Anda di halaman 1dari 9

PENDAHULUAN.

Nasionalisme juga berlaku di negara-negara Asia Tenggara. Di Filipina ia dilakukan melalui revolusi. Revolusi bermaksud perubahan yang berlaku secara mendadak terutamanya dari segi berfikir dan juga cara bertindak. Dalam konteks pemberontakan petani yang berlaku di Filipina, ia adalah bermaksud perubahan pemerintahan atau sosial yang dilakukan dengan menggunakan

kekerasan seperti dengan melakukan pemberontakan bersenjata dan lain-lain lagi. Sebelum kedatangan kuasa barat, Filipina merupakan wilayah dibawah kerajaan Majapahit diantara tahun 1325-1405. Bahagian selatan iaitu Mindanao dan Kepulauan Sulu telah diperintah oleh raja-raja kecil yang beragama Islam.1 Manakala penduduk di bahagian selatan masih terpecah belah dalam kelompok-kelompok yang terpisah. Selepas pendudukan British di Manila selama 2 tahun iaitu dari tahun1762-1764, Filipina kembali ditadbir oleh kerajaan Sepanyol iaitu bawah pentadbiran La Torre (1764-65).2 Namun selepas sekian lama ditadbir oleh Sepanyol, kedatangan Amerika Syarikat sebagai kuasa pasifik telah datang dan merampas Filipina daripada Sepanyol yang berpunca daripada peperangan diantara Sepanyol dan Amerika Syarikat pada tahun 1898. Seperti yang kita ketahui, Filipina telah diberikan kemerdekaan oleh Amerika Syarikat pada 4 Julai 1946. Namun jika kita lihat dengan lebih mendalam, kemerdekaan yang diberikan oleh Amerika Syarikat ini kepada Filipina ini hanyalah kemerdekaan pada nama sahaja. Selain itu, walaupun Filipina telah mendapat kemerdekaan, Filipina masih lagi menghadapi masalah dalaman, keadaan ekonomi yang mundur dan kegiatan-kegiatan ketenteraan Amerika Syarikat di sana. Selain itu masalah penentengan seperti pihak Hukbalahap juga membantutkan dalam proses pembinaan negara pada awal kemerdekaan Filipina. Penyelesaian untuk menghapuskan gerakan ini tidak dapat dibasmi sehinggalah presiden yang pertama itu meninggal dunia

Syahbuddin Mangadaralam. (1988). Mengenal Dari Dekat Filipina Tanah Air Patriot Pujangga Jose Rizal. penerbit Remadja Karya CV Bandung, hlm 15. 2 Gregorio F. Zaide. (1980). Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina jilid 2. Filipin Semenjak Serangan British. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka, , , hlm 25.
1

LATAR BELAKANG GERAKAN HUKBALAHAP

Hukbalahap adalah nama singkatan dari Hukbo ng Bayan laban Sa Hapon atau Peoples Anti Japanese Army. Gerakan ini telah ditubuhkan pada tanggal 29 Mac 1942 di Mount Arayat yang merangkumi kawasan Pampanga, Tarlac dan Nueva Ecija.3 Luis M. Taruc, seorang pelajar jurusan undang-undang daripada orang kebanyakkan dan dibawah perlindungan Pedro Abad Santos sebagai Supremo. Gerakan ini turut dianggotai oleh tokoh-tokoh sosialis dan para petani. Pada asalnya gerakan ini ditubuhan untuk menentang kuasa Jepun yang bertapak di Filipina. Setelah Jepun mengundurkan diri dari Filipina (1949), gerakan ini kemudian berubah namanya menjadi Hujbong Mapagpalaya ng Bayan atau Peoples Liberation Army.4 Lawan yang dihadapi pun berubah, dari tentera Jepun kepada melawan pemerintahan Republik Filipina yang baru terbentuk. Kerap kali dikatakan bahawa Hukbalahap melakukan pemberontakan dalam dua tahap. Tahap yang pertama adalah berlaku pada 1946 sehingga tahun 1950 manakala tahap kedua pula berlaku antara tahun 1950 hingga 1955.5

