Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENALAN
Program Experiential ini adalah merupakan satu program yang dibina bagi mewujudkan satu suasana pembelajaran pengalaman yang lebih kepada practical atau dengan lebih ringkas boleh disebut sebagai belajar daripada pengalaman. Diambil daripada kata-kata Aristotle, beliau berkata perkara yang perlu kita belajar sebelum kita melakukannya adalah dengan kita melakukannya terlebih dahulu. Kesinambungan program ini ialah bagi menerangkan bahawa pengalaman itu datang membawa kepada pengalaman yang lain. Program pembelajaran berasaskan pengalaman ini direkan dengan teliti bagi membantu peserta memahami lebih banyak lagi tentang diri mereka selain dapat menerangkan bagaimana situasi bekerja sebagai satu pasukan. Justeru dapat memperbaiki keyakinan diri dan membina kepercayaan serta semangat berpasukan diantara rakan kerja, peserta juga akan memperoleh kemahiran kepimpinan serta kemahiran bekerja secara berpasukan. Selain itu juga, peserta juga dapat melakukan setiap cabaran dan aktiviti dengan berfikir di atas kaki mereka sendiri. Dengan semangat berpasukan juga dapat melatih mereka agar tidak mudah mengaku kalah dalam menghadapi cabaran dan juga bagi melakukan tugasan yang diberikan, tidak kiralah sebagai pelajar mahupun sebagai pekerja di dunia luar nanti.

1|Page

2.0 OBJEKTIF Program berdaya pantas serta cergas ini secara teori dan praktikalnya akan dapat membantu peserta dalam membina sahsiah diri dan juga dapat membina keyakinan serta meningkatkan lagi prestasi organisasi. Antara objektif program ini dilakukan ialah : Merapatkan hubungan diantara peserta program yang baru dan juga terhadap fasilitator program experiential ini. Hal ini dapat mempraktikan pembelajaran dalam membangunkan sahsiah dalam diri peserta program. Peserta dapat beramah mesra dan merapatkan lagi hubungan diantara mereka. Mereka juga dapat mengenali kawan dan kenalan baru daripada pelbagai etnik, budaya, negeri, bahasa dan agama. Menyerlahkan dan mengasah bakat pelajar dalam pelbagai aspek. Dapat mempraktikan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Melahirkan sahsiah pelajar yang unggul Memupuk aspek kepimpinan Melahirkan guru yang kreatif, kritis dan inovatif

2|Page

3.0 PERJALANAN PROGRAM

NAMA PROGRAM : PROGRAM EXPERIENTIAL TARIKH : 15-16 MAC 2013 MASA : (8.00 10.30 MALAM) (7.15 PAGI 4.00 PETANG) TEMPAT : (DEWAN SITC) ( MARKAS KEM PUSAT KOKURIKULUM)

15 MAC 2013

8.00 Malam Sesi pendaftaran semua pelajar kursus Pembangunan Sahsiah KKD 2063. Semua pelajar dikehendaki berkumpul mengikut kumpulan belajar masing-masing seperti di dalam kelas. Taklimat ringkas diberikan oleh pensyarah kepada semua peserta. 9.00 Malam Peserta program telah dipecahkan dan diberikan kumpulan yang baharu. Peserta juga dibahagikan dan dibentuk satu kumpulan baharu dengan dicampurkan dari pelbagai kos dan jenis program. Ia dinamakan team-building iaitu satu aktiviti bagi memecahkan tembok pemisah diantara peserta dan fasilitator. Program ini diteruskan lagi dengan aktiviti ice-breaking bagi mengenali ahli kumpulan dengan lebih rapat lagi. Sesi pengenalan dibantu oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator. Seterusnya aktiviti yang dijalankan ialah freeze dimana peserta tidak boleh bergerak dan fasiltitator akan mengambil gambar peserta yang pelbagai galagat. Selain itu, fasilitator telah mengajar peserta pelbagai jenis dan cara tepukan. Selain itu juga, berada dalam kumpulan, peserta juga perlu memenuhi hati fasilitator dengan memberikan apa sahaja yang diminta oleh jin fasilitator.
3|Page

