gaya bahasa atau linguistik (bentukbentuk bahasa yang berbeza-beza terdiri daripada bunyi, struktur perkataan, kosa kata dan ayat atau nahu yang digunakan) dan konteks sosial (melibatkan faktor dimensi sosial yang memengaruhi pemilihan dan penggunaan bentuk-bentuk bahasa tertentu). Langkah pertama, bidang sosiolinguistik mengenal pasti dengan tepat kelainan bahasa yang wujud iaitu sama ada wujud pada tahap bunyi, perkataan, konstruksi nahu, dialek-dialek kepada satu bahasa, atau bahasa-bahasa berlainan. Kemudian, mengenal pasti pelbagai faktor sosial atau sebab musabab bukan linguistik seperti peserta, latar atau fungsi interaksi yang menyebabkan para penutur sesuatu bahasa itu menggunakan satu bentuk bahasa tertentu dan bukannya satu bentuk bahasa lain. Akhir sekali, mengenal pasti pola atau pola-pola yang boleh

membantu untuk memformulasikan penjelasan tentang mengapa ahli-ahli tertentu dalam sesebuah masyarakat menggunakan bentuk-bentuk bahasa tertentu dalam konteks-konteks tertentu dan bentuk-bentuk bahasa lain dalam konteks-konteks lain. Contohnya, penelitian penggunaan bahasa dalam kalangan remaja Melayu di Kajang, Selangor. Langkah pertama, hendaklah mengemukakan beberapa soalan kepada orang ramai yang ditemui iaitu sama ada melaui cara temu bual ataupun soal selidik tentan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan oleh para remaja tersebut ketika bercakap dengan rakan-rakan sebaya yang dikenali, remaja lian yang tidak dikenali dan orang-orang dewasa yang dikenali serta orangorang dewasa yang tidak dikenali. Setelah berjaya mengumpul maklumat tentang bentuk-bentuk bahasa, seterusnya mengenal pasti faktor-faktor sosial yang menyebabkan remaja-remaja tersebut menggunakan bentuk-bentuk bahasa seperti member sound, mangkuk hayun , cun habi, sure heboh, best giler, soru dan kencing ketika bercakap dengan rakan-rakan remaja yang dikenali dan kadang-kadang ketika bercakap dengan remaja lain yang tidak dikenali. Kemudian bentuk-bentuk bahasa seperti kawan bagi tahu, bodoh, cantik sungguh, hebat sekali, lucu betul, makan dan tipu/bohong akan digunakan ketika bercakap dengan orang dewasa yang dikenali ataupun tidak dikenali. Akhirnya, harus memberi penjelasan tentang persoalan mengapa faktor-faktor sosial tertentu menyebabkan bentuk-bentuk bahasa tertentu, yakni dalam bentuk slaga seperti ngam dan bukannya dalam bentuk biasa seperti cocok/sesuai digunakan ketika bercakap sesama remaja.

6.0 HUBUNGAN SOSIOLINGUSTIK DENGAN DISIPLIN ILMU LAIN 6.1 Sosiolinguistik Dengan Sosiologi Sosiolinguistik menjadikan bahasa sebagai dasar kajiannya dan mengganggap struktur sosial mempengaruhi penggunaan pelbagai bentuk bahasa di kalangan masyarakat. Sosiologi ilmu yang mengkaji tentang masyarakat menyebabkan sosiolinguistik dalam kajiannya mengaitkan bahasa dengan masyarakat. Maka, tanpa disedari sememangnya terdapat perhubungan yang kompleks antara bahasa dan masyarakat. Oleh itu, hubungan antara sosiolunguistik dengan sosiologi sebenarnya bersifat bertimbalbalik kerana bahasa dan masyarakat mempengaruhi satu sam lain. Hubungan timbal-balik bahasa dan masyarakat yang lebih tepat adalah kaitan antara bentuk-bentuk bahasa yang dipilih atau digunakan dengan konteks-konteks sosial yang mempengaruhi penggunaannya, khususnya masyarakat ekabahasa. Di samping, bentuk-bentuk bahasa yang berbeza dalam masyarakat ekabahsa juga didapati mempunyai pelbagai macam pengertian sosial. Dimensi sosial seperti jarak sosial, status, keformalan dan fungsi yang kesemuanya mempunyai kaitan dengan faktor

sosial (peserta, latar, fungsi dan topik) yang memberi kesan secara tidak langsung terhadap bentuk-bentuk bahasa yang dipilih dan digunakan oleh seseorang.

