Anda di halaman 1dari 20

MAKTAB RENDAH SAINS MARA TAIPING

TAJUK:

KEJURUTERAAN MEKANIKAL (MECHANICAL ENGINEERING)

NAMA: Ahmad Hafidzul Alim Bin Othaman NO. MAKTAB: 12239 KELAS: 506

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim ,Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyelesaikan proses pembuatan Folio Kerjaya ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak maktab dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang kebuntuan yang boleh mengendalakan proses menyiapkan kerja ini. Saya Ahmad Hafidzul Alim Bin Othaman ,ingin memberi sekalung penghargaan kepada Encik Abdullah dan Puan Zamzuriana,Kaunselor Maktab Rendah Sains MARA Taiping, kerana telah memberikan banyak tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan folio ini. Jutaan terima kasih juga kepada ayah saya Encik Othaman Bin Ahmad , yang telah memberi nyalaan semangat dan banyak membantu saya untuk menyiapkan Folio Kerjaya ini dan juga ibu saya Puan Zaini Binti Othman, yang telah memberikan galakan dan dorongan untuk saya menyiapkan kerja ini dengan lebih awal.Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada rakan-rakan saya di kelas 506 yang banyak member pertolongan dalm proses mencari maklumat. Terima kasih juga kepada ahli keluarga saya yang telah banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses dalam pembuatan Folio Kerjaya ini. Sekian, terima kasih.

PENGENALAN
Menurut Wikipedia, definisi kerjaya ialah an occupation undertaken for a significant period of a person's life and with opportunities for progress. Namun begitu, lain pula menurut Tolbert (1994), kerjaya didefinisikan sebagai rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sepanjang hidupnya dan ada juga individu yang gemar bertukar-tukar pekerjaan. Kerjaya menurut Super (1957, 1972) pula merangkumi persediaan-persediaan yang dilakukan oleh seseorang individu sebelum bekerja dan juga peranan lain yang dilakukan selepas bersara. Secara umumnya, kerjaya boleh dibahagikan kepada 8 bidang utama: 1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah 2. Bidang penulisan dan komunikasi 3. Bidang saintifik/perubatan 4. Bidang perkeranian dan pentadbiran 5. Bidang seni reka dan kreatif 6. Bidang teknikal 7. Bidang keusahawanan 8. Bidang perkhidmatan

Bidang kerja dan contoh-contoh jawatan: 1. Kewangan/Perniagaan (Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai) -Pentadbiran dan pengurus bank -Perancang dan pengurus kewangan -Pengurus dan agen insurans -Eksekutif jualan dan pemasaran -Pengurus pengiklanan -Eksekutif akaun -Akauntan/juruaudit -Aktuari -Pegawai bank -Pemerosesan data -Penganalisis data -dan lain-lain

2. Penulisan dan Komunikasi (Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni) -Wartawan -Editor -Jurubahasa -Penterjemah -Penerbit rancangan radio/televisyen -Pengacara radio/televisyen -Penulis skrip -Perunding komunikasi -dan lain-lain 3. Perubatan/Sains (Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat) -Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar) -Doktor haiwan -Jururawat -Pembantu makmal/pembantu perubatan -Juru radiologi -Ahli farmasi -Juru terapi -Saintis -Ahli biologi/kimia -Pakar nuklear -dan lain-lain

4. Perkeranian dan Pentadbiran (Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat) -Pengurus perjawatan -Pegawai sumber manusia -Pegawai tadbir -Pembantu undang-undang -Kerani -Setiausaha -dan lain-lain 5. Seni Reka dan Kreativiti (Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif) -Pelukis -Pelukis grafik/batik -Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya -Pereka bentuk dalaman -Jurugambar -Juru solek -dan lain-lain

6. Teknikal (Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain) -Arkitek -Perancang Bandar dan Wilayah -Juruteknik -Juruukur -Mekanik -Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain) -Pakar runding (Dan lain-lain) 7. Keusahawanan (Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan) -Perniagaan runcit -Perusahaan Kilang -Pemborong -Kontraktor -Pengusaha hotel -Perusahaan bengkel -Perusahaan butik -dan lain-lain