Hukbalahap merupakan satu cabaran yang merbahaya kepada kuasa yang menduduki Filipina dan juga mengancam hendak meruntuhkan susunan masyarakat khasnya di wilayah Pampanga yang menjadi pusat tindakan Huk dan wilayah yang kaya dengan tanaman gula ini. Huk pada ketika itu menentang musuh dari luar, dalam pada itu, mereka cuba mengahapus sesetengahsesetengah keaniayaan yang buruk yang menimpa keadaan hal ehwal di luar Bandar. Tindakan yang paling terkemuka ialah tindakan Huk dalam masa peperangan ialah dengan membahagikan tanah kepada para petani sendiri.6 Tindakan ini dapat dilakukan kerana tuan-tuan tanah telah berlari ke
3

Gregorio F. Zaide. (1980). Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina jilid 2. Filipina Semenjak Serangan British, hlm 481. 4 Gregorio F. Zaide. (1980). Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina jilid 2. Filipina Semenjak Serangan British, hlm 482. 5 Lawrence Greenberg. (1987). The Hukbalahap Insurrection; A Case Sudy Of A Successful Anti Insurgency Operation in the Philippines, 19451955, Analysis Branch US Army Center Military History, Washington DC, hlm 1. 6 John Bastin dan Harry J. Benda. (1977). Sejarah Asia Tenggara Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 173

Manila untuk mendapatkan perlindungan sewaktu pendudukan Jepun. Orang orang kaya dan miskin mula bertemu muka dalam pergolakan masyarakat yang diterbitkan oleh anasir-anasir berhaluan kiri yang menjadi pemimpin-pemimpin yang moden dan cergas ini.

Gerakan ini terpaksa memberontak sebagai cara untuk mepertahankan diri mereka daripada tindakan agresif yang telah diambil oleh kelompok konservatif Amerika-Filipina yang diketuai oleh Jeneral Douglas Mac Arthur kerana ingin menjatuhkan mereka. 7 Gerakan Hukbalahap ini muncul apabila adanya tuntutan para petani bagi mengadakan reformasi dalam sistem sewa tanah. Sistem seperti ini sebenarnya sudah ada bahkan sebelum masuknya penjajah Sepanyol ke Pulau Luzon. Pola hubungan ini memungkinkan adanya jaminan mengenai substensi oleh para tuan tanah untuk para petaninya. Keadaan ini kemudian berubah seiring dengan pertumbuhan jumlah penduduk dan perkembangan kegiatan ekonomi yang komersial.

Pada awal kemunculnya, tuntutan para petani adalah untuk mereformasi sistem sewa tanah, bukan sama sekali menghapus sistem tersebut. Sebagai contoh para petani di tengah Luzon menuntut penurunan sewa dan jaminan kesejahteraan. Moto yang digunakan mereka adalah Land For Landless.8 Selain itu ketidakpuasan hati dengan tindakan para pemerintah Republik Filipina yang amat terikat dengan Amerika sehingga menyebabkan nasib-nasib rakyat tidak terbela dan keadaan kemerdekaan yang sebenar tidak pernah dinikmati. Contohnya Rang Undang-Undang Perdagangan Filipina yang terkenal iaitu Rang Undang-Undang Bell dan Rang Undang-Undang Pemulihan Filipina telah diluluskan sebelum kemerdekaan Filipina.9 Perdagangan bebas antara negara Filipina dan Amerika juga dijalankan juga dilihat lebih memberi kepentingan kepada Amerika. Oleh itu didapati bahawa perlembagaan negara Filipina mesti dipinda. Hal ini bermakna

D.G.E. Hall. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. hlm. 949. 8 Alvin H Scaff (1955). The Philippine Answer to Communism, New York: Stanford University Press. hlm 24. 9 D.G.E. Hall. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. 1987. hlm. 1051.
7

kebebasan ekonomi yang luas diserahkan kepada kepentingan peniaga Amerika.

