Anda di halaman 1dari 13

UNIVERSITI DAN PENGKORPORATAN

ABDUL RAZAK BIN ISMAIL


3081014831

Pengkorporatan universiti awam tempatan merupakan satu pendekatan


baru oleh Kerajaan ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan di Malaysia
bertaraf global dan menjadikan universiti awam tempatan sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan di rantau Asia ini. Oleh itu konsep kerajaan mengenai
pengkorporatan universiti awam tempatan tidak sama seperti konsep
penswastaan agensi-agensi kerajaan yang lain, sebaliknya, pengkorporatan
disini lebih bersifat kepada 'perbadanan'.

ISI KANDUNGAN

No. Senarai Topik Esei Muka Surat

1. Muka Hadapan & Abstrak/Ringkasan Esei 1

2. Pengenalan & Pernyataan Tentang Kepentingan (Hasil 2


Kerja):
• TUJUAN PENGKORPORATAN UNIVERSITI AWAM
TEMPATAN

3. Maklumat Hasil Kerja: 3


• FAEDAH-FAEDAH UNIVERSITI AWAM TEMPATAN
DIKORPORATKAN

4. Perbincangan & Kesimpulan 11

5. Rujukan 13

2
PENDAHULUAN

Pengkorporatan universiti awam tempatan merupakan satu pendekatan


baru oleh Kementerian Pendidikan ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan
di Malaysia bertaraf global dan menjadikan universiti awam tempatan sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia ini. Isu pengkorporatan universiti
awam ternpatan ini sebenarnya bukan perkara baru, sebab ianya pernah
dicadangkan pada 19 tahun yang lalu dengan harapan dapat meningkatkan
kualiti pendidikan dan membina masyarakat berilmu. Walau bagaimanapun sejak
akhir-akhir ini timbul perbahasan yang hangar mengenai perkara ini, jadi apakah
yang dimaksudkan dan tujuan universiti awam tempatan dikorporatkan.

Perkataan pengkorporatan amat mengelirukan dan sering disalah tafsir


oleh masyarakat umum, kakitangan akademik dan pelajar, sehingga ada yang
menganggap universiti awam tempatan akan rnenjadi sebuah "Syarikat
Sendirian Berhad" di mana semua hartanya akan dijual kepada individu korporat
bagi mendapatkan keuntungan. Mengikut Abdullah Sanusi Hj. Ahmad,
"Corporation is separate from privatisation. In government corporation is the first
step toward privatisation but in the case of the university, it's corporation. Full
stop. Never, never, privatisation (New Strait Times, Nov. 9, 1995).

Oleh itu konsep kerajaan mengenai pengkorporatan universiti awam


tempatan tidak sama seperti konsep penswastaan agensi-agensi kerajaan yang
lain, sebaliknya, pengkorporatan disini lebih bersifat kepada 'perbadanan'.
Tegasnya universiti awam tempatan bukan diswastakan atau dijadikan universiti
swasta, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad sendiri telah
memberi jaminan bahawa kerajaan masih terlibat secara langsung dengan
pentadbiran universlti walaupun ianya diperbadankan dan kerajaan tidak akan
membiarkan mana-mana pihak menumpu kepada kepentingan mereka semata-
mata sahaja. (New Strait Times, Nov. 10, 1995).