10.00 Malam Aktiviti berakhir pada pukul 10.00 malam. Kumpulan dipecahkan semula dan dibahagikan kepada kumpulan yang baharu yang terdiri daripada 18 orang ahli kumpulan. Taklimat akhir mengenai hari berikutnya telah diberikan oleh pensyarah dan fasilitator. Peserta diberitahu bahawa mereka akan menjalankan aktiviti didalam hutan dan menerangkan lebih lanjut lagi setiap perkara yang perlu dilakukan.

10.30 Malam Peserta diberikan sehelai kertas manila dan ahli perlu kreatif untuk membuat name-tag bagi setiap ahli kumpulan. Ahli kumpulan dibiarkan berkumpul. Peserta diberikan makanan yang telah disediakan dan peserta dibenarkan ansur bersurai.

4|Page

16 MAC 2013 7.15 Pagi Pendaftaran peserta. Peserta diminta berkumpul di padang kawad kaki bersebelahan Blok 10 Kampus Sultan Azlan Shah bagi bersiap sedia untuk perjalanan ke kem base Pusat Kokurikulum. Pagi itu dimulakan dengan senaman ringan dan larian setempat bagi membuka regangan di dalam badan. Ini kerana perjalanan yang akan dilakukan pasti akan mencabar kekuatan fizikal dan mental. Kami diminta bersiap sedia daripada pelbagai aspek. Sekali lagi pensyarah dan fasilitator memberikan taklimat dan nasihat kepada semua peserta supaya mereka lebih bersemangat. 8.00 Pagi Peserta program mula bergerak menuju ke kem base Pusat Kokurikulum.Peserta diarahkan untuk bergerak secara berkumpulan dan mengikut barisan. Perjalanan ke kem base telah memakan masa selama 1 jam. 9.00 Pagi Semua peserta telah sampai ke kem base Pusat Kokurikulum. Peserta diminta duduk ditempat tanah lapang sambil menunggu makanan sampai dibawa oleh pensyarah, En Zulkifli Bin Mamat. Peserta diajak bermain seketika didalam aktiviti kumpulan. Sekali lagi peserta diajarkan cara tepukan. 9.30 Pagi Peserta diberi makanan dan minuman serta bekalan air untuk sepanjang berada didalam hutan nanti. Peserta diminta makan sarapan yang disediakan bagi memperoleh tenaga.

5|Page

10.00 Pagi Semua peserta diminta berkumpul di tanah lapang bagi menerima taklimat akhir sebelum peserta mula dilepaskan secara berkumpulan dan bergilir-gilir. 10.05 Pagi Peserta dilepaskan secara berkumpulan dan bergilir-gilir mengikut kumpulan. Jarak masa antara setiap kumpulan dilepaskan ke dalam hutan ialah 15 minit. Peserta perlu menjalani setiap aktiviti di setiap check point yang telah ditetapkan oleh fasilitator ketika berada di dalam hutan. 2.00 Petang Check point terakhir ialah untuk sampai ke base kem. Peserta keluar dari hutan secara beransur-ansur. Semua peserta yang sudah sampai ke base kem diberi makanan dan minuman tengahari. Bagi yang beragama Islam pula diminta menunaikan solat di tempat yang telah disediakan. Kumpulan terakhir telah tiba di base kem pada pukul 3 petang. 3.00 Petang Program diteruskan lagi dengan perbentangan ketua kumpulan mengenai kraftangan atau gubahan yang telah dibuat sewaktu berada didalam hutan. Gubahan itu semestinya perlu dibuat dengan menggunakan bahan semulajadi di dalam hutan. Fasilitator meminta setiap kumpulan menghantar wakil ke hadapan. Program ini diteruskan lagi dengan refleksi diri oleh wakil setiap kumpulan. Penyampaian hadiah kepada kumpulan melalui setiap aspek iaitu Wawasan, Ceria, Bersemangat, Kreatif dan Sporting(sempoi).