PEMBERONTAKAN YANG DILAKUKAN.

Pemberontakan Hukbalahap yang berlaku pada tahun 1946 merupakan pemberontakan yang pertama. Titik permulaan yang telah mencetuskan pemberontakan ini adalah berlaku pembunuhan yang dilakukan oleh penduduk kampung di San Ricardo yang telah membunuh ketua PKM iaitu Pembangsang Kapisanan Ng Mgs Magsbubukid atau Persatuan Petani Negara. Feleo merupakan wakil mereka untuk berjumpa dengan Pegawai Polis Ketenteraan. Namun hasrat ahli veteran itu tidak kesampaian apabila mereka mengetahui bahawa Feleo telah diculik dan dibunuh. Keadaan ini menyebabkan mereka mula memberontak. Keadaan semasa pemberontakan itu berlaku di San Ricardo adalah sangat teruk, malah ia lebih teruk daripada zaman pendudukan Jepun. Salah satu masalah besar yang berlaku pada masa ini adalah berlakunya pertelingkahan antara tentera kerajaan dengan pihak pemberontak petani. Jose Cando yang merupakan seorang ahli kongres Demokratik Alliance (DA) daripada kawasan Nueva Ecija telah dinafikan kerusinya dalam kongres telah cuba untuk menyelesaikan masalah perbezaan antara tuan tanah dengan penyewa tanah apabila beliau telah memberitahu Presiden Roxas pada 2 September 1946 melalui telegraf iaitu seminggu selepas Feleo diculik.

Pemberontakan yang berlaku pada tahun 1947 merupakan pemberontakan yang kedua dilakukan oleh gerakan Hukbalahap. Pada bulan Januari 1947, surat khabar Manila menyatakan bahawa terdapat pertempuran antara tentera Huklabahap dengan polis tentera (MP) di sekitar Cabanatuan. Tentera kerajaan akan menahan sesiapa sahaja yang disyaki sebagai komunis. Kebanyakkan mereka ini telah ditangkap di Talavera dan akan dimasukkan ke dalam penjara selama satu bulan atau lebih. Contohnya pada tahun 1947, seramai 10 hingga 15 orang tentera kerajaan telah pergi ke rumah seorang penduduk ketika dia keluar menanam dan tentera tersebut telah 4

merampas ayam, beras dan lain-lain lagi. Walaupun perbuatan tentera kerajaan ini telah dihalang oleh penduduk kampung namun mereka yang menolong akan dipukul. Keadaan ini berlaku kerana tentera ini menganggap mereka ini sebagai ahli PKM, Hukbalahap dan juga komunis.

Pada tahun 1948, pemberontakkan ketiga telah berlaku. Pada tahun ini juga Presiden Roxas telah meninggal dunia tanpa diduga semasa melawat Clark Air Base di Pampangan pada 15 april 1948.10 Pengganti kepada Presiden Roxas adalah Presiden Quirino. Presiden Qurino ini tidak berjaya untuk memberhentikan kekacauan yang dibuat oleh pihak Huklabahap ini. Presiden Quirino telah melakukan tindakan pengampunan terhadap gerakan ini dan telahpun diterima oleh Taruc dan telahpun ditempatkan di dalam kongres Filipina. Presiden Quirino telahpun memberikan pengampunan terhadap gerakan itu, namun selepas tiga bulan, Taruc telah melarikan diri ke tempat orangnya iaitu di Paya Cabada. Keadaan ini menyebabkan kemarahan Quirino.