3
TUJUAN PENGKORPORATAN UNIVERSITI AWAM TEMPATAN

Kesemua universiti awam tempatan sebenarnya telah pun berada dalam status
korporat atau status badan berkanun, dimana ianya sememangnya mempunyai
kuasa autonomi dari segi pengurusan dan kewangan sebagai mana termaktub
dalam Akta Universiti dan Kolej 1971, tetapi kuasa tersebut tidak dapat
dilaksanakan sejak kerajaan menyeragamkan dasar-dasar perkhidmatan,
perjawatan dan saraan kepada pekerja-pekerja sektor awam. Pada masa yang
sama universiti awam ternpatan sangat-sangat berganrung hampir sepenuhnya
kepada peruntukan kerajaan dari segi kewangan. Ini menyebabkan universiti
awam ternpatan tidak mempunyai kuasa autonomi .dari segi pentadbiran dan
kewangan. Oleh itu, keputusan kerajaan hendak mengkorporatkan universiti
awam ini adalah untuk menjadikan universiti ini mempunyai kuasa autonomi dari
segi pengurusan, perkhidrnatan dan kewangan, Selain itu, ianya akan dapat
melepaskan skim perkhidmatan dan perjawatan universiti awam tempatan
daripada cengkaman jabatan Perkhidmatan Awam yang selama ini menjadi
salah satu faktor penghalang terhadap pergerakan dan pembangunan universiti
awam tempatan. Keputusan pengkorporatan juga bertujuan untuk
mengurangkan pergantungan kewangan universiti awam tempatan daripada
kerajaan dan seterusnya membuka laluan kepada skim perkhidmatan sendiri,
Mengikut Menteri Pendidikan, "Sudah sampai masanya kita mengambil langkah
mengkorporatan IPTA jika kita hendak menjadi negara maju serta berkembang.
Salah satu kaedah mencapai matlamat tersebut ialah pengkorporatan institusi
pengajian tinggl agar boleh berkembang ke skop yang lebih luas" (Utusan
Malaysia, Sept. 11, 1995). Menurut beliau lagi, untuk menjadi sebuah negara
maju, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 40% darlpada rakyatnya
berkelulusan dari universiti tetapi sekarang ini kita cuma ada 14% rakyat negeri
ini berkelulusan dari universiti atau institusi pengajian tinggi. Langkah
pengkorporatan juga perlu bagi menentukan Malaysia tidak ketinggalan dalam
persaingan global. Oleh itu melalui pengkorporatan ini akan dapat menjadikan

4
universiti awam tempatan sebagai pusat kecemerlangan, melahirkan mahasiswa
yang berketrampilan dalam segala aspek. Pengkorporatan juga akan dapat
melengkapkan universiti awam tempatan sebagai 'gedung ilrnu' yang mempunyai
daya saing yang selaras dengan kernajuan negara, menyediakan kemudahan
pendidikan yang lebih bermutu dan efisien kepada pelajar-pelajar, Walau
bagaimanapun siapakah yang mendapat faedah apabila universiti awam
tempatan dikorporatkan. Isu Ini boleh dibincangkan melalui sub-sub tajuk yang
berikut.

FAEDAH-FAEDAH UNIVERSITI AWAM TEMPATAN DIKORPORATKAN

1. Pemberian Kewangan Kerajaan Pusat Kepada Universiti Awam


Tempatan Akan Berkurangan.

Langkah pengkorporatan universiti awam tempatan akan dapat


mengurangkan beban kewangan kerajaan pusat yang dianggarkan berjumlah
RM130 hingga RM180 juta setahun kepada sebuah universiti tempatan.
Misalnya kertas cadangan projek pelan tindakan pengkorporatan Universiti
Malaya yang dibentangkan oleh Naib Canselor Universiti Malaya, mengatakan
Universiti Malaya akan mendapat sebanyak RM221 juta setahun mulai pada
1996 jika Universiti Malaya dikorporatkan (Utusan Malaysia, April, 22, 1995), Ini
bermakna kerajaan akan dapat berjimat sebanyak RM200 [uta setahun dari
Universiti Malaya sahaja. Dengan lni kerajaan boleh menggunakan peruntukan
wang daripada Universiti Malaya ini untuk disalurkan dan dibelanjakan kepada
projek-projek pendidikan yang lain.

2. Universiti Awam Tempatan Mempunyai Kuasa Autonomi Dalam


Pengurusan Kewangan.

Pengkorporatan universiti awam akan memberi kuasa autonomi dalam


pengurusan kewangan kepada universiti awam dan mengurangkan

5
pergantungan peruntukan kewangan daripada kerajaan. Misalnya barubarn ini
Rang Undang-undang AUKU (Pindaan 1995), Akta universiti dan Kolej 1971
telah dipinda di Parlimen dimana mengikut akta ini membolenkan universiti
awam menubuhkan syarikat untuk mengambil alih beberapa kegiatan yang akan
rnendatangkan pulangan kepada universiti (Salleh Lebar, 2000), Contohnya
sebelurn akta ini dipinda, pihak Universiti Malaya terpaksa menutup syarikat
stesyen minyaknya dan menyerap semua syarikat penerbitan dan percetakannya
sebagai sebuah jabatan universiti kerana menyalahi undang-undang universiti
awam, tetapi selepas pindaan Akta AUKU (Pindaan 1995), universiti awam
tempatan dibenarkan menubuhkan syarikat perniagaan untuk mendapatkan
wang sendiri, bahkan universiti awam sekarang ini digalakkan mencari
kewangan sendiri melalui yuran pelajar, menyewakan kemudahan yang terdapat
di universiti kepada orang awam dan penjualan hak cipta penemuan-penernuan
penyelidikan kepada syarikat swasta atau sektor perkilangan.