6.2 Sosiolinguistik dengan linguistik Sebagaimana yang telah dijelaskan, Sosiolinguistik merupakan salah satu bidang ilmu daripada cabang ilmu linguistik yang mengkaji tentang bahasa dengan menghubungkan faktor sosiologi. Ini bererti apa yang dikaji dalam linguistik menjadi dasar kepada sosiolinguistik untuk menunjukkan penggunaan bentuk bahasa yang dikaitkan dengan struktur sosial. Linguistik mengkaji bahasa tabii manusia iaitu sebagai suatu sistem mujarad yang berstruktur dengan beberapa ciri seperti bunyi (fonologi), kata (morfologi), struktur ayat (sintaksis), makna (semantik) dan penggunaa (pragmatik) yang dipernyatakan dalam bentuk lisan (pertuturan) dan tulisan. Lazimnya, bahasa itu sendiri sebagai alat komunikasi dalam proses sosialisasi. Dengan itu, sosiolinguistik mengkaji kewujudan bahasa yang beragam (variasi pertuturan) dan didapati bahawa faktor di luar bahasa iaitu sosial mempengaruhi penggunaan bentuk bahasa tertentu. Ragam-ragam bahasa ini tercipta disebabkan terdapat perbezaan sosial di kalangan masyarakat. Ini bermakna dalam ilmu sosiolinguistik dan linguistik terdapat persamaaan dari segi memberi tumpuan atau fokus objek kajian adalah bahasa. Ilmu sosiolinguistik sangat memerlukan pengetahuan tentang linguistik supaya kajian yang dilakukan tidak meninggal objek kajian utamanya, bahasa. Seperti yang diketahui bahawa sosiolinguistik salah satu daripada cabang ilmu linguistik maka sememangnya wujud perhubungan yang kompleks antara kedua-dua bidang tersebut.

6.3 Sosiolinguistik dengan sosiologi bahasa Sosiologi bahasa berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu sosiologi dan bahasa. Bagi sosiologi pengertiannya telah dibahaskan, manakala bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi yang diberi pemerian secaar formal dan abstrak yang kadang-kadang kaku oleh linguistik. Noam Chomsky mengganggap bahawa bahasa adalah kebolehan inat penutur-penutur asli untuk mengetahui dan membentuk ayat yang gramatis dan sebagai ujaran sebenar yang dikeluarkan pada waktu tertentu. Menurut Edward Sapir (1921) yang mengatakan bahasa sebagai a purely human and non-instinctive method communicating ideas, emotions and desires, by means of a system of voluntarily prodused symbols ( bahasa adalah semata-mata manusiawi dan kaedah tak inisiatif dalam menyampaikan gagasan, perasaan dan kehendak dengan sarana-sarana sesuatu sistem simbol yang dikeluarkan secara sukarela). Bloch dan Trager (1942) pula mentakrifkan bahasa sebagai lambang yang sewenang-wenangnya untuk kumpulan manusia berhubung dan