6|Page

4.00 Petang Program tamat dan semua pelajar bersurai. Sebahagian pelajar bergerak pulang dengan berjalan kaki dan sebahagian lagi menaiki lori yang telah disediakan oleh pihak pengurusan program.

7|Page

4.0

MINAT TERHADAP PROFESION PERGURUAN

Dalam memilih bidang kerjaya, pada mulanya daripada kecil saya bukanlah berminat untuk menjadi seorang guru walaupun bapa saya sendiri seorang guru. Pada masa itu saya melihat kerjaya sebagai seorang guru ini merupaka satu kerjaya yang agak bosan kerana hanya perlu ke sekolah dan berjumpa dengan pelajar. Tetapi pada akhirnya saya telah berminat bidang profesion guru ini secara tidak langsung apabila saya mula menceburkan diri dalam program motivasi dan saya menjadi salah satu daripada fasilitator yang terlibat. Ditambah lagi pada umur saya mencapai 17 tahun saya telah dilantik sebagai Ketua Pelajar di sekolah menengah. Sejak daripada itu, saya telah menanam cita-cita dalam diri saya bahawa saya ingin menjadi seorang guru yang cemerlang dan berdedikasi. Tetapi sebelum itu saya perlulah dahulu persiapkan diri saya dengan pelbagai ilmu pengetahuan akademik, agama dan juga ilmu berkaitan sains. Hal ini kerana saya berpendapat jika saya mahu anak murid saya dapat belajar dengan bersemangat, saya juga perlu ada ilnu itu barulah saya boleh mengajar mereka. Saya juga perlu mempunyai ilmu mengenai gaya pembelajaran supaya saya boleh mempraktikan perkara itu dalam diri anak murid saya.

Dengan menjadi guru ini juga, saya pasti akan dapat melatih diri saya agar menjadi seorang yang penyabar dan dapat memahami diri seorang remaja seperti yang dikatakan oleh tokoh barat Jin Piaget bahawa Perkembangan seorang manusia daripada kecil hinggalah besar akan mempunyai pelbagai peringkat tumbesaran dan ia nya perlulah difahami oleh orang dewasa. Walau bagaimanapun, ibu bapa saya sentiasa menyokong dan mendorong saya dalam mencapai cita-cita saya.
8|Page

5.0 REFLEKSI DIRI Melalui program experiential ini, banyak pengalaman dan ilmu yang telah saya dapat dan saya timba yang ia nya merupakan sesuatu yang berguna untuk diri saya dan juga orang sekeliling. Melalui program ini juga, dapat saya merumus dan menyimpulkan bahawa setiap diri manusia perlu ada sahsiah kendiri yang baik dan positif. Setiap pengalaman yang saya perolehi daripada program ini begitu menampakan kesan yang mendalam di dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, sifat penyabar dalam melakukan aktiviti yang susah ataupun berat akan kita praktikan semasa dalam rutin seharian kita sewaktu kita bekerja kian. Semangat bekerjasama dan saling tolong menolong juga sangat penting dalam kumpulan yang dimana ia nya akan kita gunakan disaat kita di dalam kesusahan nanti. Tidak kiralah siapa kita, lumrah sebagai seorang manusia pasti akan meminta pertolongan. Selain itu, sikap membina tembok diantara rakan yang kita tidak kenal atau yang tidak sehaluan dengan kita iaitu sombong haruslah dibuang jauh-jauh kerana dengan wujudnya sikap ini diantara kita pasti akan memecah belahkan hubungan yang mungkin baru terjalin. Seharusnya melalui program seperti ini, para peserta dapat membuka minda dengan lebih luas lagi dan lebih terbuka dengan gaya perhubungan dan pembelajaran tanpa batasan dan jurang persamaan. Di samping itu juga, apa yang saya dapati di dalam program ini sifat ego dan enggan bertegur sapa diantara peserta sangat membimbangkan. Mereka lebih suka bergaul dan berbual dengan kawan yang mereka kenal sahaja terutamanya wanita. Jikalau adapun, bagi mereka yang bersifat humor dan suka membuat hiburan, barulah kenalan lain akan mula mahu rapat dengan mereka. Apa pula kisah dengan peserta yang hanya duduk diam dan kurang bertegur sapa. Bukan kerana mereka tidak mahu bertegur sapa tetapi mereka ini diantara golongan yang mungkin malu dan bersopan santun. Di samping itu juga sikap yang ditunjukan oleh sebahagian peserta yang malu,
9|Page

