Anda di halaman 1dari 4

CONTOH TUGASAN KAREOGRAFI PERSEMBAHAN PERGERAKAN KREATIF 1. Tajuk: Pengembaraan di Taman Negara 2. Masa persembahan: 15 minit 3.

Objektif: Psikomotor: a. Murid dapat menunjukkan pergerakan yang sesuai mengikut situasi yang diberi. b. Murid menunjukkan pergerakan mengikut tema pergerakan kreatif yang berkaitan dengan segmen penceritaan. Kognitif: a. Murid dapat menghuraikan kepentingan penceritaan dengan tema pergerakan kreatif dalam persembahan. b. Murid dapat menganalisis unsur pergerakan dengan tema pergerakan kreatif. Afektif: a. Murid menunjukkan semangat bekerjasama dalam menghasilkan pergerakan kreatif. b. Murid dapat mempamerkan emosi yang bersesuaian dengan penceritaan. 4. Jumlah murid: 30 orang 5. Alatan/props/costume: a. Beg sandang b. Bekal air dan minuman c. Kerusi panjang d. Pokok, bot tiruan. e. Costume monyet, rama-rama dan burung. 6. Latar bunyi/irama/lagu yang akan digunakan: a. Bunyian unggas rimba dan sungai yang mengalir. b. Lagu A: Riang (seruling), B: Sentimental (piano), C: Rancak (dram) 7. Aspek keselamatan yang harus diutamakan: a. Memastikan tempat persembahan adalah rata. b. Murid dalam keadaan cergas dan sihat. c. Alatan yang digunakan adalah selamat. 8. Huraian kareografi mengikut segmen:

Segmen 1 Entry (3 minit)

Jenis pergerakan Bergerak ke jeti Taman Negara: 10 orang murid akan keluar dari belakang pentas, bergerak dalam satu barisan sambil berjalan gallop dengan kelajuan yang perlahan secara serentak.

Pergerakan adalah mengikut laluan bengkang bengkok. Murid menunjukkan emosi yang riang. Enam orang murid menjadi pokok tiruan (bergerak-gerak perlahanlahan seperti ditiup angin sepoi-sepoi bahasa). Tiga batang pokok tiruan berdiri di sebelah kerusi panjang. Tiga murid menjadi burung dan empat orang menjadi rama-rama, membuat pergerakan terbang bebas. Terdapat bot tiruan berhampiran kerusi panjang. Empat orang murid menggoyanggoyangkan kain biru seperti sungai mengalir.

Tema dan unsur pergerakan yang berkaitan Tema pergerakan yang digunakan dalam segmen ini ialah: Tema 1: Aktiviti Lokomotor o unsur pergerakan murid bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Tema 5: Penyesuaian Terhadap Rakan o unsur pergerakan: murid bergerak dalam kumpulan dengan gerakan yang sekata. Tema 9: Kesedaran bentuk pergerakan o unsur corak di lantai bengkangbengkok. Tema 3: Kesedaran ruang o unsur ruang diri am (murid menjadi pokok)

Alatan Kerusi panjang Lagu riang Bot tiruan Kain biru panjang

Catatan Insert diagram entry formation eg. Bentuk V (lukiskan) Rujuk Lampiran A: Lakaran hiasan pentas

2 (5 minit)

Murid menyusuri sungai: Murid duduk dalam dua barisan. Props bot tiruan adalah menghadap penonton. Murid membuat pergerakan mendayung,

Tema pergerakan yang digunakan dalam segmen ini ialah: Tema 5: Penyesuaian Terhadap Rakan o 3unsur pergerakan: murid bergerak dalam kumpulan dengan gerakan yang

mengikut gerak ritma lagu yang diberi secara serentak. Murid menggoyang-goyangkan kain biru panjang seandaikan sungai mengalir.

sekata.

Tema 7: Lapan Lakuan Daya Asas o 3unsur apung kawal lambat halus dalam pergerakan burung dan ramarama.

3 (5 minit) 4 Penutup (2 minit)

Penutup: Kesimpulan yang dibuat mengenai persembahan dan harapan guru sebagai jurulatih.

Anda mungkin juga menyukai