Anda di halaman 1dari 2

SKRIP LATIHAN LAKONAN RINGKAS - ARNAB DAN KURA-KURA

Lokasi : padang atau mana-mana pandangan alam semula jadi yang menarik. Pelakon :arnab, kura-kura, harimau, gajah, rusa dan sebagainya. Keperluan : 1. 2. 3. 4. Tali permulaan dan penamat perlumbaan. Suara riuh rendah binatang bersorak Menyokong arnah yang hidung tinggi dan angkoh Menunggu kura-kura merangkak-rangkak datang. Mereka melaong-laong nama arnab-arnab!!

1.arnab TENGOK TU ! LAMBAT BETUL. CEPATLAH !! Semua binatang ketawakan kura-kura dekati garis mula perlumbaan..

2.kura-kura (melaong mendekati garis lumba) SABAR-LAH !!

3.rusa (mengejek) LEBIH BAIK TAK USAH LAWAN ARNAB, KURA-KURA. KALAH. KAU TENTU

4.harimau (mengaum garang) YA LAH .. BUANG MASA AJA. Semua binatang ketawakan kura-kura. Arnab mendabek.

5.kura-kura TAK APA, AKU NAK CUBA.

6.gajah (sambil meniup trumpet, mengalu-alukan Perlumbaan)

KITA MULAKAN PERLUMBAAN. BERATUR DI GARIS MULA. Kura-kura dan arnab beratur.

7.gajah SEDIA. SATU .. DUA TIGA. Arnab dan kura-kura mula lari. Kura-kura terpusing ditinggalkan arnab. Melihat kura-kura tertinggal arnab ketawa, berhenti dan perli.

8.arnab (ketawa ejek) MACAM NI NAK LUMBA LARI DENGAN AKU. BAIK AKU BARING DULU. Arnab baring dan ketawakan kura-kura. Semua binatang ketawa dan bersorak-sorak ARNAB ! ARNAB

Melihat kura-kura lambat, arnab tutup mata dan tidur sambil berdengkur. Suara sorak riuh rendah binatang tidak sedarkan arnab yang tertidur, dan ditinggalkan kura-kura, yang berpatah kembali ke garis penamat.

Semua binatang bersorak pula KURA-KURA ! KURA-KURA! Yang hampir tiba di garis penamat. Arnab terjaga-jaga dari tidurnya dan terkejut melihat kura-kura sudah hampir ke garis penamat.

Arnab berkejar ke garis penamat tapi terlambat, kura-kura menang. Semua binatang julang kura-kura dan sorak nama kura-kura. Arnab tersipu-sipu malu.