Anda di halaman 1dari 11

PROJEK NAIK TARAF DAN PEROLEHAN ASET PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SMK DESA CEMPAKA, BANDAR

BARU NILAI.

1. LATAR BELAKANG PROJEK Program Pembangunan infrastruktur PPKI bagi keperluan pelajar-pelajar berkeperluan khas SMKDC merupakan satu usaha menyediakan suasana pembelajaran yang sesuai dengan keperluan kecacatan pelajar serta membantu mengurangkan penderitaan yang dialami oleh pelajar-pelajar berkeperluan khas. Adalah diharapkan melalui projek naik taraf ini, PPKI SMKDC akan dapat membangunkan potensi pelajar berkeperluan khas selari dengan matlamat pendidikan untuk semua, selain menjadi insan yang cemerlang di dunia selaras dengan tuntutan agama.

BIODATA SEKOLAH Nama Sekolah Kod Sekolah Daerah Status Bil. Guru PPKI Bil. Staf Sokongan Bil. Enrolmen Murid PPKI Bil. Darjah sedia ada (PPKI) Sesi Lokasi : : : : : : : : : : SMK DESA CEMPAKA NEA4104 Bandar Baru Nilai Sekolah Kerajaan 7 orang (1 lelaki /6 perempuan) 2 orang (PPM) 40 orang 6 2 sesi Bandar

2. OBJEKTIF PROJEK 2.1 Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sesuai dan kondusif dengan keperluan dan keselamatan pelajar berkeperluan khas. 2.2 Membangunkan potensi individu pelajar berkeperluan khas sesuai dengan kemampuan diri masing-masing. 2.3 Membina hubungan baik antara semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membangunkan potensi pelajar berkeperluan khas.

3. SKOP PROJEK DAN ANGGARAN KOS Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan ubahsuai kekal kelas yang sedia ada seperti berikut: 3.1 Pemasangan sesekat (partition) antara kelas Lili dan Kekwa. RM 8,000. 3.2 Pembelian meja dan kerusi guru. RM 3,360. 3.3 Membina laluan OKU ke padang, gelanggang petanque dan kantin. RM 2500. 3.4 Membina laluan OKU ke Makmal ICT sepanjang 10 kaki. RM 500.

4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut: 4.1 Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada pelajar pendidikan khas supaya dapat belajar dalam suasana kondusif dan selesa. 4.2 Mampu menjamin keselamatan guru kerana meja dan kerusi yang sedia ada telah usang dan rosak. 4.3 Memudahkan pergerakan pelajar terutama yang berkerusi roda untuk bergerak ke padang, gelanggang petanque, kantin dan makmal ICT.

5. JUSTIFIKASI PROJEK Rasional projek naik taraf bagi PPKI SMKDC ini adalah untuk: 5.1 Membuktikan bahawa kementerian prihatin dan serius terhadap pendidikan golongan pelajar berkeperluan khas 5.2 Menjamin keselesaan dan keselamatan pelajar kerana keadaan kelas yang lebih selesa dan kondusif. 5.3 Kepentingan keselesaan dan keselamatan guru. 5.4 Meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar sepanjang P&P berlangsung di sekolah.

6. IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN 6.1 Matlamat KPM untuk memberikan suasana pembelajaran yang kondusif tidak tercapai. 6.2 Keselamatan guru tidak terjamin. 6.3 Menyukarkan pergerakan pelajar ke padang, gelanggang petanque, kantin dan makmal ICT sekolah.
2

7. GAMBAR BERKAITAN PROJEK YANG DICADANGKAN 7.1 Cadangan pemasangan sesekat ( partition ) di kelas Lili dan Kekwa.

Terpaksa menempatkan dua buah kelas dalam satu bilik darjah.

7.2 Cadangan pembelian meja dan kerusi guru.

Meja guru yang rosak terpaksa di gam dan di paku.

Meja guru yang rosak dan berlubang.

Keadaan kerusi di bilik guru yang koyak dan berlubang.

Meja dan kerusi murid terpaksa digunakan sebagai meja dan kerusi guru di kelas.

7.3 Cadangan membina laluan OKU ke padang dan kantin.

Laluan sedia ada dari bilik guru ke padang.

Laluan sedia ada dari bilik guru ke padang.


6

Laluan sedia ada pertama turun ke padang.

Cadangan laluan OKU ke kelanggang petanque.


7

Laluan sedia ada kedua turun ke padang.

Laluan sedia ada dari padang ke kantin.

Laluan sedia ada ke kantin.

7.4 Cadangan membina laluan OKU ke makmal ICT.

Cadangan laluan OKU sepanjang 10 kaki.

Cadangan membina tutup longkang bersimen.

10

8. LAMPIRAN 8.1 Pelan sedia ada. (Rujuk Lampiran A) 8.2 Pelan Tapak Cadangan Projek. ( Rujuk Lampiran B)

Disediakan oleh, . (ROSANIZA BT ROBUAN) Guru PPKI SMK Desa Cempaka

Disah dan disemak oleh, (HJH MAIMON BT TALIB) Pengetua SMK Desa Cempaka

11

Anda mungkin juga menyukai