3. Sistem Pengurusan Dan Perkhidmatan Yang Lebih Bebas Dari


Cengkaman Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Jika universiti awam dikorporatkan ia akan mempunyai sistem pengurusan


dan perkhidmatan yang lebih bebas dad jabatan Perkhidrnatan Awam. Oleh itu
soal lantikan kakitangan akademik atau kakitangan sokongan boleh di buat oleh
pihak universiti dengan lebih cepat tanpa memerlukan JPA dan soal gaji pula
pihak universiti boleh menawarkan gaji yang lebih fleksibel kepada calon-calon
yang berkelayakan dan berpengalaman yang mahu berkhidmat dengan universiti
awam. Selain itu segala urusan yang tidak berkaitan dengan akademik seperti
tempat tinggal pelajar, pengurusan harta benda, pelbagai perkhidmatan
sokongan yang lain akan diuruskan oleh anak syarikat atau diswastakan.
Dengan ini pihak pengurusan universiti awam tidak perlu lagi memikirkan soal
sampah sarap, tukang kebun, tukang masak, pemandu, pengawal keselamatan,
sebaliknya ia boleh menumpukan sepenuh pernikiran kepada soal-soal
kecernerlangan akademik Melalui pengkorporatan juga sistem pengurusan

6
universiti awam tempatan akan mengalami perubahan iaitu dari sistem yang
terikat dengan peraturan dan prosedur kerajaan kepada sistem pengurusan yang
lebih bebas dan bertindak dengan cekap dalam menangani perubahan mengikut
keperluan sernasa dan juga akan datang sama ada di peringkat kebangsaan
atau antarabangsa.

4. Skim Gaji Yang Lebih Lumayan Kepada Kakitangan Universiti

Pengkorporatan universiti awam akan membolehkan kakitangan akademik


dan kakitangan yang lain mendapat gaji yang lebih baik. Ini bermakna pihak
universiti akan membayar gaji melalui Skim Gaji Baru tersendiri yang ditetapkan
oleh universiti tanpa terikat dengan syarat-syarat dan terma-terma yang
ditetapkan oleh JPA. Contohnya di Universiti Malaya semua kakitangan
akademik dan bukan akademik akan menerima kenaikan gaji sebanyak
20%=22%, dan kakitangan yang telah berada skim pencen tidak akan hilang
pencen mereka tetapi akan menikmati pencennya selepas bersara nanti. Walau
bagaimanapun Skim Gaji Baru untuk kakitangan akademik dan sokongan di
Universiti Malaya tidak dapat dilaksanakan buat sementara waktu kerana
kegawatan ekonomi. Selain itu kakitangan akademik mempunyai peluang
kenaikan pangkat yang lebih luas lagi dimana skim perkhidmatan dan perlantikan
kakitangan akademik bertambah daripada tiga kategori kepada enam kategori
iaitu: penolong pensyarah, pensyarah, pensyarah kanan, profesor madya,
profesor dan profesor kanan manakala jawatan tutor akan diserapkan ke jawatan
tetap, Dengan adanya skim gaji bam ini dijangka akan dapat mengekang
masalah penghijrahan (brain-drain) kakitangan akademik ke sektor swasta dan
dijangka IPTA akan dapat menarik minat pakar-pakar dalam bidang-bidang
tertentu dari sektor awam atau sektor swasta untuk menceburi profesion
pensyarah.

7
5. Perubahan Budaya Kerja Yang Iebih Unggul Sesuai Dengan Budaya
Korporat.

Pengkorporatan juga akan mernbawa kepada perubahan kepada budaya


kerja kakitangan sesuai dengan budaya korporat, Ini bermakna semua
kakitangan di universiti awam tempatan disemua peringkat sarna ada terlibat
dengan akademik atau pengurusan akan lebih komited pada masa hadapan. Di
samping itu sistem penilaian pelajar yang diperkenalkan nanti akan memberi
peluang kepada pelajar-pelajar menilai pengajaran pensyarah. Ini membolehkan
universiti menjejaki kelemahan-kelemahan yang ada dalam sistem penilaian dan
kenaikan pangkat kakitangan akademik. Ini disebabkan produktiviti akan menjadi
kriteria utama. Pensyarah yang dikira tidak produktif dan bermasalah akan
ditamatkan perkhidmatannya. Dengan lni universiti akan dapat melahirkan
pensyarah-pensyarah yang beriltizam yang mampu melahirkan graduan yang
kreatif dan inovatif serta mampu bersaing dan berjuang dalam menghadapi dunia
yang sentiasa berubah dan bergolak.

