Anda di halaman 1dari 1

ASYRAF BIN MOHAMMAD

Sepanjang perjalanan kerja kursus berasaskan ilmu(KKBI) ini, saya telah mempelajari ilmu baru yang berkaitan isu pendidikan masa kini. Terima kasih sya ucapkan kepada En Selvaraj yang banyak member tunjuk ajar dalam melaksanakan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan sekumpulan yang bekerjasama dan dapat meluangkan masa untuk membuat kerja kursus ini. Semasa menyiapkan tugasan, kami menghadapi banyak masalah seperti tidak memahami kehendak soalan, namun setelah berbincang bersama, kami dapat memahami kehendak soalan dan memilih tajuk literasi numerasi(linus). Pada awalnya saya tidak tahu apa itu linus. Namun, setelah berbincang dengan rakan sekumpulan dan mencari maklumat, akhirnya saya dapat memahami tajuk tugasan yang kami pilih. Tambahan pula, banyak perkara yang saya pelajari contohnya cara pencarian maklumat melalui pelbagai sumber dan kerjasama dalam kumpulan. Saya harap tugasan kami ini dapat diterima dan diperbaiki .

Anda mungkin juga menyukai