8. Perkhidmatan (Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai) -pensyarah/guru -Pustakawan -Pegawai Perhubungan Awam Peguam/pendakwaraya/hakim Polis/askar Pemandu pelancong Kaunselor Pramugari/pramugara Tukang masak profesional dan lain-lain

MINAT KERJAYA SAYA


Kejuruteraan mekanikal adalah bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan asas mekanik. Ia merupakan penggunaan prinsip fizik untuk menganalisis, mencipta, membuat dan menyelenggara mesin dan barangan berguna. Ia memerlukan pemahaman kukuh konsep-konsep asas yang merangkumi mekanik, kinematik, termodinamik dan tenaga. Jurutera mekanik menggunakan prinsip-prinsip ini dan prinsip-prinsip lain dalm mencipta dan menganalisis kereta, pesawat udara, sistem pemanasan dan penyejukan, bangunan dan jambatan, kelengkapan dan jentera industri, dan banyak lagi. Dalam kursus ini anda akan mempelajari tentang daya, kuasa, mesin, material, tenaga dan sebagainya yang banyak melibatkan penggunaan pengiraan. Tidak perlu banyak menghafal tetapi hanya menghafal formula-formula sahaja. Kursus ni juga melibatkan banyak kerja praktikal yang mencabar dan memberikan pengalaman menarik.

Berkenaan Kejuruteraan Mekanikal Kejuruteraan Mekanikal adalah salah satu daripada empat cabang utama kejuruteraan. Jurusan kejuruteraan mekanikal berurusan dengan kajian dan aplikasi mesin dengan menggabungkan sains fizikal, sains bahan dan prinsip-prinsip kejuruteraan. Jurutera Mekanikal merekabentuk, membina, mengawal dan mengekalkan komponen mekanikal, instrumen dan sistem untuk meningkatkan kualiti hidup.

Prospek Kerjaya

Jurutera tidak bertanggungjawab dalam membina dan menghasilkan hampir semua benda yang anda lihat atau digunakan pada setiap hari. Ini adalah benar terutamanya bagi jurutera mekanikal kerana mereka adalah pelopor dalam mencipta teknologi dan sistem baru untuk membuat kehidupan moden lebih mudah. Jurutera mekanikal boleh mengambil bahagian dalam penyelidikan, reka bentuk, pemprosesan dan pembuatan peringkat mencipta teknologi dan sistem ini dan pada masa yang sama mengambil kira aspek keselamatan, alam sekitar kecekapan dan ekonomi produk.

Mereka adalah dialu-alukan dalam mana-mana industri seperti automotif (Proton), tenaga (Exxon Mobil), aeroangkasa (Airbus), mainan (Fisher Price), teknologi nano (Zyvex Corp), peralatan perubatan (Allergan), kimia (Tupperware), komputer / elektronik (Apple), pembinaan (BRDB) dan firma-firma perundingan kejuruteraan. Ahli ekonomi menjangkakan pertumbuhan pekerjaan dalam bidang ini untuk berkembang lebih jauh lagi dengan inovasi baru dari bioteknologi dan teknologi nano.

Statistik

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Malaysia tidak mempunyai masalah dalam mencapai visi mempunyai seorang jurutera bagi setiap 100 penduduk menjelang 2020. Kini terdapat 15 institusi pengajian tinggi awam dan 16 institusi pengajian tinggi swasta yang menawarkan sejumlah 378 program kejuruteraan. Menjelang 2020, negara ini akan mempunyai 275,000 kepada 300,000 jurutera, melonjak daripada jumlah semasa 140,000 jurutera di negara ini. Menteri itu berharap bahawa dengan nombor-nombor tersebut, pelajar asing akan tertarik untuk mengikuti kursus kejuruteraan di Malaysia dan memperluaskan lagi bidang kejuruteraan di Malaysia.