6. Kursus-Kursus Baru Yang Lebih Mempunyai Nilai Komersial


Diperbanyakkan Dan Dikembangkan

Dalam rancangan pengkorporatan universiti awam tempatan, beberapa


kursus baru ditawarkan terutama yang mempunyai daya tarikan dan nilai
komersial dan bakal memenuhi cita rasa pelajar-pelajar tempatan dan luar
negeri, Misalnya Universiti Malaya telah menawarkan beberapa kursus-kursus
baru seperti kursus: Alam Bina, Sains Sukan, Pemiagaan dan Perakaunan,
Farmasi, Teknologi Maklurnat dan Komputer, Awal Kanak-kanak. Dengan ini
kemajuan dalam bidang ilmu tersebut akan terus dicapai dengan jayanya, secara
tidak langsung kita dapat melahirkan lebih ramai graduan yang bermutu serta
berkebolehan tinggi sesuai dengan kehendak pasaran buruh dalam negeri dan
luar negara.

8
7. Peningkatan Pengambilan Pelajar Pada Setiap Tahun

Pengkorporatan universiti awam ternpatan bermakna IPTA mempunyai


sumber kewangan yang banyak untuk menyediakan dan membina bangunan
baru dan infrastruktur yang barn. Dengan ini IPTA boleh mengambil lebih ramai
lagi pelajar pada setiap tahun sesuai dengan saranan pihak kerajaan yang
mahukan lebih ramai lagi pelajar-pelajar bela jar di universiti dalam negeri
daripada di universiti luar negari disebabkan kegawatan ekonomi. Contohnya
Universiti Malaya telah mengambil seramai 16 000 pelajar tempatan pada tahun
1996 berbanding 12852 pelajar pada tahun 1994. Selain itu juga universiti ini
juga telah menerima seramai 200 pelajar asing dan dijangka pada tahun 2000
seramai 20 000 pelajar akan belajar di Universiti Malaya. Begitu juga keadaan
pengambilan pelajar-pelajar di universiti-universiti awam tempatan yang lain
terus bertambah. Maka tidak dapat dinafikan bahawa pengkorporatan universiti
tempatan akan dapat mengubati kesedihan rarnai pelajar yang kecewa kerana
tidak diterima masuk ke universiti pada masa lalu dan kini berpeluang untuk
memasuki universiti pula. Dengan ini juga ia akan dapat menyekat kebanjiran
pelajar keluar negara dan sebaliknya belajar di universiti ternpatan, Oleh itu ia
akan dapat menyelamatkan pengaliran wang yang banyak keluar negara dan
akhirnya akan dapat memperbaiki imbangan pembayaran negara.

8. Peningkatan Kemudahan Fizikal dan Infrastruktur

Universiti awam tempatan perlu mempunyai infrastruktur dan kemudahan


fizikal yang baik jika mahu menarik lebih ramai pelajar dari dalam negeri dan luar
negeri. Ini dapat dilakukan dengan jayanya jika universltl awam tempatan
dikorporatkan. Contohnya di Unlversiti Malaya, jumlah tandas yang ada hanya
700 buah dengan 1/3 daripadanya rosak, sedangkan bilangan pelajar semakin
bertambah. Tempat tinggal pula tidak rnencukupi bagi menarnpung penginapan
pelajar. Maka dengan pengkorporatan, masalah ini akan dapat diselesalkan

9
malah mampu menyediakan kernudahan-kernudahan yang lebih canggih dan
bermutu. Universiti Malaya juga mempunyai pelan induk pembangunan jangka
pendek dan jangka panjang untuk seluruh kampus. Terdapat 25 projek
pembangunan yang sedang berjalan telah siap dan menelan belanja lebih 200
[uta, Antaranya ialah projek bekalan air pusat, bangunan Akademik Pengajian
Islam, bangunan baru Fakulti Undang-undang, bangunan Pusat Sukan,
bangunan baru Fakulti Teknologi Maklumat dan Kornputer, bangunan tambahan
Fakulti Perubatan dan Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya juga telah
melaksanakan program pengkomputeran bagi sistem maklumat pelajar,
kewangan, peperiksaan dan perpustakaan bagi kemudahan kakitangan
akademik dan pelajar.