bekerjasama. Ferdinand de Saussure (1857-1913) mendefinisikan bahasa sebagai sebuah fakta sosial yang terdapat dalam masyarakat. P. W. J. Nababan (1984) mengatakan bahawa bahasa adalah suatu sistem perisyratan (simiotik) yang terdiri daripada unsur isyarat dan juga hubungan antara unsur tersebut. Antara unsur bahasa tersebut seperti fonem (unit terkecil dalam bahasa yang memebezakan makna) dan morfem (unit terkecil dalam bahasa yang mempunyai makna) serta kata yang dibentuk daripada fonem dan morfem. Kemudian, daripada kata tersebut dibentuk pula frasa atau klausa dan seterusnya ayat. Ayat-ayat ini disusun secara horizontal atau sintagmatik iaitu berurutan dan juga secara vertical atau paradigmatik atau berperingkat-peringkat. Dengan kata lain, sesuatu bahasa itu mengandungi unsur-unsur fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Kesemua unsur ini adalah terangkum dalam tatabahasa. Mengikut beliau, dalam bahasa terdapat peraturan yang menyeragamkan penggunaannya seperti sebutan yang diterima, makna yang disepakati dan istilah yang digunakan hendaklah sesuai dengan konsep yang didukungnya, iaitu ungkapan yang dibentuk, kosa kata yang diguna, laras dan juga wacananya. Berdasarkan definisi tersebut, bahasa merupakan bunyi yang dihasilkan oleh ucapan berupa bentuk dan makna dengan fungsinya sebagai alat komunikasi yang digunakan oleh kelompok masyarakat. Dengan itu, kemunculan bahasa dalam kalangan masyarakat pada dasarnya untuk menjadi asas perhubungan dalam menyampaikan maksud dan tujuan masingmasing. Contohnya, bahasa digunakan untuk menyampaikan perasaan atau emosi, memberi arahan dan nasihat, membetulkan kesalahan, mengucapkan terima kasih dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tanpa bahasa juga sesuatu tujuan atau maksud masih boleh disampaikan iaitu melalui isyarat dan gerak-geri namun cara sedemikian adalah kurang berkesan. Manakala sosiologi bahasa menurut Haismurti Kridalaksana mentakrifkan sebagai cabang sosiologi yang mempelajari integrasi antara struktur bahasa dan struktur sosial dalam tingkah laku manusia. Joshua A. Fishman pula mendifinisikan Sosiologi bahasa adalah mengkaji interaksi di antara dua aspek tingkah laku manusia, iaitu penggunaan bahasa dengan organisasi sosial mengenai tingkah laku. Dengan kata lain, sosiologi bahasa itu memberi tumpuan kepada semua topik yang berkaitan dengan organisasi sosial untuk tingkah laku bahasa, dan bukan sahaja meliputi penggunaan bahasa tetapi juga sikap bahasa dan tingkah laku yang nyata terhadap bahasa dan pengguna bahasa. Menurut Joshua, sosiologi bahasa terbahagi kepada dua iaitu sosiologi bahasa deskriptif dan sosiologi bahasa dinamik. Sosiologi bahasa deskriptif berusaha menjawab persoalan seperti siapa penutur (atau penulis), bahasa apa (ragam bahasa apa), kepada siapa dan bila serta untuk apa atau dalam bahasa Inggeris Who speaks what language to whom and when and for what. Ini bererti sosiologi bahasa deskriptif cuba mengemukakan norma-norma penggunaan bahasa atau pola penggunaan bahasa sosial serta tingkah laku dan sikap terhadap bahasa yang diterima umum untuk rangkaian sosial di kalangan masyarakat tertentu sama ada dalam kelompok besar mahupun yang kecil.

Sosiologi bahasa dinamik pula cuba menjawab persoalan seperti apakah yang menyebabkan perubahan pada kadar yang berlainan dalam organisasi sosial tentang penggunaan bahasa dan tingkah laku terhadap bahasa. Sosiologi bahasa juga cuba menerangkan mengapa dan bagaimana organisasi sosial tentang penggunaan bahasa dan tingkah laku terhadap bahasa menjadi berlainan dalam rangkaian sosial atau masyarakat yang sama dalam dua keadaan yang berbeza. Selain itu, sosiologi bahasa turut menerangkan mengapa dan bagaimana perhubungan masyarakat yang sama pada suatu ketika boleh berubah menjadi organisasi sosial penggunaan bahasa dan tingkah laku terhadap bahasa yang agak berlainan. Fernando Penalosa dalam bukunya berjudul Introduction to the Sociology in Language (1981) telah menyenaraikan topik-topik yang berikut sebagai kandungan sosiologi bahasa; a. Sifat bahasa. b. Perubahan masyarakat dan bahasa. c. Bahasa, masyarakat dan budaya. d. Mikro sosiolinguistik. e. Kelainan Bahasa dan kepentingannya. f. Multilingualisme dan komuniti bahasa. g. Bahasa dan ketidaksamaan masyarakat. h. Etnik dan minoriti bahasa. i. Nasionalisme, kolonialisme dan pertembungan budaya. j. Dasar bahasa dan pertentangan bahasa. Bagi Joshua A. Fishman (1991), sosiologi bahasa merangkumi topik-topik seperti yang berikut ; a. Sosiologi bahasa interaksional (mikro dan makro). b. Perbezaan masyarakat dan lingkungan repertoir. c. Masyarakat dwibahasa (stabil dan berinteraksi). d. Pengekalan bahasa dan penganjakan atau pemindahan bahasa. e. Organisasi sosiobudaya (pembatasan bahasa dan refleksi bahasa. f. Sosiologi bahasa gunaan.