Skala Gaji Jawatan Pengalaman Deskripsi Tugas Minimum Maksimum Mechanical Engineering (Ijazah) 3 4 Tahun Menjalankan penyelidikan, merancang dan merekabentuk produk mekanikal dan sistem kejuruteraan 5 7 Tahun Bertanggungjawab menjalankan pengiraan rekabentuk terperinci 7,000 12,000 3,000 5,000

Berikut adalah carta gaji purata bulanan jurutera mekanikal dari agensi pekerjaan Job Street, yang diambil daripada 25 individu:

Jawatan

Pendapatan bulanan (RM)

Graduan Baru

2,000 2,600

Eksekutif Muda 2,392 3,200 Eksekutif 3,400 5,500

Berikut adalah carta dari Skala Bayar gaji kebangsaan purata tahunan bagi jurutera mekanikal di Malaysia:

Pendapatan Tahunan Bonus (RM) (RM) 28, 754 59,258

Komisyen (RM) Jumlah Bayaran (RM)

2,397 9,696 150 10,650

29,840 64,480

MATA PELAJARAN YG PERLU :Mata Pelajaran Elektif KIMIA FIZIK LUKISAN KEJURUTERAAN MATEMATIK TAMBAHAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Mata Pelajaran Teras BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS MATEMATIK PENDIDIKAN ISLAM SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

MATA PELAJARAN YANG DAPAT MEMBANTU FIZIK KALKULUS KIMIA BIOLOGI APLIKASI-APLIKASI KOMPUTER

DAYA PEMIKIRAN YANG DIPERLUKAN

Kreatif Pemikiran kreatif diperlukan untuk menghasilkan peralatan untuk hidup yang lebih selesa dengan kebebasan meningkatkan had yang ditetapkan

Berlogik Minda yang mampu memproses persamaan matematik Bersifat ingin tahu Bagaimana dan kenapa sesuatu berfungsi dan bagaimana ia boleh ditingkatkan.

Pemikir visual Penyelesaian boleh dilihat dengan minda anda.

Tawaran Kebiasaanya banyak universiti yang menawarkan kursus ini dan ianya didatangkan dengan pakej kejuruteraan lain seperti elektrik, elektronik dan sebagainya. Iktisas yang ditawarkan juga bermula dari sijil hingga ke PHD.

Subjek SPM yang perlu dikuasai Perlu pandai dalam fizik, matematik, matematik tambahan dan bahasa inggeris. Hal ini kerana kebanyakan pembelajaran adalah dalam bahasa inggeris dan melibatkan fizik dan bahan-bahan.

Pengkhususan

Kebiasaanya pembelajaran akan mengambil masa 4 tahun dan jika diperingkat ijazah ia dinamakan sebagai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ( Kejuruteraan Mekanikal ).

Belajar mengenai termobendalir termasuk Termodinamik, pemindahan haba, engin pembakaran dalam, mesin turbo, penyejukan udara, dan pengajian mengenai tenaga.

Anda juga belajar mengenai mekanik gunaan seperti mekanik pepejal, dinamik dan getaran, sistem kawalan.

Sistem dan teknologi pembuatan juga dipelajari termasuk teknologi dan sistem pembuatan, penurasan pengeluaran, rekabentuk berkomputer ( CAD/CAM ) dan kejuruteraan industri.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN (i) Meminati profesion ini (ii) Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa (iii) Mempunyai kemahiran komputer (iv) Berkebolehan dan mempunyai kreativiti (v) Tekun dan bekerja keras (vi) Mempunyai keinginan untuk berjaya (vii) Seorang yang dinamik (viii) Dapat bekerja secana berkumpulan

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI

Untuk mencapai cita-cita ini calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara. Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli : Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM). Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera profesional.

UNIVERSITI YANG MENAWARKAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL


DALAM NEGARA Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Universiti Malaya (UM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) University Malaysia Pahang (UMP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Universiti Selangor (UNISEL) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Universiti UCSI Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Universiti Teknologi Petronas (UTP) Universiti Antarabangsa INTI (INTI IU) Universiti Taylor's

LUAR NEGARA California Institute of Technology USA Massachusetts Institute of Technology USA Stanford University USA Princeton University USA University of California, Berkeley USA University of Cambridge UK Swiss Federal Institution Of Technology Zurich Switzerland Oxford University UK Imperial College London UK Georgia Institute of Technology USA

Anda mungkin juga menyukai