Anda di halaman 1dari 3

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID-MURID MENJAWAB

BAHAGIAN A KERTAS 2 BAHASA INGGERIS UPSR

Oleh
Ahmad Fadzli Fauzi
Sekolah Kebangsaan Kemayan
28380 Kemayan, Pahang.

LATARBELAKANG KAJIAN

Berdasarkan pepeperiksaan P1 yang berlangsung pada bulan Mac


baru-baru ini. Kebanyakan murid-murid kelas 6 Anggerik Sekolah
Kebangsaan Kemayan gagal untuk menjawab dengan baik bahagian A
kertas 2 Bahasa Inggeris. Ini menyebabkan mereka gagal untuk
mendapatkan A bagi subjek tersebut.
Ini menimbulkan kerisauan di hati saya mereka mungkin gagal
mendapat 5 A di dalam UPSR yang akan berlangsung pada bulan
September nanti.

PERNYATAAN MASALAH

1. Murid-murid gagal mengenalpasti makna kata kunci yang


diberikan.
2. Murid-murid gagal membezakan kata kunci di antara nouns,
verb, dan sebagainya.
3. Murid-murid gagal menghubungkait kata kunci dengan gambar
yang diberikan.
4. Murid-murid gagal mengenalpasti masa kejadian tersebut
berlaku, ini menyebabkan kesalahan dari segi tatabahasa.
TUJUAN KAJIAN
1. Melihat jumlah perbendaharaan kata murid-murid.
2. Melihat kemahiran murid di dalam mengenalpasti jenis kata
kunci.
3. Melihat kemahiran murid menghubungkan kata kunci dengan
gambar.
4. Melihat kemahiran murid mengenalpasti masa kejadian dan
seterusnya mengelakkan kesalahan tatabahsa.

METHODOLOGI KAJIAN
a) Reka Bentuk Kajian
Penyelidik ini akan menggunakan kaedah KT dengan berdasarkan
pelan tindakan lima peringkat:

Peringkat: Langkah Pertama :


Melaksanakan ujian pra yang merangkumi 2 kertas ujian.
1. Vocabulary List.
2. Know your word.

Peringkat: Langkah Kedua :


Analisa kertas ujian.

Peringkat : Langkah Ketiga :


Pelaksanaan tindakan

Peringkat : Langkah Keempat :


Pemerhatian tindakan

Peringkat : Langkah Kelima :


Refleksi atau renungan dan penilaian kendiri

b) Sasaran kajian
Kajian ini melibatkan semua murid tahun 6 Anggerik.

c) Batasan Kajian
Kajian ini dilakukan hanya untuk murid tahun 6 Anggerik Sekolah
Kebangsaan Kemayan.

d) Instrumen Kajian
1. Ujian Pra
Berdasarkan 2 kertas kajian iaitu Vocabulary List dan Know Your
Word. Analisa yang dibuat akan menentukan tahap kemahiran
setiap pelajar.
2. Temuramah
Temuramah juga akan dilakukan terhadap murid-murid di dalam
kelas tersebut.

ANALISIS DAPATAN KAJIAN


a) Ujian Pra : Analisis Kandungan
b) Temuramah : Analisis perasaan dan kehendak personal
setiap murid.

SIGNIFIKAN KAJIAN
Dapatan kajan ini didedahkan kepada:
a) Guru-guru sekolah SK Kemayan melalui Kursus Dalam
perkhidmatan.
b) Guru-guru Bahasa Inggeris melalui Panitia Bahasa Inggeris.

Anda mungkin juga menyukai