Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA MENGANJURKAN

BACAAN YASIN DAN TAZKIRAH UNTUK KECEMERLANGAN UPSR

1. PENDAHULUAN

Bacaan Yasin dan tazkirah @ motivasi adalah sebahagian amalan


yang dibuat hampir di seluruh sekolah di semenanjung Malaysia bagi
memohon keampunan dan kecemerlangan dalam UPSR. Amalan ini
dibuat pada pagi Jumaat sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Ianya melibatkan hanya murid tahun 6 yang akan
menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

2. OBJEKTIF

2.1 Melatih pelajar membaca yasin dan berdoa kepada Allah SWT.
2.2 Memberi perangsang dan dorongan kepada murid untuk terus
berjuang dalam kecemerlangan UPSR.
2.3 Memberi persediaan awal kepada pelajar sebelum menduduki
UPSR.

3. TARIKH

Setiap pagi Jumaat bermula 03.04.2009 (Jumaat) hingga 4,09.2009


(Jumaat)

4. TEMPAT

Kelas Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Terusan Baru Sandakan Sabah


5. TEMA

“Kepada Allah Tempat Kita Bergantung”

6. PERISIAN PROGRAM

7.00 pagi - Murid bersiap sedia di kelas


7.05 pagi - Bacaan yasin dengan bimbingan
guru
7.15 pagi - Doa kecemerlangan UPSR
7.20 pagi - Tazkirah atau motivasi
7.30 pagi - Majlis bersurai

7. GURU YANG TERLIBAT


Guru yang terlibat dalam program ini ialah

1. Ustaz Huszarudin Bin Haji Hussin (Guru Pendidikan Islam)


2. Ustaz Syed Mohd Khairudin Bin Syed Omar (Guru j-Qaf)

8. MURID YANG TERLIBAT

Murid tahun 6 sahaja yang terlibat dalam program ini.

9. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi Husin Bin Abdullah


Timbalan Pengerusi Adam Bin Abdullah
Ketua Pengarah Huszarudin Bin Haji Hussin
Timbalan Ketua Pengarah Syed Mohd Khairudin
Setiausaha Sufian Bin Shah Ariffin
Penyelaras Program Huszarudin Bin Haji Hussin
Penyelaras Teknikal Syed Mohd Khairudin

10. PENUTUP

Diharapkan semoga program sebegini mendapat restu dan keredhaan


daripada-Nya serta mendapat kecemerlangan yang gemilang dalam
Uiian Penilaian Sekolah Rendah.