R. A. Hudson (1983) mengatakan bahawa sosiolinguistik berkait rapat dengan sosiologi bahasa di mana kedua-duannya menggarap bidang yang bersamaan, yang berbeza hanya penekannan. Kandungan sosiolinguistik dan sosiologi bahasa, antara lain adalah; a. Kelainan-kelainan bahasa seperti komuniti bahasa; bahasa dan dialek; bahasa baku; dialek daerah dan dialek sosial; isoglos; laras; diglosia; percampuran kod; peneukaran kod; pemimjaman; bahasa pijin dan kreol. b. Bahasa, kebudayaan dan pemikiran. c. Bahasa dan interaksi sosial. d. Kajian kuantitatif bahasa. e. Bahasa dan ketidaksamaan masyarakat. f. Bilingualisme dan multilingualisme g. Perancangan bahasa. h. Pengekalan dan penganjakan atau pemindahan. Berdasarkan senarai di atas, jelas dapat dibandingkan tentang persamaan yang wujud antara kandungan bidang sosiolinguistik dengan sosiologi bahasa. Hal demikian kerana banyak perkara sama yang dibahaskan oleh kedua-dua bidang ini. Sosiolinguistik seperti yang dikatakan oleh R. A. Hudson (1983) adalah sebagai pengkajian bahasa dalam kaitannya dengan masyarakat (the study of language in relation to society) dan penekanannya lebih kepada bahasa. Manakala sosiologi bahasa pula kajian berkenaan masyarakat dalam kaitannya dengan bahasa (the study of society in relation to language). Justeru, ruang lingkup pengkajian kedua-dua bidang ini adalah sama dan bertindan. Ahliahli bahasa mulai sedar bahawa tinjuan terhadap bahasa sebenarnya tidak dapat lari dan tidak boleh dipisahkan sama sekali daripada masyarakat yang menuturnya. Maka pengkajian sosiolinguistik dan sosiologi bahasa berkisar kepada bahasa dan masyarakat di mana kedua-dua aspek ini adalah saling berkaitan dan berhubungan. Dengan kata lain hubungan antara bahasa dan masyarakat adalah bertimbal-balik iaitu kedua-duanya saling mempengaruhi satu sama lain. Jelas bahawa konsep bahasa dan masyarakat telah mewujudkan hubungan yang erat di antara keduadua bidang tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga perbezaan di antara sosiolinguistik dengan sosiologi bahasa . Antaranya adalah seperti yang berikut;

Jadual 2 Perbezaan di antara bidang sosiolinguistik dengan bidang sosiologi bahasa Sosiologi bahasa Cabang Ilmu sosiologi Matlamat kajian Mewujudkan interaksi antara struktur bahasa dan organisasi sosial dalam tingkah laku manusia Penekanan Penekanan kepada masyarakat yang menuturkan bahasa tersebut (struktur dan tingkah laku bahasa mempengaruhi struktur sosial) Sifat kajian Kualitatif Kuantitatif (penggunaan bahasa oleh (mengemukakan tentang individu-individu dalam norma-norma penggunaan konteks sosial dan bahasa, tingkah laku dan sikap kebudayaan) terhadap bahasa) (Sumber : Sosiolinguistik dan Bahasa Melayu , 2010, hlmn 27-28 ) Sosiolinguistik Ilmu linguistik Menunjukkan hubungan yang sistematik wujud antara struktur bahasa dengan struktur sosial Penekanan utama adalah kepada aspek-aspek bahasa (penggunaan kepelbagaian bahasa)

6.4 Sosiolinguistik dengan Antropologi Antroplogi adalah ilmu yang mengkaji tentang manusia khususnya dari aspek asal-usul, adatistiadat dan kepercayaan masa lampau masyarakat. Bagi Antropologi, budaya ahli-ahli masyarakat terkandung dalam aspek bahasa. Dengan itu, dalam sesebuah daerah terdapat persamaan dari segi bahasa yang dihubungkaitkan dengan keakraban budaya terdekat antara kelompok masyarakat. Contohnya, persamaan bahasa yang sering digunakan dalam upacaraupacara adat, perkahwinan dan lain-lain. Hal ini telah dimanfaatkan oleh sosiolinguistik dengan mengkaji aspek bahasa dalam konteks kebudayaan di mana bahasa dan kebudayaan telah dimasukkan dalam ruang lingkup kajiannya.