9. Menimbulkan Persaingan yang Positif diantara Universiti Awam dan


Universiti Swasta

Tidak dapat dinafikan bahawa setengah Institusi Pengajian Tinggi Swasta


OPTS) mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dan mampu menarik ramai
pelajar serta pensyarah untuk berkhidmat dengannya. IPTS juga mempunyai
kemudahan yang canggih serta moden dan mampu membayar gaji yang lebih
baik kepada pensyarah. Begitu juga kursus-kursus yang ditawarkan sesuai
dengan kehendak pasaran dan negara. Oleh itu universiti awam tempatan harus
berani mengubah beberapa kursus yang tidak lagi sesuai dengan keperluan
pasaran dan kehendak negara. Kalau tidak kemungkinan universiti awam
tempatan akan menjadi universiti kelas kedua. Melalui pengkorporatan universiti
awam tempatan akan mampu menjadi pusat kecemerlangan ilmu dirantau .ini
dan di dunia, kerana pengkorporatan bukan sahaja membawa kemajuan dalam
bidang pembangunan dan fizikal tetapi juga dalam bidang akademik.

10. Dasar Rasionalisasi Akademik Bagi Menjimatkan Kos

10
Melalui pengkorporatan, universiti awam tempatan akan menekankan
dasar rasionalisasi akademik. lni bermakna kedudukan jabatan- jabatan dan
fakulti-fakulti yang telah lama wujud tetapi tidak pernah membuat penilaian
menyeluruh terhadap pencapaiannya, kekuatan dan kelemahan akan dikaji
semula dengan lebih teliti. Dasar ini dapat memastikan bahawa program-
program akademik di universiti awam tempatan benar-benar berasaskan dan
sesuai dengan keperluan pelajar dan negara. Pada masa yang sarna dapat
memastikan pihak universiti mengoptimunkan penggunaan tenaga manusia dan
sumber fizikal yang terdapat disesebuah jabatan atau fakulti. Dengan lni ia akan
dapat menjimatkan kos dan kepakaran kakitangan akademik. Sebagai hasil
pelaksanaan ini misalnya di Universiti Malaya telah berjaya rnenyatukan Iabatan
Pengajian Melayu dan Akademi Pengajian Melayu menjadi sebuah akademi barn
yang lebih tersusun. Selain itu penubuhan Pusat Pengajian dan Pengurusan
Alam Sekitar (Centre For Environmental Studies) telah disusun semula kerana
pusat ini berperanan untuk menghapuskan pertindihan antara program-program
akadernik berkaitan dengan alam sekitar yang dilaksanakan oleh pelbagai fakulti.
Selepas membincangkan tentang faedah-faedah pengkorporatan universiti
awam tempatan, dibawah ini diterangkan pula akan keburukan-keburukan
pengkorporatan.

11
PERBINCANGAN & KESIMPULAN

Apabila membincangkan tentang pengkorporatan universiti awam


tempatan satu masalah yang tergambar dalam fikiran ialah masalah kenaikan
yuran pengajian, dimana kenaikan yuran pengajian dijangka naik daripada
RMllOO kepada RM7000 setahun bagi ijazah pertama. Manakala bagi penuntut
ijazah lanjutan kenaikan yuran pengajian tahunan ialah daripada RM800 kepada
RM10 000 setahun. Ini disebabkan yuran pelajar merupakan sumber pendapatan
utama universiti se1epas dikorporatkan kerana kos sebenar seseorang pelajar
ialah sekitar RM20 000 setahun. Ini menunjukkan bahawa yuran yang dikenakan
sekarang ini te1ah disubsidi oleh kerajaan dengan jumlah yang besar. Walau
bagaimanapun Menteri Pendidikan telah memberi jaminan, "Apabila IPTA
dikorporatkan, kerajaan tidak akan menaikkan yuran sewenang-wenangnya
tanpa mengambil kira kepentingan pelajar miskin dan kerajaan yang akan
mengawal kadar sewa asrama pelajar (Berita Harian, Mei 30, 1997:5). Manakala
Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya mengulas bahawa, sebenarnya jika
tidak dikorporatkan pun, yuran pasti tetap naik dari semasa ke semasa.
Sekarang yuran universiti lebih rendah daripada tadika di Petaling jaya sebanyak
RM2400 setahun berbanding yuran di Fakulti Sastera dan Sains Sosial sebanyak
RM1200 setahun (Utusan Malaysia, April, 30,1996). Sebenarnya kegelisahan
atau keengganan pihak kakitangan akademik dan kakitangan sokongan serta
para pelajar menerima pengkorporatan adalah kerana mereka tidak faham apa
sebenarnya yang akan dilaksanakan terutamanya dari segi yuran pelajar dan
skim perkhidrnatan pensyarah. Satu perkara terbaru yang menarik perhatian
ramal tentang pengkorporatan universiti awam tempatan ialah tentang sistem
belajar dahulu dan bayar kernudian bagi menangani kenaikan yuran pelajar.
Melalui kaedah ini, pelajar diberi pinjarnan dari Tabung Pendidikan Nasional bagi
membiayai pelajaran di universiti ternpatan, tetapi selepas tamar pengajian dan
bekerja pelajar-pelajar kena mernbayar balik pinjaman melalui potongan bulanan

