Anda di halaman 1dari 3

PERSATUAN AGAMA ISLAM (PAI)

SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN BARU

MINIT MESYUARAT KALI 1/2009

Tarikh : 16 Februari 2009


Masa : 1.00 petang
Tempat : Kelas Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Terusan
Baru.

HADIR :

1. Razamli B Sahali (Tahun 6)


2. Rosnah Bt Otok (Tahun 6)
3. Haran B Ruslan (Tahun 6)
4. Saniah Bt Bahar (Tahun 6)
5. Azwie B Kamal (Tahun 6)
6. Siti Norcahayani Bt Mohd Zaini (Tahun 5)
7. Sakirin B Harun (Tahun 5)
8. Azman B Said (Tahun 5)
9. Zuraina Bt Eting (Tahun 4)
10. Rasidi B Asmarah (Tahun 4)
11. Faridah Bt Maidin (Tahun 4)
12. Aripin B Harun (Tahun 4)
13. Elynna Florine ak Nyuak (Tahun 3)
14. Huszarudin B Hussin (Guru)

1. KATA-KATA ALUAN DARI GURU PENASIHAT

Ustaz Huszarudin Bin Haji Hussin selaku pengasas Persatuan Agama Islam
Sekolah Kebangsaan Terusan Baru ini mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli
Persatuan (murid-murid) yang sudi hadir pada hari ini. Perjumpaan ini diadakan
adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai Penubuhan Majlis Tertinggi,
Permohonan penubuhan daripada guru besar, Nama persatuan, Logo, Aktiviti-
Aktiviti Persatuan dan lain-lain hal yang berkaitan dengan persatuan ini.

2. PENUBUHAN MAJLIS TERTINGGI ‘PERSATUAN AGAMA ISLAM’


Setelah perbincangan yang dipengerusikan oleh Ustaz Huszarudin Bin Haji
Hussin dengan mengunakan sistem penamaan calon dan pengiraan dengan
mengangkat tangan, ahli-ahli sebulat suara bersetuju Majlis Tertinggi Persatuan
Agama Islam Sekolah Kebangsaan Terusan Baru adalah seperti berikut :

Penaung : En Husin Bin Abdullah


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru
Penasihat : Ustaz Huszarudin Bin Haji Hussin
Guru Pendidikan Islam
Pengerusi : Razamli B Sahali (Tahun 6)
Naib Pengerusi : Zuraina Bt Eting (Tahun 4)
Setiausaha : Sakirin B Harun (Tahun 5)
Penolong Setiausaha : Siti Norcahayani Bt Mohd Zaini (Tahun 5)
Bendahari : Azwie B Kamal (Tahun 6)
Penolong Bendahari : Faridah Bt Maidin (Tahun 4)
Pemeriksa Kira-kira 1 : Rasidi B Asmarah (Tahun 4)
Pemeriksa Kira-kira 2 : Elynna Florine ak Nyuak (Tahun 3)

AJK : Rosnah Bt Otok (Tahun 6)


Haran B Ruslan (Tahun 6)
Saniah Bt Bahar (Tahun 6)
Azman B Said (Tahun 5)
Aripin B Harun (Tahun 4)

Mesyuarat meminta pendapat ahli-ahli yang lain sekiranya terdapat bantahan atau
cadangan diminta mengemukakanya sebelum mesyuarat ditangguhkan namun
tiada sebarang bantahan dan bangkangan diterima.

3. NAMA PERSATUAN

Setelah perbincangan diadakan mesyuarat sebulat suara mengekalkan nama


PERSATUAN AGAMA ISLAM atau nama singkatanya (PAI)

4. LOGO PERSATUAN

Logo rasmi "PAI" adalah seperti berikut :


6. PENDAFTARAN KELAB

Berdasrkan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan


Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan
No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998. maka sesebuah
persatuan yang ingin ditubuhkan perlu memohon kebenaran daripada Guru Besar
sebelum ianya dapat dijalankan dengan aktif di sekolah. Setelah perbincangan
diadakan Majlis tertinggi dikehendaki membuat surat permohonan menubuhkan
persatuan, peraturan-peraturan (perlembagaan) persatuan, senarai lengkap ahli
jawatankuasa persatuan dan aktiviti-aktiviti persatuan sepanjang tahun 2009 untuk
dihantar kepada guru besar bagi tujuan yang tersebut.

7. YURAN AHLI

Memandangkan persatuan ini belum diberi kebenaran penubuhannya daripada


Guru Besar, oleh yang demikian yuran ahli tidak akan dikenakan kepada ahli-ahli
persatuan dan akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang.

8. HAL-HAL LAIN

Diakhir perbincangan, Azwie pelajar tahun 6 telah bertanya mengenai peranan


setiap jawatan. Guru penasihat telah menyatakan perkara itu akan diterangkan
selepas persatuan ini diluluskan penubuhannya oleh Guru Besar.

9. PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak dan Ustaz
Huszarudin Bin Haji Hussin selaku Pengerusi mesyuarat mengucapkan terima
kasih kepada semua yang sudi hadir pada perbincangan pada hari ini. Mesyuarat
ditunda pada jam 2.00 petang.

Catatan ini disediakan oleh :

…………………..
Sakirin Bin Harun
Setiausaha ……………………………
Persatuan Agama Islam Sekolah Huszarudin Bin Haji Hussin
Kebangsaan Terusan Baru Guru Penasihat
Disahkan oleh; Persatuan Agama Islam Sekolah
Kebangsaan Terusan Baru