6.5 Sosiolinguistik dengan Psikologi Chomsky (1972) mengatakan bahawa bahasa bukan semata-mata digunakan untuk berkomunikasi tetapi juga digunakan dalam fikiran manusia di mana menjadi tugas psikologistik (psikologi bahasa) untuk menemukan bagaimana pengetahuan tentang bahasa dilambangkan dalam otak seseorang penutur fasih, bagaimana maklumat ini digunakan dalam proses

penghasilan dan pemahaman pernyataan, dan bagaimana pula penutur memperoleh kemampuan tersebut. Maka, bahasa bukan gejala tunggal tetapi dipengaruhi oleh faktor kejiwaan penuturnya. Dalam psikologi, terdapat tahap perkembangan individu yang mempengaruhi kebahasaan penutur. Contohnya, orang lelaki mempunyai tahap kejiwaan atau pemikiran yang berbeza dengan wanita. Ini bererti apa yang dituturkan oleh orang lelaki juga berbeza. Hal ini telah digunkan oleh sosiolinguistik sehingga muncul istilah variasi bahasa berdasarkan gender atau jantina bagi membezakan bahasa yang digunakan oleh orang lelaki dan wanita.

7.0 SASARAN SOSIOLINGUISTIK Sasaran atau tumpuan utama sosiolingistik adalah kepada aspek penggunaan bahasa bervariasi dalam masyarakat khususnya gaya blinguistik dan konteks sosial. Jadi, beberapa faktor dimensi sosial dianggap penting kerana berperanan besar dalam mewujudkan kelainan bahasa dalam masyarakat. Berikut adalah antara beberapa faktor sosial yang mempengaruhi penggunaan bentuk bahasa tertentu; 7.1 Peserta dalam sesebuah interaksi bahasa. Merujuk kepada siapa yang bercakap/penutur dan siapa yang diajak bercakap/pendengar. Misalnya, saya tidak mahu mendengar apa-apa aduan tentang awak lagi, faham? (interkasi antara majikan sebagai pihak yang bercakap manakala pekerja sebagai yang diajak bercakap). 7.2 Latar/konteks sosial interaksi bahasa. Merujuk kepada tempat di mana berlakunya interkasi bahasa tersebut, sama di rumah atau pejabat. Contohnya, interksi antara suami isteri di dalam rumah selalunya dalam dialek Melayu Kedah dengan gaya bersahaja (situasi tidak formal) manakala penggunaan Bahasa Melayu standard dengan gaya percakapan formal pula isteri selaku pengacara majlis menjemput suami sebagai Pengerusi Persatuan Ibu Bapa untuk memberi ucapan pada Hari Penyampaian Hadiah, sebuah majlis rasmi. 7.3 Fungsi (tujuan interakasi diadakan). Merujuk kepada pertanyaan tentang sesuatu maklumat atau menegur sapa ketika jiran mengajukan soalan seperti dari mana?. Ketepatan maklumat yang diberi dari segi nama tempat penting sekirannya fungsi interaksi tersebut adalah untuk mengetahui. Manakala sebarang jawapan tentang tempat yang mungkin tidak benar juga merupakan respons yang baik jika matlamat interaksi tersebut adalah untuk tujuan sosial seperti menegur sapa bagi mewujudkan keharmonian sosial dalam masyarakat. 7.4 Topik/tajuk interaksi.

Merujuk kepada apa yang diperkatakan iaitu dalam mempengaruhi pemilihan/penggunaan bentuk bahasa yang tertentu. Misalnya, perbincangan hal undang-undang oleh suami isteri yang keduaduanya merupakan peguam ketika bersantai di rumah selepas makan iaitu dalam situasi tidak formal, masih dikendalikan dalam Bhasa Melayu standard. Meskipun demikian, interaksi tersebut masih boleh dilakukan dalam bahasa Melayu kolokial atau basahan kerana keadaan situasi adalah tidak formal bukannya ketika perbicaraan di mahkamah. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa Melayu standard didapati lebih mudah dan cepat bagi kedua-duan suami isteri ini yang berbicara tentang undang-undang jika dibandingkan dengan penggunaan bahasa Melayu kolokial atau bahasan. Ini kerana pasangan tersebut menerima pendidikan perundangan yang disampaikan dalam bahasa Melayu standard. Namun, bukan semua faktor tersebut mempengaruhi dalam sesebuah interaksi bahasa itu tetapi melalui satu atau gabungan beberapa faktor ini didapati mempunyai kesan terhadap penggunan bentuk-bentuk bahasa tertentu.