12
seperti cukai pendapatan yang akan dikutip oleh jabatan Hasil Dalam Negeri
(Berita Harian, julai, 31, 1995:1). Selain daripada itu kerajaan akan tetap
memberi bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa dan geran kepada universiti
awam tempatan walaupun universiti itu dikorporatkan sehingga surnbangan dan
bantuan dari kerajaan tidak diperlukan sama sekali. jadi pelajar-pelajar tidak
perlu bimbang kerana rnereka tidak akan dikenakan bayaran yang maksimurn
(Utusan Malaysia, Ogos 4, 1995:3). Pengkorporatkan universiti awam akan
memberi kesan keatas penggunaan Bahasa Melayu sebagi bahasa pengantar,
Menurut Menteri Pendidikan, "Cadangan pengkorporatan IPTA akan mengambil
kira implikasi terhadap kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam hal ini".
Beliau seterusnya berkata, " Hasrat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai
wahana ilmu dan pembinaan bangsa harus dipastikan menjadi lebih menonjol
pada masa akan datang, bukan sahaja didalam negara tetapi sekurang-
kurangnya di peringkat serantau" (Utusan Malaysia, jun 16,1995:26).
Bagaimanapun hasrat ini tidak selari dengan kenyataan Perdana Menteri yang
ingin menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa sains dan teknologi. jadi, tidak
mustahil apabila universiti awam tempatan dikorporatkan, kedudukan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar di universiti awam tempatan akan terpinggir
dan masyarakat pula akan mengagong-agongkan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa ilmu dan lama kelamaan Bahasa Melayu akan dianaktirikan.

Walau pun pengkorporatan universiti awam tempatan telah di tangguhkan


buat sementara waktu disebabkan oleh masalah kegawatan ekonomi, namun
daripada perbincangan di atas mendapati faedah-faedah pengkorporatan adalah
lebih banyak daripada keburukan. Oleh itu jika ekonomi negara pulih konsep
pengkorporatan universiti awam tempatan harus di teruskan terutama di
Universiti Malaya dan diIuaskan ke universiti awam yang lainnya kerana ianya
banyak memberi faedah kepada kerajaan pusat, pengurusan universiti,
pensyarah, dan pelajar-pelajar itu sendiri.

13
RUJUKAN

Isahak Haron (1988). The Role of The Government in Higher Education in


Malaysia dalam The Role of Government in Asian Higher Education system.
Issue andProspect. RIHED: Hiroshima University.

Isahak Haran (1992). Aliran Perkembangan Pendidikan dan Perkembangan dan


Pembentukan Malaysia sebagai Negara Industri dalam Abad ke 21. Pidato
Umum Aminuddin Baki kali ke4, di UPM.

Lee Pau Wing (1993), Pendidikan Tinggi di Malaysia. Dalam Shahril bin Marzuki
et. al, Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1996). Laporan Tahunan 1995, Kemeruerian


Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.

Mohd Salleh Lebar (2000). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan Di Malaysia.


Kuala Lumpur: Longman.

Shahril @ Chari! bin Marzuki dan Habib Mat Som (1999).lsuPendidikan di


Malaysia, Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distribution.

Wong Hoy Kee, Francis dan Ee Tiang Hong (1975). Education In Malaysia.
Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books.

14