segan dan malas untuk bergaul mesra dengan peserta lain juga boleh menimbulkan kerunsingan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana untuk menjadi seorang GURU yang berdedikasi dan berjaya, mereka perlulah bersifat mesra dan mudah bergaul dengan orang. Program ini juga telah berjaya membuka minda para peserta dalam meningkatkan penghayatan dan menyedari betapa pentingnya untuk mempunyai komunikasi yang tinggi dan berkesan bagi mempengaruhi seseorang. Sewaktu di dalam satu orgnisasi kita memerlukan satu komunikasi yang berkesan diantara ahli. Hal ini kerana, jikalau tiada komunikasi yang berkesan maka, satu organsasi itu tidak mudah akan ada kepercayaan dan hubungan yang baik. Malalui program ini juga, selaku ketua kumpulan, saya dapat melihat dan mentafsir gelagat dan karenah anak buag saya yang lucu, penat, mengeluh dan ceria. Saya juga memberikan dorongan kepada mereka agar terus bersemangat dan tidak mudah mengalah. Pada awalnya salah seorang dari kumpulan saya telah berputus asa dengan memberikan alasan kasutnya tidak sesuai untuk mendaki setiap juram. Saya memberi nasihat padanya supaya tidak mengalah dan jangan menjadikan sesuatu kelemahan itu sebagai satu alasan. Saya berkata pada rakan ahli yang lain ALASAN MELEMAHKAN SISTEM . Ini bermaksud setiap apa pun yang berlaku sebagai seorang yang bertanggungjawab kita perlulah menjalankan tugas. Setiap apa pun alasan yang diberi ia akan melemahkan sesuatu organisasi itu samada organisasi individu mahupun kumpulan.

10 | P a g e

KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI 1) Kekuatan : Ceria. Suka untuk cuba menghiburkan orang lain dengan pelbagai cara.

Kelemahan :

Saya tidak dapat menceriakan orang/kawan sekeliling saya, kerana saya bukan penghibur yang baik. Saya selalu berfikir saya ditakuti orang/rakan itu akan terasa hati dengan gurauan saya.

2) Kekuatan

Bertanggungjawab. Selalu ingin menjadi orang yang menjalankan tugas dengan baik dan sempurna serta disukai ramai.

Kelemahan

Mudah rasa mengalah dan kurang dapat dorongan daripada orang lain. Lemah apabila ujian/cabaran yang dihadapi semakin hebat kecuali pada beberapa perkara.

3) Kekuatan

Bersemangat tinggi. Selalu rasa bertenaga dan bersemangat dalam melakukan aktiviti yang mencabar.

Kelemahan :

Mudah jatuh semangat kerana masalah yang dihadapi. Terutamanya apabila tiada sokongan yang diterima.

4) Kekuatan

Pemurah dan belas kasihan. Saya selalu rasa belas kasihan pada orang lain atau kawan.

Kelemahan :

Selalunya saya apabila saya belas kasihan pada orang dan ingin membantu tetapi diri saya pula yang terkena dan dalam kekurangan.

5) Kekuatan

Berkorban. Sanggup berkorban demi kesenangan rakan.