Pada tahun 1949, pemberontakkan yang keempat telah dilancarkan oleh pihak Huklabahap ini dan pemberontakan ini merupakan kemuncak kepada pemberontakan Huklabahap. Pada tahun ini juga keganasan pihak Huklabahap ini semakin hebat apabila mereka ini telah menyerang pasukan tentera kerajaan, membakar bangunan dan juga membunuh orang yang dalam senarai orang yang dihukum. Dalam tahun ini juga gerakan Huklabahap ini telah menukar nama kepada Hukbonn Mapagalaya Ng Bayan (HMB) atau lebih dikenali sebagai Tentera Pembebasan Rakyat.11 Dengan penubuhan HMB ini, gerakan ini telah menjadi sebuah organisasi yang lebih baik. Tentera ini juga telah dibahagikan juga kepada pertempuran secara langsung. Bagi menghadapi masalah ini, Presiden Quirino telah menjalankan tindakan dalam pentadbirannya seperti apa yang telah dilakukan oleh Presiden Roxas.

PEMBERONTAKAN TIDAK DAPAT MELEPASKAN DIRI DARIPADA PENGARUH


D.G.E. Hall. A History of South-East Asia. : Macmillan, London. 1981. hlm. 56. D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur. 1987. hlm. 1110.
10 11

AMERIKA SYARIKAT

Pemberontakan ini sememangnya tidak dapat melepaskan diri dari pengaruh Amerika Syarikat, hal ini kerana terdapat pelbagai aspek yang menghalang daripada melepaskan diri. Pada tahun 1948, pemberontakkan ketiga telah berlaku. Pada tahun ini juga Presiden Roxas telah meninggal dunia tanpa diduga semasa melawat Clark Air Base di Pampangan pada 15 april 1948.12 Pengganti kepada Presiden Roxas adalah Presiden Quirino. Presiden Qurino ini tidak berjaya untuk memberhentikan kekacauan yang dibuat oleh pihak Huklabahap ini. Presiden Quirino telah menjalankan tindakan dalam pentadbirannya seperti apa yang telah dilakukan oleh Presiden Roxas. Beliau telah melantik Roman Magsaysay sebagai setiausaha kepada pertahanan negara dan memberikan pertolongan yang sepenuhnya dalam kempen menentang Huk yang telah mencapai kejayaan dengan pesatnya dan mengubah situasi dalam negara.

Selepas itu penentangan terhadap Huklabahap ini telah diteruskan lagi oleh Ramon Magsaysay yang merupakan Setiausaha Pertahanan Negara. Apabila beliau telah memegang jawatan barunya, beliau telah memperhebatkan kempen menentang Huklabahap. Beliau juga telah mengatur tindakan di medan perang sehingga beliau telah mendapat pujian daripada orang ramai dan juga askar yang terlibat. Selain itu, beliau juga telah memperkemaskan disiplin tentera, meninggikan semangat berjuang dan telah mendapat keyakinan dan kesetiaan daripada masyarakat luar bandar.13 Disamping itu juga, beliau turut mengambil inisiatif untuk memberikan hadiah jika tertangkapnya ketua-ketua Huk, membayar harga alat senjata dan peluru ynag diserahkan kepada tentera serta menjalankan kempen perang saraf yang hebat dalam mengatasi dakyah komunis.14

Boleh dikatakan Magsaysay telah Berjaya mengecewakan ahli komunis Huks, merosakkan
12 13

D.G.E. Hall. (1981). A History of South-East Asia. : Macmillan, London. hlm. 56. D.G.E. Hall. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. 1987. hlm. 1111 14 Gregorio F. Zaide. (1980). Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina jilid 2. Filipina Semenjak Serangan British, hlm 483.

rancangan mereka hendak menggulingkan Republik dan memusnahkan pertahanan mereka di kawasan paya Canbada dan hutan Sierra Madre. Pada 18hb Oktober 1950, Politburo Filipina telah dihancurka di Manila dan tertangkapnya 23 orang komunis Filipina yang tinggi pangkatnya.15 Pada bulan September 1951, Setiausaha Agung Huk iaitu Guillermo Capadocia telah terbunuh di Pulau Panay. Manakala pada Disember 1952, Politburo China yang membekalkan Huks dengan wang, senjata dan ubat telah dimusnahkan akibat serangan oleh ejen perisik kerajaan di semua tempat dalam negeri.16

Pada bulan November 1953, Roman Magsaysay telah terpilih menjadi Presiden Republik Filipina. Beliau meneruskan kempen menentang Huks. Pada 17 mei 1954, ketua Huk iaitu Taruc telah terperangkap di Pampanga, beliau terpaksa keluar menyerah diri. Pergerakan Huks mula menjadi lemah dan Presiden Magsaysay telah memusnahkan gerakan tulang belakang Huks dengan dua kempenya iaitu berperang dan mengadakan pemulihan. Gerakan mereka yang lemah ini telah berpecah dan merayau di kawasan gunung yang lari daripada pasukan keselamatan kerajaan dan menjalani kehidupan yang susah dengan merampas harta dan menculik orang awam yang kaya untuk mendapatkan tebusan.17 Tetapi kekacauan dari pihak ini belum lagi terhapus, masih berlaku. Setelah kalah di medan perang, taktik atau tipu helah komunis bertukar kepada amalan subversif. Fahaman komunis meresap ke dalam kumpulan pelajar, kolej dan sekolah, kesatuan buruh, pejabat kerajaan serta firma perniagaan yang bertujuan untuk merosakkan pentadbiran Magsaysay dan mendapatkan kembali sokongan daripada rakyat.

PENUTUP
Gregorio F. Zaide. (1980). Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina jilid 2. Filipina Semenjak Serangan British, hlm 483. 16 Gregorio F. Zaide. (1980). Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina jilid 2. Filipina Semenjak Serangan British, hlm 484. 17 Gregorio F. Zaide. (1980). Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina jilid 2. Filipina Semenjak Serangan British. hlm 484.
15

Gerakan Hukbalahap ini sememangnya dilihat tidak mampu untuk Filipina melepaskan diri daripada pengaruh Amerika Syarikat. Hal ini dapat dilihat daripada serangan balas yang dilakukan oleh Presiden - Presiden Filipina yang sangat hebat. Namun hanya tindakan Presiden Roman Magsaysay yang mampu menghancurkan terus Gerakan Hukbalahap ini daripada terus memberontak, namun pemberontakan masih berjalan dan tidak lagi berlaku di medan peperangan, fahaman komunis ini telah diserapkan ke dalam masyarakat seperti pelajar, kolej-kolej, pejabatpejabat am dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kembali gerakan yang telah lemah itu. Selain itu juga, Presiden Filipina banyak bekerjasama dengan pihak Amerika Syarikat dalam membanteras gerakan ini. Undang-undang Amerika yang ditentang oleh gerakan ini seperti undangundang Bell dan sebagainya masih lagi dijalanan di Filpina. Keadaan ini menunjukkan kegagalan Gerakan Hukbalahap yang dipimpin oleh Taruc ini menerima kegagalan. Gerakan ini pernah mendapat pengampunan daripada Presiden Filipina iaitu Presiden Quirino dan Taruc telahpun diletakkan dalam kongres Filipina. Namun mereka masih mahu memerintah dan menggulingkan kerajaan sedia ada dan menyebabkan kemarahan yang serius oleh Presiden Quirino.

BIBLIOGRAFI

Alvin H Scaff (1955). The Philippine Answer to Communism, New York: Stanford University Press. D.G.E. Hall. (1981). A History of South-East Asia. : Macmillan, London. D.G.E. Hall. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. 1987. Gregorio F. Zaide. (1980). Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina jilid 2. Filipin Semenjak Serangan British. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. John Bastin dan Harry J. Benda. (1977). Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. Lawrence Greenberg. (1987). The Hukbalahap Insurrection; A Case Sudy Of A Successful Anti Insurgency Operation in the Philippines, 19451955, Analysis Branch US Army Center Military History, Washington DC. Syahbuddin Mangadaralam. (1988). Mengenal Dari Dekat Filipina Tanah Air Patriot Pujangga Jose Rizal. penerbit Remadja Karya CV Bandung.

Anda mungkin juga menyukai