Kelemahan :

Saya kurang memikir tentang diri sendiri dan lupa untuk mendahulukan ahli keluarga.
11 | P a g e

6.0 PELAN TINDAKAN KENDIRI

Tindakan yang saya akan ambil bagi meningkatkan tahap sahsiah diri demi mempertingkatkan martabat profesion seorang adalah dengan berusaha memperbaiki kelemahan diri saya yang sepatutnya saya perbaiki daripada dahulu lagi. Antara kelemahan diri saya adalah cepat merasa lemah semangat dalam sesuatu perkara. Maka saya perlu mencari jalan bagaimana saya mahu perlu terus bersemangat di dalam sesuatu perkara atau aktiviti. Saya juga perlu lebih yakin dengan setiap perkara yang saya lakukan supaya saya tidak mudah merasa lemah semangat. Selain itu, saya juga akan menjaga kata-kata saya agar saya tidak tersalah dalam berkata-kata dan dengan cara itu saya tidak akan melukakan hati sesiapa. Saya juga perlu menjaga tiap tingkah laku saya sebagai seorang penuntut dan sebagai seorang bakal guru kelak. Saya tidak boleh terus berada di takuk yang lama dan saya berubah. Saya juga akan menjadi lebih matang dalam sesetengah perkara. Hal ini kerana pada pendapat saya, dalam hidup ini tidak boleh selalu serius, perlu juga ada sifat ceria dan kekanak-kanakan supaya hidup menjadi lebih ceria dan disukai orang ramai. Mulai saat ini juga, saya bertekad untuk mejadi pelajar yang lebih fokus dalam melaksanakan tanggungjawab. Saya mahu berjaya seperti mereka yang telah berjaya hingga dapat menggembirakan orang lain terutamanya kedua ibu bapa saya. Saya mahu mereka gembira ketika saya berjaya dalam hidup saya kelak.
12 | P a g e

7.0 PENAMBAHBAIKAN PROGRAM

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur, pengurusan serta semua fasilitator program ini. Dilihat dari pelbagai aspek bahawa keseluruhan perjalanan program begitu baik. Kerjasama antara fasilitator juga dapat dilihat begitu baik sekali. Keceriaan yang ditampilkan oleh para fasilitator juga sangat memberangsangkan. Bagi proses penambahbaikan program ini pula, pihak penganjur dirasa perlu memanjangkan lagi tempoh program ini. Program seperti ini perlu lebih dilakukan sepanjang tempoh 2-3 hari berturut-turut bagi menyedarkan lagi sahsiah diri kepada kebaikan dan supaya kesan yang terjadi lebih mendalam dan memberikan impak yang besar dalam diri setiap individu. Selain itu, semasa acara ice breaking, dilihat

seharusnya diperbanyakan aktiviti. Hal ini bagi mempereratkan lagi hubungan sesame peserta dan fasilitator. Disamping itu, dari aspek pengankutan pelajar untuk puang ke kolej juga seharusnya dipertingkatkan dan diperbaiki. Dengan keadaan selepas hujan dan pelajar yang penat membuatkan para pelajar merasa bertambah penat. Kenderaan yang disediakan hanya satu, dan ia nya tidak mencukupi. Sesetengah pelajar terpaksa pulang sendiri ke kolej dengan berjalan kaki dengan keadaan sepanjang jalan yang berlecak dan berlumur.
13 | P a g e

8.0 PENUTUPAN

Melalui program experiential ini dapatlah saya simpulkan bahawa keseluruhan program ini sangat bagus. Program ini juga dilihat sangat relevan dalam mendidik pelajar menjadi seorang penuntut dan bakal pengajar yang berwibawa. Saya berharap program seperti ini dapat dipraktikan di dalam dan luar kuliah pembelajaran. Program ini seharusnya sering dijalankan kepada pelajar bagi terus meningkatkan lagi sahsiah dan kewibawaan seorang pelajar dan guru dalam diri pelajar. Sebagai seorang guru kelak saya akan berusaha menjadikan diri saya sebagai seorang yang bersahsiah tinggi dan ingin menjadikan diri saya sebagai role model kepada rakan-rakan dan orang luar. Falsafah pendidikan Negara menyatakan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

14 | P a g e

9.0 LAMPIRAN

15 | P a g e

16 | P a g e